Anarm.Net

Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 12/02/2019
You are here: Home » Blogging » 6 Tips Blogging Untuk Tambah Trafik Blog

6 Tips Blogging Untuk Tambah Trafik Blog

08/04/2011 Anarm

  Tweet        

tips asas blogging

Sekarang ni kita dah pun berada dalam bulan April, Tahun 2011. Bulan depan dah masuk bulan Mei (sambil tengok kalendar 2011). Blog ni dah 2 tahun lebih berkongsi info dengan korang semua tentang tips, panduan, tutorial, rahsia-rahsia, entri-entri merepek, dan sebagainya.

Walaupun dah 2 tahun lebih berblog, aku rasa macam ada lagi yang tak kena dengan kaedah yang aku guna untuk blogging. So, aku rasa macam nak tulis beberapa tips asas sebagai peringatan dan panduan bagi diri aku sendiri dan juga bagi blogger-blogger lain, tak kira blogger otai mahupun blogger newbie. Di samping tu, untuk refresh balik motif serta tujuan aku bangunkan blog Anarm.Net ni.

Blogger yang dah terlalu lama dalam dunia blog mungkin ada sesetengahnya dah lupa tentang perkara-perkara asas dalam dunia blog ni. Ilmu asas yang dahulunya kita belajar dan praktikkan sehingga kita mampu berada di tahap sekarang. Yang masih ditakuk lama mungkin sebab tak ikut panduan yang betul. Atau mungkin juga dah belajar benda yang betul tapi kurang bimbingan daripada blogger yang lebih pakar. So, korang kena la rajin-rajin bertanya dengan blogger lama. Jangan segan-segan atau rasa diri tu dah power sangat. Setiap manusia ada kekurangannya. Ingat tu.

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogger, 6 tips asas blogging di bawah ni korang perlu jadikan sebagai panduan untuk korang ke tahap seterusnya. Mungkin boleh bantu korang untuk capai ke tahap Pro Blogger.

  1. K.I.S.S (Keep It Short and Simple)

    Entri blog tak perlu ditulis panjang-panjang. Setiap entri biasanya hanya perlu ditulis 4 atau 5 perenggan sahaja (bergantung pada jenis info yang korang sampaikan). Kalau entri tu terpaksa tulis panjang lebar, mungkin korang boleh cuba ringkaskan ayat dengan sebaik mungkin. Hasil penulisan yang panjangnya lebih daripada 500 patah perkataan tidak mungkin dapat menarik minat pembaca. Bayangkan korang sedang mencari sesuatu info. Adakah korang akan berminat untuk baca hingga habis info yang ditulis panjang lebar atau korang rasa lebih bagus cari info yang ringkas tapi padat? Kebiasaannya, pembaca akan mula hilang minat apabila berdepan dengan entri yang panjang tak hingat.

  2. Entri Yang Mudah Dibaca

    Gunakan bullet, font tebal dan perenggan untuk bantu pembaca kenalpasti point-point utama yang korang nak sampaikan. Di samping tu, gunakan gambar yang sesuai dengan entri untuk lebih memudahkan pembaca faham apa yang korang nak sampaikan.

  3. Pilih Tajuk Yang Menarik

    Apa yang biasanya orang cari di internet? Biasanya pengguna internet akan berminat dengan sesuatu entri apabila membaca tajuknya. Oleh itu, pastikan tajuk entri dipilih dengan betul bagi menarik perhatian pembaca. Elakkan guna tajuk yang nampak ‘baek punya’ tapi entri hampeh, entah apa-apa atau takde kaitan langsung dengan tajuk.

  4. Masukkan Pautan atau Link

    Korang boleh kawal entri blog korang daripada jadi panjang dengan memasukkan link ke maklumat di blog lain. Setiap isi tak perlu dimasukkan semua ke dalam entri. Korang boleh linkkan ke entri blog lain yang mempunyai maklumat yang berkaitan. Beri kebebasan kepada pembaca untuk pilih sama ada diorang nak tahu tentang isi selebihnya ataupun tidak.

    Pastikan setiap link keluar disetkan ‘Open in New Tab‘. Oleh itu, pelawat tak perlu tinggalkan blog korang.

  5. Tulis Dengan Ejaan Yang Betul

    Sesetengah blogger menganggap isu ejaan ni sebagai perkara remeh dan tak ambil berat langsung dengan kesalahan pada ejaan. Sila anggap blog korang sebagai kertas ujian. Adakah korang tak kisah gagal dalam ujian disebabkan salah ejaan? Korang mungkin tak kisah, tapi perkara ni mungkin sesuatu yang akan dinilai oleh pembaca, dan mungkin juga menyusahkan pembaca. Sila buat ‘proof reading’ sebelum publish. Bagi kawan-kawan baca dulu pon bagus jugak. Dah OK baru publish untuk tatapan umum.

  6. Pilih Topik Sesuai Dengan Pengetahuan Korang

    Sila pilih topik yang sesuai untuk korang tulis di blog. Apakah topik yang korang minat? Bila korang tulis sesuatu topik yang korang minat, secara tak langsung korang tahu apa yang korang tulis. Sekiranya ada sebarang persoalan, korang mampu untuk jawab berdasarkan pengetahuan korang. Bila ada yang bertanya, elakkan jawab “try ko Google sendiri” sebab yang bertanya tu mungkin nampak korang arif dengan topik yang korang tulis. Kalau tak, dah lama diorang Google sendiri. Tak payah disuruh.
     

Blogging sebenarnya untuk sebarkan sesuatu maklumat kepada pengguna internet, bukannya untuk trafik dan duit semata-mata. Jika disalahguna kuasa blog, tak mustahil suatu hari nanti internet hanya akan dipenuhi dengan maklumat-maklumat ‘sampah’. Adik-adik atau anak-anak kita nak cari bahan rujukan nanti pon jadi susah. Lain yang di-Google, lain yang dapat. Aku dah banyak kali kena. Hangin satu badan!

Tapi sekarang ni aku rasa ramai blogger yang dah tak kisah sangat dengan benda ni. Diorang lebih pentingkan traffik blog, ping blog, klik-klik iklan, buffered earning, duit nuffnang, populariti, bla bla bla..

Artikel Lain Yang Menarik

  • Tips Blog Berjaya Pada Tahun 2010
  • Dapat Trafik Guna Duit Adalah Cara Hina?
  • Tips Keselamatan Blog WordPress
  • Belajar Blogging di Nuffnang Blogopolis 2012
  • Genesis Framework Pilihan Theme Untuk Blog
  Tweet        

Kategori : Blogging, Tips dan Panduan Keyword : cara tulis entri blog dengan betul, dapat trafik blog tinggi, kongsi maklumat melalui blog, kuasa blog, tips asas blogging

Tentang Penulis

Pemilik blog Anarm.Net (Anarm Network). Seorang blogger sepenuh masa, dan pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX.

Previous article:
Cara Forward Email Yahoo ke Gmail
Next article:
Kesalahan Jemaah Solat Jumaat

97 Comments

  1. pandabear says

    20/03/2012 at 12:34 AM

    tips yang menarik.. keep it up bro :cool:

  2. lyickherry says

    29/02/2012 at 12:35 AM

    tip yg bagus untuk para bloger baru berjinak2 dlm dunia blog.

  3. QG says

    03/07/2011 at 6:47 PM

    Bagus topik ni. Saya pun baru belajar dan mmg perlu info2 macam ni! Kalau ada masa, masuk la blog saya , tengok dan beri komen membina! ~ Terima kasih
    Entri terbaru di blog QG — 5 tips Kepelbagian Lukisan Kanvas

  4. Zaini says

    27/06/2011 at 12:23 AM

    Saya paling sokong point no.5. Ramai anggap isu ini remeh-temeh tetapi siapa lagi kalau bukan kita nak angkat martabat Bahasa Melayu. Walaupun sekadar dalam blog.
    Entri terbaru di blog Zaini — Jom Menang Hadiah: Sertai Peraduan ‘Kenapa Saya Suka Komputer Saya?’

  5. mirul says

    05/06/2011 at 9:44 PM

    thx for the sharing.
    saya buat blog setakat nih just sebab nak sharing je. dulu masa baru start pikir sangat pasal trafik. tapi kalau asik pikirkan pasal trafik, lama lama fedap lah. hahhaaa.
    Entri terbaru di blog mirul — Gathering Blogger Perak edisi 4 Jun 2011

  6. reezluv says

    04/05/2011 at 12:39 PM

    tapi baru-baru ni aku rasa macam aku tulih panjang sangat plak dari biasa..dah macam Ijad plak aku tulih..tetibe je rasa dah panjang..eh? :w00t:

    terkenang plak aku masa memula blogging, takde arah tujuan langsung..hhuhu..

    tapi aku agak pelik ngan sesetengah blogger, post tah hape hape..takde apa pun dikongsikan kepada reader..sampaikan aku rasa takde rasa nak komen pun..tapi ramai sungguh yang komen pasal blog tu femes..hehe..

    aku suka singgah dan komen kat blog-blog yang aku rasa ada valuable info..memang best baca..sampai kekadang tu masuk dalam majalah plak..adeh..:P

  7. nizam says

    26/04/2011 at 8:38 PM

    blogger sekarang lebih pentingkan populariti,iklan,earning… itu je diorang nampak…
    bukan nak berkongsi ilmu yang bermanfaat…
    Entri terbaru di blog nizam — Kisah Cinta Komedi Filem Cun

  8. Mus says

    26/04/2011 at 9:10 AM

    aku biasa membuat entri dari gambar yang amku ambik..
    nak buat liveblogging tak pandai.. :cwy:
    Entri terbaru di blog Mus — Khasiat Buah Pisang

  9. haru says

    24/04/2011 at 10:21 PM

    aku suke tips KISS tu..hehe..

    tp aku still learning cmne nak buat artkel cmtu..simple tp catchy..memerlukan byk pembacaan drpd blog, buku dan apa sahaja..mmg ssh..

    apapn thanks 4 all da tips bro.. :D
    Entri terbaru di blog haru — 10 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

  10. SyafzMagz says

    23/04/2011 at 2:34 AM

    terima kasih…
    Kadang-kadang aku terpikir, pembaca fahamke apa yang aku tulis? aku buat post ikut suka hati je nak buat ayat macam mana…

    Thanks for sharing~ :happy:

  11. Mohd Isa says

    21/04/2011 at 10:23 PM

    nice entry bro, cayalah. tips terbaik daripada anarm, eh2…sama gak ng aku. bulan depan genaplah usia domain aku dua tahun. hehe, ringkas tapi bermakna, utk point no.1 memang terbaik. tp ada setengah blogger, tulis memang takda isi. pastu tetiba terus kasi link keluar. baik share kat twitter je. ades…takda kualiti lansung.
    Entri terbaru di blog Mohd Isa — 7 Tips SEO Pada Laman Untuk Blogger

    • Anarm says

      22/04/2011 at 1:02 AM

      @Mohd Isa, takpe la.. tu kan blog dia.. jgn tegur.. kang dia publish ‘entri khas’ untuk ko plak.. kih3..

      • Mohd Isa says

        22/04/2011 at 12:33 PM

        @Anarm, ko macam tau2 je aku maksudkan sapa yerk. tu aku layan jerk, kang tegur mesti terasa hati. haha
        Entri terbaru di blog Mohd Isa — Mengumpat Itu Keji

  12. wazy says

    21/04/2011 at 8:53 PM

    K.I.S.S tu terbaik
    bab ejaan pun kadang-kdang aku terlepas pandang
    sekarang ni kalau nak publish entri baru,aku biasanya akan cek 2-3 kali supaya tiada kesalaha ejaan
    Entri terbaru di blog wazy — Otep-Confrontation

    • Anarm says

      22/04/2011 at 1:00 AM

      @wazy, buat proofreading sebelum publish satu tindakan yang pro.. terbaik!

  13. Esempoi says

    20/04/2011 at 7:01 PM

    wat post sederhana pendek pun ok..

  14. Richie says

    19/04/2011 at 8:51 AM

    aku paling suka KISS…hehehehe
    Entri terbaru di blog Richie — Kad Bisnes Dan Perniagaan Internet

    • Anarm says

      19/04/2011 at 8:41 PM

      @Richie, ramai kot yang suka KISS.. aku pon.. hehe..

  15. reezluv says

    16/04/2011 at 7:06 PM

    kadang-kadang aku tak paham blogger-blogger cilik/blogspot ni tulis entri tah apa apa…nak baca pun rasa pelik jek..adoih..ada bling2 lagik.. :biggrin:

  16. Hafism says

    16/04/2011 at 11:52 AM

    ok aku suke KISS :P

  17. MokhZam says

    15/04/2011 at 12:27 PM

    ermmm…
    no.1-untuk yang ni aku pun bukan tulis panjang2, tulis pendek2 je janji orang paham maksud pun sampai…kalau entri berkaitan tutorial mungkin panjang sket kot, tak pun banyakkan sc untuk mudah paham

    no.2-nak tambah sket, align entri lebih cantik guna justify baru nampak kemas :lol:

    no.3-aku setuju sangat dengan point ni, ade gak aku jumpa tajuk memang baeekkk punye bila tengok entri ek elehh…hampeh…lagi satu guna keyword tak ade relate langsung dengan entri lagi…ntah hape2 la

    no.4-memang dah praktik, rugi la kalau tak set macam tu nanti pelawat terus tinggalkan blog

    no.5-kadang2 pun aku ada jugak salah tulis, kalau perasan tu cepat2la betulkan…lagi satu yang aku biasa buat aku akan italic kan perkataan yang guna bahasa inggeris supaya ada perbezaan (dah terbiasa buat macam ni)

    no.6-memang kena buat macam ni, tulis apa yang tau…kalau tulis yang tak tau macam mana ye?…sendiri2 pahamla

    masa mula2 berblog dulu untuk duit, means 1st duit 2nd blog tapi sekarang duit tu sambil2 je 1st is blog…aku tak kisah sangat trafik banyak ke, klik banyak ke yang penting aku kongsi apa yang aku tau…dan tak kisahla korang dah tau ke tak apa yang aku tulis..yang penting sharing is caring :biggrin:

    *bro, sori ye…panjang pulak komen aku kat blog ni, suka bangat dengan ayat last ko tu :whistle:

    • Anarm says

      15/04/2011 at 8:51 PM

      @MokhZam, takpe komen panjang2.. komen panjang camni ditambah dengan pendapat bg topik yg dibaca LAGI BAGUS daripada komen “nice entri bro”.. kan?

      1) Entri berbentuk tutorial biasanya memang ditulis panjang.. tutorial akan jadi lagi bagus kalau kita selitkan gambar / screenshot supaya reader akan lebih faham apa yg kita ajar..

      2) Alignment justify untuk bahagian content memang akan nampak lebih kemas.. tapi banyak theme yang tak set justify dan blogger pon ramai yg tak reti nak tukar alignment tu (atau saja taknak buat justify).. sebaiknya, bila kita dah jadi blogger, kita perlu belajar jugak bagaimana nak bermain dengan code2 theme dan sebagainya.. bukan hanya tahu menulis je..

      3) Blogger sekarang lebih suka org masuk blog dia sebab tajuk yg menarik.. diorang tak kisah isi menarik ke tak asalkan dapat trafik daripada tajuk yg eye-catch tu..

      4) Open in new tab memang wajib bg link yang keluar dr blog.. selebihnya….. no komen.. :P

      5) Aku pon kadang2 buat italic kat perkataan english.. tapi kadang2 terlupa.. italic tu format yang betul bagi perkataan english dalam penulisan2 buku.. termasuk jugak blog.. di samping tu, ianya SEO..

      6) Kalau tulis sesuatu yang kita sendiri tak faham apa yang kita tulis (mungkin copy paste), secara tak langsung kita hanya memperbodohkan diri sendiri..

      masa aku mula2 buat blog dulu, tujuan utama aku buat blog, utk belajar selok-belok pembangunan laman web.. 2nd, nak share sesuatu dengan pembaca.. 3rd baru duit.. alhamdulillah sampai sekarang masih berpegang pada prinsip tu.. tapi kadang2 tu tak terfikir langsung pasal duit..

      • MokhZam says

        22/04/2011 at 3:53 PM

        @Anarm, harap2 blogger2 lain dapat ambik input yang berguna ni untuk dijadikan sebagai panduan…aku pun masih belajar, banyak lagi yang aku tak tau, sama2 kita share :biggrin:

  18. chybee says

    15/04/2011 at 2:14 AM

    chybee baru nak masuk setahun jagung :D
    Entri terbaru di blog chybee — Reborn Baby

    • Anarm says

      15/04/2011 at 3:33 AM

      @chybee, takpe.. merangkak slow-slow.. biar lambat asal selamat.. hehe.. :happy:

  19. Ustaz Love says

    15/04/2011 at 12:52 AM

    Salam..

    sahih2 ;)
    Entri terbaru di blog Ustaz Love — Tutorial – 6 Tips Bagaimana Memilih Pelan Hosting Yang Sesuai

    • Anarm says

      15/04/2011 at 3:31 AM

      @Ustaz Love, waalaikummussalam.. mekasih sebab singgah..

  20. nas says

    15/04/2011 at 12:48 AM

    nice entry! suke2.. aku punye blog makin lama makin kurg best.. sbb tajuk dia xbest.. hahahahaa… nanti aku nk cari info yg best2 sket,kurangkan personal diary dlm blog n ringkaskan entri.. biar ramai boleh baca dengan baik :)
    Entri terbaru di blog nas — Final Exam Semester 4 Bakal Menjelma!

    • Anarm says

      15/04/2011 at 3:32 AM

      @nas, personal diary kalau diselitkan dengan info atau isu2 menarik, mungkin seronok jugak org baca..

  21. mancai says

    14/04/2011 at 6:30 PM

    pasal ejaan tu kekadang tersasar pulak… terima kasih tips manfaat ni

    • Anarm says

      14/04/2011 at 11:36 PM

      @mancai, kalau tersasar sikit tu takpe.. asalkan orang faham.. jangan sampai tersasar keluar ayat SMS yang orang susah nak faham dah la..

  22. zool says

    14/04/2011 at 11:34 AM

    Blog aku caca marba.. hentam je la..

  23. Syafrizal says

    13/04/2011 at 3:04 PM

    Aku pun tak berapa gemar kalau orang yang pentingkan klik dan iklan sahaja. Aku tetap berpegang pada isi kandungan yang ditulis hehe.
    Entri terbaru di blog Syafrizal — Pemasaran email yang sangat berkesan

    • Anarm says

      13/04/2011 at 8:08 PM

      @Syafrizal, kekuatan sebuah blog sebenarnya bergantung pada content.. betul tak? kalau content entah apa2, mana2 advertiser pon taknak bg duit iklan kat kita..

  24. samanosuke_04 says

    13/04/2011 at 1:16 PM

    kekadang tak perlu tulis pasal apa yang ader dalam pengetahuan kite jer, aku bila blajar benda baru, walaupun still noob dalam bidang tue, aku tulis dan bagitau jaa kat orang ramai, supaya yang pro bleh betulkan aku, dan yang noob bleh paham melalui kepahaman aku.. hoho

    tapi nice tips, bagi yang open link in new tabs tue.. tak terpikir lak seblom nie..
    Entri terbaru di blog samanosuke_04 — Teknik Mudah Download Lagu Jiwang Dengan 4shared

    • Anarm says

      13/04/2011 at 8:06 PM

      @samanosuke_04, betul tu.. betul.. kalau macam aku ni, biasanya aku tulis sesuatu yg aku tahu je.. walaupun tak banyak, tahu sikit2 pon jadi la.. aku tak berani nak tulis benda yg aku tak tahu langsung.. dan kalau aku rasa nk share jugak benda tu, aku akan buat research dulu sikit2..

  25. zety says

    12/04/2011 at 11:59 PM

    sebagai newbie, saya cuba untuk buat yang no 1,2 dan 3. tapi menyentuh bab no 3. memang kadnag2 sakit ati jugak la. tajuk bukan maennn hebat agy. tapi agak kureng. :getlost: nampak sangat nak mengejar traffic. dan itu menyebabkan senangnya terjadi bounce rate, kan. no. 5 tu pulak, hehe..kadang2 tersasul gak ayat2 msg. tapi makin ari cuba improve kan la. sebab blog bukan untuk diri sendiri yang baca.

    p/s : tapikan en anarm, wp sy newbie, no iklan2 at my blog. huhu.. :wink:

    Entri terbaru di blog zety — anwar ibrahim suruhanjaya dirajavideo seks tanggungjawab wan azizah dan jam tangan mengarut!!

    • Anarm says

      13/04/2011 at 1:26 AM

      @zety, sesetengah blogger ada yang tak kisah kalau tak letak iklan kat blog.. sesetengah lagi memang perlukan iklan.. dan dibayar.. mungkin untuk tampung kos hosting + domain.. lagipon tak salah kalau nak pasang iklan kat blog.. cuma kadang2 tu jangan terlampau taksub kejar duit iklan sampaikan setiap entri blog asyik tulis tentang duit yang dapat (atau tak dapat)..

      p/s: sama la kita.. sy pon newbie jugak.. :happy: hehe

      • zety says

        13/04/2011 at 4:41 PM

        @Anarm,

        memang tak salah letak iklan. tambah2 yang da terkenal tu, leh dapat income gak. cumanya as newbie, saya takdak la letak iklan2 nuffnang tu.

        tapi tu la. kalau asyik tulis entry berkenaan iklan, hurm, tak best gak kan. tapi kalau entry yang memang dibayar macam mana pulak? post tentang sesuatu produk, dan sure2 la di bayar kan. apa istilah ye. post per paid eh?

        p/s : eleh, ye ye la tu newbie.. :silly:
        Entri terbaru di blog zety — anwar ibrahim suruhanjaya dirajavideo seks tanggungjawab wan azizah dan jam tangan mengarut!!

        • Anarm says

          13/04/2011 at 7:57 PM

          @zety, post berbayar tu tak tau la pulak istilah dia apa.. sy kan newbie.. hehe.. PayPerPost kot… :P

  26. nizam says

    12/04/2011 at 5:30 PM

    nizam suka pendapat bro…
    betul setiap entri kadang-kadang tak perlu panjang, lebih-lebih lagi entri personal..
    sepatutnya entri ringkas dan senang difahami but depends on apa yang kita sampaikan.
    lagi satu, elakkan dari entri yang copy paste kan.. baik tulis apa yang kita tahu daripada merepek dan kita sendiri tak faham apa yang kita tulis.
    sama juga ejaan, memang masih ramai yang tak ambil kisah bab ni. mungkin bagi diorang tak penting. hmm..
    Entri terbaru di blog nizam — Jangan Tiru Bulat-bulat

    • Anarm says

      12/04/2011 at 11:10 PM

      @nizam, tak tau nak cakap apa dah.. terpulang pada diorang jela.. tu kan blog diorang.. keh3..

  27. GreenLava says

    12/04/2011 at 11:54 AM

    Sangat setuju dengan yang no. 6. Kalau buat tutorial, orang tanya tak boleh jawab…malu weh :)
    Entri terbaru di blog GreenLava — Preview of Blogger related content feature

    • Anarm says

      12/04/2011 at 2:11 PM

      @GreenLava, dah banyak jumpa blogger jenis macam tu.. ingatkan dia tau apa yg dia tulis.. rupanya….. :getlost:

  28. titan says

    12/04/2011 at 5:11 AM

    aku dah lupa apa aku nak komen masa baca entri nih..aduhh.. :pinch:
    Entri terbaru di blog titan — Komisen kedua dari PanduanDplicom

  29. [email protected] Plans says

    11/04/2011 at 10:07 PM

    Tips terbaek ne,selalu blogging tapi tak pernah titik beratkan isu-isu seperti ini,tapi sekarang dah tahu sikit 2
    Entri terbaru di blog [email protected] Plans — DIY Chicken Shed Plans

  30. zuls says

    11/04/2011 at 12:24 PM

    Aku suka ayat yang last juga.

    Sebenarnya nak dapat traffic bukannya susah kalau tau cara. Tapi bila yang dicari ialah kepuasan, sudah tentu traffic akan jatuh pada tangga ke dua mungkin ke tiga ke empat.

    Kepuasan dalam menulis ni banyak. Bagi aku. Aku puas kalau dapat menulis dengan original.

    Payah bagi yang kurang lancar menulis macam aku ni, draft lagi banyak dari post. Tapi berbaloi.
    Entri terbaru di blog zuls — Malasnya Buka akaun Paypal

    • Anarm says

      12/04/2011 at 2:08 PM

      @zuls, sama la.. blog aku pon draft lagi banyak dari post.. yg dah siap tulis pon ada tapi dok biar lagi kat draft.. tak tau nak publish ke tak.. kadang2 bila dah siap tulis, ada jugak yang aku delete sebab rasa macam tak perlu publish.. banyak buang masa.. haha.. tak best kot kalau entri sama dengan blog2 lain.. hanya publish yg original je..

  31. Sabahan Bloggers Club says

    11/04/2011 at 12:21 PM

    Yang nombor 4 tu, kalau untuk blogspot, boleh letakkan
    target=”blank”
    dalam link yang diletakkan untuk post.
    Entri terbaru di blog Sabahan Bloggers Club — Related post for blogspot-below post

  32. mijae says

    10/04/2011 at 7:25 PM

    kaunyer entry ni dah lebih 5 perenggan ni cane tu?hahaha

    • Anarm says

      12/04/2011 at 2:03 PM

      @mijae, kalau ikutkan yg asal, lagi panjang.. ni pon aku dah ringkaskan kaw2.. jadi la panjang ni je.. lagipon aku rasa entri macam ni perlu ditulis panjang2.. tapi takde la panjang sgt kan? keh3..

  33. abdfatah says

    10/04/2011 at 3:37 PM

    menarik sungguh ini blog. banyak panduan dan tips berguna untuk para bloggers…

    entry blog aku entah apa-apa.

    banyak menda lagi yang nak kena perbaiki sana sini… hehehehe
    Entri terbaru di blog abdfatah — Panduan Temuduga DPLI – 15 punca kegagalan dalam temuduga pendidikan

    • Anarm says

      12/04/2011 at 2:02 PM

      @abdfatah, kat blog tak kisah nk tulis bende ntah apa2 pon.. yg penting ianya boleh menarik minat org untuk baca..

  34. heliantuse says

    09/04/2011 at 3:03 PM

    Entri yang bermanfaat. Terima kasih.

    Dah terbiasa dan suka tulis panjang-panjang. Tapi tengah ubah dari segi perenggan, guna ayat lebih pendek & direct, bold/underline isi penting serta guna bullet points.
    Entri terbaru di blog heliantuse — 3 Frasa Yang Superpower

    • Anarm says

      09/04/2011 at 8:24 PM

      @heliantuse, ayat yg pendek dan direct to the point memang memudahkan org nk baca.. tak perlu tulis perkara yang takde kena mengena dengan topik.. mcm yg dibuat oleh ramai blogger sekarang ni.. mungkin tak sedar, tapi masih boleh diperbaiki kalau nak..

      P/S: masih takde gambar untuk komen lagi ke? daftar di http://gravatar.com untuk paparkan gambar pada komen.. :wink:

  35. Pejuang Kesenian extreme says

    09/04/2011 at 10:51 AM

    Pasal penulisan panjang tu memang betul benda ni bakal menyebabkan sesetengah pembaca hilang minat utk membaca..Hasilnya terhasillah komen2 di entri tersebut yang berbentuk splastik padahal dia tak baca pon entri tu..
    Entri terbaru di blog Pejuang Kesenian extreme — Bila Usopbook menggantikan Facebook

    • Anarm says

      09/04/2011 at 8:18 PM

      @Pejuang Kesenian extreme, oleh sebab malas, diorang pon terus komen ‘thanks for sharing’, ‘bagus entri ni’, ‘cool’, dan lain2.. takde sebarang input dalam komen diorang.. kita nak reply pon tak tau nk tulis apa.. bila tak reply, diorang ckp sombong plak.. macam2 hal..

      • Pejuang Kesenian Extreme says

        09/04/2011 at 11:19 PM

        @Anarm,lepas terkeluar entri kenapa blogger pakai WordPress sombong,kenapa blogger top sombong.. Hihi
        Entri terbaru di blog Pejuang Kesenian Extreme — Bila Usopbook menggantikan Facebook

  36. Izwan says

    09/04/2011 at 8:32 AM

    aku pn bru 5 bulan.. :biggrin:
    part tajuk gempak isi salah tu paling tensen..tipah tertipu !! :angry:

    ayat2 last tu..nampak cam dunia blogger dulu dengan sekarang jauh beza la eh..aku tak berada dalam zaman awal2 blogger naik,tak tau camane feelnya,hanya dapat bayangkan je.. skrg ada isu blogger sama popular cam artis.. :silly:
    Entri terbaru di blog Izwan — 5 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

    • Anarm says

      09/04/2011 at 8:15 PM

      @Izwan, aku ingat lagi 1st time aku mula blogging.. memang tak banyak yang bercerita tentang duit ke trafik ke.. yg ada pon beberapa kerat je tapi diorang buat dengan cara yg betul.. tak macam sekarang..

  37. Denaihati says

    09/04/2011 at 8:01 AM

    Kekadang tulisan kita jadi panjang kerana menulis benda yg sama berulang kali. Blog ni mengajar kita menjadi penulis yg baik dgn susun atur ayat, tata bahasa dan ejaan yg betul. Tidak kurang juga yg semakin mahir bahasa english.

    Memang banyak faedah mengendalikan blog ini bukan sekadar duit dan pooular sahaja.
    Entri terbaru di blog Denaihati — F1 Malaysia Grand Prix 2011

    • Anarm says

      09/04/2011 at 8:10 PM

      @Denaihati, betul betul.. kadang2 kita tak sedar kita ulang 2 3 kali ayat yg sama.. sebab tu entri jadi panjang.. kalau kita baca dulu sebelum publish apa yg kita dah tulis, mungkin kita akan nampak kesalahan yg kita tak sengaja buat tu..

  38. aizuddin says

    09/04/2011 at 2:45 AM

    aku pun tak tau sama ada aku punya entri2 tu menarik untuk orang baca ke tak..kalau la ada pengkritik..senang sikit nak improve ni..ce cite sikit :pouty:
    Entri terbaru di blog aizuddin — Cek Pertama Dari Churp-Churp

    • Anarm says

      09/04/2011 at 4:17 AM

      @aizuddin, nak cite pasal menarik ke tak menarik, banyak benda tu nak kene tengok.. senang citer, ko tengok je keyword ape yg banyak masuk blog ko.. pastu ko ce citer ce citer la yg ada kene mengena dengan keyword tu..

  39. Affan says

    09/04/2011 at 1:11 AM

    hehe. aku suka ayat ko yang last tu
    Entri terbaru di blog Affan — Beza Hidup di Kanada dan Malaysia

    • Anarm says

      09/04/2011 at 1:39 AM

      @Affan, aku pon suka ayat last yg aku tulis tu.. hahahaha.. memang ramai yg macam tu.. kan? kan? kan?

  40. MuJE says

    09/04/2011 at 1:07 AM

    mostly sume orang buat blog kat blogspot dulu baru pindah WP. Aku suka buat tutorial dan apa saja yang aku dah buat pastu share kat blog. Biar sape-sape yang ada persoalan yang sama macam aku dapat jawapan tu.

    point pertama tu ikut jenis post jugak tapi cam kenot go jer ngan aku… :whistle:

    • Anarm says

      09/04/2011 at 1:38 AM

      @MuJE, ‘apa yg ko dah buat’ tu menunjukkan ko tahu apa yang dikongsi dengan pembaca.. so, takde masalah la kalo diorang tanya macam2 kan? senang je nak jawab soalan kalau kita tahu apa yg kita tulis.. ada sesetengah blogger tu, bila kita tanya, dia suruh google.. ntah pape..

  41. PakarBuahPinggang says

    09/04/2011 at 1:00 AM

    Salam admin,

    Saya melihatkan walaupun 6 tip yang dikongsikan di atas lebih kepada perkara-perkara asas,tetapi ianya penting dan akan memberikan kesan positif untuk jangkamasa yang panjang.

    Contohnya,penjagaan ejaan perkataan yang ditulis.Nampak macam simple dan ada sesetengahnya mengabaikan perkara ini.Tetapi dalam jangka masa panjang kita akan menunjukkan yang kita adalah blogger yang profesional.

    Saya suka dengan tulisan bro dibaris terakhir sekali.Memang kadang-kadang saya pun pernah kena,tajuk yang ditulis langsung tak berkaitan dengan entry ataupun maklumat yang berikan tak lengkap.Tajuk yang diletakkan lebih kepada nak menarik traffik.Memang angin jugalah.
    Entri terbaru di blog PakarBuahPinggang — Potassium &amp Kaitannya Dengan Penyakit Buah Pinggang KronikBah 2

    • Anarm says

      09/04/2011 at 1:35 AM

      @PakarBuahPinggang, sebab tu di akhir ayat ada ditulis yang blogger sekarang ni hanya lebih pentingkan trafik, duit dan lain-lain.. diorang pilih tajuk yang menarik perhatian tapi pengisian pada artikel memang jauh panggang dari api.. tak mustahil satu masa nanti, di internet dah susah nak cari info-info berguna..

  42. Ikhwan says

    09/04/2011 at 12:23 AM

    Nak tulis panjang-panjang = mengarut :whistle:
    Entri terbaru di blog Ikhwan — Selamat Hari Jadi Saymy! Menangi Hadiah Setiap Hari Selama 30 Hari

    • Anarm says

      09/04/2011 at 12:59 AM

      @Ikhwan, hahaha.. takde masalah.. dan takde paksaan.. asalkan kita selesa dengan cara kita berblogging.. kipidap~

  43. Miss Meen says

    09/04/2011 at 12:18 AM

    :cheerful:
    0key dah faham …
    tq inf0 :biggrin:
    Entri terbaru di blog Miss Meen — Berdoa Di Mana-Mana Sentiasa iluvislamcom discover the beauty of islam

  44. Bean Moreno says

    08/04/2011 at 11:43 PM

    saya baru je menulis blog…anda salah satu rujukan saya ..tq

    • Anarm says

      09/04/2011 at 12:57 AM

      @Bean Moreno, terima kasih.. kalau nak lebih byk ilmu bab2 blogging ni, aku suggest banyakkan rujuk blog2 luar terutamanya blog dr indonesia.. blog2 diorang aku tak nafikan memang banyak info yang tak pernah dicerita oleh blogger malaysia.. dari segi SEO, cara buat duit blog, tutorial2, nak hacking2 atau sebagainya, sumber dari sana memang bagus.. blog kat malaysia ni pun ada je tapi sikit, dan tak berapa menonjol..

  45. Izamir Ridzwan says

    08/04/2011 at 10:55 PM

    yeah mmg IR selalu 4.5 perenggan saja

    p/s: ajar lah nk buat smiley kt komen ni :biggrin:
    Entri terbaru di blog Izamir Ridzwan — Oke- IR Terima Pandangan Rakyat Jelata Lebah Muncul Kembali

    • Anarm says

      08/04/2011 at 11:03 PM

      @Izamir Ridzwan, kat komen ni pakai plugin ‘Smilies Themer‘ untuk buat smiley..

      • Izamir Ridzwan says

        08/04/2011 at 11:11 PM

        @Anarm, owh terima kasih :cheerful:
        Entri terbaru di blog Izamir Ridzwan — Oke- IR Terima Pandangan Rakyat Jelata Lebah Muncul Kembali

  46. aman says

    08/04/2011 at 9:54 PM

    ayat ending takleh blah. haha.

    P.S: Point pertama cam bertentangan dengan entri nie. Lalalala~
    Entri terbaru di blog aman — Celcom Menawarkan Panggilan Serendah 28 Sen Untuk 10 Minit

    • Anarm says

      08/04/2011 at 10:42 PM

      @aman, aku dah agak ada yang akan komen pasal point pertama.. aku kalau dah menaip memang tak sedar apa dah.. kah3.. point pertama tu tak ketat sgt kot law dia.. hahaha.. :tongue:

      • aman says

        09/04/2011 at 12:21 AM

        @Anarm, ehe. maybe hang leh wat tambahan, panjangkan ayat mengikut keperluan. ringkaskan sebaik mungkin. :D
        Entri terbaru di blog aman — Celcom Menawarkan Panggilan Serendah 28 Sen Untuk 10 Minit

        • Anarm says

          09/04/2011 at 12:47 AM

          @aman, aku dah tulis “bergantung pada info yang korang sampaikan”.. takde org paham ek? ok ok.. aku edit balik ayat tu.. huhuuu..

  47. woot woot says

    08/04/2011 at 9:11 PM

    aku memang suke tulis panjang..sob sob..da name blog personall..takpe la orang tamo bace pon.yang penting aku bace..hehehe :P
    Entri terbaru di blog woot woot — perbetolkan niat blogging anda please

    • Anarm says

      08/04/2011 at 9:31 PM

      @woot woot, blog personal tak terikat sangat.. boleh je nak tulis macam mana pon, org tetap akan baca kalau menarik.. tak gitu? haha.. yg diceritakan kat sini cuma trick yang boleh digunakan untuk buat entri jadi menarik dan ada seni.. huhu.. aku pon ceduk ilmu dari blogger2 otai kat luar sana.. aku follow step diorang je.. mana la tau kot2 boleh berjaya macam diorang jugak kan.. :whistle:

  48. innanie the lawyer says

    08/04/2011 at 8:52 PM

    salam

    sangat membantu tips yang dberikan. cuma nak tanya, macam mana nak setting up the open new tab tu ye.

    maaf baru je berbloging! belum sampai setahun pun… hrap sudi share tips dan ilmu.

    terima kasih byk atas kesudian tu ye!
    Entri terbaru di blog innanie the lawyer — Koleksi Gemilang Jaclyn Victor Memang Mantap! Korang Dengarlah

    • Anarm says

      08/04/2011 at 9:10 PM

      @innanie the lawyer, untuk setting ‘open in new tab’ atau ‘open in new windows’ tu, kena tengok pada coding HTML.. contoh link yang biasa2 macam ni :

      <a href="http://coklateyes.blogspot.com ">BLOG AWAK</a>

      BLOG AWAK tu link berbentuk teks.. bila klik kat teks link tu, dia akan open pada tab / windows yang sama.. so, blog kita dah kene replace dengan page BLOG AWAK tu.. utk set jadikan ‘open in new tab’, code HTML dia macam ni pulak..

      <a href="http://coklateyes.blogspot.com " target="_blank">BLOG AWAK</a>

      hanya tambah code target=”_blank” pada code..

      harap ianya membantu..

  49. syahrilhafiz says

    08/04/2011 at 8:49 PM

    wah~
    aku stat dengan blogging tahun lepas, itu pun dengan blogspot dulu
    kemudian baru WP nak masuk setahun jagung dah
    alhamdulillah banyak benda aku belajar dengan sahabat-shabat! semua ni yang baik2 hati.. :w00t:
    Entri terbaru di blog syahrilhafiz — Cara-Cara Nak Dapatkan Perhatian Blogger Popular

    • Anarm says

      08/04/2011 at 9:03 PM

      @syahrilhafiz, blogger.. walaupun tak pernah jumpe, kira macam dah kenal lama dah.. takde hal la tolong2, share2 ilmu.. tapi kalau dah femes nanti, jgn kerek dah la.. kalau kerek nanti ramai benci.. keh3..

      • syahrilhafiz says

        09/04/2011 at 9:12 AM

        @Anarm, kerek? :whistle: selama ni aku tak pernah buat macam tu taw..ekeke
        Entri terbaru di blog syahrilhafiz — Cara-Cara Nak Dapatkan Perhatian Blogger Popular

  50. serol says

    08/04/2011 at 8:44 PM

    aku kadang2 tu terlulis panjang juga lah. bercerita punya pasal.haha..

    point no 4 tu aku jarang buat. selalu copipes, so result dia terelbih panjang pula..bagus2
    Entri terbaru di blog serol — Misteri Jam 12-rancangan radio yang seram

    • Anarm says

      08/04/2011 at 8:52 PM

      @serol, banyak trick sebenarnya boleh kita buat walaupun kita hanya copy paste.. mungkin kita boleh copy paste sikit je ayat dr sumber yg kita rujuk, lepas tu letak link ke sana untuk ayat yang selebihnya (untuk reader yg rasa nak tau).. secara tak langsung, kita bleh share info + ada buat internal atau external link..

  51. Hisyam says

    08/04/2011 at 8:38 PM

    Hahaha, betul tu. Entri panjang pun tak perlu jugak. tapi kalau perlu entri tu panjang tak pe kot.
    Entri terbaru di blog Hisyam — Hisyam92 DOT Com Kini Berwajah Baru

    • muhammad fakhruddin says

      08/04/2011 at 8:41 PM

      @Hisyam, kadang kala perlu entri panjang kalau ia bersifat ilmiah seperti di SaifulIslam.com :biggrin:
      Entri terbaru di blog muhammad fakhruddin — Merong Mahawangsa Jelmaan Al-Fateh

    • Anarm says

      08/04/2011 at 8:44 PM

      @Hisyam, kalau topik yang kita pilih tu memang perlu explain panjang lebar, yang tu tak kisah la tulis panjang ke tak.. tapi kalau boleh, buat entri tu tak penatkan pembaca.. sebab tu perlu selitkan beberapa gambar untuk bagi pembaca rehatkan mata sekejap sebelum sambung baca.. lagipun kalau guna gambar, entri nampak menarik sikit kan..

    • afique says

      08/04/2011 at 11:22 PM

      @Hisyam, betul tu bro hisyam. sesetengah entri memang kita terpaksa tulis dengan panjang lebar.
      Entri terbaru di blog afique — Featured- Penting Ke Status Teruna Dan Dara

  52. Piratz says

    08/04/2011 at 8:33 PM

    Eh.. sama la.. bulan depan pun dah masuk 2 tahun ++ aku tulis blog….

    • Anarm says

      08/04/2011 at 8:37 PM

      @Piratz, aku dekat 3 tahun kot.. hampir setahun dengan blogspot..

Penulis

Entri Terkini

  • USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak
  • Selamat Tahun Baru 2019
  • Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB
  • Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Pelawat Paling Mesra

  • Ani Haryani

Langgan RSS Feed

Langgan entri blog Anarm.Net melalui Email:

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Anarm.Net

Dikuasakan oleh GB Webhosting · Dibuat dengan cinta di Ampang ♥