World War Z Filem Zombie Mendebarkan

Hari Isnin lepas aku pergi tengok wayang cerita World War Z dengan wife aku.

Cerita yang dibintangi oleh Brad Pitt, Mireille Enos, Fana Mokoena, Daniella Kertesz, James Badge Dale, Matthew Fox dan David Morse ni (aku kenal Brad Pitt sorang je) sangat menarik dan mendebarkan dengan penuh aksi zombie yang menyerang secara ganas.

world war z review filem

Sepanjang jalan cerita ada banyak babak zombie mengejar orang awam dan menggigit. Lebih kurang 10 saat lepas tu orang yang digigit tadi akan bertukar menjadi zombie dan menggigit orang lain pulak.

Zombie dalam movie World War Z ni jadi macam tu akibat virus.

Sinopsis Filem World War Z

Gerry Lane (Brad Pitt) merupakan seorang bekas penyiasat UN diperlukan untuk tugas menyiasat virus yang menjadi punca serangan zombie.

Oleh kerana kepakarannya menyiasat semasa bertugas untuk UN, bantuan Gerry diperlukan bagi membantu Dr. Andrew Fassbach (pakar virus) dalam misi mencari sumber asal virus tersebut.

Gerry dan beberapa orang yang ditugaskan untuk misi tersebut memulakan penyiasatan di pangkalan tentera di Korea Selatan. Mereka diserang zombie ketika sampai kat sana.

Di situ, Gerry dapat tahu zombie-zombie tu tertarik kepada BUNYI. Bila terdengar bunyi, zombie tu akan terus bertindak liar dan menyerang.

world war z south korea

Penyiasatan di Korea Selatan tak mendapat apa-apa hasil, tapi ada sumber maklumat yang diperoleh daripada seorang bekas CIA yang dipenjarakan di situ akhirnya membawa Gerry dan pasukannya ke Israel.

Di Israel, situasi tenang akhirnya bertukar menjadi huru-hara akibat serangan zombie yang mengganas kerana penduduk yang berada dalam kawasan tembok Israel membuat bising.

Zombie yang tertarik dengan bunyi tu berjaya memanjat tembok Israel yang tinggi dan menyerang habis-habisan.

world war z zombie israel

world war z plane

Gerry berjaya selamatkan diri bersama seorang tentera wanita Israel dengan menaiki pesawat tapi malangnya ada zombie jugak dalam pesawat tu. Pesawat yang dinaiki pun terhempas dan terbakar. Lepas tu…

Korang pergi la tengok sendiri movie World War Z ni di pawagam. Haha. Kalau aku cerita semua nanti tak best pulak korang nak layan movie ni.

world war z research lab

world war z gerry lane

Filem World War Z ni memang banyak babak saspen sampai aku tengok pun rasa berdebar-debar. Zombie tu laju betul kejar orang. Pintu ke dinding ke diorang main langgar je semasa tengah mengejar.

Berapa bintang untuk movie World War Z ni? Aku bagi 4/5 bintang rasanya cukup kot..

P/S: Banyak pula movie best keluar sekarang ni. Movie seterusnya aku nak tengok, “The Lone Ranger” lakonan aktor kegemaran aku – Johnny Depp.

23 Comments

  1. filem ni sangat best. Aku tak paham kenapa ramai kata kurang best.. :lol:

    p.s apa kata layan skali filem pacific rim, walaupun sedikit mengecewakan, tapi boleh layan la

    • Zombie dia tak nampak jelas sangat sebab dia gerak laju.. Kejar orang pun laju giler.. Cuma dekat2 ending cerita baru banyak sikit tunjuk zombie.. Tapi tak menakutkan sangat.. Rasa kelakar ada laa tengok muka zombie tu.. Hehe..

    • Sebelum layan movie World War Z aku tengok dulu rating filem ni kat web Rotten Tomatoes.. Rating audience kat situ yang buat rasa tertarik nak pergi tengok.. Ternyata tak menghampakan.. Memang best movie ni..

Leave a Reply to SopCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *