Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 12/02/2019
You are here: Home » Gadget » USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak

USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak

09/01/2019 Anarm 3 Comments

  Tweet        

Audio jack laptop aku rasanya dah setahun rosak. Tak berfungsi dah. Bila cucuk earphone atau headphone kat lubang audio tu, langsung tak keluar apa-apa bunyi. Tapi bunyi dari speaker dalaman laptop masih berfungsi dengan baik. Cuma kualiti bunyi dia sekarang ni dengar macam pecah-pecah, putus-putus.

Laptop dah lama..

Bermacam-macam cara dah aku buat. Godek sana, godek sini. Tetap takda bunyi juga. Kesimpulannya memang audio jack laptop tu yang bermasalah.

Audio Jack Port Laptop

Selama ni aku tengok movie, layan lagu dan main game di laptop, terpaksa dengar sound dari speaker dalaman je. Kalau isteri aku tengah layan drama Korea kat PC dia dengan sound dari speaker Edifier yang bunyinya kuat giler, terus tenggelam bunyi speaker laptop aku.

Paling tak best bila main game. Rasa tak puas sebab sound effect dalam game tu tak dapat dengar dengan jelas dari speaker laptop.

Banyak kali juga mati awal masa main game PUBG Mobile (guna emulator) sebab tak berapa dengar bunyi musuh datang. Tak tahu musuh ada kat arah mana. Tiba-tiba dah kena tembak, tak sempat lari.

Kena pakai headphone juga baru best main game.

USB Sound Card Murah

Aku ada tanya pendapat kawan-kawan di Facebook — sama ada hantar repair audio jack yang rosak tu, atau pakai USB Sound Card (external sound card).

Kalau hantar repair atau tukar audio jack baru, kena buka bahagian dalam laptop tu sebab audio jack biasanya terlekat di motherboard. Tak pasti pula berapa harga kena bayar sebab tak pernah hantar repair kat kedai. Rasanya mahal juga caj dia.

Beberapa orang kawan cadangkan pakai USB Sound Card je sebagai ganti audio jack yang rosak tu. Lebih mudah, murah dan jimat. Aku survey harga USB sound card di Shopee, dalam RM10 – RM20 dah boleh dapat. Murah! Kalau hantar repair kat kedai mungkin kena bayar lebih daripada tu.

Aku pun beli satu USB sound card melalui Shopee. Beli yang biasa je. Untuk test boleh guna ke tidak di laptop aku. Kalau tak boleh guna, tak terasa rugi sangat sebab harga beli pun murah.

Lagipun malas nak keluar beli kat kedai. Shopping online lebih mudah. Shopee tempat yang selalu aku shopping secara online.

Jana 4 Angka Seminggu Berniaga di Shopee

Beberapa hari lepas order, orang poslaju datang rumah hantar USB sound card yang aku beli online tu. Cepat juga penjual di Shopee tu pos barang. Terus buka bungkusan, check kondisi barang dan cuba guna.

Alhamdulillah.. USB sound card ni dapat berfungsi dengan baik di laptop aku. Kualiti barang pun bagus walaupun harganya murah. Rating 5 bintang aku bagi.

USB Sound Card, External Sound Card

External USB Sound Card Virtual 7.1 Channel 5Hv2

USB sound card ni jenis plug & play. Tak perlu setting apa-apa. Hanya perlu cucuk je dalam lubang USB port di laptop, lepas tu cucuk jack headphone atau earphone dalam lubang audio di USB sound card tu. Lubang untuk microphone pun ada.

Lepas dah cucuk sambungan dia, sistem operasi laptop akan auto setting jadikan USB sound card sebagai default speaker / mic dan terus boleh guna.

USB sound card murah

Dah sebulan aku guna USB sound card murah ni. Setakat ni sangat puas hati dengan hasil bunyi dia. Walaupun murah, kualiti bunyi dia boleh tahan juga. Best je layan movie boleh pakai headphone. Sound dia sedap didengar.

Main game PUBG pun rasa bertambah hebat sejak guna USB sound card ni. Haha.. Dah pakai headphone, semua bunyi sekeliling boleh dengar dalam game tu. Senang nak kesan musuh berada kat mana berpandukan bunyi tapak kasut dia atau bunyi tembakan datang dari arah mana.

—
Siapa ada masalah audio jack laptop rosak juga, pendapat aku, baik beli USB Sound Card (atau USB Audio Adapter) yang macam ni. Jimat kos, cepat dan berbaloi.

Kalau nak beli secara online, cari je kat Shopee. Macam-macam jenis USB sound card ada dijual kat situ. Tinggal pilih je nak beli yang mana satu. Dah ada ke akaun Shopee? Kalau belum, boleh daftar DI SINI.

USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop Yang Rosak – Anarm.Net
Audio jack laptop aku rasanya dah setahun rosak. Tak berfungsi dah. Bila cucuk earphone atau headphone kat lubang audio tu, langsung tak keluar apa-apa bun
Editor's Rating:
5

Artikel Lain Yang Menarik

  • Xiaomi Redmi Note 4G Pengganti Lenovo S930 Yang Dah Rosak
  • Cuci Kipas Laptop
  • Software yang ada dalam laptop saya (Windows)
  • Tukar skin AIMP3 Audio Player – #WW
  • Layan lagu dengan AIMP Free Audio Player
  Tweet        

Kategori : Gadget Keyword : audio jack laptop, audio jack rosak, external sound card, harga usb sound card, shopee, usb audio adapter, usb sound card, usb sound card laptop, usb sound card murah

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Selamat Tahun Baru 2019

3 Comments

  1. Ani Haryani says

    11/02/2019 at 10:55 PM

    Wah bagus ni! Info baru, selalu hantar kedai je bila rosak huhu, dah tahu satu ilmu baru. Terima kasih!
    Entri terbaru di blog Ani Haryani — Tips Uruskan Kerja Sambil Berbusiness

    Reply
  2. Wan Syahida says

    15/01/2019 at 11:45 AM

    good info.. Gajet baru yang saya nampak. sebelum ni x pernah tahu.. huhu terima ksih.
    Entri terbaru di blog Wan Syahida — Jana Income RM1500 Dengan Mudah Dengan Shaklee

    Reply
  3. Ibu Zaid says

    15/01/2019 at 10:20 AM

    Bagus sebab tuan pandai tukar sendiri audio jack ni. Laptop ibu ni dah lama, rosak juga audio jack. Mungkin sebab dah pernah jatuh dalam beg beberapa kali
    Entri terbaru di blog Ibu Zaid — Susu kambing untuk bayi kuning? Ibu wajib baca ini sebelum cuba!

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Penulis

Entri Terkini

  • USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak
  • Selamat Tahun Baru 2019
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Pelawat Paling Mesra

  • Ani Haryani

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GB Webhosting · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥