Tunjuk Ajar Ku Sifoo

Sifoo.com - Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia

Kali ni aku nak bercerita tentang “Forum Internet”. Korang tau tak apa tu Forum Internet? Dari pemahaman aku, Forum Internet ni merupakan satu tempat perbincangan secara online yang korang boleh join untuk membincangkan tentang sesuatu hal, topik atau perkara. Sebagai contoh, gambar yang ada kat atas ni adalah screenshot forum internet Sifoo.com yang aku aktif. Forum Sifoo.com ni merupakan forum yang memfokuskan kepada bidang grafik dan multimedia. Kat bawah ni aku letak sedikit petikan daripada profil forum Sifoo.com:

Sifoo.com adalah sebuah laman web portal yang memfokuskan kepada bidang grafik dan multimedia. Sifoo.com membawa slogan kata “Sumber Grafik & Multimedia Malaysia” sesuai dengan fokusnya untuk menjadi satu pusat rujukan di Internet kepada sesiapa sahaja yang berminat atau terlibat di dalam bidang grafik dan multimedia. Keahlian Sifoo.com adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat tanpa sebarang bayaran.

Sifoo.com menyediakan bahan bacaan ilmiah dalam bentuk artikel, tutorial dan juga perbincangan melalui online forum kepada pengunjung. …

Sifoo.com yang diasaskan oleh Imran Abdul Jabar mula beroperasi sejak tahun 1999 dan telah mempunyai lebih 27,000 keahlian online. Ahli-ahlinya digelar “Sifoorians” telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti secara online mahu pun secara offline. Antara aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan ialah Gempur Flash!, Gempur Reka!, Jom Lukis!, Riang-Ria Sifoo.com, Majlis Hari Raya Sifoo.com, Malam Seribu Bintang Sifoo.com, Bulan Bengkel Sifoo.com, Yumcha!, dan Kelab Bolasepak Sifoo.com (SFC).

Sifoo.com merupakan salah satu forum internet yang terdapat di Malaysia. Ada banyak lagi forum yang memfokuskan kepada bidang masing-masing. Antaranya seperti forum Lowyat.NET (Computer/Gadget), WangCyber, CariGold (Online Business), Scukz.com (Komuniti Remaja), dan banyak lagi.

Jom ler kita pakat ramai-ramai join forum kat internet. Banyak ilmu yang kita akan dapat melalui forum. Apa-apa persoalan atau permasalahan boleh je korang tanya kat forum. Berdesup ramai yang akan tolong jawab soalan korang tu. Tak caye? Cuba try test..
[note]Kepada pembaca blog Anarm Network, aku nak kongsi sedikit info baik punya tentang Kuasa Forum. Korang percaya tak melalui forum korang boleh dapat duit? Kalau nak tau lebih lanjut, boleh klik banner kat bawah ni.

[/note]


21 Comments

    • says

      @mohdisa, sifoo tu blog jugak tp lebih kepada forum..
      utk blog bleh tgk main page die.. ade byk info berguna
      khususnya dalam bidang grafik..

  1. says

    aku pun da join gak forum2 ni. tapi yang membuatkan sekrang aku bosan nak join forum sbb bnyak yang kurang memberika pendapat atau idea berkaitan topik yang dibincangkan. naik menyampah kalau title topik lain, tapi isi dalam topik lain.

    paling utama dalam forum ialah moderator, kena mainkan peranan jaga keamanan forum

    • says

      @ImranAbdulJabar: ni dia tuan punye sifoo datang melawat..
      hehe.. thanks 4 watching.. erkk.. silap..
      thanks 4 visiting bro..
      saje je promote sifoo.. kn aku dah ckp ari tu kn nk promote..
      rasa SDC malap skit lepas bergelap dulu tu..
      nk bg ceria balik.. ni je aku mampu buat utk SDC
      :cwy:

  2. kisahsensasi says

    antara perkara yang penting dalam join forum nie…kena baca term n condition….

    • says

      @kisahsensasi.. bende wajib tu.. kalau taknak diri kene banned kt forum, baca terma dan syarat dulu.

  3. Kill-Vearn says

    aku pon ada join forum ni dulu… huhu.. byk ilmu tu bro… thanx ingatkan aku balik…

    • says

      @ubey,
      uhh.. sori.. lupa lak.. paham2 sndiri la forum ape pn sbb dlm entri aku dh bgtau

      Ada banyak lagi forum yang memfokuskan kepada bidang masing-masing. Antaranya seperti forum Lowyat.NET (Computer/Gadget), WangCyber, CariGold (Online Business), Scukz.com (Komuniti Remaja), dan banyak lagi.

      :wink:

    • says

      @KampungBoy.. btol2.. n patuhi undang2 forum..
      jgn asyik nk spam je, wat forum jadi macam YM..
      ramai budak2 yg baru join forum die ingat forum
      ni mcm YM, dok sembang bende2 yg xde kaitan..
      walaupun ade sesetengah forum mengizinkan, tp adalah
      amat tak digalakkan.. :wink:

Trackbacks