Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 18/02/2019
You are here: Home » Agama » Kesalahan Jemaah Solat Jumaat

Kesalahan Jemaah Solat Jumaat

15/04/2011 Anarm

  Tweet        

panduan solat jumaat

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari) ”. Ini menunjukkan betapa istimewanya hari Jumaat. Agama kita sendiri (Islam) yang meletakkan Jumaat itu sebagai ketua bagi hari-hari yang ada.

Hari Jumaat juga mempunyai ganjaran yang lebih berbanding hari-hari yang lain. Ganjaran yang lebih itu akan kita dapat bila kita lakukan amalan-amalan seperti mandi, memotong kuku, berdoa, berselawat ke atas Nabi, membaca al-Quran, memakai wangi-wangian, bersedekah dan sebagainya yang disukai Allah.

Selain itu, perkara yang paling penting pada hari Jumaat adalah Solat Jumaat (wajib bagi lelaki sahaja). Solat Jumaat ini penting bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kepada kecemerlangan dan kejayaan. Rasulullah SAW ada bersabda:

“Barangsiapa secara mudah meninggalkan solat Jumaat sehingga 3 kali berturut-turut, maka Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran. “

Ketahui Teknik Khusyuk dalam Solat

Garis Panduan Ke Masjid Untuk Solat Jumaat

Rasulullah SAW juga ada menetapkan garis panduan yang wajib diikuti oleh mereka yang bersolat Jumaat. Hal ini bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa mereka. Antara garis panduan tersebut adalah:

Mengemas diri dengan sebaik-baiknya – Mandi membersihkan diri agar jemaah lain terutamanya yang berhampiran tidak terganggu oleh bau badan atau bau pakaian yang busuk akibat peluh, kotoran dan lain-lain.

Kesalahan jemaah solat Jumaat pada hari ini :
Ada sesetengah jemaah pergi ke masjid tanpa mandi membersihkan diri, tidak memakai wangi-wangian dan tidak mengenakan pakaian yang terbaik dan sesuai.
 

Berniat dan segera ke masjid dengan penuh ketenangan. Ini perlu bagi mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran, serta berpeluang mendengar khutbah Jumaat dengan jelas dan tenang.

Kesalahan jemaah solat Jumaat pada hari ini :
Ada sesetengah orang tidak niat ketika berangkat ke masjid seolah-olah mereka ke masjid seperti rutin di hari-hari biasa. Bahkan kadang-kadang mereka sengaja berlambat-lambat ke masjid walaupun azan sudah berkumandang. Ada yang datang di pertengahan khutbah, ada juga yang datang ketika solat telah dimulakan.

Di masjid, mereka lebih gemar duduk di barisan belakang walaupun barisan depan masih kosong. Ada juga yang duduk di luar masjid sedangkan mereka berada di masjid yang besar dan luas.
 

Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada khutbah yang dibaca. Ini kerana mendengar khutbah adalah satu kemestian dan menjadi syarat sah bagi sesuatu Jumaat yang didirikan.

Kesalahan jemaah solat Jumaat hari ini :
Ramai yang lebih suka berborak sesama mereka tanpa memberi perhatian sepenuhnya kepada khutbah yang dibaca. Ada juga yang tidur sambil duduk. Ada juga yang membuat bising. Amalan tidak memberi tumpuan terhadap khutbah yang dibaca oleh khatib adalah kesalahan yang menyerupai pengabaian terhadap bacaan al-Quran kerana salah satu daripada rukun khutbah adalah membaca al-Quran. Allah menggesa agar kita diam dan menumpukan perhatian apabila al-Quran atau khutbah dibaca.

Berbual dan tidak menumpukan perhatian kepada khatib yang membaca khutbah adalah menyerupai sikap yang pernah ditunjukkan oleh kafir Quraisy pada zaman dulu. Firman Allah yang bermaksud:

Dan orang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar akan al-Quran ini dan tentanglah ia (dengan nyanyian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak) supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya). Maka demi sesungguhnya, kami akan merasakan kepada orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Fussilat, ayat 26 dan 27)

 

Marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik (walaupun sedikit). Sama-sama kita usahakan dan cuba bersungguh-sungguh. Selagi ada masa untuk berubah, kita lakukanlah dengan segera. Mungkin hari ini, mungkin hari esok atau mungkin lusa, Allah bakal mencabut nyawa kita – tiada siapa yang tahu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui…

Artikel Lain Yang Menarik

  • Lelaki Tak Solat Jumaat sebab Uzur
  • Batal Solat Salah Baca Al-Fatihah
  • Puasa tapi TAK SOLAT
  • Bila Islam Hanya Pada Nama
  • Beradab dalam berdoa
  Tweet        

Kategori : Agama Keyword : garis panduan solat jumaat, hayati bacaan khutbah jumaat, kesalahan jemaah solat jumaat, malam jumaat, pahala hari jumaat, penghulu segala hari, tidur dalam masjid

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
6 Tips Blogging Untuk Tambah Trafik Blog
Next article:
Hasil Simpanan Duit ChurpChurp

38 Comments

  1. reezluv says

    04/05/2011 at 12:40 PM

    pernah sekali masa ngah solat jumaat aritu, ada plak tak tutup handphone..satu masjid dengar..siap lagu A.Ramlie lagi tu..adeh..2,3 kali plak tu…kuat bukan main…rasa nak lepuk je orang tak reti bahasa nak silent kan handphone.. :ermm:

    • Anarm says

      04/05/2011 at 3:46 PM

      @reezluv, ada gak yang tak silent henpon, pastu ringtone pakai lagu black metal plak.. full volume dalam masjid.. adehh..

      • reezluv says

        04/05/2011 at 5:55 PM

        @Anarm,

        ada gak gitu rupanya.adeh

  2. zool says

    27/04/2011 at 11:05 AM

    hm.. ada yang terkena tu..
    cuma tambah sikit je..

    1. ada yang solat sunat walaupun khutbah . memang tak salah tapi dengar khutbah tu rukun..
    2. ambil saf belakang. seeloknya pergi ke depan baru dpt byk pahala..

  3. Mus says

    26/04/2011 at 8:52 AM

    terima kasih bro.. akan diperbaiki mana yang kurang tu
    Entri terbaru di blog Mus — Khasiat Buah Pisang

  4. PakarBuahPinggang says

    25/04/2011 at 12:48 PM

    Sepatutnya umat Islam di Malaysia diberi cuti pada hari tersebut bagi memberikan peluang melakukan amalan-amalan yang disunatkan pada hari tersebut.Memandangkan pahalanya digandakan.
    Entri terbaru di blog PakarBuahPinggang — 10 Langkah Untuk Elakkan Penyakit Buah Pinggang

  5. Faisal Reza says

    24/04/2011 at 2:38 PM

    Anarm…. post yang cun….. bila nak lepak sama? :biggrin:

    • Anarm says

      24/04/2011 at 8:56 PM

      @Faisal Reza, mekasih.. mekasih.. nak lepak sama? haha.. aku mlm2 ade je kat bangi.. lepak online kat kedai.. kalo nk lepak, bleh datang.. minum2, makan2.. bayar sendiri.. huhu

  6. LuthfiMY says

    22/04/2011 at 11:10 PM

    apa cer pulak bila khatib tengah khutbah pastu dia dok tweet, sms?
    Entri terbaru di blog LuthfiMY — Apabila blog telah jadi seperti dairi

    • Anarm says

      22/04/2011 at 11:22 PM

      @LuthfiMY, dok tweet, sms tu mesti dah tak dengar khutbah dah.. leka kat benda lain.. solat jadi tak cukup syarat..

  7. MokhZam says

    22/04/2011 at 3:47 PM

    ade sorang member aku kat ofis memang tak pernah langsung gi solat jumaat, tak tau nka cakap mana…dah cakap tak kira direct ke indirect ke sama je tak berubah…

    • Anarm says

      22/04/2011 at 11:21 PM

      @MokhZam, yg tu jenis hati memang dah gelap giler dah tu.. takleh watpe dah..

  8. madammondoq says

    22/04/2011 at 8:53 AM

    salam..

    info yang bagus.. Good Job!!
    Entri terbaru di blog madammondoq — HyppTV’s Exclusive Bloggers’ Party!

  9. wazy says

    21/04/2011 at 8:57 PM

    Dulu masa boss india aku pegang cc lama tu,ada gak sekali dia marah kenapa balik awal hari jumaat ni,jadi aku cakap la nak sembahyang jumaat,terus dia terdiam,susah juga dapat majikan yang tak prihatin pasal ni
    Entri terbaru di blog wazy — Otep-Confrontation

    • Anarm says

      22/04/2011 at 1:16 AM

      @wazy, betul tu.. sesetengah majikan ada yang tak prihatin.. majikan yang sama agama dengan kita pon (Islam) kadang2 ada jugak yang halang kita gi solat jumaat.. aku pernah lalui semua tu.. harap2 takde pekerja lain yang dapat majikan tak prihatin macam tu.. mintak simpang jauh2 laa dugaan tu semua..

  10. samanosuke_04 says

    20/04/2011 at 3:22 PM

    pasal datang semayang jumaat lewat tue memang betul sangat, kekadang ader yang sengaja datang lewat gila, supaya kena semayang luar masjid, pastue bile imam dah bagik salam, terus pecut ngan motor.. hahha

    btw, cantik beb quote box ko.. bleh bagi code? hahahha

    • Anarm says

      22/04/2011 at 1:13 AM

      @samanosuke_04, mat rempit kot biasa wat camtu.. hahaha..

      code quote box? nanti aku share.. hehe..

  11. syahrilhafiz says

    20/04/2011 at 11:44 AM

    alhamdulillah aku tak pernah ponteng lagi…
    tapi kalau bab mendagu tido tu pernah la banyak kali..hehe
    Entri terbaru di blog syahrilhafiz — Tukar Wallpaper “A Day in the Life” Bagi Pengguna Ubuntu

    • Anarm says

      22/04/2011 at 1:12 AM

      @syahrilhafiz, aku pon pernah tertido.. tapi bukan sengaja tido.. takpe kot.. hehe.. harap kesalahan tu dapat diampunkan.. amin..

  12. lizz says

    20/04/2011 at 11:42 AM

    aku selalu risau tengok orang yang slumber tak pi solat jumaat sebenarnya. setahu aku tak pergi lebih dari 3kali dah berdosa besar tapi tapi…huhuhuhu.
    Entri terbaru di blog lizz — Rahsia Kaabah

    • Anarm says

      22/04/2011 at 1:11 AM

      @lizz, dosa besar pon diorang peduli apa.. 3 kali berturut-turut tak gi solat jumaat, hati dah jadi gelap.. tak nampak dosa pahala dah..

  13. mohzam says

    18/04/2011 at 9:16 AM

    Terima Kasih Anarm, kerana mengingatkan…betapa banyaknya kesilapan dan kesalahan yang pernah aku buat…moga2 solatku diterima olehNYA
    Entri terbaru di blog mohzam — Tips- Configuring Windows for Arabic

    • Anarm says

      18/04/2011 at 8:13 PM

      @mohzam, aku pon sama jugak.. banyak salah silap.. dosa jangan kata la.. memang bertingkat tingkat (sedar diri).. huhu.. insyaAllah kalau diizinkan, setiap hari jumaat aku ingat nak publish entri2 agama.. boleh jugak jadikan panduan untuk diri sendiri dan pembaca2 / pelawat2 blog ni..

      • mohzam says

        18/04/2011 at 10:51 PM

        @Anarm, Aku sokong :w00t: :biggrin:

  14. titan says

    17/04/2011 at 9:17 PM

    paling tak boleh blah..bila ada orang tua masih tetap bercakap bila imam dah baca khutbah..nak tegur serba salah..kalau aku sepak, kang jadi kes polis plakkk.. :ermm:

    • Anarm says

      18/04/2011 at 8:11 PM

      @titan, tegur kang dikata kurang hajar.. muda nak tegur yg tua.. haha.. tapi memang ramai pakcik2 tua yang perangai mengalahkan anak2 muda.. memang dah tak boleh nak buat apa.. kecuali pak imam bekerjasama buat announcement bagitau jangan bising.. dan bagi ceramah seminit dua tentang hukum org bercakap dalam masjid + tak hayati khutbah.. camtu diorang takut sikit kot.. hehe..

  15. suffer8zine says

    16/04/2011 at 10:23 AM

    nice entri ni bro!
    Entri terbaru di blog suffer8zine — Jom Kenali Cendawan Beracun

    • Anarm says

      18/04/2011 at 8:07 PM

      @suffer8zine, aku ingat nak publish entri2 agama setiap hari jumaat.. untuk panduan bersama.. sambil2 mengingatkan diri sendiri dan pembaca.. :blush:

      • suffer8zine says

        19/04/2011 at 7:18 PM

        @Anarm,
        wahhh menarik je bunyinya, bagus tu bro, aku sokong

  16. nizam says

    16/04/2011 at 9:19 AM

    semalam pergi solat Jumaat lambat sebab masalah pengangkutan.Sampai je khutbah dah selesai. hmmm… harap diterima solat. sob2
    Entri terbaru di blog nizam — Pendapat Anda Tentang Melayu 3GP

    • decrewz says

      17/04/2011 at 2:41 AM

      @nizam, kalau lambat x disengajakan tak mengapa.. At leas bukan niat kita sengaja lambat2kan..
      Entri terbaru di blog decrewz — Video Maharaja Lawak Astro Minggu ke 3

      • Anarm says

        18/04/2011 at 8:05 PM

        @decrewz, yup.. betul.. kalau tak sengaja, takpe.. tapi pahala tu mungkin kurang sikit.. kalau sengaja datang lambat, lepas abis khutbah baru terhegeh2 nk datang, yang macam tu memang takkan dapat pahala langsung.. solat jumaat tu jadi tak cukup syarat, tak sah..

  17. kyo_9 says

    15/04/2011 at 11:22 PM

    Alhamdulillah.. berjaya menunaikan solat jumaat walaupon makmum sekitar belas2 jer.. :cool:

    Entri terbaru di blog kyo_9 — 余震 Aftershock

    • Anarm says

      16/04/2011 at 1:07 AM

      @kyo_9, alhamdulillah.. takpe la sekitar belas2 pon.. yg penting dapat berjemaah.. pahala lebih skit..

  18. yash says

    15/04/2011 at 10:26 PM

    sekarang nie lagi la.. bila hari jumaat je sampai waktu kene ke masjid untuk sembahyang jumaat aku tgk ramai yang bersidai kat mamak.. lagi2 tempat aku keje nie.. dah tak rasa perasaan segan ada sekali sampai kawan aku cina tanya kenapa dorang tak pegi masjid bukan hari jumaat ke? =.=
    Entri terbaru di blog yash — Trip ke Cameron Highland – Sebelum

    • Anarm says

      15/04/2011 at 11:04 PM

      @yash, tu la pasal.. ramai yang ponteng jumaat, lepak mamak.. memang memalukan.. cina pon tau hari jumaat org Islam kene gi semayang jumaat.. malu~ malu~

  19. Shahrulsite says

    15/04/2011 at 9:14 PM

    ada juga yang pergi solat Jumaat sebab terpaksa…Nauzubillah
    Entri terbaru di blog Shahrulsite — Google Doodle Raikan Charlie Chaplin

    • Anarm says

      15/04/2011 at 9:37 PM

      @Shahrulsite, owhh.. ade jugak ye yang macam tu.. memang teruk betul manusia zaman sekarang ni.. solat jumaat bukannya lama pon.. kalau dah sebab terpaksa tu, mesti solat 5 waktu pon tak buat..

Penulis

Entri Terkini

  • USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak
  • Selamat Tahun Baru 2019
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Pelawat Paling Mesra

  • Ani Haryani

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GB Webhosting · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥