World War Z Filem Zombie Mendebarkan

Hari Isnin lepas aku pergi tengok wayang cerita World War Z dengan wife aku. Cerita yang dibintangi oleh Brad Pitt, Mireille Enos, Fana Mokoena, Daniella Kertesz, James Badge Dale, Matthew Fox dan David Morse ni (aku kenal Brad Pitt sorang je) sangat menarik dan mendebarkan dengan penuh aksi zombie yang menyerang secara ganas.

world war z review filem

Sepanjang jalan cerita ada banyak babak zombie mengejar orang awam dan menggigit. Lebih kurang 10 saat lepas tu orang yang digigit tadi akan bertukar menjadi zombie dan menggigit orang lain pulak. Zombie dalam movie World War Z ni jadi macam tu akibat virus.

Sinopsis Filem World War Z

Gerry Lane (Brad Pitt) merupakan seorang bekas penyiasat UN diperlukan untuk tugas menyiasat virus yang menjadi punca serangan zombie. Oleh kerana kepakarannya menyiasat semasa bertugas untuk UN, bantuan Gerry diperlukan bagi membantu Dr. Andrew Fassbach (pakar virus) dalam misi mencari sumber asal virus tersebut.

Gerry dan beberapa orang yang ditugaskan untuk misi tersebut memulakan penyiasatan di pangkalan tentera di Korea Selatan. Mereka diserang zombie ketika sampai kat sana. Di situ, Gerry dapat tahu zombie-zombie tu tertarik kepada BUNYI. Bila terdengar bunyi, zombie tu akan terus bertindak liar dan menyerang.

world war z south korea

Penyiasatan di Korea Selatan tak mendapat apa-apa hasil, tapi ada sumber maklumat yang diperoleh daripada seorang bekas CIA yang dipenjarakan di situ akhirnya membawa Gerry dan pasukannya ke Israel.

Di Israel, situasi tenang akhirnya bertukar menjadi huru-hara akibat serangan zombie yang mengganas kerana penduduk yang berada dalam kawasan tembok Israel membuat bising. Zombie yang tertarik dengan bunyi tu berjaya memanjat tembok Israel yang tinggi dan menyerang habis-habisan.

world war z zombie israel

world war z plane

Gerry berjaya selamatkan diri bersama seorang tentera wanita Israel dengan menaiki pesawat tapi malangnya ada zombie jugak dalam pesawat tu. Pesawat yang dinaiki pun terhempas dan terbakar. Lepas tu… Korang pergi la tengok sendiri movie World War Z ni di pawagam. Haha. Kalau aku cerita semua nanti tak best pulak korang nak layan movie ni.

world war z research lab

world war z gerry lane

Filem World War Z ni memang banyak babak saspen sampai aku tengok pun rasa berdebar-debar. Zombie tu laju betul kejar orang. Pintu ke dinding ke diorang main langgar je semasa tengah mengejar.

Berapa bintang untuk movie World War Z ni? Aku bagi 4/5 bintang rasanya cukup kot..

P/S: Banyak pula movie best keluar sekarang ni. Movie seterusnya aku nak tengok, “The Lone Ranger” lakonan aktor kegemaran aku – Johnny Depp.

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

23 Comments

  1. filem ni sangat best. Aku tak paham kenapa ramai kata kurang best.. :lol:

    p.s apa kata layan skali filem pacific rim, walaupun sedikit mengecewakan, tapi boleh layan la
    Entri terbaru di blog Zuan : “I’m A Cheap Person” – Dari Seorang Cheapo, Ke Seorang Jutawan HartanahMy Profile

  2. Salah satu film terbaik di tahun 2013 nie, patut tuk di tonton :wink:
    Entri terbaru di blog Rina : List of Free Dofollow Blogs and Web 2.0 SitesMy Profile

  3. hari sabtu ni baru aku nak pergi tengok..kelewatan sikit…
    Entri terbaru di blog Melastik Bintang : Kerjasama Antara MerekaMy Profile

  4. dah tgk juga..boleh tahan jg ceritanya..
    Entri terbaru di blog Ibu Mifzal Arsyad : Lafaz Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa Di Bulan RamadhanMy Profile

  5. best sangat ke citer nie….dah lama tak ke panggung…..
    Entri terbaru di blog sukma : LIRIK LAGU KEHILANGAN – FIRMANMy Profile

  6. tula..ramai jgk yg ckp citer nie best..donlod je la nti..huhuhu…
    Entri terbaru di blog Jimie SC : KEMENANGAN SYURA MASTERCHEF DIBATALKAN DAN DISERAHKAN KEPADA …My Profile

  7. memang mendebarkan…tp filem ni ada unsur2 hina islam…..
    Entri terbaru di blog Faizal Fredley : FaizalFredley.Com Dalam Majalah Remaja Edisi Jun 2013My Profile

  8. Filem bertema Zombie ini menjadi pilihan pengarah Hollywood.
    Entri terbaru di blog akubiomed : Hasil air Soya dan Taufufa sendiri untuk juadah berbuka puasa.My Profile

  9. Kena tengok gak ni. Banyak betul cerita yang ada zombie ni. Kat Malaysia pun ada zombie huhu
    Entri terbaru di blog Bidadari : Telatah :Degil tu takpe, asalkan jangan makan pedas banyakMy Profile

  10. macam tertarik pulak nak pegi tengok
    Entri terbaru di blog Shahrul : Telefon pertama dengan Firefox OS berada di pasaranMy Profile

  11. member aku kata cite ni lawak..betui ke? :P
    Entri terbaru di blog reezluv : Wordless Wednesday-Hadiah MisteriMy Profile

  12. dem la. aku tak tengok lagi ni..
    Entri terbaru di blog titan : Kuruskan Badan Cepat Tanpa Guna Produk Kuruskan BadanMy Profile

  13. alaa suka cerita zombie2 , tp anak2 tk boleh tgk .. nanti jd penakut plak .. :cheerful:
    Entri terbaru di blog puanbee : #WW : Kad Jemputan Kawin Ala FacebookMy Profile

  14. humang aih…. 4/5 bintang ko kasi.. cam best je nih….
    Entri terbaru di blog KiD : Wordless Wednesday | Sepupu ComelMy Profile

  15. aku mmg suka wyg yg ada zombies neh. hehehe. best movie neh! sukak! :cheerful:
    Entri terbaru di blog Jardness : Renewing Passport at Puduraya or also known as Pudu SentralMy Profile

  16. saya pun kenal Brad pitt jek..macam menarik movie ni…
    Entri terbaru di blog Alin Marlini : Selamat Bertunang Syazmil & IzaMy Profile

  17. belum tengok lagi
    rasa cam nak tgk juga :)
    Entri terbaru di blog Sop : Apa jenis tayar kereta anda?My Profile