Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 12/02/2019
You are here: Home » Santai » Tutup Akaun Astro, Boring Asyik Ulang Cerita Sama

Tutup Akaun Astro, Boring Asyik Ulang Cerita Sama

12/03/2015 Anarm

  Tweet        

Aku dah nak tutup akaun Astro sebab dah boring asyik tengok cerita sama je berulang-ulang kali. Bayar bil langganan setiap bulan untuk tengok ulangan cerita yang sama rasa tak berbaloi dan membazir duit je. Dah la bil makin mahal.

Sekarang ni tinggal lebih kurang seminggu saja lagi sebelum akaun Astro kat rumah aku akan ditamatkan perkhidmatannya. Lepas ni tak payah tengok TV. Kalau nak layan movie ke apa ke, download je kat internet. Haha.

Tutup akaun Astro

Masa awal-awal aku langgan Astro dulu memang seronok sebab ada banyak channel boleh tengok. Balik kerja boleh berehat dengan isteri sambil tengok macam-macam cerita yang disiarkan di Astro.

Lama lepas tu mula rasa bosan sebab Astro asyik siarkan cerita sama je. Banyak kali pulak tu dia ulang.

Bil Astro pun satu hal. Awal-awal dulu aku langgan pakej paling murah, bayar berapa puluh ringgit je (tak ingat) sebulan tapi hari ni dah semakin naik jadi hampir RM100. Lagilah buat aku rasa nak tutup akaun Astro cepat-cepat.

Cadangnya sebelum ni aku nak bertukar ke Astro NJOI yang percuma tu. Tapi, kebetulan dengan tarikh tamat kontrak akaun Astro aku masa tu jugak la NJOI tamatkan penukaran pakej secara percuma. Nak tukar jugak kena bayar RM300 lebih.

Terus tak jadi tukar.

Astro NJOI TV Satelit Percuma

Akhirnya, lepas bincang dengan isteri, aku buat keputusan untuk terus tutup akaun Astro sebab kalau takde Astro pun kitorang tak kisah. Cuma lepas ni aku tak boleh layan cerita Korea dah la. Huhu..

Cara Tutup Akaun Astro

Untuk tutup akaun Astro ada beberapa cara boleh kita buat. Boleh “telefon customer service Astro untuk tutup akaun Astro“, terus pergi ke pusat perkhidmatan Astro atau melalui Facebook.

Aku buat permohonan untuk tutup akaun Astro melalui Facebook je. Harap-harap takde masalah.

Aku contact pihak Astro melalui PM di Facebook page Astro. Dalam PM tu aku beritahu nak tutup akaun Astro. Lepas aku beritahu tu, staf Astro reply macam ni.

Untuk penutupan akaun, encik perlu berikan satu bulan notis dan penutupan hanya boleh dilakukan bermula 19/03/2015. Set Astro perlu dipulangkan ke kaunter khidmat pelanggan dalam tempoh 30 hari selepas akaun ditutup. Jika bersetuju, sila berikan maklumat di bawah sebagai pengesahan:

1. Nama penuh
2. Nombor IC
3. Hubungan dengan pemilik akaun
4. Alamat
5. Nombor telefon
6. Sebab pembatalan akaun

Aku pun reply bagi semua maklumat yang diminta untuk pengesahan tutup akaun Astro. Sebab pembatalan akaun pun diorang minta. Haha. Aku belasah je tulis kat bahagian tu.

Lepas dah buat pengesahan dengan maklumat yang diminta, diorang pun jadualkan pembatalan akaun Astro aku efektif pada 19/3/2015, iaitu 1 bulan dari tarikh aku buat pengesahan melalui PM di Facebook hari tu.

Jadi, siapa rasa nak tutup akaun Astro tu pastikan kena bagi notis awal 1 bulan ye. Tak boleh tutup akaun dengan segera. Lepas tu kena pulangkan set dekoder Astro ke kaunter khidmat pelanggan dalam tempoh 30 hari selepas akaun ditutup.

Kalau tak pulangkan dalam tempoh 30 hari, penalti RM500 akan dikenakan.

Set dekoder Astro

Untuk bayaran bil pula, aku tanya bil kira macam mana sebab takkan nak kena bayar penuh jugak kan. Diorang reply:

Ya encik, bil baru akan keluar pada 4/3/2015. Encik boleh tunggu bil berikutnya pada 4/4/2015 untuk bil yang diprorata semula untuk jumlah yang perlu dijelaskan.

Jadi, bulan ni aku tak bayar bil Astro sebab nak tunggu bil baru yang akan dikira semula. Dah dapat jumlah betul nanti baru aku akan bayar semua. Tapi kalau dapat jumlah bil yang ‘luar biasa’, kena pergi serang ofis Astro la nampaknya. Harap-harap takkan berlaku masalah macam tu.

Pesaing Baru Astro

Dengar cerita Astro bakal ada pesaing baru tak lama lagi iaitu rangkaian saluran digital dari RTM. Rakyat Malaysia akan menikmati saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga Saluran Standart (SD) secara percuma di bawah projek Angkasapuri Media City.

Pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung di bawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna.

Bermula Jun 2015 nanti nampaknya rakyat Malaysia akan ada pilihan selain Astro.

Mungkinkah dengan adanya saingan baru ni pihak Astro akan memperketatkan lagi syarat untuk menutup akaun Astro? Atau akan ada terma dan syarat baru yang akan ditambah ataupun diubah?

Artikel Lain Yang Menarik

  • Tutup Akaun Streamyx
  • Astro Channel Percuma 29 Ogos hingga 1 September 2014
  • Astro Channel Percuma 15 hingga 17 September 2013
  • Semua Channel Astro Percuma
  • Wordless Wednesday #6 – Astro Bahayakan Kesihatan
  Tweet        

Kategori : Santai Keyword : angkasapuri media city, bil astro mahal, cara tutup akaun astro, pembatalan akaun astro, penalti astro rm500, pengesahan akaun astro, siaran ulangan astro, tutup akaun astro

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
DISA – Aplikasi Untuk 2 Akaun WhatsApp Bagi Pengguna Smartphone Dual Sim
Next article:
Komisen Ke 5 dari Mobicow

36 Comments

  1. Belang Tarung says

    12/08/2015 at 2:09 PM

    dengar kata dua tahun kontrak dan kene pulang balik piring..baru nak buat main masak2
    Entri terbaru di blog Belang Tarung — Flightradar24 Mengesan Sebuah Kereta Terbang ?

  2. unknown says

    07/08/2015 at 2:37 PM

    nak tanye center astro kat mana ?

    • Anarm says

      12/08/2015 at 4:05 AM

      Centre Astro ada seluruh Malaysia.. Boleh call pihak Astro tanya centre yang paling dekat dengan tempat tinggal.. atau PM pihak Astro melalui facebook page diorang..
      Entri terbaru di blog Anarm — Senaman Tangga Setiap Hari Sebab Lif Rosak

  3. Puteri says

    02/08/2015 at 6:49 PM

    So aritu terminate tru fb, lepas tarikh last day tu bebetul die terminate dgn selamat tak ? Sebab ade byk case, bil still jln, notis 1 month x update, so kena start balik dr awal, dan mcm2 lagi. Mohon update, what happen lepas tarikh last tu ye .. thanks !

    • Anarm says

      04/08/2015 at 12:49 AM

      Kes saya ni, lepas tarikh last tu memang Astro betul2 terminate akaun.. Dalam tempoh 30 hari lepas tu kena pulangkan set dekoder..

      So, masa pulangkan dekoder saya tanya sekali lagi dengan pekerja Astro kat centre tu tentang status akaun.. Confirmkan sekali lagi takut jadi macam kes2 bil still jalan.. Orang Astro tu bagitau akaun dah terminate sepenuhnya dan takkan dikenakan apa2 caj dah..

      Sampai sekarang takde terima apa2 surat pun dari Astro.. Maknanya akaun saya dah terminate dengan selamat..
      Entri terbaru di blog Anarm — Senaman Tangga Setiap Hari Sebab Lif Rosak

      • Puteri says

        04/08/2015 at 10:34 AM

        Ooo ok2, kalau mcm tu, kami boleh guna cara ni .. terima kasih sharing info ya !

      • Shuhada says

        12/10/2015 at 11:07 PM

        Nak tanya sikit. Bila dah dapat bil sebelum tarikh terminate tu kena bayar terus atau biar astro keluarkan bil prorata dulu baru bayar? Encik dapat bil 4/3/2015 tu bayar terus atau tunggu bil yang dah diprorata pada 4/4/2015 baru bayar? Tlg saya baru nak terminate.

        • Anarm says

          15/10/2015 at 9:04 AM

          Bil sebelum tarikh terminate tu takyah bayar lagi. Tunggu Astro bagi bil prorata baru bayar.

          Macam kes saya ni, bil 4/3/2015 tu saya tak bayar. Dapat bil 4/4/2015 baru saya bayar habis.
          Entri terbaru di blog Anarm — Servis Kereta di Magnetise Automotive, Bengkel Kereta Batu Caves

  4. pemanis stevia says

    23/04/2015 at 12:41 PM

    Betol tu , siaran astro membosankan.
    lagi2 sekarang ni caj makin mahal, gst lagi.
    Entri terbaru di blog pemanis stevia — Pemanis Stevia

  5. Ummi Hanie says

    15/04/2015 at 3:51 PM

    kami langsung x pernah langgan astro… tengok di rumah mertua dan adik ipar jer

    sekarang dah langgan Streamyx HyppTV. 4GB jumbo pack. puas hatilah juga
    Entri terbaru di blog Ummi Hanie — Upgrade ke pakej internet broadband Streamyx with Hypptv blockbuster deal 4Mbps

  6. Noriza Rahman says

    13/04/2015 at 11:41 AM

    memang membazir bayar bulanan untuk ulang cerita yang sama
    Entri terbaru di blog Noriza Rahman — Cinch Shake TERBUKTI Rendah Indeks Glisemik

  7. Muliani says

    11/04/2015 at 10:45 AM

    Betul tu. Kadang kadang bnde sama je dorang mainkan. Naik bosan dbuatnya

  8. jannah PS Low says

    07/04/2015 at 10:58 PM

    sokong tutup akaun astro. jimat sikit. era gst ni kena berjimat cermat
    Entri terbaru di blog jannah PS Low — Miliki Bibir Merah Jambu Tanpa Bergincu

  9. aqmalfaiz says

    03/04/2015 at 12:17 AM

    Khabarnya nak tutup akaun astro pun susah. Kene belit-belit sampai tak dapat nak tutup.
    Entri terbaru di blog aqmalfaiz — Seandainya Anda Tahu Apa Kebaikan Amalan Ini, Nescaya Anda Tidak Akan Meninggalkannya Walau Sehari Pun.

  10. Nurul Hidayah Binti Zakaria says

    29/03/2015 at 4:22 PM

    cerite berulang then bayar sama je…baik tukar lain.

  11. Ismail Ghazali says

    24/03/2015 at 2:23 PM

    Sekadar info;
    Baru call semalam nak tutup akaun lepas dua bulan TV pecah; hasil lontaran cemerlang anak-anak jantan yang sel-sel otaknya baru berhubung. Staff Astro cam nak nangis bila kata nak tutup. Dia kata kalau terminate dalam contract kena penalti RM500 prorated jumlah baki bulan dari tarikh contract. Jadi lagi 10 bulan kena RM210 dan satu bulan notice bil. Decoder dgn card nak kena hantar kat center. Plan petang ni nak hantar. Pasal MYTV tu kena bincang dengan Maknye kalau dia setuju.

  12. Khairul Zamri says

    23/03/2015 at 9:31 PM

    Itu hari aku tutup akaun dengan panggilan telefon juga tapi tak ada lah sampai nak kena pulang-pulang semua tu
    Entri terbaru di blog Khairul Zamri — Malaysia Best Blog 2015

  13. Cikjan says

    21/03/2015 at 12:55 PM

    Dah masuk tahun ke 5 x pakai astro.. duk pusing tv 1, tv 2, tv 3. cumanya baru2 ni arial patah, masukkan NJOI. lepas masuk tu boleh katakan tiap2 bulan astro call offer servis suh utk tukar pakej byr bulan2.. takde lah nak tmbh komitment byr pulak setiap bulan. pakai Njoi pun sbb nak bg elok siaran.
    Entri terbaru di blog Cikjan — Kempen Deposit Untuk Semua. Apa Itu Deposit Tetap?

  14. sensasi2020 says

    20/03/2015 at 10:05 AM

    Saya dah lama tak langgan ASTRO ni. Rasanya dah lebih daripada 5 tahun tutup akaun. Memang semua barang dipulangkan cuma antenanua aje tak perlu hantar.
    Entri terbaru di blog sensasi2020 — Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

  15. Syahril Hafiz says

    18/03/2015 at 7:58 PM

    Lepas MyTV Broadcasting release dekoder mereka kepada orang ramai, kita pakat2 jemaah tulis entri Tutup Akaun Astro..ok :)

    Dok layan Hyde Jekly Me lagi, payah nak tutup la adik dok tengok..hehe
    Entri terbaru di blog Syahril Hafiz — Kuasai Pasaran Tempatan Dengan Teknik SEO Lokal. Tips Jual Produk Secara Online !

  16. Ani Haryani says

    18/03/2015 at 10:34 AM

    Nak tunggu MYTV Broadcasting. Pasti menarik pada bulan Jun nanti. :D
    Entri terbaru di blog Ani Haryani — Malaysia seperti Jepun? Pokok Tekoma :D

    • Hayrin Matahir says

      28/03/2015 at 12:40 AM

      Sama la.. Nanti saya rasa MYTV dulu.. Harap-harap ada la siaran sukan secara langsung selain lambakan rancangan anime Jepun yang menggunakan dwibahasa. Sinetron Indo di saluran Melayu akan datang pun usah cerita. Lepas beberapa ketika baru boleh terminate Astro, itupun sekira mana-mana siaran percuma diberi hak siaran bola Piala Dunia secara langsung pads masa akan datang.

  17. islam di dadaku says

    17/03/2015 at 5:37 PM

    dulu astro sempat ada kat Indonesia tak tahulah sekarang bagaimana pelayanannya
    Entri terbaru di blog islam di dadaku — Mesjid-Mesjid Cantik Di Malaysia

  18. Julia Mahir says

    17/03/2015 at 1:54 PM

    Kami pun naaakkkk sangat tutup akaun Astro sbb dah rasa malas sbb cerita berulang.
    Harapkan nak tgk Sports je pun sebenarnya.
    Tapi apakan daya… area rumah takde streamyx pun… mana la nak tgk cite semuaa wuwuu
    Entri terbaru di blog Julia Mahir — Hippopo Baby Spa & Wellness, Queensbay Mall, Penang

  19. blogger lelaki says

    16/03/2015 at 8:17 PM

    gua pakai Njoi je..hu3..itupun xsempat nak tengok
    Entri terbaru di blog blogger lelaki — Malaysia Top 10 Best Blog 2015

  20. andy says

    16/03/2015 at 8:05 PM

    Saya tak pakai astro sebab sekarang dah banyak online streaming.Kalau nak layan movie boleh tgk online.Kalau nak potong astro pastikan check betul takut kena macam bil dapat.

  21. KiD says

    16/03/2015 at 4:46 PM

    kalau ada unifi kat umah bro kan… leh laaaa layan citer streaming
    Entri terbaru di blog KiD — Projek Misi menggapai Jutawan

  22. Adam Roslan says

    13/03/2015 at 5:20 PM

    Semoga MyTV yang dicanang tu dapat bawa banyak lagi program menarik untuk kita.
    Entri terbaru di blog Adam Roslan — Beli Beg Branded Original Murah dari London

  23. galut says

    13/03/2015 at 11:32 AM

    Tengok dan lihat pesaing baru,kalu ok mungkin nak Terminate juga……..!
    Entri terbaru di blog galut — Pesaing Anda

  24. Noriza Rahman says

    13/03/2015 at 8:23 AM

    Saya pun dah 4 tahun tak guna Astro ni, boring satu hal..pas tu takder sangat yang informasi untuk ditonton..ulang2 ja
    Entri terbaru di blog Noriza Rahman — Singkirkan Whitehead dan Blackhead

  25. azstory311 says

    13/03/2015 at 1:07 AM

    jom ramai2 terminate.. bg tekanan sikit pd ASTRO..
    Entri terbaru di blog azstory311 — [Suria Lekat Lekit] Cabaran Menulis Entry Dengan Tulisan Tangan

  26. Malaysia Tercinta says

    12/03/2015 at 2:42 PM

    Sekarang ni cerita ulangan semakin menjadi-jadi di Astro
    Entri terbaru di blog Malaysia Tercinta — Cara Semak / Tracking Pos Laju Online Dan SMS

  27. shark says

    12/03/2015 at 2:33 PM

    duk pk gak nak terminate nie..
    langgan warna sbb MLM..
    bila MLM dh abis dh xde bnda nk tgk..
    tp running man,EPL,GP,F1 buat aku pk 2x.
    heheh.

  28. akubiomed says

    12/03/2015 at 1:24 PM

    Nak lihat perubahan berlaku kepada industri penyiaran tanah air berubah ke arah digital dan berdefinasi tinggi.
    Entri terbaru di blog akubiomed — Alat kawalan jauh Astro hasil tebus mata ganjaran Astro Circle

  29. ghufran says

    12/03/2015 at 1:23 PM

    Tahun lepas nak terminate tak perlu pun pulangkan dekoder. Last2 beberapa bulan lepas tu Astro call nak convert dekoder sedia ada ke enjoi percuma, aku tros cakap ok je dah barang free hehe.
    Entri terbaru di blog ghufran — Berapa Telco Caj Prepaid Untuk Perbualan Harian Anda

  30. Mus says

    12/03/2015 at 1:12 PM

    aku pun nak ikut jejak ni..
    nak bincang balik dgn org rumah
    Entri terbaru di blog Mus — Senyum Melihat Bayaran Unruly Activate Yang Kedua

Penulis

Entri Terkini

  • USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak
  • Selamat Tahun Baru 2019
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Pelawat Paling Mesra

  • Ani Haryani

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GB Webhosting · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥