Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 20 April 2018
You are here: Home » Makan-Makan » Buffet Ramadhan Casa Ombak, Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Casa Ombak, Kuala Lumpur

9 July 2014 Khairul Anam

Tweet

Hari Sabtu lepas aku buka puasa di Casa Ombak dengan beberapa orang rakan blogger. Lepas habis kerja terus gerak dari Shah Alam ke lokasi Casa Ombak yang terletak di Jalan Damai, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Nasib baik hari Sabtu jalan tak sesak. Kalau hari biasa memang teruk nak hadap jem sepanjang jalan.

Buffet Ramadhan Casa Ombak ialah promosi buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh Ombak Creative, sebuah syarikat event di bawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd. Syarikat milik Bumiputera sepenuhnya ni telah menjalankan pengurusan event lebih daripada 10 tahun dan berpengalaman menguruskan katering, majlis perkahwinan serta majlis korporat dan juga persendirian.

Buffet Ramadhan Casa Ombak Kuala Lumpur

Petang tu aku sampai di Casa Ombak lebih kurang pukul 6 petang. Bila tengok suasana kat situ rasa macam menarik giler. Nampak banyak kerusi dan meja tersusun rapi dalam taman dengan tema yang berwarna hijau.

Rasa seperti di majlis kenduri kahwin pun ada juga kerana ianya dibuat di halaman banglo yang dihiasi dengan pokok-pokok. Terasa rileks dan tenang je sesuai dengan mood untuk menikmati hidangan enak berbuka puasa.

Casa Ombak Jalan Damai Kuala Lumpur

Casa Ombak Jalan Damai Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan di Casa Ombak Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Casa Ombak Jalan Damai KL

Lepas dapat tempat duduk yang dah disediakan untuk kami, aku dan rakan blogger yang lain mula keluarkan smartphone masing-masing untuk ambil gambar. Berjalan dari meja ke meja dan gerai ke gerai di mana segala jenis hidangan diletakkan di situ.

Di Casa Ombak menunya lebih kepada hidangan buffet Ramadhan ala kampung dari Pantai Timur, Utara dan Selatan yang sangat menyelerakan. Ada gulai ikan masin, ayam kurma, sup ayam, telur puyuh, sambal paru, sayur masak lemak, nasi kerabu, ulam-ulaman dan macam-macam lagi.

nasi kerabu casa ombak

ayam kurma casa ombak

telur puyuh casa ombak

Di sudut lain pula ada gerai-gerai masakan segera seperti char koay teow, laksam, roti jala, roti john dan lain-lain. Ada juga gerai air minuman dan air batu campur serta meja yang terhidang bermacam-macam dessert dan buah-buahan.

buka puasa laksam casa ombak

roti jala casa ombak

buah buahan casa ombak

kuih-muih casa ombak

Casa Ombak ABC Counter untuk buffet Ramadhan

Harga Buffet Ramadhan di Casa Ombak

Casa Ombak menyediakan pelbagai jenis hidangan buffet untuk berbuka puasa dengan harga yang berpatutan. Untuk dewasa cuma RM55.00 dan untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun hanya RM27.00. Harga yang memang berbaloi untuk makan di Kuala Lumpur. Sangat berpuas hati dengan hidangan Buffet Ramadhan Casa Ombak ni.

promosi buffet ramadhan casa ombak

Lokasi Casa Ombak

Siapa rasa nak berbuka puasa di Casa Ombak bolehlah datang dan cuba sendiri hidangan enak yang disediakan. Lokasinya di No.22, Jalan Damai Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia. Kalau guna aplikasi Waze GPS, cuma perlu taip “22 Jalan Damai” dan akan dibawa sampai depan pintu Casa Ombak.

Untuk booking boleh hubungi Casa Ombak:

Call / Whatsapp : 013-268 0001 ( Akma Omar )
Call / Whatsapp : 013-624 1417
Call / Whatsapp : 012-662 1062
Tel : 03-2181 8750
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com

*Ruang solat ada disediakan untuk muslimin dan muslimat.

buka puasa di casa ombak, kuala lumpur

blogger buka puasa di casa ombak kuala lumpur

Ombak Creative

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

Artikel Lain Yang Menarik

  • Santapan 29 Malam – Buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort
  • Buffet Ramadhan di Shazana Pau Shop & Cafe
  • Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
  • Makan Buffet Free di Eastin Hotel
  • Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 2012
Tweet

Kategori : Makan-Makan Keyword : buffet murah kuala lumpur, buffet ramadhan casa ombak, buffet ramadhan murah, buka puasa dalam taman, casa ombak jalan damai, duit raya, jalan damai ampang, katering makanan sedap, majlis kahwin, ombak creative, pengurus perkahwinan

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Pindah Rumah Sewa
Next article:
Rashidun Caliph Conference 2014

21 Comments

  1. Anuar says

    24 July 2014 at 9:05 AM

    Entri yang menarik.. Rasa terliur bila membaca entri ini.. Good Luck Bro.. Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest ini…

  2. Muz says

    22 July 2014 at 4:22 PM

    Nampak best ni. Macam nak try je.

  3. Farid Laham says

    21 July 2014 at 10:49 PM

    enak sungguh makan tu hehe

  4. Aini says

    18 July 2014 at 8:43 PM

    wahh..memang bestlah semua makanan kat sini.terlioqq!

  5. kak yatiadam says

    17 July 2014 at 10:07 AM

    masakan kg yag kelihatan sangat sedap… jemput datang ke blog kak yati ye..

  6. awgmursyidin says

    16 July 2014 at 5:31 AM

    perghhh..mcm menarik jer

  7. AkmaOmar says

    16 July 2014 at 1:56 AM

    Assalam…terima kasih sudi join & hadir ke tempat kami. Semoga brjaya ya anarm hehe

  8. cik amal says

    15 July 2014 at 10:00 PM

    untung dapat rasa sendiri pergi ke sana :)

    amal singgah sini… dibulan ramadhan ni, moga tuan blog panjang umur dan dimurahkan rezekii.. aamiiin

  9. UpProfits says

    14 July 2014 at 2:53 PM

    Untung la mereka yang tinggal di area lembah klang..dapat la rasai sendiri berbuka puasa di Casa Ombak.. ;-)

  10. Hans says

    13 July 2014 at 4:02 PM

    seronok nya berbuka disini

  11. amirulfaiz says

    13 July 2014 at 10:44 AM

    Bestnya dapat berbuka ramai-ramai dengan rakan-rakan, meriah. :)

  12. sop says

    11 July 2014 at 2:54 PM

    best nyer dapat makanan yg best2.. hahaha

  13. Hazman Fadzil says

    10 July 2014 at 12:25 PM

    Adesss….. jeles pulak tengok korang dah pergi test makan kat sana…. tunggu masa free baru boleh terjah….

  14. mai has says

    10 July 2014 at 11:54 AM

    banyak betul pilihan makanan di casa ombak ni.murah pulak tu.harus di cuba nih…:-)

  15. Kak yatiadm says

    10 July 2014 at 10:44 AM

    Info yg menarik. Makanan kg mesti dicuba ni.. terliur pula..
    Jemput datang blog kak..
    http://www.yatiadam.com

  16. Kamil Salleh says

    9 July 2014 at 10:15 PM

    Banyaknya makanan yang disediakan, cukup berbaloi jika pergi berbuka puasa di sini. Buffet Ramadhan memang terbaik. Semoga berjaya…bro….

  17. titan says

    9 July 2014 at 9:36 PM

    kalau pergi nih..mesti kembung perut.

    ada cendol tak nih??

  18. azwan says

    9 July 2014 at 2:32 PM

    masakan melayu memang sedap. tapi biasanya time berbuka tak dapat nak makan semua yang sedap tu kan. cepat kenyang

  19. Arieon says

    9 July 2014 at 2:04 PM

    Bestnya korang dapat mencuba. Kalau aku nak pi kena cari penaja tiket kapal terbang dulu.. Hehe

  20. Anuar says

    9 July 2014 at 11:11 AM

    Bestnya dapat peluang makan Percuma ketika Berbuka Puasa.. ;)

  21. KiD says

    9 July 2014 at 11:07 AM

    waaaahh… rasa macam nak ke sana lagi… best!!!

Penulis

Entri Terkini

  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 20GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu
  • Daftar Portal Online MyASNB
  • Pengelap Cermin Kereta (Wiper) Jenis Getah Biasa atau Silikon, Mana Lebih Bagus?

Pelawat Paling Mesra

  • Be the first to comment.

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2018 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GempakBox · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥