Terima Kasih Cikgu, Selamat Hari Guru

Terlupa hari ni Hari Guru. Dah lama kan tinggalkan zaman persekolahan. Huhu. Nasib baik isteri aku ingatkan pagi tadi masa nak hantar dia pergi kerja.

Dia pun cikgu jugak. Mengajar dan melatih budak-budak guna otak kanan.

Selamat Hari Guru 2015

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua sahabat, kenalan dan kakak aku yang bertugas sebagai guru atau cikgu.

Selamat Hari Guru juga buat cikgu-cikgu sekolah di Kelantan yang pernah mengajar aku dulu semasa di Pusat Tarbiyah Anak-Anak Islam, Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1, Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa, dan tak lupa buat pensyarah-pensyarah di Noble College of Technology, Taiping.

Terima kasih kerana mendidik dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Jasa kalian amat-amat berharga. Semoga kalian takkan jemu dan terus mencurahkan ilmu, memberi yang terbaik buat anak bangsa.

Kenangan bersama cikgu kelas dan rakan seperjuangan di Sekolah Menangah Teknik Pengkalan Chepa, Kelantan
Kenangan bersama cikgu kelas dan rakan-rakan seperjuangan di Sekolah Menangah Teknik Pengkalan Chepa, Kelantan

Guru ibarat lilin. Orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia namun melupakan dirinya sendiri, seperti lilin yang menerangi orang lain namun membakar dirinya.

Ungkapan ni dah sebati dalam diri aku sejak kecil lagi, masa mula-mula masuk sekolah.

Besar sungguh pengorbanan cikgu-cikgu demi mencurahkan ilmu pengetahuan kepada anak didiknya. Jadi, hargailah cikgu-cikgu kita ya. Jangan bersikap kurang ajar dengan diorang takut nanti ilmu tu jadi tak berkat.

Kalau kena denda, kena rotan ke, kena pulas telinga ke, atau macam-macam lagi jenis hukuman yang kita dapat dari cikgu, terima je. Itu semua untuk tujuan mendidik kita.

Masa sekolah kalau kena hukuman macam tu memang rasa marah jugak la. Sakitnya tuh di sini. Tapi sekarang ni dah jadi satu kenangan manis.

Terima kasih cikgu. Jasa kalian akan kami kenang sampai bila-bila. Termasuk rakan-rakan yang banyak memberi tunjuk ajar dan memberi nasihat. Korang pun cikgu juga.

Terima kasih banyak-banyak. Selamat Hari Guru.

Kenangan menuntut ilmu multimedia di Noble College of Technology, Taiping
Kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan semasa menuntut ilmu di kolej.
(Al-Fatihah buat sahabatku, Nabil Abdul)

Rasa rindu sangat-sangat zaman sekolah dan zaman kolej. Rasa nak jumpa balik semua cikgu dan pensyarah yang mengajar dulu. Sebelum ni pernah jumpa beberapa orang tapi sekarang dah lost contact dah.

Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

11 Comments

  1. guru insan yang banyak memberi inspirasi dan perubahan kepada pelajar. Rindu juga zaman sekolah dulu bila dikenang semula.

Leave a Reply to azham ahmadCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *