Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 12/02/2019
You are here: Home » Tutorial » SSL Percuma Menggunakan CloudFlare – Tukar “HTTP” kepada “HTTPS”

SSL Percuma Menggunakan CloudFlare – Tukar “HTTP” kepada “HTTPS”

24/10/2014 Anarm

  Tweet        

Dah baca belum entri blogger Eizil tulis tentang “SSL Percuma Menggunakan Perkhidmatan CloudFlare“? SSL atau Secure Socket Layer ni sering digunakan untuk tujuan penyulitan dalam menghantar data pada pelayan web dan internet. Dengan SSL kita boleh menukar link laman web atau blog kita dari HTTP kepada HTTPS.

HTTPS ni biasa kita boleh tengok tertera di URL sesebuah laman web seperti Google.com, Facebook.com, Dropbox, Maybank2U, CimbClicks, PayPal dan lain-lain. Ini merupakan protokol keselamatan bagi menyediakan saluran yang selamat antara dua mesin yang beroperasi melalui internet atau rangkaian dalaman.

SSL percuma 'https' menggunakan CloudFlare

Dengan menggunakan protokol HTTPS akan memberikan lebih keselamatan bagi para pengunjung sesebuah laman web atau blog. Oleh sebab tu pihak Google memasukkan HTTPS sebagai salah satu faktor ranking di search engine (SERP). Dengan menggunakan protokol HTTPS akan meningkatkan nilai SEO blog kita.

Penggunaan HTTPS bagus untuk SEO dan SERP cuma aku kurang pasti sama ada ianya betul-betul memberi kesan baik pada SEO / SERP ataupun tidak. Ada pendapat sesetengah pihak katanya Google baru saja umumkan benda HTTPS ni, jadi ianya belum betul-betul praktikal lagi.

Tapi tak salah kalau nak cuba. Aku pun dah cuba buat di beberapa blog milik aku.

Cara Setting SSL Percuma Menggunakan CloudFlare

SSL percuma dari CloudFlare hanya boleh digunakan di domain sendiri (domain berbayar) – termasuk pengguna Blogspot yang guna domain sendiri. Siapa nak cuba guna HTTPS secara percuma, langkah-langkah yang perlu dibuat ialah :

  • Daftar akaun CloudFlare (akaun percuma).
  • “Add website” dan tukar setting Domain Name Server (DNS) menggunakan DNS yang diberi oleh CloudFlare.
  • Pergi ke bahagian setting website yang dah didaftarkan dan pilih “CloudFlare Setting”.
  • Aktifkan SSL dengan memilih “Flexible SSL”.
     
  • Aktifkan Flexible SSL di CloudFlare

    Page rules CloudFlare SSL percuma

  • Kemudian pilih setting “Page rules” pula untuk tetapan page yang nak gunakan HTTPS.
  • Pada bahagian “Add new rule” masukkan domainanda.com kemudian klik “Always use https”. Kalau nak semua link dalam blog guna HTTPS, masukkan domainanda.com/* di bahagian Add new rule, atau boleh juga setkan untuk link halaman yang spesifik.
     
  • Page rules SSL CloudFlare

  • Kemudian cuba masuk blog dan tengok address bar ada keluar HTTPS (icon mangga kunci) ataupun tak. Kalau takde, kena tunggu sekejap dan tengok balik sampai muncul benda tu.
     
  • Contoh penggunaan HTTPS di laman web

    Contoh penggunaan HTTPS di laman web

Selamat mencuba.

UPDATE: Bagi pengguna WordPress, sila pasang plugin “CloudFlare Flexible SSL” untuk membolehkan SSL percuma dari CloudFlare ni berfungsi dengan baik.

(Credit: ishakhasimi.com)

Artikel Lain Yang Menarik

  • Cara Setting Domain .MY Untuk Blogspot Menggunakan Cloudflare
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Tukar style Google Images baru kepada lama
  • Tukar Windows 7 kepada Windows 8
  • Hantar SMS Percuma dengan MostSMS.com
  Tweet        

Kategori : Tutorial, Blogging Keyword : cara setting ssl cloudflare, cloudflare, dns domain, domain name server, faktor ranking serp, https, seo blog, ssl percuma, ssl ranking serp seo

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Bengkel Grafik Hero Belajar Kuasai Photoshop
Next article:
Aktifkan Kad Debit Maybank Untuk Kegunaan PayPal

33 Comments

  1. Maria Firdz says

    03/10/2016 at 10:51 PM

    kat mana nk tukar domain tu??? macam sy guna net.kl, maknanya sy kena masuk kt akaun net kl tukar ke cmne.. lepas tu.. sejauh mana cara ni selamat?

  2. obat diabetes gula ampuh says

    10/11/2014 at 10:57 AM

    makasih sarannya

  3. JAWATAN KOSONG TERBARU says

    02/11/2014 at 3:09 PM

    Dot com je kan…blogspot tak blh ye…
    Entri terbaru di blog JAWATAN KOSONG TERBARU — EKSEKUTIF PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

    • Anarm says

      03/11/2014 at 10:44 AM

      Ya, untuk domain dot com.. Pengguna blogspot pun boleh, tapi hanya untuk blogspot yang guna domain berbayar sahaja (.com / .net / .my dan lain2)..
      Entri terbaru di blog Anarm — Aktifkan Kad Debit Maybank Untuk Kegunaan PayPal

  4. JAWATAN KOSONG TERBARU says

    02/11/2014 at 3:08 PM

    Wah tak sangka ada cara percuma utk guna perkhidmatan SSL percuma ni…dari http ke https
    Entri terbaru di blog JAWATAN KOSONG TERBARU — JAWATAN KOSONG EKSEKUTIF SYARIKAT MINYAK & GAS

  5. Afiffuddin says

    02/11/2014 at 4:17 AM

    1st time pakai https dulu masa buat aplikasi FB, sebab kena linkkan ke domain. Mulanya tak perlu https, tapi tak lama kemudian Facebook ubah term setiap aplikasi hendaklah guna platform domain HTTPS, kalau pakai juga http memang aplikasi tak akan keluar. Apalagi, kelam kabut cari cara nak tukar benda alah ni.

  6. ishak says

    31/10/2014 at 5:17 PM

    Sebenarnya selepas setting semua tu, sila pasang plug in WordPress HTTPS (SSL) kedalam wordpress baru dapat diguna dia punya https ..tak caya cuba check kat blog saya

    • Anarm says

      31/10/2014 at 5:25 PM

      Nice! Tapi tak force guna https ek? Kalau taip http biasa pun boleh..
      Entri terbaru di blog Anarm — Aktifkan Kad Debit Maybank Untuk Kegunaan PayPal

      • ishak says

        31/10/2014 at 8:49 PM

        Kejap.pembetulan…,nama plug in tu CloudFlare Flexible SSL, kalau nak guna url biasa pun boleh,tapi untuk muka depan blog saya gunakan biasa saja..dan untuk log in wp-admin saya akan gunakan url ssl,nanti saya cuba buat tutorial
        Entri terbaru di blog ishak — Mentega yang dihasilkan dari susu badan wanita memang sedap

        • Afiffuddin says

          02/11/2014 at 4:18 AM

          Terbaik bro Ishak. Terima kasih atas perkongsian.

  7. tuty mychibibox says

    28/10/2014 at 11:36 PM

    terima kasih untuk tutorial..mudah nak follow..kena set as fav articel dulu ni..
    Entri terbaru di blog tuty mychibibox — Cara Hilangkan Parut Jerawat

  8. Kepala Bergetar says

    28/10/2014 at 1:55 AM

    thanks info.. baru tahu ada percuma https
    Entri terbaru di blog Kepala Bergetar — Majalah 3 – Maharaja Bawah Tanah (Tikus)

  9. Kepala Bergetar says

    28/10/2014 at 1:54 AM

    thanks info.. baru tahu bleh percuma https
    Entri terbaru di blog Kepala Bergetar — Majalah 3 – Maharaja Bawah Tanah (Tikus)

  10. titan says

    28/10/2014 at 12:46 AM

    untuk site market luar..memang guna benda ni.
    Entri terbaru di blog titan — 7 Small Giant Blogger yang gua KAGUMI.

  11. ishak says

    27/10/2014 at 4:01 PM

    alway use https tu mana ada bro…tak jumpa arr
    Entri terbaru di blog ishak — Lelaki yang di kecewakan perempuan kulit putih

    • Anarm says

      27/10/2014 at 6:34 PM

      “Always use https” tu ada kat setting Page rules..
      Entri terbaru di blog Anarm — SSL Percuma Menggunakan CloudFlare – Tukar “HTTP” kepada “HTTPS”

      • ishak says

        27/10/2014 at 9:58 PM

        dah berapa jam baru muncul bro…,always https tu,bro..bila on kan memang tak boleh terus ke default website cgi sys,bro punya anarm.net ni pun bila bukak guna https pun begitu jugak..terus redirect ke deafault website cgi sys
        Entri terbaru di blog ishak — Lelaki yang di kecewakan perempuan kulit putih

        • Anarm says

          28/10/2014 at 12:17 AM

          Blog anarm.net ni kalau taip sendiri https tu memang pergi ke page cgi sys sebab blom buat https lagi.. huhu..

          Sepatutnya bila dah set always https tu kat Cloudflare, URL akan automatik keluar https walaupun kita taip http.. Add new rule tu jangan lupa isi domain.. Tak isi rule dia rasanya memang tak jadi..
          Entri terbaru di blog Anarm — SSL Percuma Menggunakan CloudFlare – Tukar “HTTP” kepada “HTTPS”

          • ishak says

            28/10/2014 at 8:05 AM

            oh patut lah….
            Entri terbaru di blog ishak — Nenek oh nenek

  12. ishak says

    27/10/2014 at 3:31 PM

    kenapa blog aku bila buat https ni ianya terus ke cgi sys ?
    Entri terbaru di blog ishak — Lelaki yang di kecewakan perempuan kulit putih

    • Alongxp says

      03/11/2014 at 4:38 PM

      salah setting kot… pkai cpanel ke ape?
      Entri terbaru di blog Alongxp — Antivirus apa yang paling bagus ?

  13. Miracle Vitamins says

    27/10/2014 at 7:59 AM

    Bagus la tips ni..kalau boleh menaikkan ranking blog saya, nak juga l atry.terima kasih!

  14. Alongxp says

    24/10/2014 at 7:51 PM

    Oooo…. baru tau yang google memandang https sesebuah blog untuk ranking… nak kena https kan la camnih…
    Entri terbaru di blog Alongxp — Belajar buat website

    • Anarm says

      27/10/2014 at 6:31 PM

      Google baru umumkan tentang kaitan ranking dengan https.. Rasanya tak praktikal lagi.. Tapi blogger2 oversea nampak dah ramai yang tukar ke https.. Kalau nak cuba buat boleh je..
      Entri terbaru di blog Anarm — SSL Percuma Menggunakan CloudFlare – Tukar “HTTP” kepada “HTTPS”

      • Alongxp says

        03/11/2014 at 4:35 PM

        tengah menggodek lagi ni… kalau agak2 nampak dah ada tu maknanya dah berjaya la tu hehehehe
        Entri terbaru di blog Alongxp — Virtualbox – komputer dalam komputer

  15. Devy Mitchel Edwin says

    24/10/2014 at 3:43 PM

    perkongsian yang tinggi nilainya…manfaatkan…
    Entri terbaru di blog Devy Mitchel Edwin — What Are Some Of The Blood Cancer Types?

  16. Syahril Hafiz says

    24/10/2014 at 3:30 PM

    Try monitor statistik blog bro sebelum pasang SSL Cloudflare ni dan selepas. Nak tengok jugak betul ke yang percuma ni boleh rank dengan baik :)
    Entri terbaru di blog Syahril Hafiz — Tips Berbelanja Online, Elak Ditipu!

  17. akubiomed says

    24/10/2014 at 11:46 AM

    Terima kasih berkongsi. Boleh nak cuba setting nanti.
    Entri terbaru di blog akubiomed — Contoh soalan peperiksaan PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

  18. KiD says

    24/10/2014 at 11:28 AM

    owh… menarik ni.. boleh nak gunakan di blog nanti.. awak boleh tolong saya nanti yea
    Entri terbaru di blog KiD — XES Premium di Quill City Mall

  19. Paeh says

    24/10/2014 at 11:23 AM

    Terima kasih atas tutorial yang engko berikan.

    • Anarm says

      24/10/2014 at 12:06 PM

      Sama-sama bro..
      Entri terbaru di blog Anarm — SSL Percuma Menggunakan CloudFlare – Tukar “HTTP” kepada “HTTPS”

      • KiD says

        27/10/2014 at 8:12 PM

        macam nak buatkan untuk aku je.. hehehehe
        Entri terbaru di blog KiD — Suasana Sawah Padi Sungai Besar

Trackbacks

  1. Cara Memasang SSL Percuma ClouDflare Pada Worpress says:
    03/11/2014 at 8:31 AM

    […] Ok sebelum untuk ke langkah seterusnya sila baca dulu  cara daftar dan setting SSL percuma menggunakan cloudflare  (anarm.net) […]

Penulis

Entri Terkini

  • USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak
  • Selamat Tahun Baru 2019
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Pelawat Paling Mesra

  • Ani Haryani

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GB Webhosting · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥