Kemaskini WordPress 3.5 “Elvin”

Buka blog hari ini tengok ada kemaskini versi WordPress 3.5 dengan codename “Elvin” iaitu sempena nama pemain drum, Elvin Jones.

Aku dah update versi WordPress blog ni tadi walaupun rasa takut-takut sikit. Benda baru ni kadang-kadang ada lagi ‘bug‘ yang boleh mengganggu blog WordPress kita, atau mungkin masih tak serasi dengan plugin yang kita gunakan dalam blog.

Kemaskini WordPress 3.5

Perubahan paling ketara yang aku tengok dalam versi baru WordPress 3.5 ni adalah pada fungsi muat naik gambar dan fungsi pengurusan gambar.

Selain tu, WordPress 3.5 dibawakan beberapa perkara baru seperti tema default baru, “Twenty Twelve” yang dibina kemas dan minimalis serta dengan rekabentuk yang responsif dan berfungsi dengan baik pada pelbagai jenis saiz gadget terkini.

Galeri gambar WordPress 3.5

Dari segi rekabentuk dashboard juga dikemaskini menjadi Retina-ready dengan grafik beresolusi tinggi yang cantik, color picker yang baru, dan kemasan beberapa fungsi yang kurang digunakan pada bahagian admin.

Di bawah ni adalah video gambaran keseluruhan kemaskini pada WordPress 3.5:

Blogger yang menggunakan WordPress boleh update versi WordPress secara automatik melalui halaman dashboard blog masing-masing atau muat turun WordPress 3.5 dari laman web rasmi WordPress.

26 Comments

  1. ermm ada theme baru yea, tapi selalunya kalau theme baru nie mesti ada masalah plugin … tapi tak per thank sebab kongsi theme nie…

  2. Sebenarnya WordPress nie makin mudah kan :) Tapi dah macam blogger.com pun ada… (kalau pernah pakai)…

    • @Afifah Munirah, betul tu.. wordpress makin lama makin mudah untuk guna.. memang bila tengok update baru bahagian gambar tu dah macam blogger.com.. tak kisah la.. asalkan memudahkan semua blogger.. wordpress ke blogspot ke sama je fungsi dia..

  3. aku try update dekat dashboard die tadi,tapi die hang je tak gerak2.maybe server die ramai yg tgh update kot.tgu malam sikitla,tak pun 2 3 hari lagi

  4. Pagi tadi pun dah update ke versi Elvin… setakat ni memang bahagian media paling ketara kelihatan yang telah dikemaskini… :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *