Malam tadi dapat tahu Astro bagi siaran percuma lepas ramai pengguna Astro bengang sebab Astro blackout beberapa hari lepas. Nasib baik terbaca entri blog Asamboi tentang Astro minta maaf, bagi 3 hari siaran percuma. Yeayy. Aku pun bengang jugak hari tu, nak tengok TV tapi channel tak keluar gambar. Gelap gelemat je.
Siaran percuma Astro akan bermula pada hari Jumaat 29 Ogos (6:00 pm) sehingga Isnin 1 September 2014 (11:59 pm). Time tu boleh la tengok TV layan movie puas-puas. Semua channel Astro diberi percuma kecuali Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports.
Cakap pasal Astro ni aku bercadang nak berhenti langgan Astro. Sebabnya aku rasa macam buang duit je bayar mahal tiap-tiap bulan tapi tengok siaran yang diulang-ulang. Kadang-kadang boring dan rasa nak marah jugak asyik tengok cerita sama je.
Korang rasa berbaloi atau tidak bayar mahal untuk Astro tapi bila hujan tak boleh tengok TV, cerita pulak asyik cerita sama je, servis pun kadang-kadang hampeh. Berbaloi tak?
Dah malas nk bayar kat astro lagi teru potong line..kecewa dengan servis yg tak berapa nak baguih
Entri terbaru di blog Noriza Rahman — Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Saya pun dah malas nak bayar bil Astro.. Esok atau lusa nak tukar ke pelan NJOI yang servis TV satelit percuma tu..
Entri terbaru di blog Anarm — Aktifkan Kad Debit Maybank Untuk Kegunaan PayPal
Tengok Channel History.. best tau! macam macam adaaaa…
Entri terbaru di blog KiD — Silap Mata Houdini di History Channel
nak membodek la tu..sepatutnya siaran yang terganggu masa hujan pun kena bagi siaran percuma..hehehe
Bestkan..pastu bole tengok citer best best xdelah bosan sangat cuti2 ni
Entri terbaru di blog umi — Produk Shaklee Ada Racun
Patutlah hot search kat google trend pasal Astro. Rupanya pasal servis dia yang tak memuaskan hati… Yang tak puas hati. Dah bayar pun ada banyak iklan…
Mungkin diorang rase dah jemu kot,tiba masenya ada persaingan lain yang baru
Entri terbaru di blog khairul — Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41
hajatnya nak potong je astro ni tapi orang kat rumah masih belum setuju.
Entri terbaru di blog Raihanah Ahmad — Cara Tingkatkan Kesuburan: ESP dan GLA Complex
untung la ada Astro… Percuma tu… Njoi xdapat ke bang..
Entri terbaru di blog Melastik Bintang — The Photolicious Newborn Photography Expert
Njoi blom dapat tukar sebab akaun under kontrak lagi.. awal bulan Oktober nanti baru habis kontrak.. Lepas tu baru boleh tukar Njoi..
Entri terbaru di blog Anarm — Astro Channel Percuma 29 Ogos hingga 1 September 2014
Bestnya boleh dapat siaran ASTRO Percuma… Kena tonton ni…
Entri terbaru di blog Anuar — Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
aku masih langgan Astro… best tengok History Channel.. HD pulak tu.. hehehe..
psssstt… kalau seminggu FREE, pun best jugak.
Entri terbaru di blog KiD — Jemaah Haji Malaysia berangkat ke Tanah Suci
Keluarga kami cari banyak cara lain untuk hiburan.
Keluar pergi taman. Lebih banyak pasang dvd pilihan yang kandungan ditapis.
Otak kita ni kalau tengok perkara yang diulang ulang akan masuk minda separa sedar.
Sebab tu tak berkenan tengok astro.
Rancangan sama diulang ulang. Secara tak sedar dah pengaruhi kita. Kalau tengok perkara baik.. Bagus
Jika sebaliknya?
Entri terbaru di blog Mazni Azmi — Tempahan Tudung Pengantin Labuh Dari Terengganu
Yup.. Betul tu.. Cuma sekarang ni macam takde pilihan lain untuk tengok TV, kena pasang Astro juga untuk dapatkan siaran.. Kalau takde Astro biasanya gambar TV jadi tak clear..
Bila tengok Astro ni kita kena pandai2 tapis sendiri kandungan rancangan yang kita tengok.. Memang tak bagus kalau tengok rancangan yang bukan2, terutamanya untuk budak2 kecil..
Entri terbaru di blog Anarm — Astro Channel Percuma 29 Ogos hingga 1 September 2014
bagi saya astro nih langgan yang basic pun dah ok. at least dpt tgk tv dengan channel yang terang. itu saja…
Entri terbaru di blog Akuro San — Resepi Tiramisu Cheese Cake 3 Layer
Betul tu.. Sekarang ni pun amik pakej yang murah je.. Tapi lepas habis kontrak nanti ingat nak tukar ke Njoi.. Njoi takde kontrak dan tak perlu komitmen bayar bulan2 kat Astro.. Dapat jimat duit.. TV pun terang.. :)
Entri terbaru di blog Anarm — Astro Channel Percuma 29 Ogos hingga 1 September 2014
nak marah itu hak masing-masing. Sebab memang konsep siaran astro memang begitu sejak sekian lama. Astro tak penah paksa dan halang sapa-sapa untuk langgan pakej mereka.
Unifi kan ada :)
Entri terbaru di blog faizul — Skil Matematik Yang Sekolah Patut Ajar
Cuma UniFi tak semua tempat ada coverage. Jadi, tak semua orang boleh guna UniFi. Rumah aku lagi laa.. Streamyx pun takde.. UniFi takyah cakap lah.. Memang takde..
Entri terbaru di blog Anarm — Astro Channel Percuma 29 Ogos hingga 1 September 2014
Sebenarnya ramai yang tak sedar memang setiap tahun bila tiba hari kemerdekaan astro akan bagi siaran percuma 3 hari.kalau betul la dia nak bagi sebab tanda minta maaf kenapa tak bagi dari hari ni atau semalam…
Ye ke? Nampaknya dapat free tu bukan sebab tanda minta maaf, rupanya sebab hari merdeka. Semua kena tipu la ni.. Huhu
Entri terbaru di blog Anarm — Astro Channel Percuma 29 Ogos hingga 1 September 2014
kalau bagi FREE channel sekalipun…semua siaran ulang2 buat apa kan…hee…
Entri terbaru di blog Ezad Skytech — WW – Hampir Pecah Rekod
Hehehe.. Tapi FREE channel ni paling ditunggu-tunggu pelanggan yang subscribe pakej paling murah. Time ni lah nak pulun layan movie, walaupun dah pernah tengok.. Haha..
Entri terbaru di blog Anarm — Astro Channel Percuma 29 Ogos hingga 1 September 2014
Fuh, macam mana hendak menonton saluran yang banyak tersebut? :-)
masih pakai astro lagi. hoho
Entri terbaru di blog titan — Awak, macam mana nak bakar lemak dibahagian perut?
Baru je langgan Astro hujung tahun lepas. Terpaksa pakai sebab susah nak dapat siaran kalau pakai aerial yg biasa. Itulah asik ulang2 je siaran yg sama. Langgan pun sbb omak den nak tgk maharaja lawak je pn. Tak langgan channel lain. Tp kalau ada alternatif lain yang lebih bagus mgkn pertimbangkan utk stop Astro. Tp kene tunggu kontrak habis dulu.
Entri terbaru di blog Jia Rizaira — Gamer Mengamuk dan Sedih Apabila Video Games Miliknya Dihancurkan
Alternatif lain boleh bertukar ke Njoi – TV satelit percuma daripada Astro. Njoi takde kontrak dan komitmen. Bulan2 dah tak perlu bayar bil Astro. Tapi kena tunggu kontrak habis dulu lah pastu baru tukar ke Njoi.
Kalau omak nak tengok maharaja lawak, boleh guna kad topup Njoi untuk langgan channel maharaja lawak tu.
Entri terbaru di blog Anarm — Astro Channel Percuma 29 Ogos hingga 1 September 2014