Tak sangka masih ramai lagi fikir harga domain blog mahal tapi rupanya mereka terkeliru dengan harga web hosting. Sebenarnya domain dan web hosting adalah 2 perkara yang berbeza. Biasanya kalau kita langgan sesebuah web hosting kita akan ditawarkan sekali dengan domain (sama ada percuma atau berbayar). Harga bagi sebuah web hosting memang kadang-kadang mencecah ratusan ringgit setahun. Itu boleh dikatakan harga standard untuk web hosting di Malaysia. Kalau nak yang murah boleh langgan pakej hosting Denaihati – Serverfreak cuma RM80 je setahun + 1 domain PERCUMA! Harga domain pula biasanya sekitar RM30 – RM50 setahun (untuk .com/.net/.org).
Kalau kita beli pakej web hosting yang tiada domain percuma, kita boleh pilih sama ada nak beli web hosting sahaja atau bersama dengan domain sekali. Jika harga domain kat situ mahal, kita boleh beli hosting saja kat situ dan domain beli kat tempat lain yang tawarkan harga domain lebih murah. Contohnya beli domain di GoDaddy.com yang sentiasa bagi kupon diskaun untuk pendaftaran domain baru dan renew.
Cara Beli Domain di GoDaddy
Mula-mula sekali buka laman web GoDaddy.com dan buat carian nama domain yang korang nak beli. Untuk tutorial ni aku guna contoh domain belogsaya.com

Masukkan nama domain yang nak dibeli dalam kotak carian. Comel awek GoDaddy ni.
Kemudian tekan butang ‘GO‘ untuk check nama domain tu sama ada boleh dibeli ataupun tak sebab kadang-kadang nama domain yang kita nak tu dah dibeli oleh orang lain. Kalau dah rasa berkenan tu kena pantaslah terus beli sebelum orang lain beli dulu.

Nama domain belogsaya.com masih available. Siapa nak boleh beli cepat. Hehe..
Jika nama domain tu masih available, korang boleh tekan butang ‘Add‘ dan kemudian klik butang ‘Continue to Registration‘ untuk proses register nama domain.

Tawaran beli nama domain secara borong
Lepas klik butang ‘Continue to Registration‘ korang akan nampak tawaran diskaun dari GoDaddy untuk beli nama domain lain seperti yang Denaihati beritahu dalam entri “Beli Domain dan Hosting” supaya nama unik domain kita tu tak dimiliki oleh orang lain. Sebagai contoh, domain belogsaya.com dah pun jadi milik kita, tiba-tiba muncul domain belogsaya.net yang dimiliki oleh orang lain. WTF?!! Tak best la kan.
Kalau rasa tak nak lagi domain yang lain-lain tu boleh tekan butang ‘No Thanks‘ dan korang akan dibawa ke halaman untuk register akaun dan untuk setting nama domain yang nak dibeli.

Setting nama domain dan servername untuk hosting
Merujuk gambar di atas, kat sini setting yang perlu korang buat untuk nama domain korang. Setkan berapa tahun korang nak langgan domain tu, dan setting nameserver hosting korang jika korang guna hosting di tempat lain atau boleh setting kemudian. Kalau belum ada hosting atau nak guna domain tu di Blogspot tak perlu isi bahagian nameserver. Satu lagi yang ‘Change to Manual Renewal‘ tu bagi yang taknak GoDaddy renew domain secara auto. Kalau nak domain tu auto renewal, biarkan je.
Pengguna Blogspot yang nak pakai domain dari GoDaddy boleh guna tool ‘GoDaddy Blogger DNS Setup‘ selepas selesai beli domain untuk setup DNS supaya domain tu boleh digunakan di Blogspot. Tutorial rujuk KAT SINI.
Kemudian tekan ‘Next‘. Untuk option seterusnya tu korang tak perlu buat apa-apa, hanya perlu tekan ‘Next > Next‘ je sampai muncul halaman untuk korang buat pembayaran.

Order summary untuk domain yang nak dibeli
Di bahagian order summary korang boleh tengok jumlah harga yang perlu dibayar untuk domain. Kalau ada code kupon diskaun, tekan link ‘Enter promo or Source Code‘ (rujuk gambar di atas) dan masukkan code kupon tersebut untuk dapatkan potongan harga, beli domain dengan harga murah. Kemudian tekan butang ‘Continue to Checkout‘ untuk proses pembayaran. Kaedah pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit, kad debit, PayPal dan lain-lain. Aku biasa bayar guna PayPal je.

Kaedah pembayaran untuk beli domain di GoDaddy
Untuk proses pembayaran korang follow je arahan dia seperti isi maklumat kad kredit, login ke PayPal (kalau bayar guna PayPal), dan sebagainya.
Akhir sekali, korang perlu tick kotak kecil tanda bersetuju dengan terma dan syarat GoDaddy kemudian tekan butang ‘Place Order Now‘. Lepas tu korang akan terima satu email yang mengesahkan korang membeli domain di GoDaddy dan boleh la mula guna domain tu untuk blog korang. Senang tak beli domain di GoDaddy?
Untuk dapatkan code kupon diskaun korang boleh cari di internet dengan menggunakan keyword ‘godaddy promo code‘ atau ‘godaddy coupon code‘ atau sebagainya. Kupon diskaun biasanya diberi setiap bulan. Korang boleh juga contact terus GoDaddy tu untuk tanya code diskaun.
Contact Go Daddy: Facebook | Twitter @godaddy | G+ GoDaddy
salam saya pngguna domain blogspot.com dan ingin bertukar kepada domain berbayar ..
namun saya tak pasti untuk memilih perkhidmatan yang mana satu ,
sama ada godaddy ataupun jomhosting.
Entri terbaru di blog faizuddin fuad — Obama Takut Durian
Waalaikumussalam.. Untuk domain berbayar ni tak kisah sangat beli dari godaddy, jomhosting atau mana2 domain provider.. Boleh pilih je yang mana rasa berkenan.. Harga lebih kurang je..
Kalau tanya pendapat aku, aku rekemen GoDaddy sebab pembelian kali pertama biasanya GoDaddy ada bagi offer harga murah untuk domain (.com .net .org).. dan GoDaddy ada sedia tools untuk auto setup dns domain tu untuk pengguna blogspot..
Entri terbaru di blog Anarm — Masalah Talian Celcom
Assalamualaikum..
Thanks for the post. Recently I baru buat blog and dah beli domain dekat godaddy tu. Just nak tanya you guna blogspot ke wordpress? n guna godaddy jugak ke utk web ni?
Waalaikumussalam..
Blog ni guna WordPress dan domain blog ni guna Namecheap.. Tapi ada juga blog2 I yang lain guna domain dari GoDaddy,,
Entri terbaru di blog Anarm — Genesis Framework Blog Lebih Mesra SEO
saya punya beberapa domain yang di beli di godaddy dan mau memperpanjang bulan ni juga..
nice info
Entri terbaru di blog Rina — Create CSS Tables Styles Zebra Stripes Hover Effect
godaddy memang terbaek la,memberikan promo code kepada pelanggannya
time ada coupon tu la bru betul nak beli kaw2 domain…
nak try serverfreak nanti .. anarm pakai Godaddy ye ?
Entri terbaru di blog spudin — Jom Masuk Jadi Senarai Sifu Blog Saya
Saya pakai pembekal dalam malaysia je. Pasal ada akaun Paypal tapi tak activate pun, pasal tiada kad kredit..
Entri terbaru di blog daddydee — Buat dulu, Sesal kemudian….Itu lah yang jadi sekarang…
n. Anarm..nak tanya 1..kenapa ekk sy klik LIKE dekat FB en. Anarm tak de respon apa2 pun…sory la sy budak baru belajar..hehe
Entri terbaru di blog Hafizul — Pondok Kecil @ Facebook
@Hafizul, aik.. ok je aku test pakai browser yang berbeza2.. takde respon camne tu?
Entri terbaru di blog Anarm — Cara Beli Domain di GoDaddy
@Anarm, dia mcm ni..bila sy klik like,memang keluar paparan untuk sign in FB..bila dan sign in dia tak jadi apa pun..maknanya pertambahan bilangan user yg like dekat FB en anarm tak meningkatla..still no sama…contoh sebelum sy klik LIKE ada 460..bila klik like pun ada 460 bukan 461..maybe FB sy problem kot..kalau buat page FB, dia ada butang home tak??macam akaun FB yang biasa tu dia ada butang home, profile..Page FB sy ada butang setting & log keluar jer..mcm mn ekk..sy syak pun page FB pondokkecil yang bermasalah..ada ideal tak nak tolong sy??hehe
Entri terbaru di blog Hafizul — Contest Eyriqazz vs Denaihati Buat Aku Tak Keruan
Emm dulu sebelum beli doamin,terasa jugak nk beli online mcm ni..tapi takut her dulu sebab tak tau apa-apa..dgn cari ni jimat kan masa,tenaga..hehe..infomasi yang berguna…
@Hafizul, tak perlu takut beli domain dengan godaddy sebab godaddy memang boleh dipercayai dalam urusan jual beli domain..
Entri terbaru di blog Anarm — Cara Beli Domain di GoDaddy
@Anarm, en anarm,tak pe la..dah boleh like FB en anarm tu..hehehe…
Entri terbaru di blog Hafizul — Contest Eyriqazz vs Denaihati Buat Aku Tak Keruan
alamak..kalau xde kredit kad cmne anarm? :cwy:
Entri terbaru di blog bistari — Unblock Website Yang Diblock Oleh Kerajaan
@bistari, kalau takde credit card boleh guna debit card..
Entri terbaru di blog Anarm — Cara Beli Domain di GoDaddy
Assalamualaimum wah entry terbaiklah, nak kena beli satu di godaddy :), anarm kau tahu tak VPS yang low price?? just bertanya kalau kau tahu.. :whistle:
Entri terbaru di blog AyieBlog — Streamyx Slow / Kenapa dan cara mengatasinya
@AyieBlog, sory, aku tak tau sebab tak berniat lagi nak langgan VPS.. so, tak pernah mencari..
Entri terbaru di blog Anarm — Cara Beli Domain di GoDaddy
ni tempat aku main bola sepak ni..
Entri terbaru di blog titan — Eyriqazz vs Denaihati – Part 2
@titan, hebat.. main bola sepak di godaddy.. haha..
Entri terbaru di blog Anarm — Cara Beli Domain di GoDaddy
@Anarm, kekadang aku main tennis gak. haha.. :whistle:
Entri terbaru di blog titan — Eyriqazz vs Denaihati – Part 3
@titan, rajin pulak ko bersukan kat godaddy.. :lol:
Entri terbaru di blog Anarm — Cara Beli Domain di GoDaddy
info bagus ni…
Entri terbaru di blog Orang Kampung — Industri Orang Kampung
Aku ingat nak buat juga mcm bro denaihati tu tapi masih tak jelas lagi.
Entri terbaru di blog ProfHariz — Allah Duga Tanda Allah Sayang
@ProfHariz, tak jelas macam mana tu? denaihati jaga branding blog dia sebab branding tu bantu dia buat duit.. sebab tu dia beli semua domain extension yg ada keyword “denaihati” takut org lain ambil dan buat macam2, contohnya seperti buat copycat site atau mungkin menyamar sebagai Denaihati.. ada kemungkinan juga org tu boleh buat duit dengan guna nama denaihati.. blog denaihati kan dah popular sekarang.. org popular mesti ada je yg nk amik kesempatan..
Google pon sama, beli semua domain extension yg lain pastu dia buat redirection ke web utama Google.com.. semua ada tujuan.. tapi kalau blog blom cukup mantap lagi rasanya tak perlu beli.. bila dah btol2 berjaya buat byk duit dengan blog baru beli.. takut tak mampu nk bayar yuran tahunan je.. kalau memang dah ada byk duit, better beli jela.. langgan untuk 10 tahun terus.. huhu..
Entri terbaru di blog Anarm — Cara Beli Domain di GoDaddy
@Anarm, Rasanya aku masih belum perlu lagi. Tunggu la bila dah income masuk riban2 boleh la kot.
Terima kasih atas penerangan hang. Nanti apa-apa hal boleh roger hang.
Entri terbaru di blog ProfHariz — Wordless Wednesday #8 – Rindu Buffered Earning Nuffnang
Betulker ada yang mengatakan beli nama domain dari pembekal luar negara ada kesan SEO seperti GoDaddy ini?
Entri terbaru di blog akubiomed — Kawasaki D-Tracker 150 berciri Motard masuk Malaysia
@akubiomed, takde apa2 kesan seo walaupun beli domain dari pembekal luar negara.. beli domain kat mana2 pun sama je.. tak efek pada seo.. cuma berbeza dari segi harga.. harga domain dari pembekal luar negara memang jauh lebih murah..
yang beri kesan kalau tak silap aku cuma webhosting luar negara sebab webhosting luar negara biasanya target untuk orang luar negara saja.. kalau duduk malaysia pakai hosting luar negara, kawan2 kat malaysia nak buka blog kita pon berat je.. blog berat memang beri kesan pada seo.. macam blog aku dulu, beli dgn company malaysia tapi server kat US.. loading slow giler sebab internet kena ‘berlari’ pergi US dulu.. kalau macam hosting Hostgator (luar negara) yang dah ada nama besar dalam dunia webhosting, loading memang laju je sebab specs server dia power kot..
seo yg selebihnya bergantung pada cara kita optimize blog kita.. kesimpulan, domain dari pembekal luar negara memang takde masalah langsung dari segi seo..
Entri terbaru di blog Anarm — Cara Beli Domain di GoDaddy
bkn dot con dan dot net berbeza ke?
Entri terbaru di blog Terbelog — 7 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet Paling Pantas
@Terbelog, domain dot com dan dot net memang berbeza tapi dua2 tetap ‘dibaca’ oleh search engine.. kalau dua2 nama unik domain tu dimiliki oleh orang berbeza, akan memberi kesan tak berapa bagus jugak kepada salah satu web..
contohnya blog domain terbelog.com dan terbelog.net.. kalau owner terbelog.net tu lebih pandai optimize blog dia dari segi SEO atau sebagainya, blog dia akan lebih hebat dari terbelog.com.. terbelog.com akan susah sikit nak bersaing dengan terbelog.net.. mungkin trafik terbelog.com akan terpesong pergi ke terbelog.net..
Entri terbaru di blog Anarm — Cara Beli Domain di GoDaddy
Tertarik juga dgn tawaran godaddy ni..nk cuba .net lak..hehe :cool:
Entri terbaru di blog Jebengotai — Microsoft Surface Tablet : Revolusi Ultrabook?
@Jebengotai, nak beli jebengotai.net pulak ke? hehe..
Entri terbaru di blog Anarm — Cara Beli Domain di GoDaddy
info yg bgus, cuma x minat kena guna paypal.. kalau akaun paypal duit byk xpe..
Entri terbaru di blog zhazmi — If I were A Superhero
@zhazmi, kalau paypal takde duit boleh contact member2 yang ada, beli dengan member tu.. lepas tu dia transfer je duit masuk paypal kita.. jual beli duit paypal.. lepas tu boleh la guna untuk beli domain ke renew domain ke..
Entri terbaru di blog Anarm — Cara Beli Domain di GoDaddy
boleh jimat dalam 3 4 ringgit untuk satu domain ok dah,.. :w00t:
Entri terbaru di blog syahrilhafiz — Wordless Wednesday #15 : Tarikh Bulan Puasa Ramadhan 2012
@syahrilhafiz, ada diskaun domain harga $0.99 je.. tapi kena bayar guna credit card pulak.. rugi btol rasanya tak dapat beli.. murah giler..
Entri terbaru di blog Anarm — Cara Beli Domain di GoDaddy