Perginya Seorang Sahabat

Terkejut dengar berita sahabat seperjuangan semasa di kolej dulu dah kembali ke rahmatullah. Arwah meninggal disebabkan penyakit kanser darah (Lymphoma). Dah lama tak jumpa tiba-tiba dapat berita dia dah tiada. Rasa sedih jugaklah teringat kenangan lama ketika sama-sama belajar di kolej dulu.

Sahabat seperjuangan di kolej

Gambar kenangan bersama arwah dan rakan-rakan semasa di kolej dulu

Teringat hari pertama di kolej nampak ‘budak gemuk’ (arwah). Lepas tu berkawan sampai tamat belajar kat kolej.

Lepas habis belajar, tak lama lepas tu nampak arwah muncul kat TV jadi pelakon iklan. “Perghhh, dah kurus member aku. Jadi artis la pulak“. Arwah berlakon iklan Maggie, iklan Kitkat dengan M.Nasir, iklan KFC, pelakon drama dan yang terbaru berlakon dalam drama ‘MANIS’ bersama Siti Saleha yang disiarkan di Astro.

Drama MANIS di Astro Ria dan Astro Maya HD

Iklan KitKat Nabil Abdul bersama M. Nasir

Iklan KitKat lakonan arwah bersama M. Nasir

Ajal maut di tangan Allah. Ajal maut juga tak mengira usia. Arwah sebaya dengan aku tapi dia dah ‘pergi’ dulu.

Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kulim berdekatan dengan rumahnya. Al-fatihah. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan bertakwa. Takziah buat keluarga arwah.

Nabil Abdul dalam kenangan (1985 – 2014)


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

11 Comments

  1. says

    Innalillahi wainna ilaihi rojiun

    Allahummaghfirlahu warhamhu

    Alfatihah buat arwah.

    Semoga kita yang masih hidup, lebih cekal menghadapi hari muka..amin ya rabbal’alamin

    Iklan kit kat lakonan arwah dan M.nasir antara iklan fav saya..sempoi je..tapi menarik!

    Salam kenal dr saya
    Che’pah