Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 20 April 2018
You are here: Home » Santai » Permintaan Pasang Infra TM Unifi di Kediaman

Permintaan Pasang Infra TM Unifi di Kediaman

6 October 2016 Khairul Anam 21 Comments

Tweet

Pihak Telekom Malaysia sedang jalankan kaji selidik bagi permintaan pemasangan infra TM Unifi di kawasan perumahan aku. Nak kenal pasti berapa ramai penduduk yang memohon talian internet.

Ingatkan dah ada internet berkelajuan tinggi kat kawasan kediaman ni. Rupanya TM belum sediakan infra lagi…

Tujuan kaji selidik dijalankan ialah bagi menentukan kadar penggunaan internet dan keperluan penduduk. Kaji selidik dibuat dari segi demografi, bilangan penduduk, bilangan unit serta penggunaan sebelum ditawarkan kemudahan TM Unifi di kawasan kediaman.

Kaji selidik permintaan pasang infra Unifi TM

Notis pemberitahuan tentang kaji selidik pihak TM yang ditampal oleh pihak pengurusan apartment.

Masa aku baru pindah rumah sewa kat sini memang kawasan perumahan ni tiada infrastruktur TM (talian telefon dan internet). Dapat tahu tak ada infra masa aku buat permohonan nak pindah talian Streamyx dari rumah lama. Pihak TM sendiri sahkan tak ada infra lepas mereka hantar orang check liputan kawasan.

Agaknya sebab dulu kurang permintaan talian internet di kawasan ni. Sebab tu pihak TM tak ada perancangan untuk sediakan infra. Kos mahal kot.

Oleh sebab rumah tak ada infra TM, terpaksa aku buat keputusan tutup akaun Streamyx. Ingatkan boleh sambung guna internet Streamyx tu kat rumah baru. Sedih betul.

Lepas dah tutup akaun Streamyx, penggunaan internet di rumah dan luar rumah bergantung sepenuhnya pada Mobile Data. Kecuali bila aku keluar lepak kedai mamak, boleh tumpang WiFi percuma kat situ.

Sekarang aku guna perkhidmatan internet telco ONEXOX. Guna pelan prabayar (prepaid).

Borang kaji selidik TM Unifi Broadband Demand

Borang kaji selidik online — TM Unifi Broadband Demand

Tak pasti bila agaknya akan ada infra TM kat kawasan perumahan aku ni. Dah isi borang kaji selidik (online) yang dibuat untuk penduduk kat sini. Kalau banyak permintaan daripada penduduk yang lain juga mungkin cepat sikit pihak TM sediakan infra.

Susah hidup tanpa internet zaman sekarang ni. Kalau ada internet laju dan unlimited kat rumah senang sikit aku nak buat bisnes online, buat duit dari rumah dan update blog.

Buat masa sekarang ni nasib baik ada internet ONEXOX.

Artikel Lain Yang Menarik

  • Hidup Tanpa Internet WiFi dan Jalur Lebar
  • Rumah Tiada Infrastruktur TM Streamyx
  • Tutup Akaun Streamyx
  • Dapat Duit dari Telekom Malaysia (TM)
  • Wordless Wednesday 12 – Internet Auto Restart
Tweet

Kategori : Santai Keyword : bisnes online, hidup tanpa internet, infra tm, internet laju, internet onexox, internet unlimited, pindah streamyx, telekom malaysia, tm unifi broadband, unifi, wifi percuma

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Tukar Nama Facebook Guna Nama Sebenar
Next article:
Tukar MyKad Baru di JPN Taman Melawati, Tempoh Siap 10 Hari

21 Comments

  1. harga teh hijau says

    1 February 2017 at 10:25 PM

    sangat natural artikel2 anda, berbagi cerita brsama kawan2.. :)

    Reply
  2. nikkhazami says

    27 January 2017 at 10:03 PM

    setia dgn TM.. sebab walaupun banyak komplen, yg lain lagi teruk kot

    Reply
  3. nor hazmira says

    8 January 2017 at 7:19 PM

    Teringin nak masukkan internet kat rumah. Tapi dok survey lagi yang termurah tapi terpaling best…heheh. ade ke camni??

    Reply
  4. Ira says

    28 November 2016 at 3:30 PM

    thanks for sharing

    Reply
  5. Ummar Farouk says

    11 November 2016 at 12:35 PM

    Mudah-mudahan adalah tu bang kalau ramai permintaan. Sy kat sini pun mmg kawasan yg perlukan internet kelajuan tinggi pasal dekat dgn kawasan universiti.

    Reply
  6. epermohonan says

    30 October 2016 at 8:09 PM

    Sesuai pakai tmpat saya ni . nanti nak mohon

    Reply
  7. Afif Rayyan says

    18 October 2016 at 2:27 AM

    Boleh gila woo kalau takde internet zaman sekarang nie.. ehehe

    Reply
    • Anarm says

      18 October 2016 at 5:01 PM

      Tau takpe.. Nasib baik ada internet provider yang lain. So, takde internet Unifi pun tak terkesan sangat. Cuma penggunaan internet tu limited sikit lah, tak macam Unifi, unlimited kuota..

      Reply
  8. Fauzi says

    17 October 2016 at 2:57 PM

    Agak bila akan ada infra Unifi kat situ tu bro?

    Reply
    • Anarm says

      18 October 2016 at 4:58 PM

      Tak pasti. Tunggu tindakan dari pihak TM je. Permintaan dah ada, cuma tak pasti berapa ramai penduduk yang minta..

      Kalau banyak permintaan kat kawasan ni mungkin cepat sikit TM sediakan infra Unifi..

      Kalau permintaan sikit, lambat lagi la kot. Sebab rasanya tak berbaloi TM keluarkan kos untuk pasang infra tapi yang akan guna infra tu tak ramai..

      Bisnes.. Biasa la.. Mesti nak untung, kan..

      Reply
  9. SNM says

    15 October 2016 at 6:47 PM

    Perubahan zaman…skrg internet mcm 1 keperluan. Sy mmg dah hampir sedekad jadi pelanggan unifi..alhamdulillah, coverage sentiasa bagus.

    Singgah dari Senarai Rakan Bloggers FB Mia.

    Reply
    • Anarm says

      18 October 2016 at 4:51 PM

      Ya.. Zaman dah berubah. Dulu internet cuma kehendak. Sekarang dah jadi keperluan..

      Boleh kata semua orang zaman sekarang ni perlukan internet untuk bisnes, berhubung dengan kawan2 atau ahli keluarga yang dok jauh, dan lain-lain..

      Asalkan jangan sampai ketagih dengan internet dah la..

      Reply
  10. akubiomed says

    11 October 2016 at 6:49 PM

    Kawasan perumahan saya belum ada berita fiber optik akan masuk. Sekarang ini guna cooper wayar. :(

    Reply
  11. raihanah says

    11 October 2016 at 9:33 AM

    saya pun tengah survey juga internet utk rumah

    Reply
    • Anarm says

      11 October 2016 at 10:35 AM

      Internet untuk rumah rasanya Streamyx atau Unifi je yang paling ok setakat ni. Walaupun hari-hari ada nampak banyak komplen daripada pengguna. Hehe.

      Reply
  12. sisza says

    11 October 2016 at 7:13 AM

    Tempat kami pun tak masuk lagi unifi…nak minta masuk boleh ke?

    Reply
    • Anarm says

      11 October 2016 at 10:14 AM

      Boleh minta. Cuma kalau kita sorang je yang minta, tak pasti bila akan dapat sebab pihak TM tengok pada demand / permintaan penduduk kat kawasan-kawasan yang blom ada unifi. Terutamanya kawasan perumahan baru..

      Boleh cuba kumpulkan seberapa ramai penduduk kat tempat tu, buat request. Rasanya kena ada lebih kurang 30-50 request (lagi ramai lagi bagus) supaya TM nampak banyak permintaan mohon internet unifi kat tempat tu.

      Reply
  13. Hawa Hassan says

    10 October 2016 at 1:58 PM

    Ada plan juga nak tukar ke streamyx lepas habis kontrak yang sekarang ni. Harap-harap ok lah kat tempat kami ni.

    Reply
    • Anarm says

      11 October 2016 at 10:20 AM

      Ada internet Streamyx pun dah ok dah. Yang penting internet tanpa had (unlimited).

      Tapi kalau dapat internet Unifi lagi best sebab speed internet lebih laju dan kuota unlimited jugak.

      Reply
  14. Dwi Wahyudi says

    9 October 2016 at 9:19 AM

    Sama hal seperti di Pontianak, sekarang sudah ada akses jaringan fiber optic IndiHome. Cuma belum menjangkau semua lokasi. Btw, gimana kecepatan internet disana? Cepat sangat kah?

    Reply
    • Anarm says

      11 October 2016 at 10:43 AM

      Untuk TM Unifi ni kecepatan internet bergantung pada pilihan pakej yang dilanggan. Ada speed up to 30Mbps, 50Mbps dan 100Mbps.

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penulis

Entri Terkini

  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 20GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu
  • Daftar Portal Online MyASNB
  • Pengelap Cermin Kereta (Wiper) Jenis Getah Biasa atau Silikon, Mana Lebih Bagus?

Pelawat Paling Mesra

  • Be the first to comment.

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2018 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GempakBox · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥