Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 12/02/2019
You are here: Home » Automotif » Pengelap Cermin Kereta (Wiper) Jenis Getah Biasa atau Silikon, Mana Lebih Bagus?

Pengelap Cermin Kereta (Wiper) Jenis Getah Biasa atau Silikon, Mana Lebih Bagus?

02/08/2017 Anarm 16 Comments

  Tweet        

Wiper / pengelap cermin kereta Alza aku dah rosak, tapi dekat 3 bulan juga masih guna walaupun getah wiper dah jadi keras dan bahagian hujung dia dah terkoyak. Bila memandu dalam hujan, kurang nampak jalan sebab wiper dah tak boleh nak sapu bersih air hujan di cermin kereta. Nampak kabur je. Bahaya betul. Memang kena tukar wiper baru dah.

Sampai pening kepala juga fikir nak buat pilihan. Banyak sangat wiper di pasaran. Dah tentu nak pilih wiper cermin kereta yang terbaik dan tahan lama.

Wiper cermin kereta Alza rosak

Ada orang cakap wiper jenis silikon paling bagus dan tahan lebih lama berbanding wiper jenis getah biasa. Betul ke? Tapi aku pernah guna wiper silicone sebelum ni. Tahan berapa bulan je. Mahal pulak tu harga dia.

Ada juga yang cakap mana-mana wiper semuanya sama je. Tak kiralah wiper jenama apa, murah ke mahal, dan jenis apa sekalipun. Nak tahan lama, jagalah dengan baik. Barang apa pun kalau tak dijaga dengan baik memang cepat rosak.

Pendapat korang pula macam mana?

Getah wiper Alza terkoyak

Getah wiper / pengelap cermin kereta yang dah terkoyak

Lepas habis fikir, aku beli wiper ‘Bosch Advantage’. Beli dan pasang sendiri je. Cara pasang wiper kereta tak susah pun. Masukkan je kat cangkuk dia tu. Pastikan beli saiz wiper yang betul ikut model kereta masing-masing.

Aku pilih Wiper Bosch Advantage sebab harga dia paling sesuai dengan bajet aku pada masa tu.

“Wiper Bosch Advantage ni getah dia jenis ‘getah tropika’ yang tahan rekah dan memang direka khas untuk negara Asia yang keadaan cuaca tak menentu,” kata penjual tu buat aku jadi lebih tertarik untuk beli.

Wiper Bosch Advantage kereta Perodua Alza

Wiper Bosch Advantage kereta Perodua Alza

Tak pasti lagi tahap kualiti wiper Bosch Advantage ni macam mana. Baru pakai tak sampai sebulan. Itupun belum sempat lagi guna masa hujan lebat. Entah bila nak hujan lebat kat sini. Biasa hujan renyai sekejap-sekejap je.

Harap-harap wiper Bosch Advantage ni tahan lama.

Tips Penjagaan Wiper Kereta

Kalau nak wiper tahan lebih lama, kena pandai jaga. Ada sesetengah orang tak ambil kisah sangat tentang wiper kereta. Kalau rosak, terus tukar wiper baru sebab banyak wiper harga murah sekarang ni.

Bagi anda yang sayangkan kereta dan lebih suka berjimat, boleh ikut tips penjagaan wiper kereta ni:

  • Bersihkan bilah wiper sekerap yang boleh supaya tiada kotoran melekat pada getah
  • Sentiasa tegakkan atau angkat bilah wiper bila kereta diletakkan di tempat terbuka yang panas terik
  • Bersihkan cermin kereta supaya kotoran pada permukaan cermin tak merosakkan getah wiper
  • Guna air / cecair pencuci cermin yang tak memberi kesan sampingan pada getah atau silicon wiper dan juga cermin

Artikel Lain Yang Menarik

  • Kertas Iklan Rosakkan Cermin Kereta
  • Entri Panjang atau Pendek Mana Lagi Bagus?
  • Servis Kereta Kali Kedua Lebih Murah
  • Servis Kereta di Magnetise Automotive, Bengkel Kereta Batu Caves
  • Renew Insuran Kereta dan Cukai Jalan di Kiosk MyEG
  Tweet        

Kategori : Automotif Keyword : cara pasang wiper kereta, panduan pilih wiper kereta, pengelap cermin kereta, saiz wiper alza, silicone wiper, tips penjagaan wiper, wiper bosch advantage, wiper getah biasa, wiper harga murah, wiper kereta, wiper perodua alza, wiper silikon

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Nokia 3310 Versi Baharu
Next article:
Daftar Portal Online MyASNB

16 Comments

  1. Cetusan Suara says

    15/12/2018 at 11:13 AM

    Aku biasa beli wiper yg jual tepi jalan je.

    Reply
  2. Zaimi says

    18/11/2017 at 11:36 AM

    saya beli ja yang rm15 tepi jalan tu

    terbaik juga pakai

    rosak ganti baru hahaha

    Reply
  3. Nor Hazmira Mihamzah says

    28/10/2017 at 2:55 AM

    Alahai..dah cuba buat..tak jadi.. last2 panggil suami jugak nak betulkan kerja yang semakin tak betul ni..hahah
    Entri terbaru di blog Nor Hazmira Mihamzah — TAK TAHU PUN HAMIL, TIBA-TIBA KEGUGURAN

    Reply
  4. Nor Hazmira Mihamzah says

    10/10/2017 at 2:15 AM

    Banyak info saya dapat. Tq. Selama ni memang nak beli tak reti, pasang pun lagilah tak reti
    Entri terbaru di blog Nor Hazmira Mihamzah — ESP SOYA TERBAIK DAN SELAMAT

    Reply
  5. sensasi2020 says

    24/08/2017 at 11:03 AM

    Yalah tip penjagaan yang betul dan kerap boleh tahan lama wiper kereta.

    Kalau dibiarkan terkena panas terik mentari memang tak tahan lama, walaupun apa jenis jenama sekali pun.
    Entri terbaru di blog sensasi2020 — Tayangan Perdana Filem Malay Regiment Di MMCineplex

    Reply
  6. Mama Hakim says

    22/08/2017 at 11:33 AM

    Mama seumur hidup tak pernah tukar wiper baru

    Hehe

    Semua suami buatkan
    Entri terbaru di blog Mama Hakim — Bina Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri & 8 Tips Elakkan Ditipu!

    Reply
  7. lisak says

    17/08/2017 at 7:07 PM

    musim ujan mesti lagi banyak guna.. baik pakai yang tahan lama
    Entri terbaru di blog lisak — Enchanteur Stunning – Variasi wangian terbaru Enchanteur

    Reply
  8. Mazni Azmi says

    17/08/2017 at 11:01 AM

    Saya prefer pakai yang tahan lasak

    Tak rajin nak tukar selalu
    Entri terbaru di blog Mazni Azmi — Pengedar Shaklee Petaling Jaya 2017 & COD ke rumah!

    Reply
  9. Belang Tarung says

    16/08/2017 at 1:50 PM

    Bosch mmg femes dgn kejuruteraan..apalagi sampai keluarkan part engine…kereta kat rumah pun dah lama tak tukar getahnya..mahal xpe janji menang memakai hehe
    Entri terbaru di blog Belang Tarung — Berapa Kali Gerhana Matahari Berlaku Dalam Setahun ?

    Reply
  10. Hidayah Azman says

    16/08/2017 at 12:17 AM

    Saya prefer wiper silikon sebab ayah saya memang ajar dari dulu.

    Kalau getah cepat keras, rosak cermin kereta.
    Entri terbaru di blog Hidayah Azman — TESTIMONI SET MENGANDUNG PREMIUM SHAKLEE BANTU NAIKKAN HB IBU MENGANDUNG

    Reply
    • Mama Hakim says

      23/08/2017 at 4:33 PM

      Ini yang jadi pada cermin kereta ayah saya

      getah koyak bercalar habis
      Entri terbaru di blog Mama Hakim — Bina rumah banglo : Persediaan awal untuk tapak binaan

      Reply
  11. Wan Zawawi says

    10/08/2017 at 11:37 PM

    Setakat ni dah setahun lebh guna wiper silikon , dalam plan nak tukar wiper baru juga ni
    Entri terbaru di blog Wan Zawawi — ANCHOR FOOD PROFESSIONALS LAUNCHES ARTISANAL PIZZAS THROUGH PIZZART CAMPAIGN

    Reply
  12. mrhanafi says

    09/08/2017 at 10:53 PM

    viper rosak dan masa hujan memang menurunkan azab hehehe

    apapun ayat penjual sangat power..

    boleh kita belajar bagaimana nak tackle hati prospek..

    bro lagi la tahu berbanding saya
    Entri terbaru di blog mrhanafi — Guna Poslaju Trace And Track Lebih Diyakini

    Reply
  13. Syakilla Azam says

    08/08/2017 at 6:03 PM

    Nak terus gi cari laaa wiper Bosch ni.. dah 5 6 kali dah tukar wiper sejak tahun lepas.
    Entri terbaru di blog Syakilla Azam — 5 Sebab Bersenam Selain Untuk Menurunkan Berat Badan

    Reply
  14. Ira says

    03/08/2017 at 12:33 PM

    Betul as long as pandai jaga boleh tahan lama.
    Entri terbaru di blog Ira — Keajaiban Perjalanan Hidup Seorang Wanita

    Reply
  15. akubiomed says

    02/08/2017 at 8:37 PM

    Wiper silikon tahan lasak. Ada juga gajet boleh hiris yang boleh potong getah wiper lama untuk dapat satu lapisan getah wiper baru.

    Sayangnya gajet tersebut tak masuk Malaysia.
    Entri terbaru di blog akubiomed — DIY Rak tempat simpan penyangkut baju paip PVC

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Penulis

Entri Terkini

  • USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak
  • Selamat Tahun Baru 2019
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Pelawat Paling Mesra

  • Ani Haryani

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GB Webhosting · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥