Sikap Pemandu Salahguna Lorong Kecemasan

Alhamdulillah selamat tiba di kampung setelah bertolak dari Kuala Lumpur (KL) ke Teluk Intan dengan menaiki bas Transnasional. Perjalanan ambil masa selama 8 jam akibat kesesakan lalu lintas yang sangat teruk di lebuhraya.

Bertolak tepat jam 3:05 petang, sampai kat kampung dalam jam 11:15 malam lebih kurang.

Abah aku cakap bas dari KL yang bertolak jam 4:00 petang dah sampai dulu sebab lalu jalan lama. Aku bengang je rasa.. Cuti raya Cina semua orang pakat balik kampung lalu highway, sebab tu traffic jam.

Salah Guna Lorong Kecemasan

Jalanraya yang penuh sesak jadi bertambah sesak bila ramai pengguna jalanraya salahguna lorong kecemasan sebagai jalan pintas untuk memotong kenderaan-kenderaan lain. Kalau ada polis time tu memang sedap la. Ramai yang akan kena saman.

Aku tak dapat bayangkan kalau berlaku eksiden. Macam mana ambulance, encik polis atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab nak lalu pergi ke tempat kejadian kalau lorong kecemasan penuh dengan pemandu yang ‘buta perut’. Mangsa kemalangan dah tentu tak dapat diselamatkan.

Semuanya berpunca daripada sikap pengguna jalanraya yang hanya mementingkan diri sendiri hingga menyusahkan orang lain.

Fungsi Lorong Kecemasan

  1. Digunakan oleh kenderaan yang mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan – tempat yang selamat untuk mereka keluar bagi memeriksa kerosakan yang berlaku pada kenderaan tanpa mengganggu aliran lalu lintas
  2. Digunakan oleh ambulance, bomba dan polis untuk ke lokasi kemalangan dengan segera dan pantas bagi membolehkan mereka mengambil tindakan atau menyelamatkan mangsa kemalangan

 
Kalau tak silap aku 2 tu je fungsi lorong kecemasan. Bukannya diguna untuk memotong kenderaan lain walau jalan sesak macam mana sekalipun.

Ada pernah terdengar berita membabitkan kematian penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan sebab motornya rosak. Dia dilanggar oleh kenderaan pemandu yang memotong menggunakan lorong kecemasan ketika tu.

Teruknya sikap buruk pemandu Malaysia. Orang lain pon nak balik kampung jugak. Masing-masing bersabar jela. Sabar tu kan sebahagian daripada iman.

12 Comments

  1. mmg banyak ni yg begini.. selalu klu blk kedah dari shah alam, mesti akan jumpa pny lah.. laju plk tu smpi terjadi kemalangan dgn motor…

  2. Sikap pemandu di Malaysia ni memang tak habis2. Antara sebab aku tak balik kg ni la pasal “jam”… buat letih je, lagi bagus sruh org kg je dtg ke bandar :)

  3. skang mmg ramai mementing kan diri sendiri.tak boleh nak besar bila jalan jem.Sepatut nya diorng ni merancang perjalanan mereka.

  4. hahaha,benda macam nie la polis kena saman…
    duit free je 2..

    nie la org pentingkan diri sendiri….
    xreti nk pk org lain…

  5. bila dah cuti panjang mcm ni, patut dah faham situasi di jalan raya, tak payah nak stress sampai lalu lorong kecemaran..kalau kita bertenang, perjalanan tu rasa lebih berharga

    terima situasi, itu lah kehidupan…

  6. Semalam ketika menghala ke Selatan banyak kenderaan yang menyalahgunakan lorong kecemasan. Tanniah kepada skuad peronda PRDM bertindak menyaman kenderaan yang mengunakan lorong kecemasan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *