Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 12/02/2019
You are here: Home » Google » Google Engineer, David Barksdale dipecat

Google Engineer, David Barksdale dipecat

16/09/2010 Anarm

  Tweet        
David Barksdale Google Engineer dipecat
  David Barksdale (photo: Gawker)

Google Senior Vice President of Engineering, Bill Coughran menyatakan bahawa mereka telah memecat seorang daripada juruteranya kerana melanggar dasar privasi yang telah ditetapkan oleh syarikat raksasa tersebut.

David Barksdale, bekas jurutera Google berusia 27 tahun berulang kali menggunakan kedudukannya sebagai anggota kumpulan elit teknikal di syarikat itu dengan mengakses akaun Gmail dan Google Voice yang dimiliki oleh empat remaja tanpa persetujuan mereka sepanjang tempoh dia bekerja di situ. Barksdale dikatakan berkenalan dengan remaja tersebut melalui kumpulan teknologi di wilayah Seattle ketika bekerja sebagai ‘Site Reliability Engineer’ di pejabat Google di Kirkland, Washington.

Google tidak memberikan sebarang butiran lanjut tentang pelanggaran dasar oleh Barksdale itu tetapi laman web Gawker.com menyatakan bahawa Barksdale telah menyadap panggilan masuk dari Google Voice (perkhidmatan telefon Internet Google) setelah kenalannya itu yang merupakan remaja lelaki berusia 15 tahun menolak untuk memberitahu nama teman wanita barunya. Setelah mengakses akaun remaja itu untuk mengambil nama dan nombor telefon teman wanitanya, Barksdale kemudian mengejek remaja lelaki tersebut dan mengancam untuk menelefon teman wanita barunya itu. Insiden itu menyebabkan ibu bapa remaja terbabit melaporkan kepada pihak Google dan Barksdale dipecat pada bulan Julai 2010 dan hanya diketahui umum pada bulan ini.

Google Engineer, David Barksdale dipecat

Dalam insiden lain, Barksdale telah membuang sekatan ke atas dirinya daripada senarai rakan Gtalk walaupun remaja terbabit telah memutuskan komunikasi dengan jurutera Google itu.

Kes yang berlaku ini cukup membuatkan pihak Google berasa kesal kerana hal itu membuktikan bahawa dengan mudah setiap orang dapat mengakses dan menyalahgunakan informasi yang disimpan secara online. Ini merupakan insiden yang kedua di mana jurutera Google dipecat kerana melanggar dasar privasi yang telah ditetapkan.

“Kami mengeluarkan David Barksdale karana telah melanggar dasar privasi dalaman yang dimiliki oleh Google. Kami dengan berhati-hati akan mengawal jumlah pekerja yang memiliki akses ke dalam sistem, dan secara rutin akan meningkatkan sistem privasi yang kami miliki seperti meningkatkan jumlah masa kami untuk melakukan audit bagi memastikan kawalan yang berkesan dan efektif.” – Bill Coughran, Senior Vice President, Engineering, Google

 

Pejabat Google, Kirkland, Washington

  Pejabat Google di Kirkland, Washington (photo: Gawker)

 

Rugi betol! Dah kerja tempat best tapi buat perangai pulak. Kalau aku dapat kerja kat Google, memang aku kerja betul-betul. Gaji dah tentu tahap boleh shopping spender banyak-banyak takyah tengok tanda harga. Main beli je ikut suka.. Apa nak heran.. duit bercambah.. keh keh keh..

Bekerja la dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab. Jangan selalu sangat mengular kat tempat kerja. Bekerjasama la dengan pekerja-pekerja lain kat ofis korang tu (bukan berkumpul dok mengumpat). Hormat boss korang ye. Jangan amalkan cakap-cakap belakang tentang boss korang macam aku buat. Kalau rasa berani sikit, sound la boss korang mintak naik gaji. Heheh..

Artikel Lain Yang Menarik

  • Terbuka Zip di Google
  • Google tampil dengan favicon baru
  • 12 Pautan Google Sitelinks
  • Bagaimana Anarm.Net dapat Google Sitelinks
  • Google PageRank Anarm.Net Jun 2011
  Tweet        

Kategori : Google, Informasi, Internet Keyword : akaun email percuma daripada google, beli laptop mahal, buat kerja baik-baik, chatting menggunakan google talk, dasar privasi, David Barksdale dipecat, duit raya beli spender, gmail.com, google engineer get fired, google pagerank aku tak naik naik apsal, google voice, hacking the user account, jangan mengular time kerja, kerja gaji lumayan, kerja jangan main-main, kes kedua dalam syarikat google, nombor telefon awek, pejabat google di washington, pekerjaan paling best, polisi google, remaja 15 tahun, sistem keselamatan google, Site Reliability Engineer, teknologi internet masa kini

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Salam Aidilfitri daripada Anarm.Net
Next article:
Dapat duit daripada Nuffnang dan ChurpChurp

53 Comments

  1. Ali ridha says

    15/12/2010 at 3:26 PM

    hentikan kerja gila mengakses
    akaun orang lain.
    Entri terbaru di blog Ali ridha — Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan

  2. Sophon says

    13/11/2010 at 8:11 AM

    Mamat ni, aku teliti dari raut muka antara dua je. Terlalu bijak atau terlalu lembap. Tapi rupanya terlalu bijak.

  3. Affan says

    05/11/2010 at 4:28 AM

    ahhaaha. bengong. tempat keje punyalah best. engineer google kot tu. bukan senang.
    Entri terbaru di blog Affan — Akibat putus cinta- facebook kena hack

  4. Baloot says

    01/11/2010 at 2:13 AM

    Yang paling best baca entri pasal Google ni sebab nak ushar dalaman office diorang. Hehe.. Hal berkaitan engineer tu tak amik port sgt. Tapi bapak kurus giler engineer ni, mamat2 yg terer pc semuanya aku tengok kurus2 jek.. lol
    Entri terbaru di blog Baloot — Belajar Adobe Photoshop – Tutorial Menghasilkan Efek Pada Gambar

    • Affan says

      05/11/2010 at 4:29 AM

      @Baloot, mana taknya bro, duduk depan komputer je memanjang, makan virus je lah. ekeke
      Entri terbaru di blog Affan — Akibat putus cinta- facebook kena hack

  5. aizuddin says

    26/10/2010 at 10:20 PM

    lepas ni mesti dia apply kat yahoo pulak..tak pun bing :whistle:
    Entri terbaru di blog aizuddin — Ebook Jana Wang Adsense V25 Dan Voucher Google Adwords

  6. Bro Framestone says

    19/10/2010 at 6:22 PM

    27 tahun dh ade perkerjaan yang best cam nie… klu la bro dptkan. peh

  7. Lee says

    03/10/2010 at 8:16 PM

    adoi rugi tuh…tpi adat la manusia. bile dh ade power, gitu la jadinye..
    Entri terbaru di blog Lee — Terima Kasih Semua!!

  8. landax says

    30/09/2010 at 9:38 PM

    peeeerrggghh!!rugi la~~x pe2.meh aku apply plak :whistle:

  9. apiih says

    30/09/2010 at 2:47 PM

    pdn muke die…ahaha…nnti biar aku jelah kije kt google..kah3 :biggrin:
    Entri terbaru di blog apiih — Fesyen Kucing

  10. Hyprobulksms says

    29/09/2010 at 8:57 PM

    Memang sepatutnya dipecat kerana tidak beretika. :ermm:
    Entri terbaru di blog Hyprobulksms — Upline lari- penipuan dan program hyprobulksms

  11. dedoku says

    28/09/2010 at 11:33 AM

    konsep pecah amanah la ni. Jgn la diamalkan kalo da kantoi cmni la jadinya. pe pekdah ceroboh privasi orang sal nak ejek..ha3..mamat ni tekanan sgt ke keje kat google tu? :lol:
    Entri terbaru di blog dedoku — Digi iPhone 4 Real – Saya mesti mahu!

  12. aktechpage.com says

    28/09/2010 at 9:07 AM

    Bekerja la dgn penuh etika & ikhlas dimana jua kita bekerja…
    Entri terbaru di blog aktechpage.com — Masalah Keretapi Lagi Teruk di Jepun daripada KTM Komuter Malaysia

  13. zik says

    26/09/2010 at 1:46 AM

    kiranya jawatan tuh kosong la…hurm try apply ..hehe :wub: :wub:

  14. Sumijelly says

    24/09/2010 at 4:00 PM

    cuba try apply… mana thau ada kekosongan…
    leh gak tumpang gembira..
    sbb leh ckp kat org luar
    “kawan sumi kerja kat google tau”
    hehehehe………

  15. wazy says

    23/09/2010 at 10:34 PM

    Hmm keje dah best tu
    sekali tak amanah pulak
    Entri terbaru di blog wazy — PC Booster 70

  16. din says

    22/09/2010 at 9:30 PM

    adeh trsae plak berkumpul kt blkg2 ni.. :biggrin:
    Entri terbaru di blog din — Jiwa kacau

  17. Ali ridha says

    21/09/2010 at 3:47 PM

    :angry: sewel ke mamat Barksdale ni.dpt kerja tmpat gempak giler.
    siap boleh jadi power rangers.boleh plak buat hal.
    Entri terbaru di blog Ali ridha — Main WIFI Restoran Permai Baru

  18. Kujie says

    21/09/2010 at 8:48 AM

    Itu kes yg dilapur dan dikesan

    mcm mana kalau akaun kita diakses diam2

    kita pun tak sedar?

    bukan kita lah..contoh org besar2..pemimpin negara ke
    Entri terbaru di blog Kujie — Amaran Malware dari Innity

  19. Lolo says

    20/09/2010 at 6:46 PM

    :blink: ahahhaha sbb tu la kene tapis org masuk keje. bukan sbrg org. attitude first b4 skill.
    Entri terbaru di blog Lolo — Aku jadi ‘suami’ sekejap

  20. samanosuke_04 says

    20/09/2010 at 4:23 AM

    hehe, kufur nikmat betollaaa mamat tue.. kikiki.. cantek siall pejabat google, teringin nak pegi satu hari nanti.. hohoho… btw, selamat hari raya, maaf zahir batin.. :D

  21. ProfHariz says

    20/09/2010 at 1:53 AM

    Bila dh dpt kerja x pndai manfaat.. uhuk..
    Pengajaran nie…
    Entri terbaru di blog ProfHariz — Mula Membuncit Diriku Terasa Ayu

  22. wanmus says

    20/09/2010 at 1:21 AM

    perghh sgt rugi tu..mesti menyesal tak ingat lah dia pasni
    Entri terbaru di blog wanmus — Dapat RM 1K Dari Churpchurp

  23. AyieBlog says

    19/09/2010 at 8:50 PM

    Salam,wa best betul kerja dah mantop tapi tak amanah bahaya betul… hehehe :).

  24. fitri says

    19/09/2010 at 9:42 AM

    lempang laju2 kang baru tau…xde keje btol die ni..ade ke g tgk personal data org…kan da kene pecat…
    Entri terbaru di blog fitri — aku dah ada burungyeay!

  25. azizan4444 says

    19/09/2010 at 5:21 AM

    kalau kerja dgn bank mau abes duit dikebasnya..haha..dgn google pon main2 lg..isk..
    Entri terbaru di blog azizan4444 — Saya Yang Perasan

  26. Nizam6281 says

    18/09/2010 at 12:27 AM

    Beli spender tak yah tengok harga ye anarm hehe

    • Anarm says

      18/09/2010 at 6:22 PM

      @Nizam6281, yela.. hahahaha.. skrg ni nk beli bende sume tengok harga dulu.. kalo kaya memang tak tengok harga dah.. terus borong byk2.. :lol:

  27. Fitrihadi.com says

    17/09/2010 at 2:07 AM

    bapak aih…rugi je kena buang sebab kita semua tau pejabat google memang best siot..santai je cam pejabat twiter dan nuffnang hehe
    Entri terbaru di blog Fitrihadi.com — Takkan Ada Cinta Sejati Selagi Manusia Tak Berpuas Hati Dengan Apa Yang Dia Ada…

    • Anarm says

      18/09/2010 at 6:20 PM

      @Fitrihadi.com, suasana camtu la yg sume org nak.. rilek je sambil wat keje..

  28. amry says

    16/09/2010 at 11:06 PM

    rugi rugi rugi….. dah la kena pecat….buat keje bodoh pulak tu…acces akaun orang semata2 nak amik no phone…adus…kebodosan yang teramat sangat tu….kalau access dapat duit berjuta boleh la accept..berbaloi la jugak…adohaiiii….hehehe

  29. orendevil89 says

    16/09/2010 at 10:01 PM

    hampeh tol~ kalo dh kena pecat konfirm xde org nk amek, melainkan kalo da org tu upah dia srh sabotaj. haha

  30. hellioz says

    16/09/2010 at 9:43 PM

    gler kewl mamat neyh
    gyahahahahahah~
    Entri terbaru di blog hellioz — 10 Art Of Staying Single

  31. Azizwan says

    16/09/2010 at 9:23 PM

    ayat last tu yg tak tahan tu. huhu..

    dah bagus2 kerja kat google.. dia buat hal la pulak.. kan dah kena pecat.. padan muka. heheee..

    • Anarm says

      16/09/2010 at 11:42 PM

      @Azizwan, ayat last tu tak termasuk dlm berita.. :tongue:

  32. AMR says

    16/09/2010 at 3:44 PM

    em.. dah dapat keja senang tak nak keja betul2… ape da…

    • Anarm says

      16/09/2010 at 7:22 PM

      @AMR, org kalo dah ada pangkat dan kuasa, memang senang je bleh lupa diri..

  33. Jaws says

    16/09/2010 at 3:44 PM

    wa…
    menarik citer ni..
    hahahaa..
    ade gak kes camni..
    tapi baguslaa google..
    diorang bertindak cepat..

    • Anarm says

      16/09/2010 at 7:21 PM

      @Jaws, aku ingat nk share kt tumblr je.. ntah camne terupdate kat sini plak.. hahahaha..

  34. Luth Textile says

    16/09/2010 at 2:53 PM

    bila nafsu menguasai diri keh keh keh.. haha

    • Anarm says

      16/09/2010 at 7:20 PM

      @Luth Textile, bila nafsu dah menguasai diri, macam2 bleh jadi.. tapi kalo tengok pada kes yang berlaku ni, aku rasa macam bodoh giler je.. tak reti menggunakan nafsu kot.. keh3

  35. sunglasses says

    16/09/2010 at 1:48 PM

    adusss ruginya
    klau aku diberi peluang kerja dengan google memang abis bersyukur la
    kerja dengan sebaik mungkin…

    • Anarm says

      16/09/2010 at 7:19 PM

      @sunglasses, ha ah.. syukur sgt2 la kalo dapat kerja kat syarikat terkemuka dunia tu.. bukan calang2 org boleh keje kt situ..

  36. denaihati says

    16/09/2010 at 1:33 PM

    Berita panas ni dah tersebar di twitter semalam.

    • Anarm says

      16/09/2010 at 7:18 PM

      @denaihati, ha ah.. semalam tersebar berita ni.. tak sangka ada gak pekerja yang jenis ‘takde keje’ macam ni.. huhu

  37. saya_aRief says

    16/09/2010 at 1:07 PM

    ntah ar..da dapat ngn google, keje la elok2..ish2..

    • Anarm says

      16/09/2010 at 1:37 PM

      @saya_aRief, die bosan kot.. sbb tu sempat main chatting, sempat hacking, sempat ceroboh akaun org.. :devil:

  38. Fazreen says

    16/09/2010 at 12:56 PM

    manusia ni mana penah cukup..dah ada kuasa tak reti gunakan..tak tau jaga amanah..rugi doo kena pecat dari google

    • Anarm says

      16/09/2010 at 1:36 PM

      @Fazreen, tau xpe.. sgt2 rugi.. nama jadi buruk plak tu.. huhu

      • haru says

        01/10/2010 at 12:12 PM

        @Anarm, tp kalu die mmg betol2 hebat xyah kije ngan google pn xpe..wat freelance jer..ntah2 blh tubuh company beat google tu nnti..hoho..

        sbb aku tgk die cm hebat gak ..muke pn cam albert einstein

  39. zool says

    16/09/2010 at 12:29 PM

    Susah nak cakap tu.. dah ada kuasa tu yg rambang mata… salahguna kuasa..
    Entri terbaru di blog zool — Selamat Hari Malaysia

    • Anarm says

      16/09/2010 at 12:41 PM

      @zool, dah takde keje sgt kot siap bleh main chatting lagi tu.. hehe

      • jawatan kosong says

        17/09/2010 at 10:22 PM

        @Anarm, walah.. rugi betul tu.. sudah kerja baik2x di company giant macam tu ehh ..

Penulis

Entri Terkini

  • USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak
  • Selamat Tahun Baru 2019
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Pelawat Paling Mesra

  • Ani Haryani

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GB Webhosting · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥