Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 25 April 2018
You are here: Home » Informasi » Kit Tindakan Jom Bertindak

Kit Tindakan Jom Bertindak

26 March 2013 Khairul Anam

Tweet

Aku baru lepas mendaftar untuk dapatkan “Kit Tindakan Jom Bertindak” daripada Datuk Najib. Hee. Aku terbaca tentang Kit Tindakan ni di entri blog Ejam Othman. Aku tak pasti sangat benda apa Kit Tindakan ni. Dari apa yang aku baca, Kit Tindakan menyediakan kelengkapan asas bagi membantu kita bersiap sedia untuk hadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang bakal menjelang.

Kit Tindakan sempena Pilihanraya Umum

Kit Tindakan ni mengandungi satu pin kolar, sebatang pen, car sticker, beberapa keping pelekat dan satu buku panduan yang menyediakan tips-tips mudah bagi pengundi baru atau mereka yang inginkan rujukan semula.

Tips mudah bagi pengundi baru.. Bagus jugak ada benda ni. Aku pun baru tahun ni pertama kali nak mengundi. Bersemangat nih! Tapi tak tahu sangat tips-tips atau cara untuk mengundi. Ada kit panduan macam ni senang sikit nak buat rujukan.

najib razak kit tindakan

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang memegang Kit Tindakan JomBertindak

kit tindakan 1malaysia

Kit Tindakan ni kita boleh dapatkan secara percuma melalui laman web 1Malaysia.com.my. Benda free kita ambil je. Tapi kena daftar dulu. Nanti Datuk Najib akan hantarkan Kit Tindakan ke alamat yang kita daftar kot. Tunggu jela…

Harap-harap Kit Tindakan ni tak dimuatkan unsur-unsur fitnah dan tohmahan seperti kata bro Ejam kerana masyarakat sekarang dah boring dengan perkara-perkara macam tu.

Artikel Lain Yang Menarik

  • Kit Tindakan 1Malaysia Barang Tak Cukup
  • Semak Status Daftar Pemilih Persiapan Mengundi PRU13
  • Parlimen Malaysia Dibubarkan Berkuatkuasa Hari Ini
  • Merancang Target dan Tindakan dalam Blogging
  • 5 Mei Tarikh Mengundi PRU13, Penamaan Calon 20 April
Tweet

Kategori : Informasi, Isu Semasa Keyword : 1malaysia.com.my, cara mengundi, jom bertindak, kit tindakan, najib razak, pakatan rakyat, perdana menteri malaysia, pilihanraya umum, tips undi pilihanraya, tips untuk mengundi, undi pas, undi umno

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
“Cheezy Rice Treasure” Menu Sedap di Kenny Rogers ROASTERS
Next article:
Pencuci Laptop

24 Comments

  1. hazman aka species1980 says

    29 March 2013 at 5:10 PM

    Untung betul la saper dapat tender buat PAKEJ KIT MENGUNDI nie….hahahahah

  2. wazy says

    28 March 2013 at 10:00 AM

    Pen tu comel la plak,aku pun dah daftar 2-3 hari lepas,excited untuk mengundi kali ke dua untuk tahun ni

  3. papa mifz says

    27 March 2013 at 1:27 AM

    makin terasa bahang pilihan raya nih…

  4. sukma says

    26 March 2013 at 9:21 PM

    generasi sekarang kurang endah pasal mengundi dan setiap undi kita tu merupakan satu ibadah dan amanah yang patut kita tunaikan….

    • Cikgu Hairul says

      30 March 2013 at 9:30 PM

      ish silap tu.. golongan sekarangla berkobar-kobar nak mengundi. lihat saja di mana-mana anak muda, orang tua, malahan budak kecik pun ada.. mereka kuat berpolitik dan bijak membuat perhitungan. :w00t:

  5. akubiomed says

    26 March 2013 at 1:51 PM

    Macam-macam. Sebenar tak susah pun hendak membuang undi. Yang penting bawa MyKad dan kemudian pangkah itu sahaja. :-)

    • Anarm says

      26 March 2013 at 4:06 PM

      Memang tak susah pun. Biasa la BN, guna macam2 cara untuk____________ (isi tempat kosong)..

    • Anuar says

      6 April 2013 at 9:30 AM

      Sepatutnya kit atau apa appliance berkaitan Pru wajar di keluarkan oleh SPR sebagai bdn bebas & bukannya badan kerajaan atau part politik agar elak bias dalam kit tu

  6. yanmie says

    26 March 2013 at 11:47 AM

    Salam,

    Ada juga tengok berita tentang ni 2-3 hari lepas, nak pi isi form lah…comel plak pen tu hahaha.

    Tak sabar nak mengundi, maklumlah tak pernah nak mengundi sebelum ni, rasa bersalah sangat abaikan tanggungjawab pada negara -..-“

    • Anarm says

      26 March 2013 at 12:38 PM

      Waalaikumussalam.. Saya daftar Kit Tindakan pun sebab nak pen tu.. Comel je.. Hehe..

      Saya dah lama daftar mengundi tapi tak pernah mengundi jugak.. Harap2 kali ni dapat laksanakan tanggungjawab pada negara untuk pilih pemimpin..

  7. Ibu Mifzal Arsyad says

    26 March 2013 at 11:32 AM

    pasti ada pesan untuk undi kerajaan pemerintah. tak sabar betul nak mengundi kali ini sbb 1st pengalaman..hehe

    • Anarm says

      26 March 2013 at 12:35 PM

      Saya pun 1st time jugak.. Hehe..

  8. Faris Al-Muhandisu says

    26 March 2013 at 10:52 AM

    Siap ada kit tu… hangat benar PRU kali ni. Tapi nampak sgt strategi power ni utk kumpul database n engage pengundi first timer. good idea.

    • Anarm says

      26 March 2013 at 12:35 PM

      Lepas tu dia spam email orang yang daftar untuk Kit Tindakan ni..

  9. Oneblogsocial.com says

    26 March 2013 at 10:02 AM

    Ya,harap harap tak menimbulkan fitnah.

  10. anif says

    26 March 2013 at 8:57 AM

    Fuhh.. siap ada kit sekarang ni! :D

    • Anarm says

      26 March 2013 at 9:06 AM

      Tu la pasal.. Siap buat Kit lagi dekat2 nak pilihanraya ni.. Bagus jugak ada bahan rujukan untuk pengundi baru..

  11. titan says

    26 March 2013 at 6:14 AM

    wahh..nak pen. nak penn..

    • Anarm says

      26 March 2013 at 9:05 AM

      Nak pen kena daftar dulu.. Nanti Datuk Najib hantar pen tu ke rumah..

  12. Izzat Eshak says

    26 March 2013 at 1:12 AM

    Baru nak daftar jugak. Macam menarik.
    Selalu tengok iklan dia kat youtube

    • Anarm says

      26 March 2013 at 9:03 AM

      Daftar sekarang.. Nanti dah dapat boleh tunjuk kat kawan2 apa yg ada dalam Kit Tindakan ni..

  13. Piston Pecah says

    26 March 2013 at 12:42 AM

    siap ada kit eh? aku pon baru nak start mengundi tahun nie…

    • Anarm says

      26 March 2013 at 1:18 AM

      Tu la pasal.. Siap ada kit lagi.. Benda free camni kita amik jela..

Trackbacks

  1. Kit Tindakan 1Malaysia Barang Tak Cukup says:
    11 April 2013 at 6:57 PM

    […] panduan cara-cara mengundi. Cuma sedikit kecewa sebab 1 item tiada dalam Kit Tindakan ni iaitu PEN. Kit Tindakan tak sempurna tanpa […]

Penulis

Entri Terkini

  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 20GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu
  • Daftar Portal Online MyASNB
  • Pengelap Cermin Kereta (Wiper) Jenis Getah Biasa atau Silikon, Mana Lebih Bagus?

Pelawat Paling Mesra

  • Be the first to comment.

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2018 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GempakBox · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥