Fenomena Azan Di Dunia

Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam sebagai tanda masuknya waktu solat fardhu dan menyeru seluruh umat Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya.

Azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar r.a.

Pada mulanya, ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu tiada orang yang menyeru iaitu melaungkan azan untuk menunaikannya.

Azan sebagai syiar Islam

Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid mengerjakan solat secara berjemaah.

Dalam mesyuarat tersebut, terdapat beberapa cadangan. Antara cadangan-cadangan tersebut:

  1. Mengibarkan bendera sebagai tanda masuknya waktu solat.
  2. Meniup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh penganut agama Yahudi.
  3. Membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani.
  4. Menyalakan api di atas bukit.

Umat Islam solat berjemaahNabi Muhammad SAW menolak kesemua cadangan yang diberikan. Kemudian, Umar al-Khattab mencadangkan agar diteriakkan ucapan “Telah masuk waktu solat“.

Cadangan beliau ini telah diterima oleh Nabi Muhammad SAW tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “Assolatu jami’ah” yang bererti “Marilah solat berjemaah“.

Kisah Bermulanya Azan Dari Sebuah Mimpi Sahabat Nabi Muhammad SAW

Pada suatu malam, Abdullah bin Zaid telah bermimpi tentang seorang lelaki yang datang kepadanya dengan membawa loceng. Abdullah memohon agar loceng itu dijual kepadanya.

Pembawa loceng bertanya,
Untuk apakah tuan gunakan loceng ini?“.

Abdullah menjawab,
Kami akan bunyikan loceng ini untuk memberitahu orang ramai bahawa telah masuknya waktu solat“.

Apabila mendengar jawapan tersebut, pembawa loceng itu berkata,
Mahukah tuan jika saya tunjukkan cara yang lebih baik untuk memberitahu masuknya waktu solat?“.

Abdullah menjawab,
Itu baik sekali“.

Lalu pembawa loceng itu berkata,
Kumandangkanlah Allahu Akbar dan lafaz-lafaz azan yang seterusnya“.

Pada keesokan harinya, Abdullah bin Zaid menemui Nabi Muhammad SAW memberitahu perihal mimpinya itu.

Kemudian Baginda bersabda, “Mimpimu itu mimpi yang benar“.

Bilal bin Rabah, Muazin Pertama dalam Islam

Nabi Muhammad SAW kemudiannya memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan kalimah-kalimah azan tersebut.

Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar pula datang kepada Nabi Muhammad SAW dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti yang dialami oleh Abdullah bin Zaid.

Lafaz-lafaz azan yang didengar oleh Abdullah bin Zaid dan juga Umar bin al-Khattab dalam mimpi masing-masing sama dengan lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Namun begitu, mimpi-mimpi tersebut bukanlah menjadi dasar pensyariatan azan kerana secara kebetulan sahaja lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW mempunyai persamaan dengan mimpi kedua-dua sahabat tadi.

Perihal azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:

Nabi Muhammad SAW pada malam isra’ mikraj telah diperlihat dan diperdengarkan azan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit.

Antara mereka yang turut sama berjemaah ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s.. Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi.

Adab dan Tertib Melaksanakan Azan

Menurut pendapat sesetengah ulama’, terdapat beberapa adab dan tertib dalam melaksanakan azan. Antaranya ialah:

  1. Mu’azzin tidak harus menerima upah apabila melaksanakan tugasnya.
     
  2. Mu’azzin harus suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis.
     
  3. Mu’azzin hendaklah mengadap kiblat ketika melaungkan azan.
     
  4. Ketika membaca “hayya ‘ala as-salah“, mu’azzin hendaklah mengadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan, dan ketika membaca “hayya ‘ala al-falah“, mengadapkan muka dan dada ke sebelah kiri.
     
  5. Mu’azzin hendaklah memasukkan dua jarinya ke dalam kedua telinga.
     
  6. Suara mu’azzin hendaklah nyaring.
     
  7. Mu’azzin tidak boleh bercakap ketika melaungkan azan.
     
  8. Orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh mu’azzin, kecuali pada lafaz “hayya ‘ala as-salah” dan “hayya ‘ala al-falah“. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah“.
     
  9. Setelah selesai azan, mu’azzin dan yang mendengar azan hendaklah berdoa:

    Allahumma rabba hazihi ad-da’wah at-tammah wa as-salati al-qa’imah, ati Muhammadan al-wasilah wa al-fadhilah wab’athhu maqaman mahmudan allzi wa’adtah

    Maksudnya: “Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya“. (Riwayat Bukhari)

Fenomena Azan Di Dunia

Terdapat satu fenomena yang luar biasa tentang azan. Azan di dunia ini bersahutan tanpa henti dan akan terus berkumandang sehingga ke akhir zaman.

Ada yang mengatakan bahawa jika berhentinya sambungan azan (salah 1 tanda besar kiamat), maka akan keluarlah Yakjuj dan Makjuj yang dikatakan akan menghancurkan dunia pada akhir zaman.

Selagi azan berkumandang, tembok yang mereka gali akan tertimbus balik. Wallahualam.

Hayati video di bawah.

34 Comments

  1. itulah sstu keajaiban yang sangat terindah di dunia ini.bagi saya ia merupakan petunjuk untuk kita sedar dan insaf.percayalah keajaiaban itulah yang membawa satu rahmat kepada kite.andai itu takdirnya,kita haruslah ambik iktibardalam saat yang indah itu

  2. banyak info yg saya dpt dr entry awak ni… blh saya selitkan dlm pengajaran saya nanti wpun saya mengajar geografi T1.. :)

    • @spidabite, cikgu ke ni? wah.. bagus2. walaupun ajar geografi, bleh je kalau nk selitkan bende2 yg memberi pengajaran dan pedoman kepada org lain. teruskan usaha anda. semoga berjaya. :thumb-up:

    • @nurr, hehe.. aku pkai software nero vision, potong2 yg mane tak penting (termasuk url blog asal.. sorii :sshhh: )

      ape kate ko tukar amik video yg aku edit tu letak kt post ko.. hehe.. owh! aku lupa nk credit kt ko sebab forwardkan video ni.. jap lagi aku update! thanks :blushing:

    • @hydir, semoga kekuatan itu tidak akan hilang.. sama2 la kita wujudkan kembali kekuatan itu.. kab-ba-ro-kab-alif-ta-nun.. KEBERKATAN! alhamdulillah..

    • @Khai, oh! khai.. hehe.. mekasih.. aku edit bodo2 je video tu.. kalau ade adobe premier pro bleh la aku edit kaw2.. :hik-hik:

    • @Jaws, tu la pasal.. memang syahdu je tgk video tu.. indahnya Islam.. alhamdulillah kerana kita dilahirkan sebagai umat Islam.. syukur!! :waawaa: (nangis sebab bersyukur)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *