Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 20 April 2018
You are here: Home » Event » Selamat Pengantin Baru Yana Yassin dan Sharul

Selamat Pengantin Baru Yana Yassin dan Sharul

5 January 2014 Khairul Anam

Tweet

Tengahari semalam sempat singgah sekejap di majlis perkahwinan blogger Yana Yassin yang diadakan di Dewan Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, rakan blogger kita ni dah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Sharul Izman dan kini dah sah sebagai suami isteri. Tahniah! Selamat pengantin baru.

Pembuka Tahun Baru 2014 ni ramai juga kawan-kawan yang sudah menamatkan zaman bujang mereka. Baguslah. Perkahwinan kan merupakan ibadah yang dituntut.

Majlis Perkahwinan blogger Yana Yassin

Yana Yassin nampak seronok je – Kredit gambar: Shakiddo.com

Lebih kurang pukul 12:00 tengahari aku bersama bro Eizil bertolak dari ofis Denaihati Network menuju ke lokasi majlis resepsi. Tercari-cari juga tempat majlis diadakan sebab tak pernah pergi. Nasib baik bro Eizil dah biasa dengan jalan-jalan di KL.

Akhirnya kami sampai juga ke Dewan Masjid Bukit Aman. Itupun selepas bertanya dengan 2 orang anggota polis. Terima kasih encik polis kerana tolong tunjukkan tempatnya.

yana yassin suami isteri bersanding

Masuk je dalam dewan aku terus pergi ke arah pelamin untuk ambil gambar pengantin yang sedang bersanding. Teringat masa aku bernikah dulu. Rasa berdebar-debar saat tu memang lain macam. Debaran dia lebih power daripada debaran masa nak bersunat.

Tapi sekarang kalau ada peluang macam ni sekali lagi memang tak rasa apa dah kot. Ehh! Itupun kalau ada peluang lah. Rasanya macam takkan ada. Hehe..

Suasana dalam Dewan Masjid Bukit Aman KL

Ramai juga yang hadir majlis resepsi Yana Yassin semalam. Blogger pun ramai datang. Tak sempat jumpa semua sebab aku dan Eizil beransur balik awal sikit sebab ada tugas lain nak kena selesaikan.

Lepas makan hidangan sedap yang disediakan, sebelum balik ambil gambar ramai-ramai dulu bersama pengantin dan rakan blogger yang lain.

Rakan blogger bergambar bersama pengantin baru Yana Yassin

Kredit gambar : JMR23.com

Majlis kahwin blogger Yana Yassin dan Sharul

Kredit gambar : Shakiddo.com lagi

Tahniah sekali lagi kepada pengantin baru Yana Yassin dan Sharul Izman. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina diberkati dan dirahmati Allah, kekal bahagia bersama hingga ke akhir hayat, dan tabah hadapi segala dugaan dalam hidup berumahtangga.

Selamat menempuh alam perkahwinan.

Artikel Lain Yang Menarik

  • Selamat Pengantin Baru Bro Framestone, Geng WeChat
  • Wordless Wednesday – Undangan Perkahwinan Kami
  • Selamat Tahun Baru 2013
  • Selamat Bercuti Tahun Baru Cina 2013
  • Selamat Tahun Baru Cina 2011 dari Anarm.Net
Tweet

Kategori : Event Keyword : alam perkahwinan, blogger berkahwin, dewan masjid bukit aman, majlis kahwin blogger, majlis resepsi perkahwinan, panduan perkahwinan, pelamin bersanding, persediaan untuk kahwin, yana yassin

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Selamat Datang Tahun 2014
Next article:
Char Koay Teow Simply Delicious Kasi Sengat

17 Comments

  1. fauzie says

    24 January 2014 at 7:06 PM

    Tahniah kepada Yana Yassin dan Sharul. Semoga senantiasa berbahagia dan rukun dalam membina biduk pernikahan

  2. Bro Framestone says

    9 January 2014 at 8:51 AM

    EH tertiba ternampak awek comel dekat gambar last tue he…23x Hari itu gua dtng guna waze je… Tak de la susah sangat nak cari… tapi…… jenuh nak cari parking…

    Pasal teringin tue, gua pun teringin juga he…23x

    • Anarm says

      9 January 2014 at 10:12 AM

      Awek comel? Mana satu?

      Teringin naik pelamin lagi sekali ke bro? Hehe..

  3. Hafiz Rahim says

    8 January 2014 at 10:34 AM

    tak dapat pergi..gua kat johor masa ni..hoho..anyway..tahniah yana n suami. :)

  4. Rina says

    7 January 2014 at 7:25 AM

    Selamat Pengantin Baru Yana Yassin dan Sharul
    Selamat menempuh hiup baru dan semoga keluarga yang dibina senantiasa bahagia :)

  5. titan says

    6 January 2014 at 9:58 PM

    tahniah kepada mereka. Kahwin juga akhirnya.

  6. Ahmad Fauzi Aryaan says

    6 January 2014 at 3:25 PM

    Selamat pengantin baru yana yasin…

  7. suri says

    6 January 2014 at 11:32 AM

    wah meriahlah sangat mempelai atas sana sempat buat peace lagi.tahniah dari saya juga

  8. yusri says

    5 January 2014 at 10:39 PM

    Selamat pengantin baru.
    Semoga kekal hingga ke syurga.
    Amiin.

  9. Kikie says

    5 January 2014 at 7:59 PM

    Kerlass Kak Nora…

    muka dya dulu spotted! hehehe…

    Cantik Yana…

    Alhamdulillah… Barakallahufikum…

  10. Firdaus Azizi says

    5 January 2014 at 3:42 PM

    Tahniah kepada Yana Yassin dan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke syurga :)

    P.s. – Bro Anarm bila lagi sekali? Haha…

  11. Dkna Abza says

    5 January 2014 at 1:47 PM

    alhamdulilah… syukur atas perkahwinan yana dan sharul.

  12. akubiomed says

    5 January 2014 at 11:19 AM

    Tanniah kepada pasangan Yana Yassin dan Sharul. :-)

  13. farid laham says

    5 January 2014 at 11:11 AM

    wah meriah majlis kawen yana yassin hehe..apa pun tahniah :)

  14. KiD says

    5 January 2014 at 11:08 AM

    bro anarm… nak naik pelamin lagi yea.. hehehee

    • Anarm says

      5 January 2014 at 2:46 PM

      Semalam dah naik pelamin kan masa amik gambar.. Tapi dok tepi je. Haha..

      • Firdaus Azizi says

        5 January 2014 at 3:43 PM

        Dekat Kemboja kalau kahwin ada pelamin tak bro?

        #SajaTanya

Penulis

Entri Terkini

  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 20GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu
  • Daftar Portal Online MyASNB
  • Pengelap Cermin Kereta (Wiper) Jenis Getah Biasa atau Silikon, Mana Lebih Bagus?

Pelawat Paling Mesra

  • Be the first to comment.

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2018 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GempakBox · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥