Zon Internet 3G Wireless Dalam Rumah

zon internet wireless dalam rumah

Bertandang ke Low Yat Plaza beberapa hari yang lalu berjaya mengakhiri penderitaan aku dengan sambungan internet. Laptop yang dibelai manja setiap hari kini dah mula menunjukkan tanda-tanda dah nak tua. Lepas hantar repair (warranty) tahun lepas, terus dia buat hal. CD-ROM dah tak boleh read CD/DVD. Tu tak kisah sangat. Yang menjadi masalah, USB Port hanya 1 je yang berfungsi. Yang selebihnya dah tak boleh detect apa-apa sambungan dah. Bila dah 1 port je yang berfungsi, menyusahkan aku untuk connect Mouse, Maxis Broadband, Cooler Fan, dan sebagainya. Bila pakai USB Hub, Maxis Broadband pulak langsung tak detect.

Hantar repair tapi jadi makin rosak. Dah la kena tunggu sebulan lebih nak siap repair. Local warranty ni memang susah sikit nak percaya. Banyak yang jenis kencing kuat. Kadang-kadang ada yang jenis suka ambik komponen dalam laptop, ganti dengan komponen yang dah ‘nyawa-nyawa ikan’. Hat-hati la ye.

Riki punya riki, survey sana sini, penyudahnya aku beli sebijik 3G Wireless Router untuk buat Maxis Broadband jadi WiFi dalam rumah. Ada yang suruh aku hantar kedai je check masalah USB Port laptop aku ni. Tapi nak menghantar tu dah tentu makan masa diorang nak check satu-satu untuk pastikan punca masalah. Mana boleh main tukar baru macam tu je kan. Kalau duit bersepah dalam tabung ayam takpe jugak. Aku pulak tengah banyak projek duit yang nak kena buat dengan Encik Jaws. Masa ibarat emas. Membazir masa boleh merugikan diri. So, aku rasa keputusan aku pilih ni adalah sangat tepat buat masa sekarang.

3G Wireless Router yang aku beli kat Low Yat tu berjenama TP-Link, model TL-MR3420 dengan harga RM89 beserta warranty selama 2 tahun. Time aku survey tu ada 1 lagi router dengan harga yang sama (RM89) – Aztech. Tapi aku pilih TP-Link ni sebab aku suka design kat kotak dia, color hijau.

3g wireless router

TP-Link 3G Wireless Router (TL-MR3420)

Aku hampir-hampir ditipu oleh jurujual di kedai %#!*)^%*&$_ (nak tulis nama kedai ke?) kat Low Yat tu. Bila membeli belah di Low Yat, kita kena survey banyak kedai sebelum beli. Bandingkan harga antara kedai-kedai sebab harga barang setiap kedai kat situ memang berbeza-beza. Aku hampir melayang RM147 untuk router sebab orang kedai %#!*)^%*&$_ tu cakap aku punye broadband Huawei E220 tak boleh pakai dengan router murah. WTF?! Nasib baik aku dah buat research dulu kat internet tentang benda ni. Tau la sikit-sikit apa yang perlu ditanya time survey tu. Tambahan pula kat bahagian tepi kotak router memang terang-terang ada tertulis jenis-jenis modem yang di-support. Ko nak tipu tayar basikal boleh la wey!!

Lihat 3G/3.75G USB Modem Compatibility List (TL-MR3420 / TL-MR3220)

 

 
Aku rasa speed internet macam jadi makin laju bila pakai 3G router. Adakah ianya normal atau luar biasa atau langsung tak masuk akal? Tapi memang aku rasa macam tu pon. Download speed melalui Internet Download Manager memang menunjukkan speed yang mencanak-canak laju berbanding sebelum ni. Cuma yang kurang best, Maxis Broadband aku hanya bersaiz 6GB (bandwidth). Setakat connect 2 atau 3 laptop ok lagi kot. Tapi tak boleh layan YouTube, streaming video, audio / lagu, dan yang seumpama dengannya sebab tu semua boleh mempercepatkan lagi bandwidth habis.

Alhamdulillah, masalah internet dah pun selesai. Boleh online tanpa gangguan modem yang terjuntai kat USB port. Harap-harap takde la masalah lain yang timbul lepas ni, terutamanya masalah laptop / lappy. Minta dijauhkan dari permasalahan tu semua. Amin~


88 Comments

  1. qayyumn says

    bende ni untuk wireless je ke? coz kalau de cable trus cucuk kt lptop lg laju kot internet.. ala2 stremix lah..

  2. ni says

    seronok baca comment2 dlm web ni..apepun streamyx plg ok..lau nk surf kat umah no hal..tp lau nak pakai broadband sbb xde fixline tm kt umah ape yg plg bagus?? cost RM100 kebawah..

  3. zue says

    nak tnye sikit…

    kalu kite dh cucuk broadband tu kat usb router tu kan…

    then..kite nk cabut modem tu…nk cucuk kat usb lappy pulak time kite nk travel..

    kite trus cabut or nnt setting router kite jd mcm asal (kene setting balik)?

    bole x terngkan sikit..sbb bru survey nk beli router ni. huhu

    • says

      @zue, setting pada router takkan berubah.. modem boleh je cabut cucuk kat lappy atau kat mana2.. bila nk tukar guna router pulak, just cucuk je modem kt usb router.. tak perlu setting balik.. kecuali kalau kita reset router tu..

  4. says

    Entry abang ni memang mantap dan sungguh padat dgn infomasi…rajin2le jenguk blog saya yang tak seberapa nie.. :heart: :heart: :heart:

  5. says

    Tu la. Baru sedut Win Mate semalam. Harap-harap ada perubahan yg positif.

    Aku pakai ACER Aspire 4520. Mahal lak tu. RM1999 pada tahun 2007. Kalau sekarang dgn harga yg sama mesti dapat model dgn processor yg lebih baik kan.

    Aku dah sedut Recuva tu. Aku akan cuba guna ya. Nanti aku bagitahu kesannya.

    TQ.
    Entri terbaru di blog Mohd Shahrul Hafizi : 77 Cuti Temuduga Edisi Cakap PanjangMy Profile

  6. MokhZam says

    kalau nak beli barang kat low yat memang kena survey dulu, ikut pengalaman aku kedai sebelah2 pun boleh ada beza harga banyak…lagi satu toksah hantarla laptop/pc untuk repair, memang ada kes tukar barang sebelum ni…so kena hati2

  7. megat says

    rasanya modem ni yang aku tercari-cari selama ni. review performance dia skit anarm! untuk celcom broadband punya modem yang lama Huawei E220 boleh pakai tak anarm?

    p/s: boleh kirim belikan 1 untuk aku? aku bank-in duitnya.
    Entri terbaru di blog megat : Bisikan hati di hari jadiMy Profile

  8. Sabahan Bloggers Club says

    Salam.
    Kalau masalah USB port tu boleh try perbaiki sendiri. Beli parts kat Lowyat dan try tukar sendiri, tak susah sebenarnya nak tukar tu cuma jgn salah beli part ler, dia ada nombor code utk tiap2 laptop parts. (kalau warranty dah habis lar).
    Entri terbaru di blog Sabahan Bloggers Club : WW- Thank you everyoneMy Profile

    • says

      @Sabahan Bloggers Club, hari tu dah try bukak tapi lepas tu pasang balik.. tak berani nak buat.. hehe.. nk beli part dia tu pun tak reti.. nak taknak kena hantar kedai jugak. takpon mintak tolong kawan2 yg reti pasal benda ni.. :pinch:

  9. Jaws says

    wah.. ada back link ke blog aku..
    rasa kacak sedikit..
    hehehe..
    btw, aku dah nak terminate semua broadband aku bulan 5 ni..
    P1 aku nak terminate kalau takde orang nak sambung,
    Celcom pun nak terminate..
    hahahaha…
    Aku nak dok opis yang ada bg free wifi..
    balik rumah buka galaxy s jer kalau nak tweet or FB..
    eh, bila plak aku ada galaxy s ni?
    berangan laa plak…
    :S
    Entri terbaru di blog Jaws : Perkhidmatan Bina Laman WebMy Profile

  10. says

    Ada siapa-siapa ada pengalaman kalau ada WIFI Dlink berdekatan ia akan ganggu signal WIFI lain?

    Saya mengalami masalah signal WIFI Belkin tidak dapat detect walaupun bersebelahan laptop kerana signal WIFI Dlink dan yang heran 1 bar signal WIDI Dlink masih boleh ganggu signal WIFI Belkin lansung hilang.
    Entri terbaru di blog akubiomed : Blog AkuBiomed dapat Sitelinks dari GoogleMy Profile

    • says

      @akubiomed, mungkin boleh mengganggu signal kot.. aku pon tak tau sgt..

      yang ni mungkin berkait dgn persoalan tu: WiFi Signal Interference.. apa yang boleh menyebabkannya?

    • says

      @wandisini, kalo nak bagi nama kedai yg suka tipu, banyak kot kat loyat tu.. penat nak list satu2.. hehe.. kalo tak tipu, camne diorang nak untung kan? cina, diorang takde halangan sangat.. yg penting bisnes jalan.. yang melayu pon ade je perangai mcm ni..

      untuk elak dr kena tipu, kita kena amik tau sikit la tentang barang2 yg kita nak beli.. lepas tu kena survey kat banyak kedai.. paling kurang pon 2 3 kedai, pastu compare la harga mana lagi ok..

      time hantar repair laptop ke ape2 ke, kena hati2 gak.. byk kes komponen laptop kena tukar dgn spare part yg memang dah nak rosak.. pkai kejap lepas tu rosak balik.. kita hantar repair, diorang pon dapat duit lagi..

      • says

        @Anarm, biasa la bro…dlm bisnes kalau tak tipu bukan cina namanya…kalau tak berlagak,bukan melayu namanya…tapi tak semua la…tapi memang ada…maybe majoriti…heehee

        • ni says

          <hahaha..low yat memang happening..byk sgt pilihan..kalau dah beli jangan tanya2 lagi tpt len..mesti korang rase tertipu2 lagi…nak tanye sebelum beli..dah beli bawak balik je…

    • says

      @Anip, aku pkai maxis broadband ni pon rasa macam laju je download.. pkai IDM bleh cecah speed paling tinggi 752kbps.. tapi speed tak stabil sgt.. slow laju slow laju.. standard broadband.. kalo time speed slow, memang sakit jiwa dibuatnya.. haha

    • says

      @saiful, sebelum pegi loyat ari tu ada tanye2 orang kt forum, facebook, ym dulu.. diorang ckp harga mmg around RM100-200.. tapi tak sangka plak bleh dapat RM89 je.. loyat memang byk kedai suke ‘kencing’.. kene study dulu skit2 benda yg nak beli.. tak tau apa2, memang terkena la..

    • says

      @luth textile, kalo baiki tu aku tak tau la pulak berape duit kena caj.. aku tak pernah lagi antar repair berbayar.. sume pkai warranty lagi..

      ade org ckp kalo usb atau cd atau yg lain2 tu tak detect ke tak function ke, bleh try flash bios, kot2 jadi ok lepas tu.. tapi ngeri plak nak buat.. takut makin rosak..

    • says

      @eone02, haha.. kalau pakai broadband, kena merancang waktu2 sesuai utk mendownload.. biasanya waktu sesuai tu dlm tempoh seminggu dua sebelum bandwidth di-reset..

    • says

      @mommy nana, macam org bujang jugak? hehe.. tak kisah camne pn asalkan ade internet connection.. ade wifi ni takyah cucuk2 modem kat laptop dah.. sibuk je dok terjulur terjuntai kat usb port.. :tongue:

  11. bistari says

    kalau g kat maxis center kejap je..dia check then kalo ade problem terus dia bg modem baru..cam dulu masa aku gune maxis broadband..

    skrg aku guna P1 wimax..so far bagus tak macam masa aku gune maxis..semput je kelajuannya..hihihihi
    Entri terbaru di blog bistari : Bila Mama Mengimaginasikan AnakMy Profile

    • says

      @bistari, modem maxis aku takde apa2 masalah.. masalah sebenar cuma kt USB port laptop yg buat modem jadi tak detect.. tu pasal la pkai wireless ni.. takyah cucuk2 dah..

      aku tak pernah try P1.. tp setakat ni, maxis memang puas hati guna.. utk area umah aku jela.. tmpt2 lain slow kot..

Trackbacks

  1. […] Sampai rumah terus bukak kotak dan setting sambungan internet. Lebih kurang 8 minit je dah siap setup semua dan boleh main internet dah. Aku tengok jam kira berapa lama masa untuk siapkan proses pasang modem tu. Ambil masa 5 minit untuk bukak kotak, pasang wayar sebagainya dan 3 minit lagi untuk setting sambungan internet. Modem TP-Link memang senang giler nak setting. Sebelum ni pun pernah guna TP-Link yang modem cucuk USB Broadband. […]