Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 dah bermula. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali yang ke-33 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kali ni akan berlangsung selama 11 hari bermula 24 April hingga 4 Mei 2014.

Dah lama aku tak pergi pesta buku. InsyaAllah kalau sempat minggu depan aku nak pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 ni.

Sambil-sambil cari buku baru untuk bahan bacaan boleh singgah booth PTS Media Group.

#BukuPTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala-Lumpur 2014

Cabutan Bertuah Di Pesta Buku Antarabangsa

PTS Media Group ada menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa 3 unit iPad Mini dan 2 unit kamera Instax Mini.

Selain tu, ada hadiah misteri untuk 50 pembeli terawal setiap hari dan juga hadiah untuk setiap 15 pembeli terawal yang berbelanja RM250 hingga RM500 ke atas. Semua ni boleh didapatkan di booth PTS Media Group yang terletak di Tingkat 4, Dewan Merdeka, PWTC.

Cabutan bertuah pembeli Buku PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Selain jualan buku ada pelbagai program atau aktiviti yang diadakan di booth pihak PTS sepanjang tempoh pesta buku antarabangsa ni berlangsung.

Program anjuran PTS ni berbeza setiap hari seperti Hari Sejarah, Hari Wanita, Hari Master Chef PTS, Hari Komik, Hari Korea, Hari Cinta dan banyak lagi. Boleh rujuk jadual di bawah:

Program booth jualan buku PTS Media Group di Pesta Buku Antarabangsa KL

Buku-buku yang PTS jual pun nampak menarik jugak. Buku-buku terbaru terbitan PTS pun ada dan juga buku-buku “Best Seller” yang laku keras. Semuanya boleh didapatkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014.

Antara tajuk-tajuk buku baru terbit yang ada dijual di booth PTS adalah seperti “Rich Woman” (Edisi Bahasa Melayu), “Mudahnya Beribadah”, “Soalan Maut untuk Ustaz”, “Padanya Ada Bahagia”, “Runtuhnya Islam Andalusia”, “24 Jam Dipayungi Syariat” dan banyak lagi.

Buku PTS baru terbit

Promosi Hebat Buku PTS

Pihak PTS juga ada menawarkan promosi hebat pakej buku untuk orang ramai dengan harga yang sangat menarik.

  • Pakej Sejarah Islam @ RM50
  • Pakej Buku Kanak-Kanak @ RM50
  • Pakej Komik-M @ RM50
  • Pakej Buku Motivasi @ RM40
  • Pakej Buku Resepi @ RM50
  • Pakej Novel Dewasa @ RM45
  • Pakej Buku Kamera @ RM60

Siapa yang pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 mesti singgah booth PTS yang terletak di Tingkat 4, Dewan Merdeka, PWTC. Kalau tiba-tiba terjumpa aku kat sana, maknanya kenalah belanja aku minum sirap ais lepas habis borong buku ye. Haha.

Pelan lantai booth PTS Media Group di Dewan Merdeka PWTC
Pelan lantai booth PTS Media Group di Dewan Merdeka PWTC

Untuk dapatkan update terkini tentang PTS Media Group boleh layari rangkaian sosial media mereka:

Laman web : www.pts.com.my
Laman FB : facebook.com/bukupts
Twitter : twitter.com/bukupts
Instagram : instagram.com/bukupts
Youtube : youtube.com/user/mediaTVdotpts

16 Comments

  1. wooo bestnih klau kakak sheda pegi nih mau borong dia beli buku hantu novel sumenya hihihi sheda tukang baca je untung ada kakak kih3

  2. Sudah tentu sesak. Sebelum ini pernah membeli buku keluaran PTS dari BookCafe.com.my – Kedai Buku Online PTS. Masih boleh dapat diskaun dan selain itu mereka menjual produk buku fizikal dengan menghantar ke pintu rumah, juga ditawarkan buku berbentuk ebook.

  3. besnya pesta buku. Suka dengan adanya pesta buku sebab senang nak mencari dan buat pembelian dalam satu tempat.

  4. Sebut pasal pesta buku ni memang saya peminat nombor satu… Tapi apabila mengenangkan beberapa buah buku yang telah saya perolehi secara PERCUMA, belum sempat di baca lagi…. Jadi, terpaksa lupakan seketika hasrat nak pergi ke Pesta Buku ni… huhuhu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *