Bersama Zarul Umbrella di Santai @ Dataran Gemilang

Tengah baring-baring sambil tengok TV menikmati cuti hari Ahad tiba-tiba big boss hantar mesej kat whatsapp bagi tugas. Aku pun bertindak mengikut arahan. Petang Ahad tu kena pergi ke Putrajaya untuk join event Santai @ Dataran Gemilang tempat bro Zarul Umbrella buat persembahan. Tengok info event macam best je.

santai dataran gemilang

Pukul 4.30 petang aku gerak ke Dataran Gemilang, Presint 4 Putrajaya tapi entah macam mana boleh tersesat pulak sebab tersalah tengok map dalam phone. Bila patah balik dan selamat sampai kat tempat tu, rupanya dah banyak kali aku pergi situ dulu. Tak tau pulak kat situ rupanya Dataran Gemilang.

Sampai sana jumpa bro Shakiddo dan Boni Kacak. Tak lama lepas tu bro Denaihati pulak sampai.

shakiddo bonikacak denaihati

Sebagai blogger, sampai lokasi je terus ambil gambar macam mereka ni dah jadi perkara biasa

Masa aku sampai kat situ, Bistro Band tengah buat persembahan. Best jugak diorang nyanyi. Lepas Bistro Band baru Zarul Umbrella pulak buat persembahan. Sambutan dari para hadirin waktu tu memang meriah betul. Terbaiklah bro Zarul.

zarul umbrella santai dataran gemilang

Zarul Umbrella buat persembahan di event Santai @ Dataran Gemilang

blogger ambil gambar

Blogger ni tak habis-habis dok ambik gambar (termasuk aku jugak)

Hari tu juga bro Zarul ada buat jualan T-Shirt Zarul Umbrella. Ada beberapa orang peminat yang beli dan ada yang minta Zarul ‘sain’ autograph atas baju yang dia beli. Seronok nampaknya akak tu dapat ‘sain’ artis yang dia minat.

peminat zarul umbrella

Next time kalau ada lagi event kat tempat open macam ni memang best datang join. Awek pun ramai. Tak gitu Boni Kacak?

boni kacak buat isyarat pistol


11 Comments

  1. PakarNiaga.com (AMIN) says

    @Anarm,

    Perh! Seronok.. dapat santai-santai bersama keluarga.. Presint tu tempat aku
    round2x setiap harii.. (2 tahun yang lalu..) ^_^

    Ikhlas,

    Amin Johar
    Entri terbaru di blog PakarNiaga.com (AMIN) : DOMAIN PERCUMA (KEPUTUSAN 3)My Profile