Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 12/02/2019
You are here: Home » Isu Semasa » Catuan Bekalan Air Mengajar Kita Hargai Air

Catuan Bekalan Air Mengajar Kita Hargai Air

14/04/2014 Anarm

  Tweet        

Kawasan rumah aku baru mula catuan air. Catuan bekalan air dibuat bagi mengawal penggunaan air ketika tahap takungan air di empangan berada pada paras kritikal seperti sekarang. Bila air dah kena catu macam ni barulah rasa lebih hargai air.

Masa ada air, mandi bukan main lama. Air memang banyak dibazirkan. Ambil wuduk pun dengan air yang mengalir tak henti-henti dari paip yang dibuka besar-besar. Bila kekurangan bekalan air, ambil wuduk dengan satu cebok air pun dah cukup. Pandai pulak jimat air. Masa ada air tak tahu nak berjimat. Mentang-mentang air percuma.

Catuan Bekalan Air negeri Selangor

Ikut jadual catuan air yang dikeluarkan oleh pihak SYABAS, bekalan air dicatu selang 2 hari (2 hari ada air, 2 hari tiada air). Tapi kadang-kadang tak menentu dan tak ikut jadual yang ditetapkan. Terpaksa aku beli tong air besar untuk tambah bekalan air selama 2 atau 3 hari. Takut tak cukup air nanti susah pulak nak ambil wudhu, nak mandi, nak buang air, dan nak memasak.

Catuan Bekalan Air Selangor

Bilik air jadi sempit sikit sebab ada tong air besar ni

Catuan bekalan air Selangor akan dilanjutkan lagi tiga bulan. Bermakna sampai bulan puasa dan hari raya. Nampak gaya beli makanan untuk berbuka nanti kena cari bazar Ramadhan di kawasan yang ada air. Kalau bazar di kawasan takde air rasa macam tak sanggup pulak nak membeli juadah yang dijual.

Semoga hujan turun lebih banyak di kawasan tadahan, bagi penuh balik air empangan. Susah hidup dengan bekalan air yang terhad.

Tapi ada baiknya juga dalam situasi sekarang ni sebab catuan air dapat mengingatkan ramai orang supaya lebih hargai air dan jimat cermat menggunakan air.

jimat air semasa musim catuan bekalan air

Artikel Lain Yang Menarik

  • Kerja-kerja Penyelenggaraan Bekalan Kuasa
  • Prinsip Parkour Dalam Kehidupan Kita
  • #SaveJejai : Bantuan Kita Diperlukan
  • Ujian Berpuasa, Dugaan Di Bazar Ramadan
  Tweet        

Kategori : Isu Semasa Keyword : air empangan kering, catuan air selangor, catuan bekalan air syabas, hargai air, jadual catuan air, jimat cermat guna air, kawasan tadahan hujan, paras air empangan selangor, pengurangan air empangan, sumber air bersih, tips jimat air, tong air besar

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Seminar Strategi Pelaburan Hartanah DSR
Next article:
Bowling bersama Rakan Blogger di Plaza Alam Sentral

23 Comments

  1. Logeswary says

    11/05/2014 at 9:52 PM

    Masa ini kita rasa perlunya berjimat menggunakan air, walaupun air percuma di Selangor. Anak juga diajar berjimat air.
    Entri terbaru di blog Logeswary — 6 Tips on The Power of Positive Thinking.

  2. Mohd yazed says

    19/04/2014 at 12:35 PM

    Setuju sangat dengan brader admin..Memang dengan keadaan sekarang ini ianya mengajar kita untuk berjimat cermat..ada hikmah disebalik kejadian..semoga brader admin dan semua yang terlibat tabah menghadapi ujian.
    Entri terbaru di blog Mohd yazed — PERCUMA!!!!

  3. Bean Moreno says

    18/04/2014 at 10:18 AM

    sekarang baru kita tau apa itu makna menghargai…
    Entri terbaru di blog Bean Moreno — Akaun Maybank Dibekukan. Kenapa Dan Apa Nak Kena Buat?

  4. suhairi alias says

    16/04/2014 at 10:25 AM

    Berapa harga tong air biru tu?
    Entri terbaru di blog suhairi alias — Uber Kuala Lumpur

  5. Denaihati says

    15/04/2014 at 9:07 PM

    tarif air kat malaysia memang murah, mugkin ini sebabnya kita kurang kisah dari segi penggunaannya.
    Sama-sama kita doakan supaya lebih kerap hujan supaya tadahan/takungan air naik semula.

    • Anarm says

      16/04/2014 at 1:11 AM

      Betul tu.. Nak kena doa banyak2 minta hujan lebih banyak kat kawasan tadahan.. Dengar cerita hujan yang turun sekarang ni bukan kat kawasan tadahan.. Sebab tu takungan air amik masa sikit nak naik semula..
      Entri terbaru di blog Anarm — Catuan Bekalan Air Mengajar Kita Hargai Air

  6. Faizal Fredley says

    15/04/2014 at 7:36 PM

    betul2..boleh mendidik diri supaya bersabar…harap pihak kerajaan dpt selesaikan isu ini dgn segera…

    • Anarm says

      16/04/2014 at 1:09 AM

      Nampak macam pihak kerajaan pun tgh cuba sedaya upaya nak selesaikan isu bekalan air ni.. Rakyat kena banyakkan bersabar jela.. Sama2 kita doa semoga semua dipermudahkan dan isu air ni dapat diselesai dengan cepat.. Mintak hujan turun banyak2 kat kawasan tadahan air..
      Entri terbaru di blog Anarm — Catuan Bekalan Air Mengajar Kita Hargai Air

  7. muhammad hizwan says

    15/04/2014 at 4:16 PM

    Betul, bila time-time xder air nie la baru terasa betapa berharganya komoditi dunia tu.
    Entri terbaru di blog muhammad hizwan — Polis Gaza Guna Laser Untuk Latihan Menembak

  8. Jamian Sarif says

    15/04/2014 at 12:24 PM

    Alhamdulillah betul kata tuan,sebelum ni kebanyakan dari kita mmg langsung tak endahkan tentang penjimatan air.byk pembaziran yg dilakukan setiap hari.Tapi bila air dah kena catu barulah masing2 kelam kabut.Air menjadi sgt berharga ketika ini.Baru tersedar akan kepentingan air dalam kehidupan.semoga kita semua menjadi insan yang bersyukur.

    • Anarm says

      16/04/2014 at 1:07 AM

      InsyaAllah.. semoga kita semua akan jadi insan yang lebih bersyukur lepas ni.. Kena belajar guna air dengan cara yang lebih jimat.. Air memang sangat2 penting dalam hidup ni..
      Entri terbaru di blog Anarm — Catuan Bekalan Air Mengajar Kita Hargai Air

  9. faizul says

    15/04/2014 at 7:55 AM

    Harap-harapnya gangguan bekalan air ni taklah seperti yang diberitahu. Tak sanggup nak mengadap masalah ini time raya nanti.

    Sekarang ni pun dah cukup susah.
    Entri terbaru di blog faizul — Keputusan MotoGp 2014 di Qatar

    • Anarm says

      16/04/2014 at 1:05 AM

      Kalau time raya pun bekalan air tak cukup, alamatnya tak beraya sangat la kita tahun ni.. Buatnya tetamu datang beraya ramai2 takut tak cukup air minum pulak..
      Entri terbaru di blog Anarm — Catuan Bekalan Air Mengajar Kita Hargai Air

  10. Hairul Azni says

    15/04/2014 at 12:09 AM

    Lama jugak ye catuan air ni akan dijalankan..sekurang-kurang lagi 3 bulan nak kena hadap..harap semua yang terlibat akan sentiasa dipermudahkan dalam menghadapi kesulitan bekalan air..
    Entri terbaru di blog Hairul Azni — Tutorial Cara Memakai Shawl Raisya Dari Hijab Terkini

    • Anarm says

      16/04/2014 at 1:03 AM

      Harap2 macam tu lah.. Buat masa ni kena banyakkan bersabar hadapi ujian kurang bekalan air.. Baru sekarang rasa pentingnya air.. Susah jugak bila bekalan air terhad macam ni.. Nak guna air pun kena sukat2 takut tak cukup air pulak nanti..
      Entri terbaru di blog Anarm — Catuan Bekalan Air Mengajar Kita Hargai Air

  11. razif says

    14/04/2014 at 8:26 PM

    sememangnya begitu … bila banyak tak teringat nk berjimat atau hargai. Bila dh dicatu baru rasa nak berjimat dan yg lebih tak baik masih tak bersyukur walaupun belum lg diuji dng ketiadaan air yg berterusan
    Entri terbaru di blog razif — Kisah budak dan gadis

    • Anarm says

      16/04/2014 at 1:01 AM

      Harap2 jangan la takde air berterusan.. Sekarang ni pun dah rasa susah bila bekalan air terhad je.. Kalau lama sangat takde air tak tau la apa jadi..
      Entri terbaru di blog Anarm — Catuan Bekalan Air Mengajar Kita Hargai Air

  12. Hazman Fadzil says

    14/04/2014 at 5:54 PM

    Betul tu bro…. aku pun skang nie mandi ikut sukat cebuk je…… huhuhu
    Entri terbaru di blog Hazman Fadzil — HAZMAN vs FOOD – Chicken Wing Steak Restoran Wong Solo Bangi

    • Anarm says

      16/04/2014 at 1:00 AM

      Aku pun.. Kena main sukat cebok je sekarang ni takut tak cukup air pulak.. Cuma sekali sekala tu ada jugak la sukat guna baldi.. Lebihkan sikit air bagi badan lebih bersih lepas mandi..
      Entri terbaru di blog Anarm — Catuan Bekalan Air Mengajar Kita Hargai Air

  13. Aniq Bukhary says

    14/04/2014 at 12:56 PM

    Catuan air melatih kita supaya berjimat.. :)
    Entri terbaru di blog Aniq Bukhary — 21 fakta mengenai filem titanic yang tak masuk akal

    • Anarm says

      16/04/2014 at 12:57 AM

      Betul tu.. Kira bagus jugak la catuan air ni.. Kita jadi lebih ingat untuk jimatkan penggunaan air.. Kalau tak asyik dok membazir air je..
      Entri terbaru di blog Anarm — Catuan Bekalan Air Mengajar Kita Hargai Air

  14. akubiomed says

    14/04/2014 at 9:53 AM

    Yang ada anak kecil dan keluarga besar tentu terasa. Begitu juga peniaga tanpa air susah mereka untuk berniaga.
    Entri terbaru di blog akubiomed — Menikmati suasana musim bunga Sakura di halaman sendiri

    • Anarm says

      14/04/2014 at 11:38 AM

      Kalau keluarga besar memang terasa sangat2 musim catuan air ni.. Nak kena jimat air kaw2.. Peniaga kedai2 makan pun banyak tutup kedai masa takde air.. Berkurang lah diorang punya income sekarang ni..
      Entri terbaru di blog Anarm — Catuan Bekalan Air Mengajar Kita Hargai Air

Penulis

Entri Terkini

  • USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak
  • Selamat Tahun Baru 2019
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Pelawat Paling Mesra

  • Ani Haryani

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GB Webhosting · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥