Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 21 April 2018
You are here: Home » Blogging » Genesis Framework Pilihan Theme Untuk Blog

Genesis Framework Pilihan Theme Untuk Blog

14 February 2014 Khairul Anam

Tweet

Blog Anarm.Net akhirnya dapat juga tukar wajah baru setelah sekian lama asyik dengan design theme yang sama je. Bila tengok banyak blog rakan blogger dah tukar theme baru sejak awal tahun 2014 ni, aku pun jadi rasa nak tukar theme baru jugak.

Sekarang ni theme blog Anarm.Net menggunakan child theme yang dikuasakan oleh Genesis Framework. Ramai beritahu theme Genesis ni bagus dan menjadikan blog lebih mesra SEO. Kalau tak, takde la menjadi pilihan ramai blogger bila masing-masing dah pun bertukar ke Genesis. Macam trend pulak semua nak pakai Genesis.

Blog Anarm.Net menggunakan Genesis Framework

Walaupun Genesis Framework ni berbayar dan agak mahal harganya, tapi ada rakan blogger yang sanggup keluarkan modal untuk dapatkan theme blog yang mesra SEO.

Ada juga blogger-blogger yang pandai cari jalan untuk dapatkan theme Genesis dengan modal yang kecil. Mereka beli secara berjemaah atau berkongsi duit dengan blogger-blogger lain yang berminat. Dengan cara tu setiap blogger cuma perlu keluar duit sikit je. Memang bijak.

Pemilihan Theme Genesis Untuk Blog

Genesis Framework ada banyak child theme yang dah disediakan untuk blogger. Kalau tak silap aku ada 44 theme semuanya. Cantik-cantik. Itu belum termasuk child theme Genesis yang dibina dan dikongsikan oleh blogger atau pengguna Genesis yang lain. Pening kepala jugak nak pilih theme yang sesuai dan berkenan di hati.

Bila dah dapat theme yang kita suka, hanya perlu pasang child theme tu ke dalam blog WordPress bersama dengan Genesis Framework, kemudian aktifkan child theme untuk ubah paparan blog. Lepas tu dan boleh sambung kerja blogging seperti biasa.

Genesis Framework PHP code

Contoh kod yang digunakan untuk theme Genesis

Seronok bila dah faham macam mana Genesis Framework berfungsi. Hasil pembelajaran dengan Sifu Eizil, sekarang ni aku dah boleh edit sikit-sikit theme Genesis ikut kemahuan. Walaupun mula-mula tu rasa macam pening bermain dengan kod Genesis, bila dah faham rupanya senang je.

Tapi masih belum sampai tahap mampu bina theme daripada zero. Kena banyak belajar dan berlatih lagi. Semoga dengan penukaran theme baru ni yang menggunakan Genesis Framework, blog ni akan mampu jadi lebih mantap.

“Tahun 2014 adalah tahun untuk melaksanakan apa yang belajar di Akademi Denaihati. Mempraktikkan apa yang cikgu ajar. Dari apa itu SEO sehingga pengawalan keselamatan WordPress. Banyak lagi yang akan dilakukan bagi menjana pendapatan dari blog.” – Shakiddo.com

Aku amat mengalu-alukan komen atau pendapat daripada kawan-kawan bagi theme baru blog ini. Kalau ada sebarang idea bernas dan menarik mungkin boleh kongsikan untuk aku perbaiki kelemahan yang ada.

Terima kasih.

Artikel Lain Yang Menarik

  • Genesis Framework Blog Lebih Mesra SEO
  • Tukar Theme Blog Kesan Pada Pelawat dan SEO
  • 6 Tips Blogging Untuk Tambah Trafik Blog
  • Edit theme WordPress di localhost
  • Tawaran Untuk Beli Blog
Tweet

Kategori : Blogging Keyword : child theme genesis, genesis framework, harga genesis framework, pilih tema blog, theme blog mesra seo, theme genesis untuk blogger, tips beli theme berbayar

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Yeo’s Pilihanku Setiap Hari
Next article:
Seluar Pelikat dari HEYdotMY

53 Comments

  1. AZENI AHMAD says

    7 January 2015 at 1:23 PM

    Blog saya pun menggunakan theme Genesis juga.
    Atas saranan sifu Eizil juga.
    Hehehe.
    Dah nampak kesannya sikit walaupun baru 2bulan lebih buat.

  2. mohd rawi says

    2 January 2015 at 5:11 AM

    thanks for the sharing… saya memang dah lama guna theme ni.. mesra mobile dan juga mesra seo..

  3. hafiz says

    18 February 2014 at 7:50 PM

    Saya dah guna theme ni..memang hebatlah

  4. shraqs says

    18 February 2014 at 11:03 AM

    Welcome to the club bro.

    Kalau bro nak refer basic tut utk mod boleh rujuk link : http://my.studiopress.com/tutorials/
    then kalau nak lebih bagus lagi, login ke community diorang (members only) : http://my.studiopress.com/tutorials/community/

  5. rich says

    16 February 2014 at 4:42 PM

    Nak jugak try theme berbayar ni,berapa harganya tu?

  6. azlanvai says

    16 February 2014 at 3:22 PM

    Hello geng.. hehe.. godek la lahi pastu kongsi ya

  7. Syahril Hafiz says

    16 February 2014 at 11:46 AM

    Satu je aku nak cakap Genesis blog bro ni. WOW!
    Kemas dan menarik. sedap aku nak membaca. LIKE gila dengan width header tu. tengok la kalau rajin, nak buat jugak. kalau ye .. kalau :P

  8. papa mifz says

    15 February 2014 at 8:28 PM

    den nih tak pandai menilai sangat , tapi den tengok dah segak dah theme baru nih…=)

  9. Rina says

    15 February 2014 at 7:49 PM

    Saya suka semua child theme dari genesis tapi sayangnnya harga premium theme ini lumayan juga ya…

  10. kakiblog says

    15 February 2014 at 1:17 AM

    sejujurnya theme ini memang terbaik namun susunan perenggan masih belum kemas lagi..apa-apapun ia adalah pandangan mata saya sahaja!

    • Anarm says

      15 February 2014 at 4:37 PM

      Susunan perenggan masih belum kemas, macam mana tu? Boleh explain sikit tak? Memang sangat perlukan pendapat ikhlas daripada kawan2.. Mana tahu boleh diperbaiki lagi..

  11. Hafiszan Kamarudin says

    14 February 2014 at 11:04 PM

    Assalamualaikum, wah menarik theme dari genesis. Namapk ringkas tetapi hebat

  12. reezluv says

    14 February 2014 at 9:39 PM

    semart baq hang…hoho..buat custom child le?hehe

    • Anarm says

      15 February 2014 at 4:34 PM

      Child theme ni edit sikit2 je dari theme asal.. Tak reti nak godek lebih2..

  13. Kujie says

    14 February 2014 at 9:27 PM

    samalah kita…. selesa dah guna theme Genesis

    • Anarm says

      15 February 2014 at 4:33 PM

      Ha’ah.. Memang best guna Genesis..

  14. akubiomed says

    14 February 2014 at 8:54 PM

    Child theme untuk Genesis banyak. Rambang mata untuk dipilih.

    • Anarm says

      15 February 2014 at 4:32 PM

      Betul tu.. Banyak sangat sampai nak pilih pun tak tahu mana satu yang sesuai..

  15. hafizmd says

    14 February 2014 at 8:45 PM

    Meme powerlah boh anarm!

    Loading 4.7 saat. tak sampai 3 kali kelip mata…tadaaaa…

    nicelah bro! moga makin sukses!

    • Anarm says

      15 February 2014 at 4:31 PM

      Perghh.. Siap check loading time ke? Aku tak check lagi lepas tukar theme ni..

      • hafizmd says

        15 February 2014 at 11:28 PM

        takyah check dah…ambe dah try..mmg laju..hehehe

  16. Sumijelly says

    14 February 2014 at 8:22 PM

    Emmm…kak sumi pun x tukar2 theme…x tau macam.mana nak tukar..dah lupa… nak edit code mungkin ambik masa..waaa

    tgh cr themefyang sesuai x tau la dpt ker tidak nanti..hihuhuh

  17. Farisya Anastasyia says

    14 February 2014 at 8:16 PM

    wah..hebat la genesis kan abg anarm? :D

  18. Fadhil says

    14 February 2014 at 7:02 PM

    Kemas dan laju. cayalah Anarm!

  19. Affan says

    14 February 2014 at 6:30 PM

    Kalau tak silap aku ada 44 theme semuanya.

    Kurang tepat. Child theme yg dihasilkan StudioPress shj dah nak dekat 100. Kalau tak silap, company yang hasilkan child theme utk Genesis ada lebih kurang 5 yg aktif, tak dicampur lagi indipendent dev yg dah release 2 – 3 themes.

    In total approximately 200 child themes atau lebih.

    • Anarm says

      15 February 2014 at 4:30 PM

      Owhh.. Dah banyak rupanya.. Baru tauuu.. TQ sebab bagitau..

    • hafizmd says

      15 February 2014 at 11:29 PM

      pergh…byk tu sampai 200+ child themes…..terliur ambe…hahaa

  20. Akuro San says

    14 February 2014 at 6:22 PM

    wah~ smart habis dah nih… best..best…

  21. iAwani says

    14 February 2014 at 6:20 PM

    simple dan pantas sekali tatkala di buka. Tahniah buat Anarm kerana bertukar ke Genesis Framework. Sekitar tahun 2010-2011, Thesis Framework yang faymes. Sekarang ni dah zaman Genesis.

    • Anarm says

      15 February 2014 at 2:15 PM

      Betul tu.. Sebelum ni Thesis Framework banyak diperkatakan oleh ramai blogger.. Sekarang ni ramai dah beralih ke Genesis pulak..

  22. Azri Johan says

    14 February 2014 at 5:59 PM

    cun dan simple… ok dah ni :D

  23. hatiputera says

    14 February 2014 at 5:57 PM

    Makin ramai pakai genesis sekarang. Tahniah tuan anarm

  24. zie fauzi says

    14 February 2014 at 5:42 PM

    comel dan kemas…. teringinnya nak pakai bila ramai yg dah bertukar….

  25. onlajer says

    14 February 2014 at 5:23 PM

    haha lawa theme ini

  26. Paly says

    14 February 2014 at 5:20 PM

    simple dan kemas tuuu

  27. zuls says

    14 February 2014 at 5:16 PM

    kemas jer.. SEO camne? ada perubahan ke?

    • Anarm says

      15 February 2014 at 10:45 AM

      SEO tak check lagi.. Biarkan dalam seminggu dua dulu kot.. Lepas tu baru check tengok ada apa2 perubahan tak..

  28. Firdaus Azizi says

    14 February 2014 at 5:12 PM

    Wah… Manyak cantik ooo… Sweet & simple gitu :D

  29. Mohd Shubhi says

    14 February 2014 at 5:11 PM

    Nampak cantik dan mantap sangat dengan theme genesis ni bro…

  30. Farid Laham says

    14 February 2014 at 5:10 PM

    wah cantik theme..ni yang ditunggu hehe..kita geng genesis

    • Anarm says

      15 February 2014 at 10:43 AM

      Yeahh.. Hello geng Genesis.. Haha..

  31. NotaKembara says

    14 February 2014 at 5:08 PM

    Memang lawa! Mantap!

  32. ejam says

    14 February 2014 at 5:00 PM

    cantik dah, masih lagi ada iras-iras theme yang sebelum ini.
    satu cadangan aku ialah pindahkan iklan nn kat sidebar tu ke bawah sekali, iklannya takde pun asyik promosi churp2 dia jer…nak pula panjang ke bawah.
    disebabkan iklan tu info penulis yang kacak lagi hensem tu dah turun ke bawah…rugi2 nanti awek2 lari :)

    • Anarm says

      15 February 2014 at 10:13 AM

      Memang kalau boleh nak kekalkan macam theme yang sebelum ni..

      Tentang cadangan tu, akan dipertimbangkan.. Lagipun tengah fikir2 lagi sama ada nak buang terus NN tu ataupun tak.. Dah tak banyak iklan sekarang ni.. Earning pun dah susah nak naik..

  33. paeh says

    14 February 2014 at 4:59 PM

    Lawa!

  34. Bahrain says

    14 February 2014 at 4:57 PM

    smart dan simple. ;)

  35. KiD says

    14 February 2014 at 4:56 PM

    memang mantap lah anarm… semoga terus sukses!!!

  36. Hafiz Rahim says

    14 February 2014 at 4:55 PM

    Bijok lah dah masuk genesis..makin berdesup la nanti. Hehe

  37. eXplorasa says

    14 February 2014 at 4:54 PM

    wah.. mantap abam anarm.. nak explore jap…

  38. Eizil says

    14 February 2014 at 4:54 PM

    peeewwwiittt… cun2… mantap bro anarm kita… best2

  39. sohoque says

    14 February 2014 at 4:53 PM

    perrggghhh.. slmt maju jaya dgn theme baru.. mantop

    • Anarm says

      15 February 2014 at 10:09 AM

      Terima kasih.. Terima kasih..

  40. KiD says

    14 February 2014 at 4:52 PM

    1st!!

Penulis

Entri Terkini

  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 20GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu
  • Daftar Portal Online MyASNB
  • Pengelap Cermin Kereta (Wiper) Jenis Getah Biasa atau Silikon, Mana Lebih Bagus?

Pelawat Paling Mesra

  • Be the first to comment.

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2018 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GempakBox · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥