Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 12/02/2019
You are here: Home » Internet » Scam Maklumat Akaun RHB Now

Scam Maklumat Akaun RHB Now

14/06/2013 Anarm

  Tweet        

Sejak bila la aku ada akaun RHB. Nampak beno nipunye. Email yang aku terima pagi tadi suruh aku renew profile validation records apa entah untuk akaun RHB. Semalam pun ada dapat jugak tapi aku dah delete email tu. Seumur hidup aku, aku tak pernah ada akaun RHB.

Tengah rehat 5 minit sebelum sambung kerja, saje-saje aku nak test klik link yang dia bagi dalam email tu.

rhb now scammer

Bila dah klik link yang bertulis “LOGON.RHB.COM.MY” tu akan terbuka paparan web yang memang sebijik sama macam dalam laman web RHB yang sebenar. Cuma nampak je macam sama tapi sebenarnya tak. Ianya dipanggil “Phishing“ atau “Spoof Website“.

rhbnow scam page

Tengok URL address pun dah merepek. Link yang lain-lain dalam page tu pun langsung tak boleh klik sebab ianya “image”. Senang betul dia buat kerja. Haha. Motif dia nak orang isi bahagian username dan password akaun je. Tapi aku rasa ada jugak yang tertipu dengan cara ni.

Sebab tu diingatkan, bila terima apa-apa email yang mengandungi link, jangan klik link dalam email tu. Kalau gatal tangan jugak nak klik, pastikan check dulu URL sebenar pada link.

Letak cursor kat atas link (jangan klik) dan tengok bahagian bawah browser, akan nampak URL sebenar link tersebut. Lepas tu lantak korang nak klik atau taknak klik. Kalau klik, apa yang berlaku selepas tu tanggung sendiri.

scam alert

Penjahat yang buat kerja-kerja macam ni diorang takkan berhenti. Ada pelbagai cara diorang akan guna untuk tipu orang lain. Bukan setakat RHB je, bank-bank lain pun ada berlaku kes tipu macam ni. Dalam Twitter, dalam Facebook pun ada jugak. Semua tempatlah ada penipu!

Jadi, kita kena sentiasa berhati-hati dan ambil langkah keselamatan supaya bila ada apa jenis penipuan sekalipun, kita tak tertipu. Kalau tertipu jugak, senyum tak perlu kata apa-apa. Salah sendiri kan. Redha jela.

Artikel Lain Yang Menarik

  • Kenapa Blogger Perlu Ada Akaun PayPal
  • Instwogram : Dua Akaun Instagram dalam Satu Phone (Android)
  • Tutup Akaun Streamyx
  • Email Yahoo Diserang Jin Pakai Toncit
  • Nombor Baru Akaun Bank CIMB
  Tweet        

Kategori : Internet, Tips dan Panduan Keyword : cimbcliks, fake website, jangan klik link dalam email, laman web palsu, maybank2u, phishing site, rhb now, scam maklumat akaun bank, scammer alert, scammer online banking, spoof website

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Blogger Wajib Dedah Identiti Sebenar
Next article:
Bersama Zarul Umbrella di Santai @ Dataran Gemilang

10 Comments

  1. Mus says

    18/06/2013 at 10:21 PM

    saya pun dapat juga…
    penipu..
    Entri terbaru di blog Mus — Gambar Sekitar Perlumbaan Perahu Naga Di Teluk Likas, Sabah

  2. Hafizul says

    18/06/2013 at 4:46 PM

    Pernah gak dapat..sekali jer baru seumur hidup ni..hehe..bahaya-bahaya
    Entri terbaru di blog Hafizul — Jeng Kreng Wase Lening

  3. Nasarudin says

    17/06/2013 at 7:03 PM

    Semakin rajin mereka ini semua ye. Pihak berkuasa tak dapat buat2 ape ke pasal perkara ini ye? Bro ade report kat SKMM tak email tu?

  4. titan says

    15/06/2013 at 3:19 PM

    hari-hari aku dapat pasal rhb ni. gila rajin diorang spam sekarang.
    Entri terbaru di blog titan — Cerita seram malam Jumaat.

  5. sukma says

    14/06/2013 at 8:21 PM

    saya pun banyak dapat e-mail begini….abaikan jer…..

  6. topijerami90 says

    14/06/2013 at 5:31 PM

    phishing lanie…
    so kena hati hati la…
    tengok url elok elok
    Entri terbaru di blog topijerami90 — Final Year Project dan Berliku Dot Com

  7. auc says

    14/06/2013 at 3:48 PM

    samalah bro dpt jg emel RHB ni,
    entah bila pulak saya ada akaun RHB, x buka pun,buat tak tau je…
    Entri terbaru di blog auc — Keputusan Penuh Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 56

  8. akubiomed says

    14/06/2013 at 3:32 PM

    Ada terima email dari RHB suruh kemas kini akaun tetapi saya ignore dan terus delete.

  9. ejam says

    14/06/2013 at 11:45 AM

    rajin diorang tiru bulat2 kan…
    Entri terbaru di blog ejam — Banner Sifu – Biar Pakar Yang Design.

    • Norfa says

      14/06/2013 at 11:57 AM

      senang je tuh nak tiru…
      banyak sangat dapat spam.. bior jee…
      tunggu masa, mark all, delete.. hehehe
      Entri terbaru di blog Norfa — 10 Perkara Yang Suami Nak Isteri Tahu

Penulis

Entri Terkini

  • USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak
  • Selamat Tahun Baru 2019
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Pelawat Paling Mesra

  • Ani Haryani

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GB Webhosting · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥