Tutup Akaun Astro, Boring Asyik Ulang Cerita Sama

Aku dah nak tutup akaun Astro sebab dah boring asyik tengok cerita sama je berulang-ulang kali. Bayar bil langganan setiap bulan untuk tengok ulangan cerita yang sama rasa tak berbaloi dan membazir duit je.

Dah la bil makin mahal.

Sekarang ni tinggal lebih kurang seminggu saja lagi sebelum akaun Astro kat rumah aku akan ditamatkan perkhidmatannya. Lepas ni tak payah tengok TV. Kalau nak layan movie ke apa ke, download je kat internet. Haha.

Tutup akaun Astro

Masa awal-awal aku langgan Astro dulu memang seronok sebab ada banyak channel boleh tengok. Balik kerja boleh berehat dengan isteri sambil tengok macam-macam cerita yang disiarkan di Astro.

Lama lepas tu mula rasa bosan sebab Astro asyik siarkan cerita sama je. Banyak kali pulak tu diulang.

Bil Astro pun satu hal. Awal-awal dulu aku langgan pakej paling murah, bayar berapa puluh ringgit je sebulan. Tapi hari ni dah semakin naik jadi hampir RM100. Lagilah buat aku rasa nak tutup akaun Astro cepat-cepat.

Cadangnya sebelum ni aku nak bertukar ke Astro NJOI yang percuma tu. Tapi, kebetulan dengan tarikh tamat kontrak akaun Astro aku, masa tu jugak la NJOI tamatkan penukaran pakej secara percuma. Nak tukar jugak kena bayar RM300 lebih.

Terus tak jadi tukar.

Astro NJOI TV Satelit Percuma

Akhirnya, lepas bincang dengan isteri, aku buat keputusan untuk terus tutup akaun Astro sebab kalau takde Astro pun kitorang tak kisah.

Cuma lepas ni aku tak boleh layan cerita Korea dah la. Huhu..

Cara Tutup Akaun Astro

Untuk tutup akaun Astro ada beberapa cara boleh kita buat.

  1. Boleh telefon customer service Astro untuk tutup akaun Astro,
  2. Terus pergi ke pusat perkhidmatan Astro,
  3. PM melalui Facebook page Astro.

Aku buat permohonan untuk tutup akaun Astro melalui Facebook je. Harap-harap takde masalah.

Aku contact pihak Astro melalui PM di Facebook page Astro. Dalam PM tu aku beritahu nak tutup akaun Astro. Lepas aku beritahu tu, staf Astro reply macam ni.

Untuk penutupan akaun, encik perlu berikan satu bulan notis dan penutupan hanya boleh dilakukan bermula 19/03/2015. Set Astro perlu dipulangkan ke kaunter khidmat pelanggan dalam tempoh 30 hari selepas akaun ditutup.

Jika bersetuju, sila berikan maklumat di bawah sebagai pengesahan:

1. Nama penuh
2. Nombor IC
3. Hubungan dengan pemilik akaun
4. Alamat
5. Nombor telefon
6. Sebab pembatalan akaun

Aku pun reply bagi semua maklumat yang diminta untuk pengesahan tutup akaun Astro. Sebab pembatalan akaun pun diorang minta. Haha. Aku belasah je tulis kat bahagian tu.

Lepas dah buat pengesahan dengan maklumat yang diminta, diorang pun jadualkan pembatalan akaun Astro aku efektif pada 19/3/2015, iaitu 1 bulan dari tarikh aku buat pengesahan melalui PM di Facebook hari tu.

Jadi, siapa rasa nak tutup akaun Astro tu pastikan kena bagi notis awal 1 bulan ye. Tak boleh tutup akaun dengan segera. Lepas tu kena pulangkan set dekoder Astro ke kaunter khidmat pelanggan dalam tempoh 30 hari selepas akaun ditutup.

Kalau tak pulangkan dalam tempoh 30 hari, penalti RM500 akan dikenakan.

Set dekoder Astro

Untuk bayaran bil pula, aku tanya bil kira macam mana sebab takkan nak kena bayar penuh jugak kan. Diorang reply:

Ya encik, bil baru akan keluar pada 4/3/2015. Encik boleh tunggu bil berikutnya pada 4/4/2015 untuk bil yang diprorata semula untuk jumlah yang perlu dijelaskan.

Jadi, bulan ni aku tak bayar bil Astro sebab nak tunggu bil baru yang akan dikira semula. Dah dapat jumlah betul nanti baru aku akan bayar semua.

Tapi kalau dapat jumlah bil yang ‘luar biasa’, kena pergi serang ofis Astro la nampaknya. Harap-harap takkan berlaku masalah macam tu.

MYTV Pesaing Baru Astro

Dengar cerita Astro bakal ada pesaing baru tak lama lagi iaitu rangkaian saluran digital dari RTM. Rakyat Malaysia akan menikmati saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga Saluran Standart (SD) secara percuma di bawah projek Angkasapuri Media City.

Pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung di bawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna.

Bermula Jun 2015 nanti nampaknya rakyat Malaysia akan ada pilihan selain Astro.

Mungkinkah dengan adanya saingan baru ni pihak Astro akan memperketatkan lagi syarat untuk menutup akaun Astro? Atau akan ada terma dan syarat baru yang akan ditambah ataupun diubah?

36 Comments

    • Centre Astro ada seluruh Malaysia.. Boleh call pihak Astro tanya centre yang paling dekat dengan tempat tinggal.. atau PM pihak Astro melalui facebook page diorang..

  1. So aritu terminate tru fb, lepas tarikh last day tu bebetul die terminate dgn selamat tak ? Sebab ade byk case, bil still jln, notis 1 month x update, so kena start balik dr awal, dan mcm2 lagi. Mohon update, what happen lepas tarikh last tu ye .. thanks !

    • Kes saya ni, lepas tarikh last tu memang Astro betul2 terminate akaun.. Dalam tempoh 30 hari lepas tu kena pulangkan set dekoder..

      So, masa pulangkan dekoder saya tanya sekali lagi dengan pekerja Astro kat centre tu tentang status akaun.. Confirmkan sekali lagi takut jadi macam kes2 bil still jalan.. Orang Astro tu bagitau akaun dah terminate sepenuhnya dan takkan dikenakan apa2 caj dah..

      Sampai sekarang takde terima apa2 surat pun dari Astro.. Maknanya akaun saya dah terminate dengan selamat..

      • Nak tanya sikit. Bila dah dapat bil sebelum tarikh terminate tu kena bayar terus atau biar astro keluarkan bil prorata dulu baru bayar? Encik dapat bil 4/3/2015 tu bayar terus atau tunggu bil yang dah diprorata pada 4/4/2015 baru bayar? Tlg saya baru nak terminate.

        • Bil sebelum tarikh terminate tu takyah bayar lagi. Tunggu Astro bagi bil prorata baru bayar.

          Macam kes saya ni, bil 4/3/2015 tu saya tak bayar. Dapat bil 4/4/2015 baru saya bayar habis.

  2. kami langsung x pernah langgan astro… tengok di rumah mertua dan adik ipar jer

    sekarang dah langgan Streamyx HyppTV. 4GB jumbo pack. puas hatilah juga

  3. Sekadar info;
    Baru call semalam nak tutup akaun lepas dua bulan TV pecah; hasil lontaran cemerlang anak-anak jantan yang sel-sel otaknya baru berhubung. Staff Astro cam nak nangis bila kata nak tutup. Dia kata kalau terminate dalam contract kena penalti RM500 prorated jumlah baki bulan dari tarikh contract. Jadi lagi 10 bulan kena RM210 dan satu bulan notice bil. Decoder dgn card nak kena hantar kat center. Plan petang ni nak hantar. Pasal MYTV tu kena bincang dengan Maknye kalau dia setuju.

  4. Dah masuk tahun ke 5 x pakai astro.. duk pusing tv 1, tv 2, tv 3. cumanya baru2 ni arial patah, masukkan NJOI. lepas masuk tu boleh katakan tiap2 bulan astro call offer servis suh utk tukar pakej byr bulan2.. takde lah nak tmbh komitment byr pulak setiap bulan. pakai Njoi pun sbb nak bg elok siaran.

  5. Saya dah lama tak langgan ASTRO ni. Rasanya dah lebih daripada 5 tahun tutup akaun. Memang semua barang dipulangkan cuma antenanua aje tak perlu hantar.

  6. Lepas MyTV Broadcasting release dekoder mereka kepada orang ramai, kita pakat2 jemaah tulis entri Tutup Akaun Astro..ok :)

    Dok layan Hyde Jekly Me lagi, payah nak tutup la adik dok tengok..hehe

    • Sama la.. Nanti saya rasa MYTV dulu.. Harap-harap ada la siaran sukan secara langsung selain lambakan rancangan anime Jepun yang menggunakan dwibahasa. Sinetron Indo di saluran Melayu akan datang pun usah cerita. Lepas beberapa ketika baru boleh terminate Astro, itupun sekira mana-mana siaran percuma diberi hak siaran bola Piala Dunia secara langsung pads masa akan datang.

  7. Kami pun naaakkkk sangat tutup akaun Astro sbb dah rasa malas sbb cerita berulang.
    Harapkan nak tgk Sports je pun sebenarnya.
    Tapi apakan daya… area rumah takde streamyx pun… mana la nak tgk cite semuaa wuwuu

  8. Saya tak pakai astro sebab sekarang dah banyak online streaming.Kalau nak layan movie boleh tgk online.Kalau nak potong astro pastikan check betul takut kena macam bil dapat.

  9. duk pk gak nak terminate nie..
    langgan warna sbb MLM..
    bila MLM dh abis dh xde bnda nk tgk..
    tp running man,EPL,GP,F1 buat aku pk 2x.
    heheh.

  10. Tahun lepas nak terminate tak perlu pun pulangkan dekoder. Last2 beberapa bulan lepas tu Astro call nak convert dekoder sedia ada ke enjoi percuma, aku tros cakap ok je dah barang free hehe.

Leave a Reply to AnarmCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *