Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 12/02/2019
You are here: Home » Event » Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia

Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia

13/12/2013 Anarm

  Tweet        

Esok, 14 Disember 2013 (Sabtu) aku nak ke MIECC, Mines, Seri Kembangan untuk join acara Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia yang dianjurkan oleh MYNIC. Acara akan berlangsung mulai pukul 9 pagi hingga 7 malam. Kalau boleh aku nak berada kat situ sampai event tamat sebab tengok banyak aktiviti best diadakan pada hari tu.

MYNIC menganjurkan acara ni yang dinamakan #blogrrr : Blogger Most Wanted bertujuan untuk mengumpulkan penulis blog seluruh tanah air serta nama-nama besar di dunia blogging dalam cubaan mencipta rekod ‘The Malaysia Book of Records‘ melalui Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia. Dalam acara ini akan ada pelbagai aktiviti, promosi dan mini seminar percuma untuk para pengunjung dan blogger yang hadir.

Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia - #blogrrr : Blogger Most Wanted

Dalam acara yang sama, pihak MYNIC akan mengadakan acara penyampaian anugerah kepada beberapa blog tempatan iaitu Anugerah Blogrrr 2013 yang merangkumi 11 kategori blog terbaik. Pemilihan pemenang Anugerah Blogrrr 2013 akan ditentukan oleh hakim-hakim berpengalaman dalam arena blogging di Malaysia.

Calon Blog Terbaik Blogrrr Awards 2013

Senarai Top 5 Blog Terbaik Anugerah Blogrrr 2013 dah pun diumumkan oleh pihak penganjur. Calon-calon yang layak ke peringkat akhir memang bukan calang-calang blogger. Semuanya dah dikenali ramai dan hebat dalam aktiviti blogging mengikut niche blog masing-masing. Aku ada juga calonkan blog aku ni walaupun dah tahu memang takkan terpilih. Haha.

Top 5 Blog Terbaik Anugerah Blogrrr 2013

Top 5 Blog Terbaik Anugerah Blogrrr 2013 mengikut kategori

Dalam acara #blogrrr ni juga pengunjung berpeluang bertemu dengan penulis blog terkemuka di Malaysia seperti Abang Nara (Beautifulnara.com), Nisa Kay, Aman Firdaus, Ikhwan Nazri (Amanz.my) dan ramai lagi, serta artis-artis popular seperti Sharifah Sakinah, Marsha Milan Londoh, Iqram Dinzly dan Ally Iskandar. Selain tu, pengunjung juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.

Jom ramai-ramai kita meriahkan acara Malaysia’s Largest Blogger Gathering ni. Kenapa perlu join event Blogrrr? Salah satu sebabnya kenapa aku nak pergi event ni esok, aku nak dapatkan T-Shirt Blogrrr. Selain tu untuk seronok-seronok, bersosial, jumpa kawan-kawan blogger dan tengok-tengok peluang yang ada. Lagipun masuk adalah PERCUMA!

Malaysia International Exhibition and Convention Centre
(MIECC), Mines, Seri Kembangan

Masa: 9:00 am – 7:00 pm
Tarikh: 14 December 2013 (Sabtu)

Siapa nak pergi boleh daftar di laman web www.blogrrr.my. Kalau tak sempat daftar, Aman Firdaus beritahu boleh walk in je pagi esok. Ada banyak goodies katanya. Sebarang live update tentang event ni boleh follow hashtag #blogrrr di Twitter dan Facebook. Jumpa kat sana esok..

p/s: Blogger WordPress dah update versi baru WordPress 3.8?

Artikel Lain Yang Menarik

  • 600 Blogger Hadir Perhimpunan Blogrrr
  • Peluang Masuk Senarai Blog Sifu Blogger dan Pakar SEO Malaysia
  • Malaysia Social Media Week 2013 Soft Launch
  • Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger Conference
  • Domain .MY Harga Promosi daripada ichoose.my
  Tweet        

Kategori : Event Keyword : anugerah blogrrr 2013, artis cantik sharifah sakinah, blogger most wanted, blogrrr, blogrrr awards 2013, hadiah cabutan bertuah, lucky draw blogrrr, malaysia book of records, miecc mines, mines seri kembangan, mynic, penulis blog terkenal di malaysia, perhimpunan terbesar blogger malaysia, sebab kena pergi event blogrrr, t-shirt blogrrr, the largest malaysia blogger gathering, top 5 blog terbaik

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Lawak Ke Der 3 Dibawakan oleh ESCAPE
Next article:
600 Blogger Hadir Perhimpunan Blogrrr

25 Comments

  1. Rina says

    16/12/2013 at 6:05 PM

    Selamat buat semua blogger yang masuk di masing2 nominasi dalam ajang Blogrrr anjuran MYNIC :)
    Entri terbaru di blog Rina — Best Websites For Finding Free Vector Art & Graphic Images

  2. Man says

    15/12/2013 at 1:03 PM

    Tahniah kepada semua pemenang.
    Entri terbaru di blog Man — Pertamina Energy Bangunan Pencakar Langit Di Indonesia

  3. AUC says

    14/12/2013 at 6:45 PM

    boleh tau siapa yg menang?…
    Entri terbaru di blog AUC — Android Nokia Normandy

  4. fazrol says

    14/12/2013 at 12:41 AM

    jumpa sana esok bro…
    Entri terbaru di blog fazrol — Rindu pulak kat Adam!

  5. Farisya Anastasyia says

    14/12/2013 at 12:36 AM

    jumpa sana. :) dah update dah WP 3.8 ..cantik kotttt.hehehe
    Entri terbaru di blog Farisya Anastasyia — Blogrrr:Blogger Most Wanted 2013

  6. hafizmd says

    13/12/2013 at 2:39 PM

    Selamat berjimba2 esok bro…mana tau, ada rezeki menerjah masuk utk bro esok…ameen

    sayangnya, ambe tak dapat jumpe bro n geng2 lain…ada urusan family yg kena didahulukan…

    apa2pun, kalau blog hafizmohd.com ternaik, bro tolonglah p amik yer…hehehhee =)
    Entri terbaru di blog hafizmd — Cerita Hoki Remaja Dunia, Bola Sepak dan Blogrrr…

  7. nurmisnan says

    13/12/2013 at 12:59 PM

    Jumpa disana

  8. Anuar says

    13/12/2013 at 12:29 PM

    Jom ramai-ramai kita meriahkan event ini… Semoga kita berjaya dapat Malaysia Books Of Records bagi perhimpunan blog terbesar di Malaysia.. ;)
    Entri terbaru di blog Anuar — Cara Paling Mudah Meletakkan Blog Anda Di Page Pertama Google.. Terbukti berkesan!!

  9. akubiomed says

    13/12/2013 at 12:08 PM

    Tak dapat hendak turun kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Apa selamat berjaya kepada mereka yang dicalonkan.
    Entri terbaru di blog akubiomed — Kemudi kapal selam Agosta 70 di pantai Klebang

  10. suriaamanda says

    13/12/2013 at 11:59 AM

    SA baru jer nak terjah BBW esok..kalau dah mcm ni confirm jammed giler…
    Entri terbaru di blog suriaamanda — Street Food 1Malaysia Festival

  11. azwan says

    13/12/2013 at 11:53 AM

    aku rasa tempat tu mesti sesak esok. bertindih pulak dengan Big Bad Wolf tu…
    mesti jem teruk…

    naik motor je lah pergi sok
    Entri terbaru di blog azwan — Tercalon Di Dalam Best Sports Blog Blogrrr Awards

    • Anarm says

      13/12/2013 at 11:57 AM

      Confirm sesak.. Aku pun tgh fikir nak naik kereta ke tak.. Takut takde tempat parking..
      Entri terbaru di blog Anarm — Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia

      • Hafiz Rahim says

        13/12/2013 at 4:54 PM

        aku kalau nak senang, parking kat depan ofis je..free lagi..hehehe
        Entri terbaru di blog Hafiz Rahim — Mood Kelaut? Blogrrr?

        • Anarm says

          13/12/2013 at 5:50 PM

          Depan ofis bro ke? Nak tumpang parking situ boleh? hee..
          Entri terbaru di blog Anarm — Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia

  12. sweetkurma says

    13/12/2013 at 11:50 AM

    wahhhhh sangat2 teruja hihi

    • Anarm says

      13/12/2013 at 11:56 AM

      Teruja je? Jom la join sekali.. Hehe..
      Entri terbaru di blog Anarm — Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia

  13. Fadhil says

    13/12/2013 at 11:33 AM

    Jumpa di sana, en anarm.
    Entri terbaru di blog Fadhil — Jom Pergi Blogrrr: Blogger Most Wanted 2013

    • Anarm says

      13/12/2013 at 11:44 AM

      Orait.. Jumpa sana esok..
      Entri terbaru di blog Anarm — Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia

  14. dkna abza says

    13/12/2013 at 11:29 AM

    Rasa cam nak pergi jerrr..

    • Anarm says

      13/12/2013 at 11:37 AM

      Jom pergi. Jom.. Dekat je kan..
      Entri terbaru di blog Anarm — Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia

  15. titan says

    13/12/2013 at 11:24 AM

    mesti penuh tempat tu esok. haha..
    Entri terbaru di blog titan — WordPress 3.8, Hoki, Bola Sepak dan Blogging.

    • Anarm says

      13/12/2013 at 11:36 AM

      Mesti penuh punya lah.. Nak kena datang awal sikit takut takde tempat kosong nak parking kereta..
      Entri terbaru di blog Anarm — Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia

  16. aman says

    13/12/2013 at 11:23 AM

    jumpa disana bos. :)
    Entri terbaru di blog aman — YouTube Memperkenalkan Sokongan Penstriman Langsung Kepada Semua

    • Anarm says

      13/12/2013 at 11:35 AM

      Ok bro.. Tak sabar nak dengar “Penulisan Blog dalam Bahasa Ibunda, Kenapa ia Penting”..
      Entri terbaru di blog Anarm — Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia

Trackbacks

  1. 600 Blogger Hadir Perhimpunan Blogrrr says:
    16/12/2013 at 2:46 PM

    […] Sabtu lepas seawal jam 8:00 pagi aku dah keluar dari rumah menuju ke MIECC, Mines untuk join Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia. Sampai sana lebih kurang pukul 8:30 pagi. Nasib baik ada banyak tempat kosong untuk parking […]

Penulis

Entri Terkini

  • USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak
  • Selamat Tahun Baru 2019
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Pelawat Paling Mesra

  • Ani Haryani

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GB Webhosting · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥