Dapat Duit dari Telekom Malaysia (TM)

Semalam aku check peti surat tengok ada sepucuk surat bertulis “Private & Confidential” di sampul. Ingatkan surat apa. Rupanya dapat cek dari Telekom Malaysia (TM). Cek bagi pemulangan baki kredit berikutan penamatan akaun Streamyx.

Aku baru tutup akaun Streamyx bulan lepas sebab rumah takde infra TM. Tiba-tiba dapat cek ni tak pasti pulak aku terlebih bayar bil ke?

Rasanya setiap bulan tepat-tepat je aku bayar bil Streamyx, takde lebih takde kurang. Banyak kali juga aku tengok dan semak bil terakhir akaun Streamyx yang dapat bersama cek.

Cek pemulangan baki kredit Telekom Malaysia (TM)

Rupanya bukan sebab terlebih bayar bil, tapi duit bayaran balik bagi cagaran atau deposit yang aku bayar dulu. Lepas TM tolak deposit dengan caj bil semasa, ada baki dan dipulangkan balik. Alhamdulillah.

Walaupun cuma RM33.30 dah cukup untuk beli topup prepaid atau isi minyak kereta.

Sejak tiada internet Streamyx kat rumah, aktiviti online jadi terbatas sekejap sebelum ni. Nasib baik aku dah jumpa pengganti Streamyx dengan plan internet murah. Apa yang penting internet yang aku guna sekarang lebih menjimatkan.

31 Comments

  1. sy baru dapat tutup unifi dan bill
    bru smpi cm mana kte nk dapat duit blik sbb kt bill -..adakah unifi akan hntr cek atau kte kena pegi ke kuanter dlu

    • Lepas tutup akaun kalau bill – (negatif), yang tu lebihan bayaran. Nanti TM akan refund. Dia hantar / pos cek dengan amaun lebihan tu ke alamat bil atas nama pemilik akaun.

  2. Saya dapat check dari TM sebab tutup akaun , cek dah tamat tempoh bagaimana saya nak dapatkan semula cek baru,akaun asal di TM Kajang..

    • Tak boleh.. Nama di cek tu nama penerima. So, nama pemilik akaun bank pun mesti sama macam nama yang tertera di cek tu. Duit tak boleh masuk ke akaun bank nama orang lain.

    • Tulis maklumat akaun bank kat belakang cek tu. Ada bahagian untuk isi nama, nombor akaun bank, nombor telefon.

      Kalau nak masukkan duit tu ke Maybank (contoh), isi maklumat akaun Maybank. Kalau CIMB, tulis maklumat akaun CIMB. Ikut bank mana nak masukkan duit tu.

      Lepas tu pergi mesin deposit cek kat bank, masukkan je cek dalam mesin.

      Ada mesin deposit cek yang kena isi maklumat akaun dan amaun kat skrin mesin. Ada juga mesin yang tak perlu tekan2 skrin, dia guna maklumat yang dah ditulis kat belakang cek.

      Lepas tu dapat slip/resit. Tunggu dalam 1-3 hari duit akan masuk akaun bank. Resit simpan sampai dah confirm duit tu dah masuk akaun bank.

      Pastikan nama atas cek tu sama dengan nama kat akaun bank.

      Ambil gambar cek sebelum bank in sebagai langkah berjaga-jaga.

        • Nak tunaikan cek pergi bank yang kita ada akaun simpanan. Cek tu tak kisah dari bank mana.

          Kalau akaun simpanan kita kat Maybank (contoh), guna mesin yang ada di Maybank.

          Tulis maklumat akaun bank kita kat belakang cek. Nama pemilik akaun bank kena sama macam nama yang tertulis kat depan cek. Lepas tu masukkan je dalam mesin deposit cek.

    • Kalau ada gangguan internet boleh mintak rebet dgn TM ikut berapa hari gangguan tu berlaku. Tapi kena report dulu la. Biasanya diorang akan bagi. Jimat sikit bil internet. Kalau tak, nak kena bayar jugak walaupun internet problem. Rugi la..

    • Kalau perkhidmatan tak memuaskan memang patut dapat rebet. Kalau tak dapat pun boleh mintak dengan TM. Aku pernah beberapa kali mintak rebet sebab internet asyik problem je sebelum ni.

      • kau pakai internet celcom 1 malaysia tu boleh booster ke bagi laju internet dan unlimited? aku dengar ramai cakap pasal booster 1 malaysia ni berdesup laju dia.. teringin nak pakai jugak kalau betul macam apa yang orang kata tu..

        kau beli berapa rm simkad 1 malaysia tu? mahal tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *