Kredit Kena Telan, Caj Tersembunyi Syarikat Telekomunikasi

Baru-baru ni ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian, satu artikel tentang isu “Kredit Kena Telan“. Pengguna terkilan caj melampau ‘harga tersembunyi’ yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi (telco).

Telco yang mana satu ye?

Rasanya isu ni dah lama. Setahu aku, daripada dulu lagi dah ada banyak aduan dibuat tentang kes kredit hilang kena telan.

Tapi isu ni tak pernah selesai. Sehingga sekarang masih ada lagi berlaku kes pengguna hilang kredit sebab caj tersembunyi.

Mesti ramai pengguna rasa tertipu dengan telco yang digunakan.

Sampai bila rakyat Malaysia akan menghadapi permasalahan macam ni?

Kredit kena telan sebab caj tersembunyi syarikat telekomunikasi
Muka hadapan akhbar Sinar Harian, 4 September 2016.

Buat Aduan Kredit Kena Telan

Kalau buat aduan, mungkin boleh dapat balik kredit yang hilang tu. Yang tak buat aduan memang tak dapat lah jawabnya.

Jadi, bila terkena kes macam ni, buatlah aduan segera dan tuntut hak anda sebagai pengguna perkhidmatan telekomunikasi.

Pengalaman Kredit Kena Telan

Aku sendiri pernah guna simkad beberapa syarikat telekomunikasi. Prepaid dan postpaid, dua-dua pelan aku dah pernah guna dan ada pengalaman sendiri.

Guna prepaid memang aku perasan ada kredit kena telan. Kadang-kadang tak perasan juga kredit hilang. Dapat tahu pun bila tiba-tiba kredit dah habis.

Kita pun bukannya setiap masa rajin nak check baki kredit. Kalau teringat, boleh la check dan buat kira-kira sikit. Senang nak rancang perbelanjaan topup.

Guna postpaid pula, pernah beberapa kali jumlah bil yang kena bayar naik mencanak walaupun penggunaan lebih kurang sama je setiap bulan.

Bila tengok penyata bil, tak masuk akal langsung caj yang dikenakan.

PPIM terima aduan caj melampau syarikat telekomunikasi (telco)
PPIM terima aduan caj melampau syarikat telekomunikasi.

Caj Melampau Syarikat Telekomunikasi

Kalau dah kena caj yang pelik-pelik, call talian khidmat pelanggan telco tu, buat aduan. Atau terus pergi ke centre telco tersebut untuk buat semakan lebih terperinci sebelum bayar bil.

Tak dapat setel juga, buat aduan kepada SKMM. Aku pun pernah buat aduan masa guna postpaid sebelum ni.

Sekarang aku dah tak nak guna pelan postpaid. Dah serik. Lagipun rasa rugi bila kita tak guna tapi tetap kena bayar bil setiap bulan.

Pilihan Bertukar Ke Telco Lain

Bila dah timbul macam-macam masalah dengan telco tu, jalan penyelesaiannya mudah je. Tukar ke telco lain. Tak ada gunanya nak terus setia dengan telco yang meratah duit anda.

Lagipun ada banyak pilihan telco sekarang ni, sama ada MNO atau MVNO. Pilih je nak guna servis telco mana yang anda nak.

Tambah pula sekarang ni dah boleh buat MNP. Nombor phone boleh tukar ke mana-mana saja telco pilihan kita dan akan kekal guna nombor yang sama.

Hati-Hati Dengan Terma & Syarat Telco

Pilih servis dan pelan telco yang sesuai dengan cara penggunaan masing-masing. Jangan cepat sangat tertarik dengan iklan yang guna perkataan ‘PERCUMA’ atau ‘FREE’ itu ini.

Fahamkan betul-betul maksud “percuma” tu. Kalau boleh, baca semua Terma & Syarat telco sebelum melanggan.

Dalam terma dan syarat ada diterangkan lebih terperinci tentang produk dan servis daripada telco tu. Cuma orang kita ni malas dan tak suka membaca. Sebab tu tak tahu apa.

Bila dah terkena, baru lah menggelabah. Padan muka!

Terma & Syarat pun biasanya ditulis guna font atau tulisan bersaiz kecil. Lagi buat orang malas nak membaca. Kan?

Tak ada benda percuma dalam dunia
Hati-hati bila ditawarkan simkad percuma.

Nak pilih prepaid atau postpaid, terpulang pada anda. Pada pendapat aku, lebih bagus guna pelan prepaid. Kita kena topup dulu sebelum guna.

Pelan postpaid pula jenis guna dulu bayar kemudian (berhutang). Amalan berhutang ni sebaik-baiknya elakkan lah selagi boleh.

Sebab tu aku bertukar ke telco ONEXOX.

Masuk 2 tahun dah aku guna Prepaid ONEXOX. Alhamdulillah, tak pernah berlaku lagi berlaku kes kredit hilang ke, kena caj lebih ke. Telco ONEXOX takda caj tersembunyi. Apa yang kita guna, banyak tu juga lah caj yang dikenakan.


Nak tahu lebih lanjut tentang ONEXOX?

Laman Web: www.onexoxplan.com
Whatsapp : +601132448800
Telegram : @onexoxplan
PM Facebook: m.me/anarm

9 Comments

  1. memang dah selalu kena dulu2.. bila col khidmat pelanggan, dorang cakap penceroboh.
    lastly, malas nak ambik tau.. baik tukar je telco lain…huhu

  2. ada dengar jenama tu hee tak pernah pula nak ambil tahu alahai…telco sudah banyak duit mau caru duit lagi ke heeee..

    zaman sekarang duit memang perlukan kalau tak guna dengan bijak teruk gak kita nanti

Leave a Reply to sensasi2020Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *