Dah banyak aku jumpa blog yang ada masalah domain tak boleh buka tanpa WWW di URL blog. Kebanyakannya adalah blog berplatform blogspot. Biasanya masalah ni berlaku pada blogspot yang menggunakan custom domain atau domain berbayar.
Contohnya, bila kita taip URL blog “www.domainbarubeli.com” elok je blog tu terpapar kat skrin komputer kita. Bila kita taip URL “domainbarubeli.com” (tanpa WWW) blog tu akan keluar error.
Sepatutnya kedua-dua URL domain tu boleh diakses. Tapi oleh sebab Google tak benarkan pengguna Blogspot menggunakan Naked Domain (domain telanjang?) di URL blog, sebab tu keluar error. Nak taknak kena ada WWW jugak kat depan URL domain. Kalau URL domain tu takde WWW di depannya, blog jadi tak boleh bukak.
Redirect Domain Tanpa WWW di Blogspot
Nasib baik ada penyelesaian untuk masalah ni. Domain yang ditaip tanpa WWW tu boleh dibuat redirect ke URL domain sebenar yang ada WWW. Korang yang guna domain berbayar di blogspot tu dah buat ke?
Buka admin dashboard blogspot korang, kemudian pergi ke bahagian Setting > Basic.
Lepas tu tengok bahagian Publishing yang mengandungi address blog korang.
Tekan “Edit” untuk setting domain blog korang supaya URL tanpa WWW akan redirect ke URL yang ada WWW.
Klik kotak seperti dalam gambar atas ni untuk Redirect domain URL blog korang. Bila dah diaktifkan fungsi tu, URL yang ditaip tanpa WWW akan pergi ke URL yang ada WWW dan blog korang akan dapat diakses tanpa sebarang error.
Tapi, kalau masih berlaku error lagi dengan domain tanpa WWW walaupun dah buat cara ni, korang kena check balik kot setting DNS domain korang tu. Tekan link “settings instructions” (rujuk gambar di atas) untuk tengok cara setting DNS domain. Mungkin ada setting yang tertinggal atau tersalah setting.
Boleh juga korang cuba contact registrar tempat korang beli domain dan minta diorang tolong settingkan (kalau dah malas sangat nak belajar buat sendiri).
Mesti rugi bila ada mana-mana blog lain yang linkkan blog kita dengan link yang ditaip tanpa WWW. Bila pelawat klik, blog tak boleh bukak dan keluar error. So, cepat-cepat la perbaiki error tersebut supaya blog kita dapat diakses oleh mana-mana pelawat sama ada melalui URL domain yang ada WWW ataupun yang tiada WWW.
*Note: Aku pengguna WordPress self-hosted
sedang mencari masalah blog tak boleh buka.. buka web lain ok..
Entri terbaru di blog haslizam — Panduan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27
Assalamualaikum, saya ada masalah dengan domain saya. saya beli domain saya dengan Godaddy dan saya gunakan domain saya kat Blogspot. Masa mula2 domain saya boleh guna tp selepas beberapa jam, saya tak boleh buka domain saya.
Ada sesapa boleh bantu saya?
Terima kasih.
Askm,
Blog tak boleh login, sebab lama tak up date. ada cara lain tak nak emaildan password.
Terima Kasih.
Email dan password boleh reset balik.. Masuk page ni :
http://www.blogger.com/forgot.g.. Lepas tu ikut arahan yang dia bagi..
Entri terbaru di blog Anarm — Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s
Ini sebuah penyelesaian yang bagus, dan untungnya ada penyetingannya di blogspot nie
terima kasih atas share ilmunya ya :)
Entri terbaru di blog Rina — Create CSS Responsive Pricing Tables Design For Website
dah lama perasan ada yg jadi kes mcm ne..tpi bila baca entry ne baru tahu cara penyelesaian. :)
Tq bro =)
Entri terbaru di blog ecadwinkyasha — Kisah Malam Jumaat Gua
Mmg best tips dan tutorial ni. Kalau kita jumpa, pakat2lah kita maklum kat tuan tanah..
thanks bro anarm!
Entri terbaru di blog hafizmd — Speechless Friday #4 Apa Itu Sabar?
waa tq..
akhirnya jumpa gak jln penyelesaian..
dh hampir give up nk guna custom domain kt blogspot..
tq bro
Panduan berguna untuk pengguna blogspot ni,kadang-kadang ada yang terlepas pandang
Entri terbaru di blog wazy — Cuti Dah Habis Bro
tak perasan pulak aku, macam ok jer aku buka blogspot aku :cheerful:
Entri terbaru di blog onlajer — Permainan SEO Tak Terkalah
huhu ni mesti sebab url blog saya kat tshirt denaihati kn? hehe :p
Entri terbaru di blog azrijohan — Lawak Ke Der 2 – Harith Iskander Buat Aku Menangis
Aku amik idea dari kes url blog bro hari tu.. Hehe.. Ada jugak nampak beberapa blog lain yg ada masalah sama.. Sebab tu terus buat entri..
Masalah url blog bro dah setel blom? Setting untuk .my aku taktau macam mana..
Entri terbaru di blog Anarm — Ninetology Insight dengan Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia
terima kasih atas info yang teramat ler pentingnya…dah tukar…
Entri terbaru di blog sukma — Segmen Blogwalking 24 Jam by Emas Putih
Patutlah ada beberapa blog rakan blogger yang guna blogspot ada masalah nie… hope diorang baca entry berguna nie
Entri terbaru di blog hazman aka species1980 — HAZMAN vs FOOD – McDonalds Double Smookin’ BBQ Beef Burger
Belum beralih kpd hosting berbayar lagi…. Tak tau bila nak mula
Entri terbaru di blog Hanif Menhad — MINDA AKTIF 9A PLUS
Bila dah rasa nak beralih ke hosting berbayar, terus buat je.. Kalau tak reti boleh tanya nanti mesti ada yang akan bantu..
Entri terbaru di blog Anarm — Ninetology Insight dengan Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia
ha. ok. terima kasih
Entri terbaru di blog Hanif Menhad — Link Download Borang Berkaitan Guru Malaysia
alhamulillah ddulu masa daftr domain dia ah sediakan tutorial sekali…kaau x memamng xtahu mende ni..
Entri terbaru di blog afif — Aksi Pembuli Lan Todak Atau KL Gangster Lebih Hebat?
alhamduillah masa pakai blogspot dulu pun buat gini manually tp bila dah pindah tu xyah buat dah jd sendiri :biggrin:
Entri terbaru di blog Khairul Zamri — Pengalaman Sembelih Ayam
sebab tu gua dah pesan..beli domain..beli hosting..
Entri terbaru di blog titan — Samseng Sekolah Lan Todak – Part 2
gua pun ada jugak pesan macam tu kat diorang suruh beli domain & hosting..
Entri terbaru di blog Anarm — Masalah Domain Tak Boleh Buka Tanpa WWW (Blogspot)
Semoga pengguna blogspot dapat ubah dgn betul tanpa memerlukan editing pada setting instruction. :smile:
Entri terbaru di blog sensasi2020 — Berita Sensasi Terkini – Tarikh Pilihanraya Umum Ke 13
Patutlah tak boleh. Sudah selesai terima kasih bro. :-)
Entri terbaru di blog akubiomed — Lenspen memudah kerja cuci lensa
Blog ada masalah redirect jugak ke? Kena betulkan tu.. Kalau dah betulkan baru best.. Entah2 selama ni ada trafik yg tak dapat masuk sebab error pada URL..
Entri terbaru di blog Anarm — Masalah Domain Tak Boleh Buka Tanpa WWW (Blogspot)
Ini lah masalah yang aku hadapi masa mula-mula membeli domain.. masa tu tak terfikir pun akan berlaku masalah error 404 ni.. tapi selepas dapat informasi dari seorang rakan, terus aku tukar setting redirect…
Entri terbaru di blog Melastik Bintang aka Remy Ishak — Luahan Hati Seorang Penunggang Motorsikal
Ada ramai lagi blogger yg masih tak perasan blog dia ada masalah macam ni.. Kalau terjumpa memang kena bagitau tuan blog..
Entri terbaru di blog Anarm — Masalah Domain Tak Boleh Buka Tanpa WWW (Blogspot)
pernah kena macam ni..
haha.. anarm kata pakai wordpress self host. tu untuk blog ni, 10 blog lagi mesti pakai blogspot juga tu.. :P
Entri terbaru di blog zuls — Beli Domain di NameCheap
Macam tau2 je.. Hahaha.. Blogspot kena ada jugak.. Untuk “kerja-kerja” lain.. Hehe..
Entri terbaru di blog Anarm — Masalah Domain Tak Boleh Buka Tanpa WWW (Blogspot)
blog saya ok…langkah pertama sekali selepas beli domain…
Entri terbaru di blog Syarih — Bila Komputer Notebook Bermasalah.
Blog yang menggunakan WordPress takde masalah sangat dengan “WWW”..
Entri terbaru di blog Anarm — Masalah Domain Tak Boleh Buka Tanpa WWW (Blogspot)