Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 12/02/2019
You are here: Home » Informasi » Jadikan blog anda Anti-iFrame

Jadikan blog anda Anti-iFrame

10/02/2011 Anarm

  Tweet        

anti iframeSekarang ni di timeline Twitter dan wall Facebook aku asyik nampak orang dok bercerita tentang Blogger iFrame. Macam-macam pangkat ada kat dunia blogger ni kan? Blogger otai, blogger kacak, blogger iframe, blogger Anarm.Net. Heheh.. Binatang apa iFrame tu?

Maksud iFrame

IFrame atau ‘Inline Frame’ merupakan dokumen HTML yang dimasukkan ke dalam dokumen HTML yang lain pada sesebuah laman web. Biasanya elemen HTML iFrame ni digunakan untuk masukkan content daripada sumber lain, contohnya seperti iklan, ke dalam laman web.

Nak lebih mudah lagi, kat bawah ni aku bagi contoh penggunaan iframe, daripada pemahaman aku. Kalau korang tak faham, boleh tanya. Jangan malu-malu, jangan segan-segan, jangan pegang-pegang. Erkk..

Contoh Penggunaan IFrame

Korang nak masukkan content dari blog lain ke dalam blog korang. Ianya adalah satu cara yang salah sekiranya korang buat tanpa izin. So, korang pon gunakan simple code untuk buat iframe di blog korang dengan cara memaparkan content dari blog si mangsa ke dalam blog korang. Bila ada visitor masuk ke dalam blog korang, mereka akan nampak content dari blog si mangsa dan content tu nampak seperti korang yang buat. Faham? Kalau tak faham, boleh tanya lebih lanjut di ruangan komen.

Ringkasan:

  • Content dari Blog A ada di dalam Blog B.
  • Blog B menggunakan iFrame untuk pamerkan content dari Blog A.
     

Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dibuat dengan menggunakan iFrame. Yang aku cerita kat sini cuma asas penggunaan iFrame. Kod asas untuk buat iframe pula adalah seperti berikut:

<iframe src="content-mangsa.php" width="100%" height="300">
  <p>Ini adalah contoh kod iframe</p>
</iframe>

Script untuk jadikan blog anda Anti-iFrame

Di sini aku nak kongsi 1 skrip ringkas untuk elakkan blog korang daripada di-iframe-kan oleh blog-blog lain. Sebab iframe ni sebenarnya boleh memberi kesan yang buruk kepada blog kita. Curi content, curi traffik, curi duit dan sebagainya. Mari kita mulakan.

  1. Mula-mula, buka tempat untuk edit theme/template blog korang.
  2. Lepas tu, cari kod </head> yang ada dalam theme korang. Mustahil kalau tak jumpa.
  3. Kemudian, copy script di bawah ni dan paste-kan sebelum kod </head> tadi.
  4. <!-- Script Anti iFrame -->
    <script>
    if(self!=top)
    {top.location.href=self.location;href;}
    </script>

    Pastikan struktur kod tersebut jadi seperti di bawah ni.

    <!-- Script Anti iFrame -->
    <script>
    if(self!=top)
    {top.location.href=self.location;href;}
    </script>
    
    </head>
  5. Save editing yang telah dibuat.
  6. Siap dah..

 
Fungsi penggunaan script anti-frame ni adalah untuk elakkan sebarang penggunaan iframe ke atas blog korang. Bila ada mana-mana blog menggunakan iframe untuk blog korang, script anti-iframe ni akan redirectkan secara pantas ke sumber asal content iframe tersebut. Maknanya akan redirect ke blog korang laa.

Itu sahaja perkongsian untuk kali ni. Script ni aku hanya test pada platform WordPress. Kat platform Blogspot aku tak try lagi. Mana-mana blogger yang menggunakan blogspot, harap korang boleh cuba sendiri. Lepas tu try iframe-kan blog korang tu kat blog korang yang lain-lain (bagi yang ada banyak blog), atau boleh minta rakan-rakan blogger lain tolong test iframe blog korang. Kalau berjaya, sila tinggalkan komen bagitau hal tu ye untuk aku update kat sini supaya blogger-blogger blogspot yang lain tak rasa takut nak cuba script ni. Terima kasih.

Bagi pengguna WordPress, boleh juga gunakan plugin WP-CopyrightPro yang mempunyai fungsi disable iFrame, disable right click, disable selecting text dan disable fungsi drag-and-drop pada gambar.

P/S: Duit ChurpChurp dah makin bertambah. Seronoknyeewww buat duit online.

Artikel Lain Yang Menarik

  • Pasang Button Facebook Like di Blog
  • Buat URL anda seperti TinyURL
  • Tips Keselamatan Blog WordPress
  • Arahkan Pelawat Blog Lama ke Blog Baru
  • Anda Lelaki?
  Tweet        

Kategori : Informasi, Tutorial Keyword : Belajar Buat iFrame, Disable iFrame, Kod HTML, Plugin WordPress, Script Anti-iFrame, Tutorial Buat iFrame

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Zon Internet 3G Wireless Dalam Rumah
Next article:
Perisian Screen Capture dengan Image Editor

67 Comments

  1. Asyrof Asri says

    22/04/2013 at 10:18 PM

    Benda ni yang saya tercari-cari selama ni.

    Penting sangat ni.

    Ya Allah, thanks for this article saudara Anarm. ;)
    Entri terbaru di blog Asyrof Asri — Wordless Friday – Mahasiswa Pilih Siapa?

  2. afie says

    26/08/2011 at 4:55 AM

    :dizzy: ni edit theme ke edit template keliru2

  3. Izamir Ridzwan says

    20/05/2011 at 5:23 PM

    tw bro.. dah psg dh ni :biggrin:

  4. niq says

    28/02/2011 at 5:19 PM

    wah,…tq2 bro..:)
    Entri terbaru di blog niq — Rumah seram seksyen 2 shah alam

  5. Pejuang Kesenian Extreme says

    18/02/2011 at 3:29 AM

    Hangat juga cerita pasal iframe ni..Sampai entri anti iframe pon keluar..hehe
    Entri terbaru di blog Pejuang Kesenian Extreme — Contest Facebook Aizuddincom

  6. arif says

    16/02/2011 at 11:49 PM

    perkongsian tutorial yg sgt bergune nie..thanks… :biggrin:

  7. Mohd Shahrul Hafizi says

    14/02/2011 at 11:44 PM

    Ohhh. Macam tu. Bukankah bagus boleh iframe begitu untuk berkongsi maklumat? Jadi kenapa pula perlu anti-iframe?
    Entri terbaru di blog Mohd Shahrul Hafizi — 77 Cuti Temuduga Edisi Cakap Panjang

    • Anarm says

      15/02/2011 at 6:02 AM

      @Mohd Shahrul Hafizi, banyak jugak tu nk explain.. pembaziran bandwidth (bagi self-hosted blog), kecurian content, traffik tipu, macam2 lagi lah.. asalkan faham dengan konsep iframe, semua tu kita boleh faham sendiri kebaikan dan keburukan dia..

      • Mohd Shahrul Hafizi says

        15/02/2011 at 1:45 PM

        @Anarm, Okay. Sekarang sudah faham konsep iframe tu. Hehehe. Terima kasih berkongsi. :biggrin:
        Entri terbaru di blog Mohd Shahrul Hafizi — 77 Cuti Temuduga Edisi Cakap Panjang

  8. Mohd Shahrul Hafizi says

    14/02/2011 at 12:23 AM

    Kurang faham dgn definisi iframe ni. Ada contoh tak? Real examples. :pinch:
    Entri terbaru di blog Mohd Shahrul Hafizi — 77 Cuti Temuduga Edisi Cakap Panjang

    • Anarm says

      14/02/2011 at 2:46 AM

      @Mohd Shahrul Hafizi, contoh penggunaan iframe:

      1. masukkan video youtube ke blog dgn menggunakan code yg diberi.. (code iframe)
      2. Contoh iframe yg ada kat blog ni, di page Quran Explorer.. kandungan page tu bukan aku yg buat.. aku guna iframe utk paparkan kandungan dari website QuranExplorer.com..

  9. cikgufaezah says

    13/02/2011 at 12:39 AM

    erkk..apa benda iframe tu. tak berapa faham la.. :blush:

    • Anarm says

      14/02/2011 at 2:36 AM

      @cikgufaezah, konsep iframe senang je.. contoh penggunaan iframe :

      masukkan video dari youtube ke dlm blog.. code video youtube tu menggunakan iframe.. maksudnya, video yg dimainkan di blog sebenarnya load dari laman youtube..

  10. saiful says

    12/02/2011 at 1:39 AM

    Nak try code anti frame,malas nak memberatkan blog dgn plugin
    thanks 4 sharing,Anarm:biggrin:
    Entri terbaru di blog saiful — Hadiah Harijadi Dari Nuffnang

  11. mommy nana says

    11/02/2011 at 10:11 PM

    ya macih banyak2 adik ku.. keke.. ternanti2 entry ini… baca dok baca la ancaman iframe.. keke tp nk tau gak prevention… kalu mention kat blog ok kot nooo :D
    Entri terbaru di blog mommy nana — Wanita dan Baju

  12. [email protected] says

    11/02/2011 at 4:32 PM

    Wah ,ini sudah bagus da lame cari trick macam ne,almaklumla baru berjinak dengan wordpress ne..
    Entri terbaru di blog [email protected] — What To Expect In CNA Training Classes

  13. Amirez says

    11/02/2011 at 12:51 PM

    macam ni pun ada rupanya. ingatkan sekadar untuk iklan. nak try jugaklah. prevention is better then cure eheh
    Entri terbaru di blog Amirez — Review Hantu Kak Limah Balik Rumah

  14. MokhZam says

    11/02/2011 at 12:37 PM

    nice bro!…aku dah try script ni, thanks for sharing :wink:

    • Anarm says

      11/02/2011 at 6:35 PM

      @MokhZam, camne function die? ok tak? :happy:

  15. aizuddin says

    10/02/2011 at 10:09 PM

    nak try gak lah..install plugin je senang..kalau nak tukar theme papehal dah senang :pouty:
    Entri terbaru di blog aizuddin — Senarai Peserta Contest Facebook Aizuddincom

  16. Anip says

    10/02/2011 at 6:47 PM

    bagus nie, aku nak gune plugin wordpress tu, hehehe. terima kasih kerana berkongsi yer. plugin tu memang berguna sekali. hehehehe
    Entri terbaru di blog Anip — Restoran Moden Di Taiwan Bertemakan Suasana Di Tandas-Sedapnya!

  17. Bean Moreno says

    10/02/2011 at 6:30 PM

    bro anarm saya dah try boleh jalan tapi tak tau function dia berkesan ke tidak…tunggu beberapa hari lagi mungkin nampak kot…
    Entri terbaru di blog Bean Moreno — RINDU PADA 3 SITUASI SEMASA BERBLOG

  18. akubiomed says

    10/02/2011 at 1:37 PM

    Kurang jelas dekat sini. Adakah iframe ini berlaku apabila kita ada buat exchange kod tanpa kita sedari.
    Entri terbaru di blog akubiomed — Tip blog cara kecil saiz gambar dengan Smush it

  19. syahrilhafiz says

    10/02/2011 at 1:30 PM

    pergh! blogger iframe..
    ermm, nak kena cuba gak ni..
    banyak sangat dah pakai plugin. better cuba yang script ni pulak
    thanks abg anarm.auwww.. :w00t:

    p/s 404 tu jgn lupa yer..aku nantikan ni..;D
    Entri terbaru di blog syahrilhafiz — GNOME 3 sedang beraksi

    • Anarm says

      10/02/2011 at 1:43 PM

      @syahrilhafiz, haha.. ok2.. hari cuti ni aku cuba buat yg 404 tu..

  20. cikmin says

    10/02/2011 at 1:01 PM

    bedesup masukkan coding ni…tenkiu incik anarm… :)
    Entri terbaru di blog cikmin — My Favourite Blog Award

  21. mak says

    10/02/2011 at 10:44 AM

    Ooo..mak ni budak baru belajar. Baru tau psl iframe ni. Dah baca sini sana, rasa2 mcm phm issuenya.

    Wlu apapun, mak nak try buat ‘anti iframe’ tu..sediakan payung sebelum hujan

  22. siTokei says

    10/02/2011 at 10:38 AM

    wah baru ku tahu apa e2 iframe..tgk sibuk jer masing2 bincang pasal nie…di twiiter
    Entri terbaru di blog siTokei — gambar-gambar krisis di Mesir

  23. Rahwana says

    10/02/2011 at 10:07 AM

    Pi kat perlisnews blogspot.com gua post entri iframe harian kosmo. kod pun ada untuk blogspot.

  24. Rjuna says

    10/02/2011 at 10:02 AM

    Dulu ada orang offer nak ajar aku teknik ni, dia iframe blog 2-3 (blog 3gp + blog cerita lucah) blog dia dalam 1 blog (copy+paste), akibatnya trafik mencanak siot, siap bangga dia dapat Rm800 sebulan nuffnang dia pakai teknik ni

    Aku cakap trafik dia tak halal, Sekarang tak tau apa kisah blog dia, dah berkubur kot :whistle:

    • Anarm says

      10/02/2011 at 10:28 AM

      @Rjuna, dah macam buat auto blog je.. aku ade gak buat.. tp takde la tarik dr blog2 camtu.. haram tu.. huhu..

  25. Kreuger says

    10/02/2011 at 9:54 AM

    erk… aku cume nak tanye pasal code html tu.. macam mane hang taruk.. rasanya hari tu piratz ade buat tutor pasal code html macam hang buat dalam post kat atas.. tapi aku lupe dah nak buat mcm mane.. pakai plugin ke? tak jumpe dowh nak carik. lol~
    Entri terbaru di blog Kreuger — Suasana dipagi hari Kawasan Perindustrian Sungai Buloh

    • Anarm says

      10/02/2011 at 10:26 AM

      @Kreuger, hamba hanya menggunakan plugin SyntaxHighlighter Evolved yang hamba ambil daripada perkongsian oleh saudara piratz.. :whistle:

  26. Affan says

    10/02/2011 at 9:48 AM

    apa maksud “buka tempat untuk edit theme korang”
    specific sket, style.css ke? takde pulak kat situ
    Entri terbaru di blog Affan — Kelebihan lain SEO dan Salah Faham Mengenai SEO

    • Anarm says

      10/02/2011 at 10:04 AM

      @Affan, ohh.. sori2.. lupa lak nk spesifikkan.. ingatkan semua dah otai bab2 coding theme ni.. huhu.. code </head> yg perlu dicari tu ade di header.php.. so, silakan buka header.php ye.. :tongue:

      • Affan says

        10/02/2011 at 12:21 PM

        @Anarm, sebelum ko reply komen ni kot, aku dah bukak satu2 file. lol!
        akhirnya jumpa.

        camne nak test ye effective ke tak
        Entri terbaru di blog Affan — Kelebihan lain SEO dan Salah Faham Mengenai SEO

        • syahrilhafiz says

          10/02/2011 at 1:31 PM

          @Affan, kau tak baca ke..yang dia cakap sapa banyak blog tu cuba la..ekeke..
          cuba la..kang terbaik. sekarang gak aku godek..
          Entri terbaru di blog syahrilhafiz — GNOME 3 sedang beraksi

  27. aisha says

    10/02/2011 at 9:24 AM

    salam
    sy xpaham lar
    :blush:
    Entri terbaru di blog aisha — rumah

  28. bardboo says

    10/02/2011 at 9:22 AM

    thx ye.. =)

    dh leatk dah, tp x check lagi..hehe
    Entri terbaru di blog bardboo — Kebas-kebas Tangan Masa Mengandung

  29. suffer8zine says

    10/02/2011 at 9:21 AM

    kalau guna kod ni mmg x kn run ke semua infarme2 ni bro?

    Terkini : Fakta Menarik Tentang Tidur
    Entri terbaru di blog suffer8zine — Fakta Menarik Tentang Tidur

    • Anarm says

      10/02/2011 at 9:51 AM

      @suffer8zine, iframe yg mengandungi blog kita je yg akan ikut script ni.. iframe2 lain tetap berfungsi mcm biasa..

      script ni gunanya in case ada blog lain yg buat iframe ke atas blog kita.. blog kita terpapar kt blog org tu.. ade banyak kesan buruk kalau buat camtu.. contohnya macam traffik yg masuk ke blog tu, blog kita pon akan dapat traffik jugak, tp traffik tipu.. takde beri apa2 faedah pn kt kita.. kalau ade blog yg buat camtu, script ni function die akan redirect pelawat blog tu terus masuk ke blog kita.. dan say bye2 kat blog yg guna iframe tu..

      • suffer8zine says

        11/02/2011 at 12:38 AM

        @Anarm,
        hebat juga script block inframe tu, thnx bro,. nice info
        Entri terbaru di blog suffer8zine — Fakta Menarik Tentang Tidur

  30. Jaws says

    10/02/2011 at 8:40 AM

    owh begitu..
    wrapper ngan iFrame, 2 benda berbeza ker?
    Entri terbaru di blog Jaws — Buat Duit Dengan Adfly

    • Anarm says

      10/02/2011 at 9:26 AM

      @Jaws, maksud ko wrapper yg dlm theme blog ke? tu table utk struktur theme.. iframe ni plak lebih kepada umpama sebuah kotak yg kita bleh sumbat blog2 org lain kat dalam tu..

  31. luth textile says

    10/02/2011 at 8:32 AM

    serius aku baru tau. ada jugak iframe kejadah macam ni.. :pinch:
    Entri terbaru di blog luth textile — Demonstrasi di Mesir – Rakyat Malaysia harus belajar sejarah!

  32. Mus says

    10/02/2011 at 8:28 AM

    thanks atas infonya.. aku nak cuba jugak..
    Entri terbaru di blog Mus — Cara-Cara Mengambil Kesempatan Pasti Untung!!

  33. katak says

    10/02/2011 at 8:25 AM

    oooooOoOOOooOoOoooooOooOOoooOoooooo… tapi orang nak amik apaapa dalam blog aku, ada aku kesah…

    seronoknya dapat duit… tapi dok rumah je… tak best ah.. nak pergi krabi island… boleh hulahula…
    Entri terbaru di blog katak — Trachypithecus cristatus

    • Anarm says

      10/02/2011 at 9:23 AM

      @katak, dok rumah la best.. dapat simpan duit, jimat.. bosan2 bleh tido.. huhuu

  34. Bro Framestone says

    10/02/2011 at 8:24 AM

    peh mantap tue

    bro malas nk iframe2 nie.. leh tulis x pasal nie kat blog ohpakar.com

    if sudi roger bro ek…

    p/s- tang mana kes yang buat duit tue ek

    lagi satu.. jangan buat i”frame”stone ek… bro je framestone… xde dah yang lain
    Entri terbaru di blog Bro Framestone — Ada Sesuatu Yang Membuat Hati Bro Tidak Tenang Pagi Ini

    • Anarm says

      10/02/2011 at 9:21 AM

      @Bro Framestone, camne tu nk tulis kt ohpakar? bg akses ke? atau just submit artikel ni kat bro?

      kes yang buat duit tu ade tulis kt blog dauspozi.. sebenarnya tak berape paham jugak bab buat duit iframe tu.. tapi tak kisah la.. asalkan dia tak usik telur kita dah ler.. haha..

      • Zaiman Noris says

        10/02/2011 at 9:47 AM

        @Anarm, buat duit guna iframe tu, contoh nya link churp2 yang sepatutnya kita pass kat orang suruh click, *censored*.

        ada paham? so jangan buat.

        p/s: ade baiknya ko delete balik komen ni. kang terbagi idea kat orang pulak.

        • syahrilhafiz says

          10/02/2011 at 1:34 PM

          @Zaiman Noris, ooo ini kerjanya selama ni :w00t:
          aku punya tak buat pun..main youthsay dah stop..
          Entri terbaru di blog syahrilhafiz — GNOME 3 sedang beraksi

  35. yahaya says

    10/02/2011 at 8:17 AM

    maklmat yg bagus,terima kasih

  36. yanmie says

    10/02/2011 at 7:46 AM

    Wah ok baik, laju2 gi masukkan coding nie :)

    • Anarm says

      10/02/2011 at 9:18 AM

      @yanmie, jgn laju2 sangat.. kang kene speed trap.. keh3..

  37. Feez Mior says

    10/02/2011 at 7:45 AM

    Trimasss, kejap lagi juge aku edit.. ngee..

    Act tak berapa nak faham sgt.. tapi boleh laa faham utk yg asas tu..
    Entri terbaru di blog Feez Mior — Solat Sunat Tahajjud

    • Anarm says

      10/02/2011 at 9:15 AM

      @Feez Mior, tang mane yang tak berape nak paham tu? ce citer.. ce citer..

      • Feez Mior says

        11/02/2011 at 12:17 PM

        @Anarm,

        ntah, mgkn sbb aku dah lama ilang,then bile aktif blogging balik, otak tepu sudah.

        so, skrg tgh fahamkan sikit laa..

        mcmana boleh timbul issue iframe ni? setahu aku, coding iframe ni digunakan masa nak letak facebook fan page dkt blog jer..hehe..
        Entri terbaru di blog Feez Mior — Solat Sunat Tahajjud

  38. penyubiru says

    10/02/2011 at 7:34 AM

    nice sharing. dpt ilmu berguna di pagi hari ni. thanks. :cheerful:
    Entri terbaru di blog penyubiru — Kamus Binatang Bergambar

    • Anarm says

      10/02/2011 at 9:14 AM

      @penyubiru, terima kasih.. sama2.. :happy:

  39. Kujie says

    10/02/2011 at 7:29 AM

    eh lupa…nk guna skrip ke nak guna plugin ye?

    skriplah kot labih baik, kan… nak test gak
    Entri terbaru di blog Kujie — Pili Bomba Dari Angkasa

    • Anarm says

      10/02/2011 at 9:12 AM

      @Kujie, biasanya, kalau sesuatu function tu die sediakan script dan juga plugin, better elakkan guna plugin.. pkai je script.. lagi pun plugin sedikit sebanyak boleh memberatkan blog.. kecuali kalau takde pilihan, baru la boleh pilih plugin (terpaksa)..

  40. Kujie says

    10/02/2011 at 7:27 AM

    bile bab duit je dah keluar ayat gedik wwww itewww…haha

    jangan lupa = mekdi rawang :biggrin:
    Entri terbaru di blog Kujie — Pili Bomba Dari Angkasa

    • Anarm says

      10/02/2011 at 9:07 AM

      @Kujie, biaseww.. bukan senang nk dapat duwet online kan.. mesti la gedik2 sukewwww.. haha..

  41. Piston Pecah says

    10/02/2011 at 7:06 AM

    sekarang jugak aku buat…
    Entri terbaru di blog Piston Pecah — Seorang lagi sudah pergi- tanpa rasa puas dalam hati

    • Anarm says

      10/02/2011 at 7:08 AM

      @Piston Pecah, orait.. ko bleh jadi org pertama test script ni kt blogspot.. kalau berjaya, tolong inform kat sini.. nanti aku update kt entri ni beserta credit terima kasih.. :happy:

Trackbacks

  1. Tweets that mention Jadikan blog anda Anti-iFrame | Anarm.Net -- Topsy.com says:
    10/02/2011 at 7:26 AM

    […] This post was mentioned on Twitter by Bro Framestone and Anarm. Anarm said: RT @anarmnet Jadikan blog anda Anti-iFrame | Anarm.Net http://bit.ly/i7usod […]

Penulis

Entri Terkini

  • USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak
  • Selamat Tahun Baru 2019
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Pelawat Paling Mesra

  • Ani Haryani

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GB Webhosting · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥