Mari belajar buat duit bersama Churpchurp

3 Ogos yang lepas aku ada siarkan entri bertajuk “Jom buat duit dengan ChurpChurp.com” sempena meraikan ulangtahun Churpchurp. Lepas pada tu, aku dihujani dengan soalan-soalan tentang Churpchurp. Di email, di Twitter dan juga di Facebook, semua serang aku dengan soalan “Macam mana nak buat duit dengan churpchurp ni? Tak faham laa. Boleh ajarkan tak?“, “Betul ke Churpchurp ni boleh buat duit? Macam tak caye je“, “Ko dah berape kali cashout duit Churpchurp? Tunjuk bukti sikit boleh?“, dan macam-macam soalan lagilah. Korang yang pakar tentang Churpchurp mesti pernah kena serang dengan soalan-soalan macam ni kan?

Churpchurp cashout earning

Seperti yang semua sedia maklum, Churpchurp merupakan media pengiklanan twitter daripada Nuffnang. Di blog-blog korang juga jelas terpampang iklan-iklan Nuffnang. Tapi bila diberitahu tentang Churpchurp, korang macam kurang percaya yang benda ni boleh buat duit. Pelik tak? Jika korang Google tentang Churpchurp, korang akan jumpa pelbagai respon tentang Churpchurp. Cuba tengok adakah ianya respon positif ataupun negatif? Kalau tak percaya jugak, boleh cuba try test dulu sebab Churpchurp ni program percuma, tak kena bayar pon. Lagipon Churpchurp program paling mudah untuk buat duit di internet.

Bagi yang belum join buat duit dengan Churpchurp, korang boleh daftar dulu di laman web Churpchurp.com dan ikut segala langkah pengaktifan. Tentang cara-cara bagaimana nak buat duit dengan Churpchurp, sila baca entri ni sampai habis.


Tutorial Buat Duit dengan Churpchurp

Selesai korang daftar menjadi ahli Churpchurp, korang boleh lakukan tugas-tugas harian korang macam biasa. Don’t be gelojoh ye. Buat rilek je. Dalam jangkamasa tertentu, Churpchurp akan memberi tugasan kepada korang. Tugasan yang dimaksudkan adalah kerja-kerja mempromosikan ‘sesuatu’. Korang akan menerima sepucuk/sekeping email yang akan memberitahu tentang tugasan tersebut.

email daripada churpchurp
Contoh email tugasan daripada Churpchurp

Seterusnya, login ke akaun Churpchurp korang sama ada dengan klik pada link yang terdapat dalam email tu ataupun terus login melalui laman Churpchurp.

churchurp pending tweets

Churpchurp assignment

Antara langkah yang perlu dibuat untuk sempurnakan tugasan (rujuk pada gambar di atas):

  • Baca keterangan terlebih dahulu sebelum mula menulis/menaip ayat.
  • Sebelum kotak ‘Compose’ dan juga di dalam kotak ‘Compose’ terdapat keyword yang perlu dimasukkan ke dalam ayat (biasanya terdiri daripada #hashtag, link dan juga keyword lain)
  • Pastikan semua keyword tersebut telah dimasukkan ke dalam ayat sebelum korang ‘Submit’.
  • Dah paham? OK.. Selesai.
     

Seterusnya, tugasan yang korang dah submit tadi akan diperiksa terlebih dahulu oleh pihak Churpchurp. Kalau cukup syarat, tugasan tu akan diluluskan dan dihantar ke Twitter pada bila-bila masa. Korang tak perlu tweet secara manual kerana semuanya akan dilakukan secara automatik oleh Churpchurp si burung gemok.

Korang boleh check sama ada tugasan tu dah diluluskan atau belum dengan melihat di bahagian ‘Scheduled Tweets’ dalam akaun Churpchurp korang. Sekiranya tugasan masih belum diluluskan, “Status: [Pending Approval]” akan kelihatan. Jangan susah hati, jangan gelisah, runsing atau sebagainya. Serahkan kerja-kerja selebihnya kepada pihak yang berkenaan kerana kerja korang dah pun selesai. Cuma menunggu untuk dibayar je.

Earning Churpchurp
Earning siapa ni ek?

Tutorial ni adalah untuk Twitter. Memandangkan Churpchurp dah menambah fungsi baru (submit ke Facebook), mungkin caranya akan sedikit berbeza. Setakat ni aku takde nampak mana-mana user yang dah dapat Campaign Facebook. Kalau ada, mintak tolong inform kat aku ye. Terima kasih.

PS: Rupanya ada ramai lagi yang tak tahu bagaimana buat duit dengan ChurpChurp..

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


87 Comments

  1. Simon Reyes says:

    Churp Churp memang boleh buat duit. Tapi ada caranya.

  2. sy nak tanya about the churp churp ni, saya bru je join sy cuma ada twitter tp blog xda… sy dah ada follower kat twitter tp kena dpt linkkan kepada churp churp, so smpi skang sy xda assingment huhuhuhu plz help mee

  3. salam ..boleh bagi tip or idea camana nak tambah followers lebih ramai dlm twitter kite?
    tqvm

    • @ayzzza, salah satu cara untuk tambah follower di twitter, adalah melalui #FollowFriday (event di twitter yg berlangsung setiap hari Jumaat).. setiap hari Jumaat, pengguna2 twitter akan suggest rakan2 twitter diorang untuk difollow oleh pengguna2 twitter yang lain (yang tak follow lagi).. setiap tweet diorang akan disertakan dengan hashtag #FollowFriday.. untuk info tentang FollowFriday, boleh baca entri “Apa Itu FollowFriday“..

      Untuk dapatkan follower, 1st sekali kita jangan berat hati utk follow org lain.. ada sesetengah user macam tu, tak suka follow org tapi nak follower ramai.. kalau kita ni seorang artis, tak follow org pon kita bleh dapat follower ramai.. tapi utk user biasa, kalau kita tak follow org, org takkan follow kita.. kecuali dia kenal kita..

      tips setiap kali kita follow org, sila mention user tersebut atau bagitau dia yang kita dah follow dia.. contohnya, tulis tweet “saya baru saje follow @ayzzza di twitter”.. nanti bila user tu dah baca mention dari kita, biasanya dia akan klik pada nama kita dan follow kita balik..

      cara yang paling paling paling dan paling mudah lagi, daftar di Twiends.com.. dan beberapa minit lepas tu, akaun kita akan dibanjiri dengan follower.. cuma yang tak menariknya, follower tu semua kita tak kenal dan tweet diorang pon banyak yang tak memberi apa2 faedah kepada kita..

      selamat ber-tweet! :happy:

  4. ssaalam. alhamdulillah saya dah dpt assignment dr churpchurp dan skg saya nak tanya, nak tunggu assignment lain dr churpchurp tu lama tak ? kdg2 lambat juga nak tunggu assignment dr churpchurp…tqvm

    • @ayzzza, assignment dari churp2 (yang schedule tweet / compose) tu dia datang tak kira masa.. kadang2 lambat, kadang2 lambat sangat, kadang2 cepat, kadang2 pagi dah dapat pastu tengahari boleh dapat lagi.. dia takde masa yang tetap.. biasanya churp2 akan hantar email bagitau ada assignment tu.. so, tunggu jela.. sambil2 tu, boleh teruskan ber-tweet @ ber-facebook macam biasa..

  5. Awanitubiru says:

    Salam..
    Nak tanye jugak. Saya dari tahun lepas join churpchurp nie. Memang hari-hari buat. Tapi tak berapa nak masyuk sgt. 6 bulan baru dapt RM13.25. Ke ade cara nak buat lagi banyak. Bila tgk dekat dashboard untuk sharing baru sharing. Dan die akan send untuk compose kan? Tapi tak byk seperti yang diSharing lah. Help me ya. Thanks.
    Entri terbaru di blog Awanitubiru : Dari KL Sentral ke Tanjung PiaiMy Profile

    • @Awanitubiru, campaign yg perlu compose tu mungkin boleh earn lagi banyak dr social sharing.. kena tahu, campaign yg compose tu die akan hantar / tweet ke twitter setelah di-approve oleh churp2.. so, kita kena fokus pada bilangan follower di twitter.. ** lagi ramai follower, lagi byk earning yang kita boleh dapat **

      begitu jugak dgn social sharing.. untuk dapatkan klik, bilangan follower kita perlu ramai.. sbg contoh, kita ada 100 follower di twitter, tapi mungkin hanya 10 follower saja yang akan klik pada campaign yg kita share tu.. ayat yang kita tulis untuk social sharing tu pon memainkan peranan.. dari segi ayat, kita kena tahu jenis ayat macam mana yg boleh buat follower kita rasa nak klik pada link yg kita share.. biasanya org takkan klik pada ayat yg terlalu nampak seperti mem-promote, menjual, atau seumpamanya..

  6. darlachinta says:

    salam..

    saya nak tanya la sbb sy mmg muskil benda nie..sy ada 9 campaign tp satu pon blom ada task or email bgtau ada kmpen sruh sy buat..knapa ya?

  7. Cantik entry nih sgt2 berguna. mudah difahami. thanks anarm. saya baru shj nak cuba buat tugasan churp-churp nih. ade 3 tugasan sedang menunggu nih.thnks tuan rumah.
    Entri terbaru di blog feyus : Guna ninitecom – Mudah- cepat install programMy Profile

  8. salam.tlg ..(To start sharing, please authorize either a Twitter or Facebook account).
    ape mknanyer ni…da connect da ngan twitter .tp still xleh nk share?xfhm..

    • @ismaq, authorize twitter/facebook tu untuk link-kan akaun twitter/facebook kita dengan churp2.. lepas dah authorize, pegi ke Dashboard.. kat situ ada campaign2 yang tgh berlangsung yang boleh kita share menggunakan twitter/facebook kita.. kalau still xleh nak share, better cuba check bahagian Setting.. tengok apa2 setting yang perlu diupdate..

  9. siapa pernah dapat Social Seeding?

    boleh explain tentang Social Seeding lebih detail tak..

    thank you
    Entri terbaru di blog Noridah : 1000 link per page – Bila Google kuatkuasaMy Profile

    • @Noridah, pernah dapat Social Seeding sebelum ni.. baru sekali je dapat.. dia ada bagi arahan apa yang perlu buat.. yang saya dapat sebelum ni, dia arahkan update status di Facebook guna keyword2 yang dia bagi.. lepas tu buat screenshot status facebook tu, kemudian submit ke churpchurp untuk di-approve-kan..

  10. bro, aq dah lama buat akaun chup2, fb dgn tweeter pun dah authorised tp X PERNAH DPT EMEL ADA TUGASAN.. mcmana ekh?

    • @Firdaus Kasim, churp2 skrg ni dah sama mcm Says My.. byk kpd sharing links.. schedule campaign skrg ni jarang2 sekali boleh dapat.. tp kalau ada dapat schedule campaign, churp2 mmg akan send email bagitau kita.. kalau takde dpt email tu maknanya masih tak dapat lagi la.. kene teruskn aktif di twitter sambil2 tunggu campaign..

      aku baru je dpt 1 schedule campaign tadi.. :happy:

  11. Salam…

    Owh, macam tu ke? patut la duit tak bertambah.rupanya tersilap step.ingatkan macam YS. rupanya kena edit2 dan buat ayat jgk ye.
    Sebelum ni punyalah banyak kempen, rupanya berlalu begitu sahaja..
    Terima ksih krn buatkan n3 ni…
    kalau tak baca, sampai ke sudah duit tak naik2…
    Entri terbaru di blog iza : Contest Review Blog Yiedpozi Dot InfoMy Profile

  12. Wow..banyak lagi kene blajar ni..nasib baik jumpe blog ni..sila tunjuk ajar @kndah kat twitter ok ..sye dah follow anarm

  13. mdigital.com.my says:

    aku dh dpt assignmnet tuu..cuma nak tau bagaimanachurp2 tweet di twitter…x nampak lagi iklan churp2 tu tweet di twiiter……
    Entri terbaru di blog mdigital.com.my : Menangi IpadMy Profile

  14. kaizendeen says:

    salam bro..skrg ni churpchurp dah ubah interface dia..dan tambah fungsi social sharing..boleh terangkan tak sbb kat muka depan dia dh keluar schedule tweet tu..dgn remaining dia…dulu senang… kita leh tweet terus ke iklan yg ada tu.?

    • @kaizendeen, masuk bahagian Dashboard, tengok ada tak campaign yg sedang berlangsung? kalau ada, boleh tweet terus, asalkan ikut syarat yg dah ditetapkan.. dan jangan lakukan spamming semata2 nk share link campaign tu..

      baca GENERAL GUIDE – “YES TO” dan “NO TO” yang ada kat sebalah kiri laman churpchurp..

  15. mo tnye~ social sharing yang kt churp2 ni ape plak eh., ade cmpaign kne share., cmne nk buat ?

    • @chuu, social sharing tu sama jugak macam campaign2 churpchurp yg sebelum ni.. cuma yg membezakan, social sharing ni kita boleh sebarkan bahan promosi tu bila2 masa.. asalkan ikut syarat yg dah ditetapkan dan tak diklasifikasikan sebagai spam..

  16. churp2 ni kena ade 25 followers kat twitter dlu ker baru dpat assgment tu?
    Entri terbaru di blog x3n : Cara Semak Semula Status Lama anda di Facebook!My Profile

    • @x3n, kurang pasti.. tp ada juga tweeps yg follower die bawah 25 tp dah dapat assgnment.. cuma sedikit rugi la sebab jumlah earning lebih menarik jika follower kita ramai.. lagi ramai follower, campaign (assgnment) pon dpt tersebar kt ramai org (followers).. kalau 25 follower, campaign pn tersebar kt 25 org tu je.. tp tak semua 25 org tu akan tertarik dgn campaign yg kit sebarkan tu.. kan?

  17. yeaahh…churp2!! :p

  18. Minggu lepas baru perasan dapar RM2.31 yang pertama. Best jugak nie :silly:
    Entri terbaru di blog Ina Mamat : Graduan ICT- pentadbiran perniagaan paling ramai menganggurMy Profile

  19. Team Terabiz says:

    terima atas panduan cara buat duit dengan churp2 ni, agak menarik dan sesuai untuk newbie yang mula nak merasa duit daripada internet. :)

  20. okay thanks..baru faham..then nak tnya..yang kat bawah ni nak buat apa eh? YG TANDA TNYA TU PATUT TULIS APA?

    Customize disclaimer for scheduled tweets
    Specify a disclaimer here so your followers may identify your Churp Churp scheduled tweets, e.g. “Ad:”. You can specify if you want this added to the beginning or end of the tweet.

    The default disclaimer “Ad:” will be used if one is not specified.

    Ad:?????????
    Max. length: 10 characters

    • @shaiful, “Ad:” tu maknanya, bila kita dah buat assignment yg kita dapat, bila campaign tu ditweet oleh churp2, tweet kita tu akan dimulakan dengan perkataan “Ad:” Contoh:

      Ad: AYAT-AYAT PENGIKLANAN YANG KITA TULIS

      yg tanda soal tu jgn masukkan.. isi “Ad:” je kat situ takpon bleh pakai perkataan kita sendiri, seperti “Iklan” ke, “Churp” ke, dan lain2.. just utk bezakan tweet pengiklanan churp2 dgn tweet kita yg biasa2..

  21. eh tak faham la dgn image kat ats tu…yg compose tu anarm mcm copy paste je kat atas tu..
    Entri terbaru di blog shaiful : Pink vs BlueMy Profile

    • @shaiful, contoh ayat dia akan bagi.. terpulang nak pakai ayat yang di bagi tu atau ayat yang direka sendiri.. asalkan dalam ayat tu ada dimasukkan keyword2 yang dikehendaki.. cuma perlu ingat, ayat yg lebih kreatif mungkin lebih menarik minat org lain..

      keyword biasanya yang ada tanda hashtag (#), link, dan perkataan2 tertentu.. pastikan semua keyword ada dalam ayat kita tu sebelum submit..

  22. salam..nak tnya sikit blh…campaiggn yg ketiga tu camne cara dia?

  23. wah, sekali baca je, terus aku paham camne nak buat duit dgn cupcup ni, cuba follower nak kena ramai.
    jom pakat2 kita cari follower…hehe
    Entri terbaru di blog naima : Minuman minute maid pulpyMy Profile

  24. salam…
    saya da daftar da churpchurp nih… xpi, da dekat 1 minggu da saye x dapat asigment nih… mcam mane eks???

    ni blog saye, http://sempoiku.blogspot.com/2010/10/churpchurp-blum-dapat-tugasan.html
    Entri terbaru di blog safif : Al Kisah Lembu Dan AyamMy Profile

    • @safif, assignment kadang2 amik masa sikit untuk kita dapat.. kena tunggu dan terus tunggu.. takpe, dijamin aktiviti jadi penunggu tu akan membuahkan hasil jugak nanti.. hehe..

      jangan lupa check email.. churp2 akan inform kat kita melalui email sekiranya ada assignment untuk kita.. sementara jadi penunggu tu, teruskan tambah jumlah follower.. follow dan follow orang lain.. lagi ramai kita follow, lagi bagus.. dan jangan lupa mention kat orang tu yang kita dah follow die.. kalau ade rezki, nanti die akan follow kita balik..

      semoga berjaya :happy:

  25. saya da register da. tapi masih belm paham lagi la, kat atas earning kan ada lgo facebook dan twitter, dua2 logo tu ada tanda pangkah. memng begitu ke atau dia akan aktif sendiri??

    • @ikram, Boleh klik logo tu untuk connect akaun Twitter & Facebook dengan ChurpChurp.. kalau tak connect, macam mana ChurpChurp nak hantar campaign, kan?

  26. Faisal Reza says:

    huhu… baru nak pakar2kan diri main Churp2 nice tips

  27. :lol: bro bleh kongsi info..knape assignment aku churp churp reject…

    • @AkuLanS, kene reject mungkin sebab tak guna keyword yg diarahkan kot.. atau mungkin jugak sebab campaign tu dah cukup kuota (dah cukup tweet daripada users)..

      teruskan berusaha.. nanti churpchurp akan bagi assignment lagi.. :wink:

  28. erkk, kite pown xtau, law xde twiter nk kena reg acc dl la yek :P
    Entri terbaru di blog qistynacorner : Kalau dh Jodoh tak KemanaMy Profile

    • @qistynacorner, rasanya lebih bagus kalau ada akaun twitter.. churpchurp boleh buat duit melalui twitter dan facebook, tapi buat masa ni takde sebarang berita lagi tentang orang yang campaign kat facebook.. campaign kat twitter memang banyak..

      saya pon kurang pasti.. tapi kalau nk lebih jelas boleh rujuk laman FAQ ChurpChurp, boleh jugak tanya apa2 soalan kat situ.. kalau ade facebook, boleh terus tanye kat Facebook ChurpChurp.. :happy:

  29. cmne nk dpt assiment..dh 1 bln daftar, x de pe pn…

    • @syamsul, assignment tu churpchurp akan bagi.. takyah buat apa2.. lepas daftar, just tunggu je email tentang assignment dari churpchurp.. mungkin belum ade rezeki lagi tu.. sabar2.. nanti ade la rezeki dapat banyak assignment..

  30. salam…saya rasa berminat pula nak cuba churp churp ni lepas baca entry en anarm ni…tp ada pertanyaan lar…saya cuma ada akaun fb jer…akaun twitter x ada still boleh register ke @ kene ada dua2 skali?

  31. Saya akan mencuba dengan Churpchurp ini. Macamana nak buat auto reply comment yang hantar kepada kita sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung
    Entri terbaru di blog akubiomed : Serangan Malware di blog macamana cara penyelesaianMy Profile

  32. dah anniversary huh tp aku tak mencuba pun lagi..heheheh
    Entri terbaru di blog catzer : Bila Pintu Rezeki MerajukMy Profile

  33. Syafrizal says:

    macam menarik tapi tak cuba lagi… tengok la camne hehe

  34. aku dah try churp churp ni…tapi still tak cukup utk cashout…alhamdulillah, setakat ni byk gak kempen untuk dichurpkan…hehe…bab nak kompose tu sng je, klu susah sgt search je salah satu keyword dalm twitter…pastu ade byk pilihan utk dicopy&paste…setakat ni ok je :biggrin:
    Entri terbaru di blog MokhZam : Sungguh Kurang Ajar!!!My Profile

  35. smartphonetips says:

    huhu..bagus nih. satu tutorial yang menarik. :wub:

  36. Oh terima kasih… aku pun tak berapa tau nih…
    Entri terbaru di blog zoul : Aku Terjumpa Orang Buang BayiMy Profile

  37. bagus utk newbie ni..
    ramai yg taktau ag nak main churp2 ni camne..
    haha..
    ade tutorial senang laa skit..

  38. luth textile says:

    apasal nama hang panjang sangat? anam yg kacak lagi macho? wahh

  39. tak sabar nak tunggu assignment utk facebook..aku pun x dpt ag :cwy:
    Entri terbaru di blog aizuddin : Jom Buat Duit Online Dengan Churp-ChurpMy Profile

    • @aizuddin, xde sape2 lg kot yg dapat campaign facebook.. aku google takde jumpe pon.. budak2 ni kalo dapat mesti dh kecoh2 kt blog.. haha :lol:

      • @Anarm, kempen fb mmg xde lagi setakat ni aku rasa. tu maybe strategi churp2 nak tarik ramai orang join. pape hal pun kempen twiter jalan ok je.. :lol:

        • @dedoku, mungkin jugak.. atau mungkin akan datang baru dibuat campaign facebook kot.. ntah.. churp2 pn takde ckp ape2.. kite tunggu dan tengok jela nanti.. campaign twitter pon boleh tahan.. huhu

  40. Aku punya asyik failed jer. tekanan jugak huhu. nak kata keyword semua aku masukkan .dah siap tambah lagi kah kah kah..

  41. sebut churpchurp teringat chupachurp haha :p
    Entri terbaru di blog mrnamie : Tolong jangan menunggang macam niMy Profile

  42. malas la..hu3 :alien: :ninja:
    Entri terbaru di blog ChuyRy : Trial SPM Negeri Perak BermulaMy Profile

  43. hehe.. terima kasih bagi tutorial.. , terima kasih juga bagi linky luv
    Entri terbaru di blog zuls : Tip Bagaimana Monitor Contest Twitter TipTwitterMy Profile

  44. kalo nak ikotkan memang ramai tak tau lagi pasal cupcup nie..
    huhuhuh.. tapi bila suruh masuk malas2.. leceh la apa la..
    bukan susah pown.. huk3 :w00t:

    • @yash, bendenya teramatlah senang.. org yg bagi byk alasan tu jenis yang memang takleh watpe aaa.. wat sakit ati kite je kadang2.. huhu.. :pinch:

  45. fahmi ibrahim says:

    baru terbuka hati mencuba chrup2 ni.. ada 3 campaign… tapi sume tak approve lagi.. knp ek? hehe
    Entri terbaru di blog fahmi ibrahim : Jom Join Fantasy Premier League Dengan Number10my Dan Menang!My Profile

  46. Zida tak faham sebenarnya cara nak isi kompose tuh. Huk3
    Entri terbaru di blog Zida : Wajahku Berubah Lagi My Profile

    • @Zida, compose tu just isi ayat yg berkaitan dengan iklan.. ayat yg bleh buat org tertarik utk klik.. ayat2 tu pastikan mengandungi keyword yang diperlukan.. contoh mcm iklan dalam entri ni.. keyword die: #astrobplayer, (link) dan online..

      Jom tengok World Cup secara online dengan #astrobplayer(link)

      boleh nampak keyword yang digunakan utk buat 1 ayat iklan? :wink:

      • @Anarm, Kiranya kita just buat ayat sendri la untuk menarik minat orang and then kena letak keyword2 dia? Ekceli keyword tu yang mana? Apa2 perkataan dalam schedule tweet tu ke? :getlost:
        Entri terbaru di blog Zida : Wajahku Berubah Lagi My Profile

        • @Zida, yup.. buat ayat sendiri.. keywords, sila tengok dlm screenshot utk compose (dlm entri ni).. kat keterangan tentang iklan tu ade tulis, kat bahagian bawah sebelum kotak compose..

          Churp this exciting Astro B. Player Web with the following keywords:
          – #astrobplayer
          – htt p://blablablaa
          – online

          dan kat dalam kotak compose tu pon dh terisi keywords yg diperlukan.. tugas kita cuma tambah2 perkataan bersama keyword tu dan jadikan 1 ayat.. guna kreativiti masing2 utk cipta ayat.. BM or ENGLISH, bergantung pada situasi..

    • @Zida, burung biru yg buncit..hahaah
      Entri terbaru di blog PutraMalaya : PANAS Pelajar UITM Buang BayiMy Profile