Jangan Lupa Bayar Zakat Fitrah

Alhamdulillah, tadi aku dah bayar zakat fitrah untuk 2 orang (aku dan isteri). Kadar zakat fitrah negeri Selangor RM7.00 sahaja. Aku bayar untuk 2 orang, jadi jumlah perlu bayar hanya RM14.

Rasa lega dapat tunaikan salah satu tuntutan agama Islam ni.

Kewajipan Bayar Zakat Fitrah

Menunaikan zakat fitrah adalah wajib dalam Islam. Mengabaikan bayar zakat fitrah adalah haram dan berdosa di sisi Allah SWT.

Bayar Zakat Fitrah Ramadhan dan Sumbangan Palestin

Mulanya aku ingat nak bayar zakat fitrah pada waktu wajib atau waktu paling afdhal, tapi takut terlupa pulak nanti. Baik bayar je awal-awal.

Risau juga tak sempat bayar zakat fitrah sebab sekarang tengah sibuk nak pindah rumah sewa baru. Nasib baik sempat.

Juga jangan lupa hulurkan sumbangan kepada Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin bagi membantu penduduk Palestin yang menghadapi peperangan dengan Israel ketika ini.

Semoga Allah memelihara Gaza dan saudara seIslam kita di Palestin.

17 Comments

  1. ramai yg tak tau, sbnrnya suami yg kena bayar zakat utk isteri. tpi ada di kalangan kita, isteri yg bayarkan zakat. so, isteri2 di luar sana.. remindkan husband utk bayarkan zakat.

  2. Syukur Alhamdulillah.. Saya dah bayar zakat untuk 5 orang pada minggu lepas dekat surau depan rumah saya…. Bila dah selesai menunaikan kewajipan, lega rasanya…

  3. sekali saja dlm setahun.tak membebankan juga.tp nilai nya tinggi bagi mereka yg memerlukan…:-)

Leave a Reply to mai hasCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *