Belajar Menaip Dengan Pantas

Entri ni terhasil selepas aku terbaca entri di blog Yiedpozi — “Seberapa Pantaskah Korang Menaip” dan dia telah mencabar blogger-blogger lain untuk tunjukkan kepantasan menaip masing-masing. Ganjarannya, pengiklan percuma selama 2 bulan di blog Yiedpozi.

Aku memang suka dengan kerja-kerja menaip ni. Sebelum ni (lama dah) aku pernah share satu laman web untuk latihan menaip. Mungkin ada di kalangan korang yang ketinggalan.

Kalau rasa nak tengok, boleh rujuk hasil penulisan aku yang lama, “Improve Your Typing Skills“.

Cabaran Menaip Dengan Pantas

Untuk cabaran Yiedpozi, dia suruh gunakan laman web Malaysian Typing Speed Test. Caranya, taip perkataan-perkataan yang terpapar di laman tu sehingga tamat masa yang diperuntukkan.

Kemudian, laman web Malaysian Typing Speed Test tu akan paparkan score kelajuan korang menaip, ranking, jumlah perkataan yang ditaip per-minit, jumlah perkataan yang betul dan perkataan yang salah.

Buat screenshot dan hasilkan satu entri kat blog. Lepas tu tinggalkan komen di blog Yiedpozi beserta link entri korang tu.

Setelah bertungkus lumus menaip hingga berkepul-kepul asap keluar dari keyboard, hasil score aku adalah seperti dalam gambar di bawah ni.

Tips Bagaimana Menaip Dengan Laju

Sebelum ni aku pernah bekerja sebagai Kerani Pemprosesan Data (Data Entry) selama beberapa bulan.

Kerja-kerja seharian aku kat pejabat time tu adalah menaip balik data-data dari borang cukai. Menaip je kerja aku dari pagi sampai ke malam, dan dari malam sampai ke pagi.

Waktu kerja ada 2 shift. Paling menyeksakan adalah pada shift malam. Lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi, mata memang dah start mengantuk. Bayangkan macam mana kerja menaip dalam keadaan mengantuk.

Aku juga pernah hadiri beberapa temuduga kerja yang memerlukan skill menaip yang laju dan pantas dengan kesalahan menaip yang minimum. Kalau takde salah langsung lagi bagus.

Dalam semua ujian menaip yang aku lalui, pegawai yang memantau ujian tu memang terkejut bila tengok aku menaip. Haha.. Paling best, aku pernah siapkan ujian menaip sebelum tamat masa ujian!

Software tu tinggal beberapa saat sebelum habis masa tapi aku dah siap taip semua perkataan yang ada. Perfect pulak tu! Tanpa sebarang kesalahan atau typographical error. (Ada sesiapa nak upah aku menaip tak? hehe.)

Cara Belajar Menaip Dengan Pantas

Imbas Kembali.. Pertama kali aku menyentuh papan kekunci (keyboard) adalah ketika Tingkatan 2. Aku ingat lagi nama CC tu — EBCDIC Net Cafe. Nombor keahlian aku adalah 036.

Keistimewaan bagi ahli CC tu, main sejam dapat sebotol air Coke + 2 biji gula-gula. Biasa aku lepak lepas habis sekolah sampai waktu Maghrib. Time tu bukan main internet sangat pon tapi main GAME!

Kat CC tu la aku banyak belajar menaip walaupun time tu takde niat nak belajar pon. Main picit-picit, tekan-tekan je keyboard tu.

bagaimana menaip dengan pantas

Sebenarnya, ada banyak cara untuk kita belajar menaip. Tapi dalam entri ni, aku share cara aku sendiri untuk belajar menaip.

Ada 2 cara je yang aku guna dan aku rasa ianya mungkin satu kombinasi yang mantap hingga aku mampu menaip dengan pantas macam sekarang ni. Tapi mungkin ada di kalangan korang yang lebih pantas kan?

1. Permainan Komputer (Games)

Games mengajar aku menekan button pada keyboard dengan betul tanpa melihat keyboard. Budak-budak sekarang ni mesti lebih awal belajar menggunakan keyboard, kan? Bila keluar je dari perut ibu mengandung, terus pegang keyboard, lepas tu terus main DotA. Haha..

Game juga membantu daya pemikiran kita untuk selesaikan misi, atur strategi bagaimana nak kalahkan musuh dan lain-lain.

Bentuk Latihan: Melatih menekan butang keyboard tanpa melihat pada keyboard. Kalau tengok keyboard, biasanya boleh mengakibatkan Game Over! Tak boleh terlepas pandang langsung daripada skrin.

2. Chatting (mIRC / YM / Skype / GTalk)

Zaman aku dulu terkenal dengan mIRC je. Biasa dok chatting kat channel #Kampung, #Mamak, #Kelate dan sebagainya.

Pernah ber-gathering dan pernah jugak dating dengan awek gemuk tapi comel yang kenal kat mIRC tu. Haha.. Point dia, chatting memang membantu aku menaip dengan laju.

Dalam tak sedar, chatting la yang paling banyak membantu aku belajar menaip dengan pantas.

Bentuk Latihan: Taip laju-laju. Kalau taip lambat, reply pon lambat, awek yang tengah diayat boleh rasa bosan dan terus tamatkan chat. Kan dah tak sempat nak mintak email nak add kat Facebook.

kedudukan jari yang betul pada keyboard
KEDUDUKAN JARI YANG BETUL PADA KEYBOARD

kedudukan jari pada keyboard
POSISI KEGUNAAN JARI-JARI PADA BUTTON KEYBOARD

Sekarang ni, dengan adanya blog, Twitter dan Facebook, lagi senang la nak berlatih menaip.

Sambil berlatih, sambil berhibur. Sangat mudah dengan adanya teknologi macam sekarang ni. Tak macam dulu. Budak-budak yang sebaya dengan aku mungkin dapat rasa perbezaan zaman kita dulu dengan zaman sekarang. Betul tak?

Dunia dah maju.. Zaman dah berubah..

36 Comments

  1. aku leh menaip 120 perkataan seminit… jom join group kita kat FB.. Search for Malaysian Type Fast group. anda dijemput masuk.. ^_^

  2. dulu menaip 2-3 jari jek..pastu try cbr diri..syukur skang dpt gak taip x tngk kmputer..huhu
    apapun praktis makes perfect..kalau btul2 korang nk, insyaallah blh..kalau nk ambil test n maen game menaip,try kat laman ni.. ..try la,best gak..silap2 bleh wat contest plak :biggrin:

  3. aku selalu menaip dalam gelap..time tu memang tergagau2 la nak cari mane huruf..tp mmg membantu kite tau mane huruf tu berada..

  4. bagus juga ni kalau kita boleh menaip dengan pantas tanpa sebarang kesalahan (typo)
    aku pun masih lagi dalam latihan untuk menaip dengan pantas ni
    hehe :wink:

  5. berusaha menaip dengan laju. time buat report mula la terkedek2.. kena byk praktis lagi aku ni :D

  6. owang menaip laju2 giler…tp mang banyak typo tu kire cam ner? hahahaha…kalao da hari2 kan keje dok ketuk keyboard ni, pejam mata pon leh taip gak :whistle: ..ok berlagak kejap heee

    • @eiyda, rasanya kalau ada typo tu dikira lambat.. kalau tak silap, kepantasan menaip dikira pada berapa patah perkataan dapat ditaip dalam masa 1 minit.. kalau ada typo kat mana2 perkataan, perkataan yang typo tu takkan dikira.. so, jumlah patah perkataan per-minit dah jadi berkurangan.. dan ianya akan dianggap lambat..

      *larriiiii*

  7. dah terbaca dah entry ni kat blog yied, tapi tak try pon sebab tau memang lambat. hahaha…tapi yang best entry dari ko ni siap ada tips lagi. memang best lah..hehehe

    • @Amry, best ke? tengkiu.. tengkiu.. haha.. ni aku punye style dalam aktiviti blogging.. content blog ni aku nak pastikan sentiasa diselitkan dengan info.. mane la tau kot2 ada orang google cari info2 jenis macam ni.. silap2 orang tu boleh termasuk dalam blog ni, dan dapat baca apa yang dia cari..

  8. Huhuhu. Lambat diperkenalkan dengan komputer. Sampai sekarang menaip menggunakan dua jari je. Tapi dah improve la sebab dah pandai tekan spacebar guna ibu jari. Hahaha.

    Hebat betul bro! :cheerful:

    • @naim, berapa jari tu tak penting sangat kot.. asalkan kita selesa.. bila kita rasa selesa, secara tak langsung taip jadi pantas, laju, cepat dan takde typo.. ada typo pon sikit jela kot.. :pinch:

      • @Anarm,
        hik3.. betul3.. keadaan time type tu pntg gak, kalau tak kena secara tak lanngsung taip jadi lambat, lembab dan ade typo, ada typo pon banyak la kot..haha :pinch:

  9. tips ko memng berguna…
    lebih2 lagi pasal chatting 2..
    aku memng setuju sangat…
    banyk membntu lol.. :biggrin:

  10. 3rd… haha
    Aku mula belajar menaip masa darjah 3.. hoho, lama kelamaan jd laju pulak tp malangnya org guna 8 jari aku guna 6 jari je… kui3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *