Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 25 April 2018
You are here: Home » Facebook » Pasang Button Facebook Like di Blog

Pasang Button Facebook Like di Blog

2 May 2010 Khairul Anam

Tweet

Aku tengok banyak blog yang dah pasang button ‘ReTweet‘, ‘Google Buzz‘ dan ‘Facebook Like‘ kat blog masing-masing. Baru hari ni aku ada masa free sikit untuk tengok-tengok coding, dan hasilnya, blog Anarm.Net kini dah dilengkapi dengan ReTweet Button. Terima kasih kepada AzmanIshak.com kerana dah menyediakan tutorial bagaimana memasukkan button ReTweet di blog. Pelawat-pelawat blog HEBAT ni khususnya yang ada akaun Twitter, silalah ReTweet (RT) mana-mana post yang ada dalam blog ni ye. Tu pon kalau korang suka dengan post-post yang aku tulis. Kalau tak suka, dialu-alukan juga untuk tekan ReTweet.

Berbalik kepada topik asal yang aku nak ceritakan. Mesti korang tau kan ‘Facebook Like Button‘ ni benda apa? Bagi pengguna Facebook tegar mesti tau benda ni. Fungsinya di Facebook adalah untuk berkongsi content yang disukai (like) dengan rakan-rakan Facebook yang lain. Button Like di blog ni pulak adalah untuk berkongsi artikel yang disukai di blog dengan rakan-rakan di Facebook. Paham? Kalau tak paham, sila baca sampai habis ye. Hehe..

Untuk tengok button Facebook Like yang aku dah pasang kat blog ni, sila scroll down sampai ke penghujung entri. Kat situ ada 1 button bertulis ‘Like’ dengan simbol jari ‘thumb up’. Bila korang klik button Like tu, nama korang beserta gambar profile yang korang gunakan di Facebook akan terpapar kat situ. Then, korang cuba tengok kat profile Facebook korang, kat Recent Activity akan keluar macam dalam gambar kat bawah ni:

Recent Activity di Facebook Profile

Button Facebook Like ni kebanyakkan blogger yang menggunakan WordPress (Self-Hosted) lebih senang menggunakan plugin seperti Facebook Like Button Plugin ataupun FBLikeButton. Bagi yang taknak menggunakan plugin, boleh buat secara manual. Senang je.

Cara Pasang Button Facebook Like di WordPress:

Copy code di bawah ni kemudian buka fail single.php dan cari the_content(). Paste sama ada sebelum ataupun selepas the_content().

<iframe src="http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=<?php echo urlencode(get_permalink($post->ID)); ?>&amp;layout=standard&amp;show_faces=true&amp;width=450&amp;action=like&amp;colorscheme=light" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" style="border:none; overflow:hidden; width:450px; height:60px"></iframe>

Cara Pasang Button Facebook Like di Blogspot:

Bagi pengguna Blogspot, caranya lebih kurang sama jugak (copy paste).

<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=450&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:60px'/>

  1. Masuk ke Dashboard > Layout > Edit HTML. Kemudian download template anda dulu sebagai backup takut berlaku apa-apa yang tak diingini.
     
  2. Tick pada butang ‘Expand Widget Templates’ untuk memaparkan code secara keseluruhan.
     
  3. Cari code <data:post.body> menggunakan fungsi carian di browser (Ctrl+F)
     
  4. Paste code untuk button Facebook Like tadi selepas code <data:post.body>
     

Info tambahan:

  1. Code Facebook Like ni akan memaparkan gambar profile Facebook orang yang menekan button Like. Sekiranya korang taknak fungsi gambar tu, korang boleh tukarkan “show_faces=true” kepada “show_faces=false“.
     
  2. Perkataan ‘Like’ boleh jugak ditukar kepada perkataan ‘Recommend’. Caranya, “action=like” tukarkan kepada “action=recommend“. Pilih yang mane korang berkenan. Perkataan selain daripada yang tu, korang try and error sendiri la ye.
     

Harap korang berjaya buat seperti yang aku coretkan kat atas tadi. Bagi pengguna WordPress, sebarang masalah yang berlaku time korang nak buat ni boleh bertanya kepada aku. Bagi pengguna Blogspot pulak, boleh ajukan pertanyaan korang kepada !ARC13! sebab aku kurang mahir sikit dengan Blogspot. Bagi aku WordPress lebih senang daripada Blogspot (pendapat aku je, jangan ada gaduh-gaduh pulak pasni).

Hidup Untuk Memberi. Sekian..

Credit to Ruhani Rabin, !ARC13! and Facebook Like Button
 

Artikel Lain Yang Menarik

  • Pasang Button Google +1 di Plugin Sharebar
  • Kongsi link dengan Tweet Button Bookmarklet
  • Kacakkan Facebook Profile Dengan Mudah
  • Update Status Facebook Secara Auto
  • Arahkan Pelawat Blog Lama ke Blog Baru
Tweet

Kategori : Facebook, Tutorial Keyword : blogspot tutorial, cara pasang butang facebook like, Facebook Like Button, facebook like plugin, kongsi artikel blog di facebook, retweet button, tekan like, wordpress user

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Manusia semakin malas membaca al-Quran
Next article:
Blog down? Angkara siapa?

78 Comments

  1. LOLA says

    27 July 2012 at 11:30 PM

    like! like! like! :biggrin:

  2. hani syahida says

    16 November 2010 at 12:58 PM

    yayy berjayaaaa..tq so much :biggrin:

    • Anarm says

      16 November 2010 at 9:37 PM

      @hani syahida, sama2.. tahniah sebab berjaya buat.. terima kasih sebab singgah ke blog serba kekurangan ni.. nanti datang lg ek.. :blush:

  3. AkuSeti says

    5 August 2010 at 7:01 PM

    TQVM atas tutorial yg diberi …boleh la sy pasang kt blog sy …sebagai orang baru …memang seronok dapat belajar banyak perkara pasal blog ni… :angel:

    • Anarm says

      5 August 2010 at 8:24 PM

      @AkuSeti, ya.. memang seronok menimba ilmu dgn blog.. macam2 perkara kita boleh belajar.. yg penting rajin cari ilmu, rajin bertanya, berani mencuba.. kalau gagal takpe.. tu salah 1 proses utk berjaya.. :happy:

      kalau tak berjaya buat mcm dlm tutorial ni, bleh tanye kat sini..

  4. MediaHehe says

    1 July 2010 at 12:40 AM

    Demi abang Anarm, saya dah pasang butang LIKE kat GambarHehe.. :biggrin:

  5. Lovillea says

    23 June 2010 at 4:18 PM

    still xleh guna lah…
    kenapa erk..
    wen sy dh buat readmore trus hilang button like nie.. kenapa erk??

  6. nazra says

    9 June 2010 at 11:55 AM

    trimassss inchik anarm ^___^

  7. syinrayafa says

    19 May 2010 at 8:53 AM

    mantap-mantap! i suka…dah merebak dah org guna ni….aku baru nk try guna…hahahaha.. :biggrin: :biggrin: :biggrin: :biggrin:
    .-= Post terbaru syinrayafa di blog beliau.. Saya tiada idea untuk update blog, jadi saya buat entri ini. =-.

  8. Mashi says

    18 May 2010 at 9:25 PM

    Mashi dah pasang :cool:
    .-= Post terbaru Mashi di blog beliau.. Gadget Ansuran untuk pelajar? =-.

    • lowongan kerja says

      1 June 2010 at 11:02 PM

      @Mashi, lum ada kesempatan tuk coba ni.. :(
      .-= Post terbaru lowongan kerja di blog beliau.. Assistant IT Support Vacancy Jatim AutoComp Pasuruan =-.

  9. lowongan kerja says

    16 May 2010 at 9:56 PM

    aku coba pake plugin.. tapi memang ingin coba secara manual.
    .-= Post terbaru lowongan kerja di blog beliau.. Game Master (GM) Vacancy Interactive Online =-.

  10. Pisyek says

    13 May 2010 at 12:34 AM

    wow~ kne test pasang kat blog aku gak nih… haha… :devil:
    .-= Post terbaru Pisyek di blog beliau.. 13 Perisian Wajib Pasang =-.

  11. najster says

    5 May 2010 at 8:40 AM

    thanks for the info bro! :biggrin:
    .-= Post terbaru najster di blog beliau.. Adobe Photoshop CS5 Extended =-.

  12. Azam says

    4 May 2010 at 6:22 PM

    adekah keterlaluan kalau aku letak sebelum dan selepas content tu..hehe

  13. MrSup says

    4 May 2010 at 12:43 PM

    style la bro..banyak aku blaja dari blog ko..teruskan usaha untuk membantu orang yang macam aku ni..huhu

  14. nyetok says

    4 May 2010 at 3:11 AM

    Bravo..! lepas ni wat tutorial pasang butang fbshare secara manual utk wp plak =)
    .-= Post terbaru nyetok di blog beliau.. Lif dalam hidup beliau =-.

  15. Fazreen says

    4 May 2010 at 3:06 AM

    aku pn dh pasang juga..mcm best..hahaha..dh ada blog tuk local ni kena la psg..ambil advantage…dlu berblog diluar org xpndg facebook..blogger luar xsuka promo guna facebook sbb dorg jga gila profile fb dorg dr diceroboh org xd kenali..

    P/s: ak nk terjah blog ko dgn artikel ak boleh???? :)

    • Anarm says

      4 May 2010 at 5:08 AM

      @Fazreen, artikel ape? best? huhu

  16. mokteh says

    4 May 2010 at 2:13 AM

    untuk aku better pakai plugin je kot
    coding tak reti…takut salah jadi lain pulak kang
    thx untuk link tu
    .-= Post terbaru mokteh di blog beliau.. Finally at Home: Home Sweet Home! =-.

    • Anarm says

      4 May 2010 at 2:23 AM

      @mokteh, tak kisah mane2 pon.. asalkan keluar button tu.. sama2 mokteh.. :happy:

  17. Rozanighani says

    3 May 2010 at 10:24 PM

    Good tips! Mana aku nak thumb kat tempat ko anarm?
    Two thumbs!
    .-= Post terbaru Rozanighani di blog beliau.. Guna Ping Ninja! Wacha! =-.

    • Anarm says

      3 May 2010 at 11:47 PM

      @Rozanighani, button Thumb ade kat penghujung entri..

  18. mytafa says

    3 May 2010 at 7:18 PM

    xjd..nape ek…guna blogspot gak, dan dh ikut arahan kat atas tu, mmg nk try yg manual, tak jd2…huhuhu??
    .-= Post terbaru mytafa di blog beliau.. Aku ditagged >> Terus Kamu Pulak ditagged… =-.

    • Anarm says

      3 May 2010 at 11:41 PM

      @mytafa, tak jadi ke? mungkin code aku bg tu salah.. aku tak test pon code utk blogspot tu.. tengok kt blog ko dah ade button like.. camne ko buat? share skit.. bleh aku tukar code yg betol2 jadi..

      • mytafa says

        5 May 2010 at 1:26 AM

        @Anarm, owh, aku guna code yg…. (tp cam ner nk paste yer…) hehehe
        .-= Post terbaru mytafa di blog beliau.. Panas!! Panas!! =-.

  19. Kreuger says

    3 May 2010 at 7:13 PM

    elok dipasang button ni. tapi itu lah… orang suke pada tumpuan yang mudah dan besar.
    itu pada pandangan aku. nampak macam butang ReTweet tu besar skit. Kalau
    kita alihkan letak kat tajuk entri, sure orang senang nak like kan tajuk kita. kan anaram?

    anyway… thanks for pingback.. *tetibe jadi plak pingback sekarang ni* :blink:
    .-= Post terbaru Kreuger di blog beliau.. Saya menduduki tangga ke lima untuk kata-kunci Azman I =-.

    • Anarm says

      3 May 2010 at 11:39 PM

      @Kreuger, nnt aku nak edit balik button2 yg ada kt blog ni.. pingback blog aku asyik tak jadi je.. deym~ :angry:

  20. MC says

    3 May 2010 at 3:44 PM

    haha bro..thanks la…bru jumpe..dlam perancangan nak ltak dlm blog aku huh ^.^ :cheerful:
    .-= Post terbaru MC di blog beliau.. Jalan-Jalan Di Facebook: Bhgn 1 =-.

  21. ariff says

    3 May 2010 at 2:07 PM

    oo. ni yang xyah guna plugin eh? bagus gak.
    .-= Post terbaru ariff di blog beliau.. Team 100k Geng Blogger (Personal Blogger) =-.

    • Anarm says

      3 May 2010 at 11:17 PM

      @ariff, yup.. yg ni takyah pakai plugin.. facebook dah sediakan laman khas utk generate code (for developer)..

  22. shida says

    3 May 2010 at 9:43 AM

    jap aku cuba.. keh3
    .-= Post terbaru shida di blog beliau.. Apantah? =-.

  23. Mr.Z says

    2 May 2010 at 11:35 PM

    info yang bagus, dah lama dah juga pakai button like ni, cuma skrg ni ada yang update punya kan.. :biggrin:
    .-= Post terbaru Mr.Z di blog beliau.. Membeli Pakaian Berjenama Atau Biasa? =-.

  24. AyieBlog says

    2 May 2010 at 4:36 PM

    salam wak info yang bagus lepas nielah ayie nak test buat thank q for this info n nice toturial keep in tuch bro anarm :) :cool:

    • Anarm says

      2 May 2010 at 4:55 PM

      @AyieBlog, ok2.. huh.. penat aku baca komen ko.. teruuusss je tadek noktah.. penat.. :sleeping:

  25. wazy says

    2 May 2010 at 4:31 PM

    Aku nak test guna plug in dulu la,kalau tak ok baru guna manual
    .-= Post terbaru wazy di blog beliau.. Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2010 =-.

    • Anarm says

      2 May 2010 at 4:54 PM

      @wazy, aku rasa dua2 sama je.. cara senang, plugin.. cara rumit skit, manual, sebab nak kene letak sendiri code tu kt dlm theme..

  26. eiyda says

    2 May 2010 at 12:17 PM

    entry ni rasenyer entry ke lima yg owang bc sal wat pasang burtton LIKE ni..eheh…da buat pon..sila LIKE yer..hahah :biggrin:
    .-= Post terbaru eiyda di blog beliau.. eiyDa:: Selamat hari Pekerja pada Yang Tak keje:: =-.

    • Anarm says

      2 May 2010 at 2:24 PM

      @eiyda, mentipoo000ooo~ hak3… ok2.. nnt owang gi LIKE banyak2 kt blog.. :whistle:

  27. Syafrizal says

    2 May 2010 at 9:24 AM

    Aku nak gunakan plugin. Malas nak godek2.. hehe
    .-= Post terbaru Syafrizal di blog beliau.. Paramaria Plus: Penyelesaian masalah haid wanita =-.

    • Anarm says

      2 May 2010 at 2:24 PM

      @Syafrizal, terpulang nak pakai plugin ataupun buat cara manual.. asalkan keluar bende yg nak tu cukup le.. hehe.. aku lebih suka wat manual sebab dlm proses nak mengurangkan kuantiti plugin.. rasa mcm dh byk sgt pkai plugin.. org ckp plugin banyak2 bleh memberatkan blog.. risau gak ni..

  28. yanmie says

    2 May 2010 at 8:57 AM

    semalam kakyan ada projek benda nie buat dr plugin tp bila klik like tu dia ada time tu je, bila len kali masuk blog, dia tak keluar pun like berapa..huhu..nnti nk try yg manual nie tgk camne, btw thanks sharing yea :)

    • yanmie says

      2 May 2010 at 9:04 AM

      @yanmie, hahhaa kakyan pnya themes tu takde fail single.php dah tu cuba pulak cari code the_content() mmg takde :shocked:

      nmpknya kenalah guna plugin, tp ada bnyk plugin like nie tak tau mana 1 yg ok…ada cadangan tak :biggrin:
      .-= Post terbaru yanmie di blog beliau.. Ya Rabbi aku dapat lembu free – sila percaya =-.

      • Anarm says

        2 May 2010 at 2:22 PM

        @yanmie, kalau menurut kata syahirul.com, die pakai plugin FBLikeButton.. best katanye.. kakyan boleh la try plugin tu ye.. :happy:

  29. azizan4444 says

    2 May 2010 at 8:34 AM

    terbaiklah tutorial ni…ad plugin ok la..bab manual ni aku fail skit…
    .-= Post terbaru azizan4444 di blog beliau.. Blogger + Duit = Politik =-.

    • Anarm says

      2 May 2010 at 2:18 PM

      @azizan4444, takde la terbaik mana.. just amik drpd org yg dah buat.. credit kepada mereka..

  30. denaihati says

    2 May 2010 at 8:07 AM

    Terima kasih 4 the link love. 1 tips yg bagus untuk teman-teman. Budaya re tweet ni kita kena bina perlahan2 sebab masih ramai blogger Malaysia yg tak faham lagi. Bayangkan setiap entri mashable.com mendapat re tweet ratusan malah ribuan re tweet.
    .-= Post terbaru denaihati di blog beliau.. Aminulrasyid Amzah pergi dalam misteri – Al-Fatihah =-.

    • Anarm says

      2 May 2010 at 2:17 PM

      @denaihati, sama2.. terima kasih jugak sebab bawa budaya retweet ni kt malaysia (menurut kata azmanishak).. :happy:

  31. .SaYa SeDaP. says

    2 May 2010 at 6:48 AM

    best pasang benda ni. nampak cam dh upgrade sikit. (?)

    huhu. :lol:
    .-= Post terbaru .SaYa SeDaP. di blog beliau.. bosan dengan komen blogger. hello wordpress! =-.

  32. mohdisa says

    2 May 2010 at 6:35 AM

    wah, menarik sekali. ni yang aku suka ni. nak cubalah, tapi agak susah juga kalau ng thesis aku ni. haha
    .-= Post terbaru mohdisa di blog beliau.. Salam Perpisahan dan Selamat Maju Jaya =-.

    • Anarm says

      2 May 2010 at 6:54 AM

      @mohdisa, kalau rasa susah, pkai je plugin.. pakai plugin rasanye die auto masukkan button tu.. tp aku kurang pasti.. aku tak penah try plugin.. aku buat cara manual je.. hehe

      • mohdisa says

        2 May 2010 at 10:40 PM

        aku lebih suka dengan cara manual tak banyak load, aku dah cuba pasang cara manual. tapi takda tempat yang sesuai la plak.
        .-= Post terbaru mohdisa di blog beliau.. Koleksi Entri Bulan April 2010 =-.

  33. khai wan says

    2 May 2010 at 4:45 AM

    Bagus perkongsian menarik..kawe pun nk cuba2 juga ni..
    .-= Post terbaru khai wan di blog beliau.. Cara simple tarik trafik ke blog anda =-.

    • Anarm says

      2 May 2010 at 6:53 AM

      @khai wan, bereh.. bereh.. selamat mencuba..

  34. apiih says

    2 May 2010 at 3:58 AM

    hahaha..aku pakai plugin jerk..uhuhuhuhu
    .-= Post terbaru apiih di blog beliau.. Movie-Movie Yang Bakal Menggegarkan Pawagam pada 2011 =-.

    • Anarm says

      2 May 2010 at 6:52 AM

      @apiih, bleh je pkai plugin.. ikut yg mana rasa senang.. aku lebih suka manual..

  35. syahirul says

    2 May 2010 at 2:23 AM

    hoho, aku guna plugin kedua yg ang tulis atas tuh.. best.. satu agi plugin share on fb.. kiri kana ada button kat bawah entri :P semat.. ape2 pon nice tuto :heart:
    .-= Post terbaru syahirul di blog beliau.. Cara mudah menulis komen di blog rakan =-.

    • zik says

      2 May 2010 at 2:39 AM

      @syahirul, aku pakai dekat blogspot.. jadi2.. yea2.. dekat wordpress tak try lagi… :happy:
      .-= Post terbaru zik di blog beliau.. Selamat hari buruh 2010! =-.

    • Anarm says

      2 May 2010 at 2:45 AM

      @syahirul, aku ingat nk pakai plugin gak tadi.. saje cari kot2 ada cara manual sbb aku nak kurangkan guna plugin.. sekali ada la pulak.. terus pasang cara manual.. pakai plugin lagi senang kan? tp aku suke yg payah2.. main2 coding bleh aku belajar bende baru.. huhu

      • syahirul says

        2 May 2010 at 3:02 AM

        @Anarm, aku fail coding :( asas takde.. hahaha
        .-= Post terbaru syahirul di blog beliau.. Cara mudah menulis komen di blog rakan =-.

        • Piratz says

          4 May 2010 at 6:12 PM

          @syahirul, Aku fail pasal coding.. tapi men cuba jaya jerk.. cam theme aku.. tak banyak pakai plugin. :devil:
          .-= Post terbaru Piratz di blog beliau.. Panduan & Infomasi Mengenai Twitter =-.

  36. Dauspozi says

    2 May 2010 at 1:52 AM

    Aku pernah pasang pastu buang semula… hehe… tp nak pasang semula r… hehe

    • Anarm says

      2 May 2010 at 1:57 AM

      @Dauspozi, pasang je.. ko pakai blogspot kan? code yg aku bg atas tu ntah btol ntah salah, aku pon tak tau.. kalau ade tersalah, tolong pass coding yg btol ek.. tengkiu.. :unsure:

  37. x-po says

    2 May 2010 at 1:31 AM

    kawe penah klik button like kt blog org, tp xjd gapo2 pun..tu kawe heran tu

    • Anarm says

      2 May 2010 at 1:39 AM

      @x-po, aik.. pelik tu.. kawe try kt blog kawe dgn blog JustNizam.com tadi, bereh jah.. dio tubik kat facebook gapo dio kito Like..

  38. Wan Perlis says

    2 May 2010 at 1:28 AM

    antara manual dan plugins yg mana lebih baik?

    • Anarm says

      2 May 2010 at 1:38 AM

      @Wan Perlis, kalau ada cara manual, aku lebih suke buat cara manual.. plugin kalau boleh aku nak kurangkan.. takut memberatkan blog.. tp terpulang la nak camne.. pakai plugin dah tentu lebih senang..

      • zik says

        2 May 2010 at 2:38 AM

        @Anarm, owh pakai manual kira lebih kurang loading lah ek… erm…plugin pun dah byk nie..kena kurankan apa yang patut jela rasanya… butang like nie …function gak nie.. :face:
        .-= Post terbaru zik di blog beliau.. Selamat hari buruh 2010! =-.

        • Anarm says

          2 May 2010 at 3:10 AM

          @zik, camne ek nak ckp.. hmm.. bila pakai plugin, mase tgh loading die macam “call/panggil” fungsi plugin tu utk keluarkan kat blog.. proses nak “call/panggil” tu kadang2 makan masa jugak.. kalau coding kita manual insert ke fail2 php, time loading tu die bleh terus baca dari fail2 utama.. lebih kurang camtu laa.. huhu.. harap bleh paham.. :tongue:

          • Amirez says

            21 May 2010 at 12:24 AM

            @Anarm, ye, better guna cara manual kalau nak loading blog kita laju sket. guna plugin ni kadang-kadang takut tak compatible dgn wp versi baru, timbul masalah pulak
            .-= Post terbaru Amirez di blog beliau.. 50% Discount for Theme Junkie WP Theme =-.

            • Anarm says

              21 May 2010 at 12:35 AM

              @Amirez, ha ah.. aku lebih suke guna cara manual.. baru mencabar sikit.. huhu

  39. Piratz says

    2 May 2010 at 1:26 AM

    aku rasa tak perlu la aku ulang untuk cara pasng button like ni kan..

    • Anarm says

      2 May 2010 at 1:36 AM

      @Piratz, nak ulang kat blog ko ke? bleh je.. blog aku lain, blog ko lain.. blog ko ade follower tersendiri..

      • airneslobeng says

        31 October 2010 at 3:46 AM

        @Anarm, salam..sy tga na wt yg tutorial nie..tp blh laa…masih baru…cmne na cri single.php…….sy da cri kt ruangan editor tp xjmpe..

        • Anarm says

          31 October 2010 at 1:19 PM

          @airneslobeng, masuk bahagian Appearance > Editor.. pastu kt tepi2 sebelah kanan ade banyak list fail2 .php yang ada pada theme yang dipakai.. kat list tu, cari single.php, pastu klik..

          • airneslobeng says

            31 October 2010 at 1:39 PM

            @Anarm, salam…….thanz..da jadi…

Trackbacks

  1. Tutorial: Tukar warna highlight text dan plugin facebook 'like' button | I'm a Mommy's Driver. says:
    1 June 2010 at 5:10 PM

    […] Credit untuk Liliana Mardiana sebab bagitahu I pasal plugin ni. UPDATE ; Ini tutorial untuk buat secara manual […]

  2. Top 18 Sites On The Web | Ahmad Rushdi Dot Com says:
    14 May 2010 at 7:49 AM

    […] Queries from Search Traffic : facebook, facebook login, facebook.com, face, http://www.facebook.com, face book, fb, facebok, facebook en español, […]

Penulis

Entri Terkini

  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 20GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu
  • Daftar Portal Online MyASNB
  • Pengelap Cermin Kereta (Wiper) Jenis Getah Biasa atau Silikon, Mana Lebih Bagus?

Pelawat Paling Mesra

  • Be the first to comment.

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2018 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GempakBox · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥