Harga Baru Pelan Unifi, Pelanggan Sedia Ada Terima Speed Upgrade Percuma

Harga pelan internet Unifi sekarang dah diturunkan. Dengan perlaksanaan harga baru, pelan 100Mbps kini menjadi pelan asas langganan Unifi pada harga RM99 sebulan.

Untuk masa terhad, Unifi menawarkan pelan 100Mbps ni hanya RM89 sebulan.

Berikut adalah harga baru untuk langganan pelan internet Unifi :

  • 100Mbps – RM99 sebulan (RM89 sebulan untuk masa terhad)
  • 300Mbps – RM139 sebulan
  • 500Mbps – RM159 sebulan
  • 1Gbps – RM289 sebulan
  • 2Gbps – RM319 sebulan
Harga baru pelan internet Unifi

Pelan 30Mbps dan 800Mbps tidak lagi ditawarkan di bawah pelan baharu ni.

Bagaimanapun, pihak TM masih kekal menawarkan Pakej Rahmah 30Mbps pada harga RM69 sebulan untuk golongan B40, OKU, warga emas, dan veteran.

Speed Upgrade Untuk Pelanggan Unifi Sedia Ada

Untuk pelanggan Unifi sedia ada – Unifi Home dan Unifi Biz – akan menerima speed upgrade secara PERCUMA, tiada caj tambahan. Pelan yang dilanggan akan ditingkatkan kelajuan internet pada harga yang sama dan tanpa perbaharui kontrak (melainkan buat pertukaran ‘router’).

Unifi Speed Upgrade

Pelanggan Unifi yang terpilih untuk speed upgrade akan dimaklumkan melalui Email, SMS, dan notifikasi di aplikasi MyUnifi.

Atau boleh semak kelayakan melalui portal Self Care Unifi di bahagian “My Account” > klik simbol anak panah > “View Service”.

Semak kelayakan speed upgrade Unifi
Cara semak kelayakan Speed Upgrade Unifi

Proses speed upgrade ni dibuat berperingkat bermula Oktober hingga Disember 2023, serta tertakluk kepada liputan dan infrastruktur rangkaian Unifi yang tersedia di kawasan pengguna.

Speed internet Unifi yang akan dinaik taraf untuk pelanggan sedia ada:

  • 30Mbps -> 100Mbps
  • 50Mbps -> 300Mbps
  • 100Mbps -> 300Mbps
  • 300Mbps -> 500Mbps
  • 500Mbps -> 800Mbps
  • 800Mbps -> 1Gbps
  • 1Gbps -> 2Gbps

Aku guna pelan Unifi 100Mbps. Dah check status layak untuk upgrade kepada 300Mbps. Cuma belum dapat apa-apa makluman daripada Unifi.

Kelayakan speed upgrade Unifi

Tapi aku rasa macam tak perlu speed internet sampai 300Mbps. Bagi aku 100Mbps pun dah cukup laju. Lebih baik kemaskini harga je ikut harga langganan baru. Jimat sikit bayaran bil.

Takpe lah.. Guna dulu bila dah siap upgrade nanti. Kalau ok, boleh teruskan. Kalau tak ok, aku downgrade.

Rujuk laman Unifi Speed Upgrade 2023 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *