Pengelap Cermin Kereta (Wiper) Jenis Getah Biasa atau Silikon, Mana Lebih Bagus?

Wiper / pengelap cermin kereta Alza aku dah rosak. Tapi dekat 3 bulan juga masih guna walaupun getah wiper dah jadi keras dan bahagian hujung dia dah terkoyak.

Bila memandu dalam hujan, kurang nampak jalan sebab wiper dah tak boleh nak sapu bersih air hujan di cermin kereta. Nampak kabur je. Bahaya betul. Memang kena tukar wiper baru dah.

Sampai pening kepala juga fikir nak buat pilihan. Banyak sangat wiper di pasaran. Dah tentu nak pilih wiper cermin kereta yang terbaik dan tahan lama.

Wiper cermin kereta Alza rosak

Ada orang cakap wiper jenis silikon paling bagus dan tahan lebih lama berbanding wiper jenis getah biasa tu. Betul ke?

Tapi aku pernah guna wiper silicone sebelum ni. Tahan berapa bulan je. Mahal pulak tu harga dia.

Ada juga yang cakap mana-mana wiper semuanya sama je. Tak kiralah wiper jenama apa, murah ke mahal, dan jenis apa sekalipun. Nak tahan lama, jagalah dengan baik.

Barang apa pun kalau tak dijaga dengan baik memang cepat rosak.

Pendapat korang pula macam mana?

Getah wiper Alza terkoyak
Getah wiper / pengelap cermin kereta yang dah terkoyak

Lepas habis fikir, aku beli wiper ‘Bosch Advantage’. Beli dan pasang sendiri je. Cara pasang wiper kereta tak susah pun. Masukkan je kat cangkuk dia tu. Pastikan beli saiz wiper yang betul ikut model kereta masing-masing.

Aku pilih Wiper Bosch Advantage sebab harga dia paling sesuai dengan bajet aku pada masa tu.

Wiper Bosch Advantage ni getah dia jenis ‘getah tropika’ yang tahan rekah dan memang direka khas untuk negara Asia yang keadaan cuaca tak menentu,” kata penjual tu buat aku jadi lebih tertarik untuk beli.

Wiper Bosch Advantage kereta Perodua Alza
Wiper Bosch Advantage kereta Perodua Alza

Tak pasti lagi tahap kualiti wiper Bosch Advantage ni macam mana. Baru pakai tak sampai sebulan. Itupun belum sempat lagi guna masa hujan lebat.

Entah bila nak hujan lebat kat sini. Biasa hujan renyai sekejap-sekejap je.

Harap-harap wiper Bosch Advantage ni tahan lama.

Tips Penjagaan Wiper Kereta

Kalau nak wiper tahan lebih lama, kena pandai jaga. Ada sesetengah orang tak ambil kisah sangat tentang wiper kereta. Kalau rosak, terus tukar wiper baru. Sekarang ni banyak wiper harga murah.

Bagi anda yang sayangkan kereta dan lebih suka berjimat, boleh ikut tips penjagaan wiper kereta ni:

  • Bersihkan bilah wiper sekerap yang boleh supaya tiada kotoran melekat pada getah
  • Sentiasa tegakkan atau angkat bilah wiper bila kereta diletakkan di tempat terbuka yang panas terik
  • Bersihkan cermin kereta supaya kotoran pada permukaan cermin tak merosakkan getah wiper
  • Guna air / cecair pencuci cermin yang tak memberi kesan sampingan pada getah atau silicon wiper dan juga cermin

17 Comments

  1. Selalu beli atau tukar wiper yang jual tepi jalan, alhamdulillah bagus juga tahan lama. time hujan pun jelas ja bila wiper sapu air dekat cermin tu

  2. Yalah tip penjagaan yang betul dan kerap boleh tahan lama wiper kereta.

    Kalau dibiarkan terkena panas terik mentari memang tak tahan lama, walaupun apa jenis jenama sekali pun.

  3. Bosch mmg femes dgn kejuruteraan..apalagi sampai keluarkan part engine…kereta kat rumah pun dah lama tak tukar getahnya..mahal xpe janji menang memakai hehe

  4. viper rosak dan masa hujan memang menurunkan azab hehehe

    apapun ayat penjual sangat power..

    boleh kita belajar bagaimana nak tackle hati prospek..

    bro lagi la tahu berbanding saya

  5. Wiper silikon tahan lasak. Ada juga gajet boleh hiris yang boleh potong getah wiper lama untuk dapat satu lapisan getah wiper baru.

    Sayangnya gajet tersebut tak masuk Malaysia.

Leave a Reply to Mama HakimCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *