Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 20 April 2018
You are here: Home » Santai » Cuci Kereta di H & H Car Wash Service, Kajang

Cuci Kereta di H & H Car Wash Service, Kajang

1 December 2012 Khairul Anam

Tweet

Cuci kereta di H & H Car Wash Service

Pertama kali cuci kereta sejak beli Alza ni. Itupun lepas kena pot pet pot pet dengan wife sebab badan Alza dah boleh buat melukis. Penuh habuk. Heheh. Nak cuci sendiri susah sebab tinggal kat rumah flat. Rumah tingkat 3 pulak tu. Jenuh nak usung air dalam baldi. Terpaksa la cuci kat kedai. Nasib baik ada car wash yang tak berapa jauh dari rumah.

Dah banyak hari sebenarnya plan nak cuci kereta tapi bila nak ke kedai car wash hujan pun turun dengan lebatnya. Rancangan nak mencuci kereta pun terpaksa dibatalkan. Berhari-hari jugalah kena pot pet pot pet dengan wife suruh pergi basuh kereta. Macam ni la hidup berumahtangga. Sehari tak kena pot pet pot pet memang tak sah. Tapi bila dah kena pot pet pot pet tu paham-paham jela, mesti kita ada terbuat benda yang dia tak puas hati. Orang perempuan tak penat ke asyik pot pet pot pet?

Cuci kereta Perodua Alza

Kereta Alza kesayangan sedang dicuci

Hari ni pagi-pagi lagi aku dah gerak pergi kedai cuci kereta lepas hantar wife pergi kerja. Kat area rumah aku ni ada banyak tempat cuci kereta. Aku pilih H & H Car Wash Service sebab aku tengok ramai orang. Mesti murah ataupun servis dia bagus. Aku try dulu la tengok macam mana servis diorang.

Cuci kereta Alza

Boleh tahan lama jugak nak siap cuci sebuah kereta. Kereta-kereta lain pun ada banyak bersusun tunggu giliran dicuci. Aku tunggu kat kedai makan sambil sedut teh o ais. Lupa nak set jam, tak tahu berapa minit siap cuci.

Tunggu giliran cuci kereta

Sedang tunggu giliran untuk lap badan, polish tayar dan vacuum bahagian dalam kereta

Sambil menunggu tadi borak-borak dengan brader yang tengah tunggu kereta dia dicuci juga. Brader tu macam tak puas hati cakap pekerja kat situ buat kerja macam main-main. Pekerja kat situ cuci sebuah kereta sekejap lepas tu tinggal pergi kat kereta lain. Lepas tu diambil alih oleh seorang lagi pekerja, datang polish tayar. Lepas tu pergi kat kereta lain pulak. Datang lagi seorang lap badan kereta. Lepas tu datang lagi seorang buat kerja vacuum bahagian dalam kereta. Brader tu cakap buang masa je buat kerja macam tu. “Kenapa tak bawa 4 atau 5 orang semua cuci sebuah kereta dulu sampai siap? Lepas tu baru pergi cuci kereta lain.” kata brader tu.

cuci kereta alza kesayangan

Aku iyakan jela apa yang brader tu cakap. Memang susah nak puaskan hati orang ni. Tapi kalau tahu erti sabar, tak jadi masalah rasanya. Sabar tu kan sebahagian daripada iman. Lagipun kat situ ada kedai makan. Boleh je lepak-lepak dulu kat kedai tu, makan-makan, minum-minum sementara tunggu kereta siap cuci. Takpun main Twitter, update status kat Facebook, mesti rasa masa berlalu dengan cepat. Kalau taknak tunggu lama, cuci sendiri. Ataupun tak payah cuci terus. Biar je kereta tu berhabuk.

Panduan Lengkap Jaga Kereta

Kereta Alza aku dah berkilat lepas cuci. Silau pulak mata ni.. Kih Kih Kih.

Artikel Lain Yang Menarik

  • Servis Kereta Alza 40,000 km di Perodua Bangi
  • Servis Kereta di Perodua Service Centre Bangi
  • Cuci Kipas Laptop
  • Servis Kereta di Magnetise Automotive, Bengkel Kereta Batu Caves
  • Servis Kereta Alza 30,000 km
Tweet

Kategori : Santai Keyword : car wash kajang, cuci kereta, cuci-cuci services, h&h car wash service, perodua, pusat cuci kereta kajang

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Dah Lama Tak Makan Durian
Next article:
Durian Crepe Sedap

10 Comments

  1. hairulafiz says

    11 December 2012 at 3:57 PM

    samalah alza kwn warna putih, kalau lepas hujan mesti segala kotoran nampak di body

  2. Ladfe Amir says

    10 December 2012 at 11:58 PM

    kereta warna hitam atau putih memang kena rajin dicuci. baru nampak cantik. nak cuci sendiri memang leceh. so baik keluar duit sikit,cuci di kedai je.

  3. Juan says

    7 December 2012 at 8:42 PM

    silau jugak mata aku

  4. Blog Keperawatan says

    7 December 2012 at 5:50 AM

    Bila suatu tempat cuci kereta ramai berarti menandakan tempat cuci tersebut hasilnya bagus…
    Belum punya kereta sehingga belum punya pengalaman mencucikan kereta, hanya adik saja yang baru punya kereta. Alhamdulillah bisa menikmati kereta adik pula

  5. Myra Jay says

    5 December 2012 at 12:19 PM

    Owhh Mr Alza kaler pepel ye, MJ kaler Silver, sebelum ni nak ambik pepel tapi asben taknak ;)

    Bila kereta berkilat baru syiok jenjalan kan :D

    • Anarm says

      5 December 2012 at 5:27 PM

      @Myra Jay, kereta berkilat tak sampai sehari.. petang hujan lebat.. dah kotor balik.. huuu :cwy:

  6. Jebeng Otai™ says

    2 December 2012 at 12:47 AM

    x dan nk cuci time2 skang ni..bila nk cuci hujan lak..

    • Anarm says

      2 December 2012 at 3:31 PM

      @Jebeng Otai™, musim hujan sekarang ni.. nak cuci kereta pun serba salah.. nanti mesti kotor balik.. tapi kena cuci jugak sebab dah berdebu, kotor.. kena cari masa yg sesuai untuk cuci..

      kat sini hujan waktu petang je.. pagi elok la cuci kereta.. sekurang-kurangnya takde la kotor sangat..

  7. akubiomed says

    1 December 2012 at 4:02 PM

    Serik hantar car wash sebab handle pintu pernah patah buat tak tahu sahaja.

    • Anarm says

      2 December 2012 at 3:29 PM

      @akubiomed, sampai patah handle pintu? camne diorang cuci sampai patah2?

      aku kalau boleh nak basuh sendiri je.. jimat duit.. tapi sebab susah nak cuci sendiri, terpaksa la pergi car wash.. aku dok tengok je masa diorang tengah cuci.. takut jugak kalau2 kereta calar ke apa2 ke..

Penulis

Entri Terkini

  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 20GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu
  • Daftar Portal Online MyASNB
  • Pengelap Cermin Kereta (Wiper) Jenis Getah Biasa atau Silikon, Mana Lebih Bagus?

Pelawat Paling Mesra

  • Be the first to comment.

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2018 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GempakBox · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥