Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 18/02/2019
You are here: Home » Santai » Selamat Bercuti Tahun Baru Cina 2013

Selamat Bercuti Tahun Baru Cina 2013

08/02/2013 Anarm

  Tweet        

Tadi baru selesai buat persiapan nak balik rumah mertua. Cuti Tahun Baru Cina ada 4 hari sempat la nak balik kampung di Kelantan. Lagipun kat kampung ada buat majlis sikit nanti. Abang ipar dan kakak ipar dapat baby baru. Dapat baby kembar DUA, lelaki dan perempuan. Bestnya dapat baby kembar.

Persiapan balik kampung cuti Tahun Baru Cina

Aku dan wife plan nak bertolak pukul 4:00 pagi nanti. Solat Subuh boleh berhenti kejap kat mana-mana tempat yang ada surau. Harap-harap jalan tak jem. Kalau jem pun jangan la jem yang melampau sangat. Semoga perjalanan kami dilindungi dan dipelihara daripada sebarang perkara yang tak diingini. Aminn..

Kain seluar baju semua dah packing masuk dalam satu beg. Kitorang biasa balik kampung bawa kain seluar baju cukup-cukup je. Malas nak bawa banyak-banyak sangat. Penat nak angkat beg. Kalau pakaian tak cukup, kat kampung nanti kain baju yang mana rasa dah kotor tu boleh terus basuh dan pakai balik.

Sementara menunggu pukul 4:00 pagi, nak setelkan dulu mana-mana kerja yang belum siap. Dah siap buat kerja baru best sikit nak bercuti. Kerja-kerja yang selanjutnya boleh sambung sikit-sikit semasa di kampung bila ada masa terluang.

Selamat Bercuti Tahun Baru Cina 2013. Siapa dah dalam perjalanan pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya. Kalau tengah drive tu tiba-tiba rasa mengantuk, berhenti dulu berehat atau tidur sekejap. Jangan bahayakan diri sendiri memandu dalam keadaan mengantuk. Mungkin juga boleh bahayakan pengguna jalan raya yang lain. Bagi yang baru nak bertolak pulang ke kampung, jangan lupa baca doa sebelum mulakan perjalanan.

Artikel Lain Yang Menarik

  • Selamat Tahun Baru Cina 2011 dari Anarm.Net
  • Kemalangan Jalan Raya Balik Kampung Raya Cina
  • Selamat Tahun Baru 2013
  • Balik Kampung Cuti Tahun Baru Cina
  • Selamat Tahun Baru 2019
  Tweet        

Kategori : Santai Keyword : cuti tahun baru cina, doa naik kenderaan, kesesakan jalan raya, orang kelantan, pemandu mengantuk, persiapan balik kampung, rumah mertua, trafik jem

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Adobe Portable Tak Boleh Guna di Windows 8
Next article:
Kemalangan Jalan Raya Balik Kampung Raya Cina

11 Comments

  1. fauzie says

    29/01/2014 at 9:08 PM

    Tinggal menghitung beberapa hari lagi akan tahun baru Cina 2014
    Selamat tahun baru Cina 2014 buat yang ngerayakannya
    Entri terbaru di blog fauzie — Free Download : Max Mag Magazine Responsive Premium WordPress Themes

  2. auc says

    10/02/2013 at 12:56 PM

    selamat bercuti sempena tahun baru cina dari auc
    Entri terbaru di blog auc — Selamat Bercuti Sempena Tahun Baru China 2013

  3. akubiomed says

    10/02/2013 at 1:29 AM

    Hari ini saya mulakan perjalanan menghala ke selatan. Tiba di Nilai dan Seremban sudah menjangkakan kesesakkan. Mana kala menghala ke utara bermula dari Rawang sudah nampak kenderaan berduyun-duyun.
    Entri terbaru di blog akubiomed — Wireless Trigger Yongnuo RF 603C tertunailah hasrat di hati

  4. sukma says

    09/02/2013 at 7:49 PM

    jauh berjalan luas pemandangan…kirim kopok lekor ek…? kita satu negeri jer MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH….
    Entri terbaru di blog sukma — BONUS PENYIMPAN TABUNG HAJI 8 %

  5. obat tradisional keputihan says

    09/02/2013 at 5:17 PM

    waktunya untuk berlibur
    Entri terbaru di blog obat tradisional keputihan — Obat Tradisional Keputihan

  6. syaifuddin alias says

    09/02/2013 at 4:56 PM

    selamat tahun baru cina dan selamat bercutui kepada bro .. :)
    Nak balik kampung, pandu dgn cermat ya :)
    Entri terbaru di blog syaifuddin alias — Contest Destinasi Percutian Melastik Bintang

  7. papa mifz says

    09/02/2013 at 4:36 PM

    selamat bercuti yer bro…selamat pergi dan kembali…amin…
    Entri terbaru di blog papa mifz — Tambah Selera Makan Kanak-Kanak

  8. Aiman Aziz says

    09/02/2013 at 7:29 AM

    Selamat Bercuti. Kampung Kelantan tu area mane ?
    Entri terbaru di blog Aiman Aziz — Masalah Selesai | Assalamualaikum Februari!

  9. Petua Puteri says

    09/02/2013 at 6:19 AM

    jarang dengar ibu dapat kembar laki dan perempuan…
    selamat bercuti dan balik kampung…. semoga selamat pergi dan balik ya..
    Entri terbaru di blog Petua Puteri — Resepi Sayur Kailan Ikan Masin Special

  10. ohcikgu says

    09/02/2013 at 6:16 AM

    hoho..mesti ramai yang terkena jem tengah jalan nih..
    Entri terbaru di blog ohcikgu — Persahabatan Singa dan Manusia.

  11. donnyien says

    09/02/2013 at 3:48 AM

    selamat bercuti bro… moga selamat sampai..
    Entri terbaru di blog donnyien — Semarakkan nilai-nilai murni setiap masa

Penulis

Entri Terkini

  • USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak
  • Selamat Tahun Baru 2019
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Pelawat Paling Mesra

  • Ani Haryani

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GB Webhosting · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥