WeChat Speed All Star – Lumba Kereta bersama Selebriti

Aku tak pernah guna aplikasi WeChat. Tapi sekarang dah mula berjinak-jinak guna WeChat untuk mesej dengan kawan-kawan. Ada berapa orang je kawan aku yang guna WeChat. Tak ramai. Huhu. Siapa sudi add lah aku kat WeChat.. ID : anarmnetwork

Apa yang menarik tentang WeChat ni selain untuk mesej atau berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan, WeChat juga ada sediakan beberapa game untuk dimain pada waktu lapang. Jangan main waktu kerja pulak. Boss marah nanti.

Game WeChat paling aku suka adalah WeChat Speed. Pertama kali main game ni bila di-invite oleh Bro Framestone. Bila dah mula main, rasa best pulak.

WeChat Speed All Star Race

Sekarang ni WeChat menganjurkan perlumbaan dengan selebriti Malaysia, dinamakan WeChat Speed All-Star Race. Ada 6 selebriti yang akan berentap dalam WeChat Speed All-Star Race iaitu:

  1. Yumi Wong
  2. Diana Danielle
  3. Adam C
  4. JJ
  5. Elfira Loy
  6. Adrian Tan
WeChat Speed All-Star Race berlumba dengan Selebriti Malaysia
Selebriti Malaysia dalam WeChat Speed All-Star Race

Setiap pelumba WeChat Speed boleh pilih mana-mana selebriti untuk join kumpulan mereka. 3 pelumba terbaik setiap kumpulan akan bertanding dalam peringkat akhir yang akan diadakan di Paradigm Mall pada 15 Jun nanti. Hadiah yang ditawarkan untuk pemenang berjumlah RM15,000.. Woww!!

Aku join team Elfira Loy. Tapi lepas tu aku tukar masuk team Yumi Wong pulak. Shakiddo dan Eizil yang hasut aku suruh join team Yumi Wong.

WeChat Speed All-Star Race team Elfira Loy

WeChat Speed All-Star Race team Yumi Wong
Kedudukan aku dalam team Yumi Wong. Ranking lebih 1000. Kalah teruk ni.

Game WeChat Speed ni seronok main sebab grafik 3D yang cantik dan jelas. Kesan visual pun mantap, memang berjaya menarik minat orang yang suka main game macam aku ni. Arahan game ni pun mudah je. Hanya perlu tekan butang kiri dan kanan untuk gerakkan kereta dan kutip coin.

Effects paling mantap bila kita kutip power yang boleh tambah kelajuan kereta untuk beberapa saat. Masa tu dapat tengok kereta bergerak laju sampai keluar api. Kereta-kereta lain yang kena langgar habis tercampak keluar.

Perlumbaan WeChat Speed All-Star Race
Tak sempat kutip coin, kereta laju sangat – 334 Km/h
WeChat Speed All-Star Race visual effects
Habis tercampak semua kereta kena langgar
WeChat Speed All-Star Race jump truck
Lompat naik atas lori untuk jimat penggunaan minyak.
AMARAN: Jangan cuba buat macam ni di jalan raya
WeChat Speed lawan dengan helikopter
WeChat Speed berlawan dengan helikopter jahat

Selain kutip coin, pemain juga kena pastikan kereta dapat sampai ke checkpoint yang ditetapkan, sebelum habis minyak. Game akan tamat bila kereta habis minyak. Bila berjaya lepasi checkpoint, minyak kereta akan ditambah untuk kita teruskan perlumbaan. Jadi, kena kawal kereta dengan teknik yang betul untuk dapat pungut mata tertinggi.

Sekali sekala boleh challenge atau lawan dengan pemain-pemain lain untuk berebut ranking. Nak berada di kedudukan atas kenalah dapatkan point yang terbanyak dan kalahkan pemain-pemain lain. Bab ni yang aku paling suka. Sebelum lawan kena pastikan upgrade kereta dulu supaya tak kalah.

Tapi, semuanya bergantung pada teknik yang digunakan semasa main WeChat Speed ni.

Shakiddo kalah lawan WeChat Speed
Blogger Shakiddo kalah lawan WeChat Speed dengan aku. Haha..

WeChat Speed high score

Super Car WeChat Speed
Kereta yang aku guna dalam WeChat Speed All-Star Race

Special Bonus WeChat Speed

Selain tu ada juga bonus-bonus istimewa yang boleh anda dapat bila main game WeChat Speed. Bonus seperti coin dan diamond boleh digunakan untuk bantu dalam perlumbaan termasuk untuk upgrade kereta, upgrade pemandu, beli booster, tambah kelajuan kereta, beli ‘nyawa’, top up gas / minyak, dan lain-lain.

Benda yang penting dalam WeChat Speed ni adalah Diamonds. Kalau ada diamonds banyak, macam-macam boleh buat. Untuk dapatkan diamonds, apa yang perlu buat hanya dengan selesaikan setiap task yang diberi.

Bronze Star Events:

  • Tamatkan perlumbaan dan sertai pasukan – 50 diamond
  • Jemput rakan untuk berlumba sebanyak 5 kali – 100 diamond
  • Dapatkan markah sebanyak 100,000 – 100 diamond

Silver Star Events:

  • Lengkapkan perlumbaan dengan kereta Class B ke atas – 50 diamond
  • Kongsikan markah perlumbaan All Star di WeChat Moments – 150 diamond
  • Dapatkan markah sebanyak 180,000 – 150 diamond

Gold Star Events:

  • Dapatkan markah sebanyak 250,000 – 200 diamond
  • Mempunyai 25 rakan permainan – 300 diamond
  • Ranking top 200 dalam pasukan – 300 diamond

Tips dapat high score WeChat Speed

WeChat Speed juga ada tawarkan bonus harian yang berbeza mengikut tarikh kita login:

  • 19/5 : Dapat markah sebanyak 880,000 sepanjang tempoh waktu 21:00 – 22:00 untuk menangi 20 Diamond
  • 20/5 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “7” (e.g. 208,897) sepanjang tempoh waktu 21:00 – 22:00 untuk menangi 5,000 coins
  • 21/5 : Guna Gas Tank sebanyak 5 kali untuk menangi 5,000 coins.
  • 22/5 : Belanja 100 Diamonds untuk dapatkan 10 Diamonds percuma.
  • 23/5 : Cecah markah 1 juta pada hari ini untuk menangi 20 Diamonds.
  • 24/5 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk menangi 10,000 coins
  • 25/5 : Guna Gas Tank sebanyak 3 kali untuk menangi 2,000 coins.
  • 26/5 : Belanja 200 Diamonds untuk dapatkan 50 Diamonds percuma.
  • 27/5 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “7” (e.g. 208,897) sepanjang tempoh waktu 20:00 – 2:00 untuk menangi 3,000 coins
  • 28/5 : Cecah markah 880,000 sepanjang tempoh waktu 21:00 – 22:00 untuk menangi 20 Diamonds
  • 29/5 : Guna Gas Tank sebanyak 5 kali untuk menangi 5,000 coins.
  • 30/5 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk menangi 10,000 coins
  • 31/5 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “7” (e.g. 208,897) sepanjang tempoh waktu 21:00 – 22:00 untuk menangi 5,000 coins
  • 1/6 : Guna Gas Tank sebanyak 5 kali untuk menangi 5,000 coins.
  • 2/6 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk menangi 10,000 coins
  • 3/6 : Belanja 100 Diamonds untuk dapatkan 10 Diamonds percuma.
  • 4/6 : Cecah markah 880,000 sepanjang tempoh waktu 21:00 – 22:00 untuk menangi 20 Diamonds
  • 5/6 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “8” (e.g. 208,898) sepanjang tempoh waktu 21:00 – 22:00 untuk menangi 5,000 coins

Best kan? Jom download WeChat dan install game WeChat Speed. Boleh main bila ada masa terluang. Memang best untuk hilangkan tekanan kerja seharian. Jangan main waktu kerja dah la. Boss marah!

Jangan lupa juga add aku di WeChat. Nanti boleh race. ID : anarmnetwork

WeChat Speed All-Star Race
Review oleh Anarm pada
Rating: 4 / 5 Bintang

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *