Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 20/02/2019
You are here: Home » Santai » Tangisan Seorang Pengemis

Tangisan Seorang Pengemis

14/09/2013 Anarm

  Tweet    

Lepas hantar isteri pergi kerja aku singgah kedai ‘Tujuh Sebelas’ (7E) nak beli air dengan jajan. Depan kedai ada seorang pengemis (peminta sedekah) lelaki sedang duduk bersandar di cermin kedai tu. Keadaan diri dia nampak sangat selekeh dan serabai dengan kaki berbalut dan bertongkat. Aku tengok ada kesan darah pada balutan kaki dia.

Masa aku jalan depan lelaki tu, dia tegur aku dan bagi salam dengan suara perlahan – “Assalamualaikum” sambil menadah kedua-dua tangan gaya minta duit. Aku pun jawab “Waalaikumussalam” sambil berjalan terus masuk dalam kedai 7E.

pengemis peminta sedekah

Lepas beli barang aku keluar dari kedai 7E nak pergi ke kereta, lelaki tu tegur aku lagi dia cakap “Dua ringgit pun takpe. Dua ringgit je“. Tiba-tiba rasa kesian pulak bila tengok keadaan lelaki tu. Aku pun berhenti betul-betul depan dia.

Sebelah kedai 7E ada restoren cina. Seorang amoi sedang sapu sampah depan restoren tu tiba-tiba datang dan tanya lelaki tu, “Mau makan ka?“. Lelaki tu geleng kepala dan cakap, “Takpa, takpa. Terima kasih ya“. Bila aku dengar lelaki tu jawab macam tu, aku fikir dia lebih perlukan duit nampaknya.

Aku keluarkan beg duit belek-belek cari duit RM2 tapi takde pulak, cuma ada duit besar. Aku pun hulur sekeping duit yang ada bagi pada lelaki tu. Rezeki dia. Lelaki tu berkali-kali ucap terima kasih. Aku tengok mata dia dah mengalir keluar air mata. Terus aku pun rasa sebak.

tangisan air mata

Dalam kereta aku terfikir pasal lelaki pengemis tu. Adakah dia betul-betul perlukan duit sampai meminta sedekah? Atau mungkin juga dia menipu? Maklum sajalah zaman sekarang ni memang ramai yang buat duit mudah menipu orang ramai dengan meminta sedekah. Kalaulah dia menipu orang ramai dengan cara macam tu, tak tahu macam mana nasib dia kelak. Harap-harap dia tak menipu.

Oleh sebab taknak susahkan hati, aku bersangka baik je. Kalau kena tipu sekalipun tak perlu rasa sakit hati. Dalam bab bersedekah dan menderma ni amalan kita dinilai berdasarkan niat dan cara. Kalau kita niat sedekah kerana Allah dan cara pun bertepatan dengan syarak, maka ianya tetap berpahala walaupun penerimanya menipu. Orang yang menipu tu biarlah urusan dia dengan Allah SWT.

Kadang-kadang tangisan cuma satu lakonan. Macam drama dalam TV.

Artikel Lain Yang Menarik

  • Aku seorang jurujual buat Direct Selling
  • Perginya Seorang Sahabat
  • Hidup seorang blogger dan cabarannya
  • Konteks Sebenar HIDUP SEORANG BLOGGER
  • Lelaki Tak Solat Jumaat sebab Uzur
  Tweet    

Kategori : Santai Keyword : amalan bersedekah, amalan murah rezeki, niat cara sedekah, niat sedekah kerana Allah, pahala menderma, pahala sedekah, peminta sedekah, pengemis menipu, sedekah ikhlas, tangisan seorang pengemis

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Voucher Membeli-Belah Lazada Malaysia
Next article:
Astro Channel Percuma 15 hingga 17 September 2013

24 Comments

  1. hanari says

    31/10/2013 at 9:53 PM

    memang banyak pengemis yang hanya memanfaatkan rasa iba seseorang, padahal keadaan dirinya sangatlah mampu untuk bekerja.
    Entri terbaru di blog hanari — Kanker Darah Pada Anak

  2. titan says

    17/09/2013 at 12:37 PM

    nak nangis..nak nangiss..
    Entri terbaru di blog titan — Tempahan qurban sempena musim raya haji 2013 – eQurban.com

  3. wazy says

    16/09/2013 at 10:29 PM

    Aku pun pernah berada di dalam situasi ni,sambil bagi duit aku ajak pengemis tu makan dan minum sekali.Kita fikirkan yang positif je
    Entri terbaru di blog wazy — Blogging is a Team Sport

  4. iqbal says

    16/09/2013 at 12:03 PM

    Kalo kena tipu dapat la dua pahala. Pahala sedekah pahala kena tipu
    Entri terbaru di blog iqbal — Jawapannya Adalah Empat

  5. Biomedical Science says

    15/09/2013 at 10:03 PM

    Memang kasihan sesetengah golongan pengemis dan orang tua. Asalkan kita berbuat baik sudahlah, usah fikir sama ada mereka tipu kita ataupun tidak.
    Entri terbaru di blog Biomedical Science — Non Malignant Disorders Of WBC

  6. Bahrain says

    15/09/2013 at 9:58 PM

    kalo kita ikhlas kita takkan pk semua sama ada bohong ataupun tidak. Kalau dia bohong, pembalasan ALLAH itu berat azamnya.
    Entri terbaru di blog Bahrain — Manusia Mudah Lupa

    • Anarm says

      15/09/2013 at 10:04 PM

      Memang takde fikir apa2 pun masa bagi. Cuma dah lama lepas bagi tu baru terfikir macam tu. Gangguan dari syaitan agaknya..
      Entri terbaru di blog Anarm — Astro Channel Percuma 15 hingga 17 September 2013

  7. Hazmin Hamudin says

    15/09/2013 at 12:21 PM

    Disebabkan pengemis yang suka ambil kesempatan ni, abis orang yang susah lain pun jadi mangsa. Aku memang dah susah nak percaya dekat pengemis ni.
    Entri terbaru di blog Hazmin Hamudin — Bersiaran Dari Pulau Pinang

  8. MrJocko says

    14/09/2013 at 7:31 PM

    Aku tak nak komen lebih2,,, pernah terasa kesusahan bila tiada duit,,,
    Entri terbaru di blog MrJocko — Aksi Lain Macam Hafiz Rahim Dan Hisyamuddin

    • Anarm says

      15/09/2013 at 3:24 AM

      Aku pun pernah rasa susahnya bila takde duit. Sebab tu bila nampak peminta sedekah aku rasa kesian. Jadi teringat balik masa takde duit dulu.
      Entri terbaru di blog Anarm — Tangisan Seorang Pengemis

  9. Rina says

    14/09/2013 at 5:14 PM

    Benar ni, urusan menipu atau tidak adalah urusan orang itu kalau kita adalah sedekahnya, sebisanya jika sudah mengeluarkan uang untuk bersedekah harus diiringi dengan rasa ikhlas, Insya Allah pahala kita akan dilipatgandakan :)
    Entri terbaru di blog Rina — Best List of Free Download Responsive Themes for Blog, Business, Magazine WordPress

  10. adikensem says

    14/09/2013 at 4:26 PM

    Memberi lebih mulia daripada yang menerima
    Entri terbaru di blog adikensem — Episode 1 #Blogging is a Team Support

  11. Shahrul says

    14/09/2013 at 2:01 PM

    takpe kalau dia tipu pun…kita dah bagi sedekah dgn ikhlas
    Entri terbaru di blog Shahrul — Twitter bersiap sedia untuk tersenarai di bursa saham

  12. akubiomed says

    14/09/2013 at 1:58 PM

    Tidak semua orang bernasib baik. Semoga amalan baik dibalas dengan baik.

    • Anarm says

      15/09/2013 at 3:10 AM

      Aminn.. InsyaAllah amalan yang baik pasti akan dibalas dengan yang baik juga.
      Entri terbaru di blog Anarm — Tangisan Seorang Pengemis

  13. sukma says

    14/09/2013 at 12:17 PM

    kadang-kadang saya pun ada terserempak dengan pengemis sebegini, ada yg boleh dilayan ada yang tidak sebab dah setiap hari ada di tempat yg sama dan minta duit @ rokok….terpulang tengok mood nak layan @ tak….
    Entri terbaru di blog sukma — Tukar Silicone Wiper Blade Kereta

  14. blogger lelaki says

    14/09/2013 at 11:56 AM

    kadang2 kita rasa kesian..tapi kita dah banyak kali dengar pasal kes org tipu nak kutip derma…
    Entri terbaru di blog blogger lelaki — Menang Kontest Apa kata blogger tentang traffik blog?

    • Anarm says

      15/09/2013 at 3:07 AM

      Kes tipu kutip derma tu memang banyak sekarang ni. Kalau kita tahu orang tu menipu, tak payah la bagi derma/sedekah. Tapi kalau kita tak tahu dia menipu dan kita pun bagi sedekah, Ustaz Azhar Idrus cakap kita akan dapat 2 pahala – Pahala bersedekah dan Pahala kena tipu (teraniaya).

      Doa orang teraniaya senang dimakbulkan. Kalau rasa teraniaya, berdoa je mohon pada Allah gantikan penipuan atau sebagainya tu dengan rezeki yang bertambah dan lebih baik untuk kita.
      Entri terbaru di blog Anarm — Tangisan Seorang Pengemis

  15. Ladfe Amir says

    14/09/2013 at 10:43 AM

    memang selalu duit dalam dompet kita bukan milik kita. ada yg kita sedekahkan di masjid, atau pada pengemis.

    tapi jika kita ikhlas bersedekah,insyaAllah Allah akan tambah ganjaran untuk kita.
    Entri terbaru di blog Ladfe Amir — Aksi Ikan Tembakul Ikan Belacak

    • Anarm says

      15/09/2013 at 2:58 AM

      Betul tu. Ganjaran dari amalan sedekah tu memang ada. Dengan amalan sedekah juga kita boleh tambah reseki kita.

      Tapi masih ramai yang taknak bersedekah sebab takut duit dia berkurang. Padahal Allah dah janji dengan sedekah rezeki kita akan bertambah, selain tu dapat pahala.
      Entri terbaru di blog Anarm — Tangisan Seorang Pengemis

  16. azman says

    14/09/2013 at 10:34 AM

    Pernah jumpa macam ni,aku bagi jer lah,kalau dia guna duit tu ke jalan yg salah,terpulang pada dia.Niat kita nak bersedekah.
    Entri terbaru di blog azman — Buat Korban Secara Online

    • Anarm says

      15/09/2013 at 2:53 AM

      Kalau dia guna duit tu ke jalan yang salah, yang tu urusan dia dengan Allah. Kita dah bagi sedekah tu tak boleh nak ambil balik.
      Entri terbaru di blog Anarm — Tangisan Seorang Pengemis

  17. KiD says

    14/09/2013 at 10:09 AM

    mungkin dia sedang perlukan duit untuk anak di rumah.. apa2pun, kita memberi dengan ikhlas, insha Allah ada ganjaran dariNya…
    Entri terbaru di blog KiD — Mahkota Songket Shah Alam

    • Anarm says

      15/09/2013 at 2:51 AM

      InsyaAllah. Amalan yang baik pasti ada ganjarannya.
      Entri terbaru di blog Anarm — Tangisan Seorang Pengemis

Penulis

Entri Terkini

  • USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak
  • Selamat Tahun Baru 2019
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Pelawat Paling Mesra

  • Ani Haryani

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GB Webhosting · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥