Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 24 April 2018
You are here: Home » Santai » Tutup Akaun Streamyx

Tutup Akaun Streamyx

5 September 2014 Khairul Anam

Tweet

Minggu lepas aku pergi TMPoint buat urusan tutup akaun Streamyx sebab rumah yang aku duduk sekarang tiada infrastruktur TM ( tiada kemudahan telefon dan internet ). Baru aku tahu rupanya ada juga kawasan yang TM tak sediakan kemudahan infra. Ingatkan semua tempat ada coverage.

TMPoint tutup akaun Streamyx

Kat rumah sekarang aku hanya bergantung pada postpaid internet Celcom yang aku guna di smartphone. Bila nak guna internet untuk buat kerja atau update blog, terpaksa tethering sambungkan internet dari phone ke laptop. Nasib baik line internet Celcom kat rumah aku boleh tahan laju juga speed dia.

Cuma yang tak bestnya kuota internet mobile ni cepat habis bila sambungkan internet ke laptop. Lepas tu speed internet akan jadi slow giler, tapi masih boleh guna. Cuma kadang-kadang tu tak boleh nak online langsung.

Borang tutup akaun internet Streamyx

Borang tutup akaun internet Streamyx

Oleh sebab internet menjadi keperluan bagi seorang blogger macam aku ni dan nak buat kerja pun perlukan internet, jadi kena beli internet broadband terbaik untuk memudahkan aku online di rumah. Takkan setiap masa nak tethering guna phone je. Bateri phone pun cepat habis.

Aku dah beli simkad ( prepaid ) untuk jadikan internet broadband. Saje ambil prepaid sebab aku dah ada postpaid. Lagipun guna internet yang jenis prepaid ni pada pendapat aku lagi bagus. Takde kontrak dengan syarikat telco. Komitmen bulanan pun takde. Rasanya guna prepaid lebih jimat berbanding postpaid.

Harap-harap boleh beri perkhidmatan internet dengan baik.

Artikel Lain Yang Menarik

  • Tukar dari Postpaid Celcom ke Prepaid Celcom
  • Rumah Tiada Infrastruktur TM Streamyx
  • Tutup Akaun Astro, Boring Asyik Ulang Cerita Sama
  • Tukar Modem Baru Streamyx
  • ONEXOX Prepaid Untuk Penjimatan Call, SMS dan Internet
Tweet

Kategori : Santai Keyword : awek tm, celcom postpaid, infrastruktur tm, internet broadband, keperluan internet, postpaid celcom, prepaid internet, prepaid jimat, streamyx, tmpoint, tutup akaun streamyx

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Telegram Messenger Aplikasi Alternatif WhatsApp
Next article:
Kemaskini WordPress 4.0 “Benny”

15 Comments

  1. Nursimatun says

    5 November 2014 at 8:22 AM

    Saya pun baru je tutup akaun streamyx sebab masalah kabel kat blok kediaman saya ni jugak. Terpaksa beralih arah ke P1… huhuhu

    • Anarm says

      5 November 2014 at 10:32 AM

      P1 ok dah ke sekarang? Sebab ada kawan2 yang guna P1 katanya bermasalah jugak line dia.. Bandwidth pun cepat habis..

      • Nursimatun says

        5 November 2014 at 10:45 AM

        Alhamdulillah ok je kat area saya ni. Ada sesetengah area tu bermasalah jugak..

  2. Bistari Corner says

    25 September 2014 at 6:21 PM

    Aku pun nak kena g tm ni..nak kena tukar masuk unifi rmh baru..

  3. Adam says

    20 September 2014 at 8:29 PM

    Lepasni upgrade pakai Maxis Fibre la pulak. Laju! Kalau nak jimat cuba ABN Xcess tapi coverage dia limited. Kalau TM takda, apatah lagi ABN. Hehe.

  4. aishah ahmad says

    9 September 2014 at 4:05 PM

    Wah….alarm mmg seorang blogger tegar

  5. Bro Framestone says

    7 September 2014 at 9:17 PM

    Gua pula baru terminate Maxis broadband

  6. faizul says

    6 September 2014 at 12:29 PM

    lama-lama nanti wujudlah infrastruktur tm tu. Tak kemana dah streamyx tu. So, buat masa ni lanyaklah broadband tu puas-puas ye.

  7. tutyrahiza says

    6 September 2014 at 9:52 AM

    umah saya ni ada streamyx tapi limited kuota sebab TM kata pencawang dah penuh..dah hampir 4 tahun guna celcom broadband..kekadang sakit jiwa juga.

  8. Bahrain says

    6 September 2014 at 7:27 AM

    yang tak bestnya itulah kalo pakai broadband ada kuota. menyerap kalo macam tu. hehehe

    • Anarm says

      6 September 2014 at 9:26 AM

      Tu la pasal.. Tapi terpaksa guna broadband jugak sebab kat rumah takde Streamyx / UniFi.. Guna internet yang ada limit kuota ni memang tak best..

  9. Sani says

    6 September 2014 at 1:55 AM

    All the best bro Anarm… saya pakai Altel, celcom dan maxis ni tak laju-laju yang ada masalah. Mungkin area saya ni banyak bangunan tinggi..

    • Anarm says

      6 September 2014 at 9:23 AM

      Pernah juga cuba Altel hari tu.. Tapi line dia tak berapa best.. Mungkin bangunan tinggi tu jadi punca jugak..

  10. akubiomed says

    6 September 2014 at 1:01 AM

    Pernah guna wireless broadband tetapi tidak tahan dengan kuota cepat menyusut.

    • Anarm says

      6 September 2014 at 9:21 AM

      Broadband memang cepat habis kuota.. Nak sedap kena langgan kuota yang besar.. Tapi mahal sikit lah nak membayarnya..

Penulis

Entri Terkini

  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 20GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu
  • Daftar Portal Online MyASNB
  • Pengelap Cermin Kereta (Wiper) Jenis Getah Biasa atau Silikon, Mana Lebih Bagus?

Pelawat Paling Mesra

  • Be the first to comment.

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2018 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GempakBox · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥