Tukar Windows 7 kepada Windows 8

windows 8 download skin pack

Mungkin ramai yang dah tahu tentang versi Windows 8 yang bakal dilancarkan oleh pihak Micro$oft, yang tampil dengan fungsi-fungsi baru. Di laman-laman t0rrent, versi Windows 8 dah pon boleh dimuat turun (tak pasti betul ke tak) dan beberapa screenshot berkait dengan Windows 8 dah banyak tersebar di internet. Wallpaper Windows 8 juga nampak macam menarik.

Melalui beberapa maklumat tentang Windows 8 yang tersebar di internet, Windows 8 skin pack telah dibina oleh beberapa pihak di mana ianya dikatakan mengandungi fungsi-fungsi sama seperti yang terdapat pada Windows 8. Ianya dibina dengan visual styles seperti yang ditunjukkan melalui screenshot yang bocor di internet dan beberapa aplikasi third party untuk membolehkan pengguna merasa sendiri fungsi yang terdapat pada Windows 8. Bagi sesiapa yang rasa nak tukar Windows 7 kepada Windows 8, bolehlah cuba ‘8 Skin Pack for 7‘.


Cara Install 8 Skin Pack for 7

Sebelum skin pack ni dipasang, korang akan diberi pilihan untuk install ‘UXTheme Patch’ dan beberapa komponen tambahan seperti wallpaper, visual styles, aplikasi third party dan lain-lain. Korang boleh pilih sama ada nak pasang kesemuanya atau hanya sesetengah komponen sahaja sebelum meneruskan proses install. Korang hanya perlu expand pilihan yang disediakan dengan menekan tanda + dan unselect komponen-komponen yang korang taknak. Kemudian, tekan butang ‘Install’ untuk memulakan proses pemasangan.

install windows 8 skin pack
Install Windows 8 Skin Pack for Windows 7

Proses pemasangan akan dijalankan di mana ianya akan memasang komponen-komponen yang dipilih ke dalam sistem operasi Windows 7 korang. Setelah proses pemasangan selesai, reboot atau restart komputer untuk lihat perubahan yang berlaku ke atas Windows 7 korang tu.

windows 8 skin pack reboot
Proses pemasangan 8 Skin Pack for 7 selesai. Reboot.

Lepas sistem komputer korang selesai reboot, korang akan nampak paparan Windows 8 dengan aplikasi third party seperti Aura dan Taskbar User Tile.

interface baru windows 8 skin pack
Paparan Windows 8 baru (transformation pack)

Info Tentang Windows 8 Skin Pack

Support:

  • Windows 7 SP1
  • x86 (32Bit) dan x64 (64Bit)
  • Best Work in x86 (32Bit)
  • All Language Versions

Programs:

  • Resource Hacker
  • Universal Theme Patcher 1.5.0.22 oleh deepxw
  • Moveex 1.0.1 oleh Frank P.Westlake
  • JPGtoBMP 1.0 oleh efg’s Computer Labs
  • Taskbar UserTile alpha 7.1 oleh angelwzr
  • Aura Beta 3 oleh Stealth2010
  • Aero Lite Theme oleh thepanda-x
  • Windows 8 Aero Theme oleh velix94

 
Download Windows 8 Transformation Pack For Windows 7

Windows 8 Skin Pack for 7

Nota Penting:
Sesetengah skin pack atau transformation pack sangat sukar untuk dibuang dan ada kalanya system restore pon tak dapat kembalikan kepada paparan asal. Sebelum korang install 8 Skin Pack for 7 ni, pastikan korang backup terlebih dahulu sistem WIndows 7 untuk membolehkan komputer korang kembali kepada paparan asal. Mana la tahu kot-kot korang tak berkenan nanti. Pastikan juga UAC (User Account Control) di komputer telah disabled. Untuk uninstall skin pack ni, hanya perlu masuk ke Control Panel dan Uninstall Program.

 

Skin pack untuk tukar Windows 7 kepada Ubuntu 11.04 Natty Narwhal dan juga Mac OS X Lion pon smart jugak.

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


36 Comments

  1. Pya Tiut says:

    ermm…install ni kene bayar tak eh???? :face: :unsure:

  2. best ni!

  3. sadieqz says:

    mesti gempak ni… Nanti window 9 lagi gempak

  4. Skin ni sekadar memakan RAM dan CPU yang banyak, buat slow jek ;D bukan bagi laju :whistle:
    Entri terbaru di blog Kroit : Siapakah George HotzMy Profile

  5. afzal laidin says:

    cantik gak theme tu. Nanti tunggu yg real lah baru nak install. Sekarang maintain Win 7 je. Takbanyak masalah dgn Win 7compare nagn XP, Vista last time.
    Entri terbaru di blog afzal laidin : 3 Teknik FB Marketing Yang Perlu DielakkanMy Profile

  6. ahmad kamil says:

    cun habis….tp teman guna netbook je :ermm: …blh install ke theme ni?
    Entri terbaru di blog ahmad kamil : Tanah runtuh di Hulu Langat pada 21 Mei…My Profile

    • @ahmad kamil, kalo kat netbook tu teman tak pasti.. biasa yang dok pasang benda2 macam ni biasanya yang pakai desktop dengan laptop je.. netbook specs dia mungkin rendah skit dan mungkin tak sesuai pasang benda2 camni.. tapi kalau nak cuba apa salahnya.. cuma, sebarang perkara yg tak diingini berlaku tu adalah tanggungjawab sendiri.. apa kata try google dulu, selidik dan tengok dulu sama ada specs netbook tu sesuai atau pun tak untuk pasang skin ni.. :wink:

  7. lagi suka theme Ubuntu …hehehe…
    tapi yang W8 ni kira menarik juga… ;)
    Entri terbaru di blog nizam : WordPress Dalam Bahasa MelayuMy Profile

  8. decrewz says:

    Nak tukar jugak tapi takut..ha3.. Sbb x pandai nak backup win7.. Cemna nak backup?
    Entri terbaru di blog decrewz : Ini Bukan Entry Politik Kotor Dimana MelayuMy Profile

  9. emm..aku masih pakai XP. malas nak upgrade atau update..haha.. :blush:

  10. Windows 7 pun belom abis stadi lg dh ada windows 8 lak….huhuhu
    Entri terbaru di blog yas : Email layangAnda percaya semua niMy Profile

  11. Windows 8 Jadian la ni haha,

    aku yg ada pon windows 7 starter je ni, ofis pon masih XP lagi, entah bila nak upgrade

    • @Rjuna, windows 8 yg betul2 tak keluar lagi.. tahun depan baru keluar.. pc kat opis aku pon pakai xp jugak.. cuma pc aku je pkai windows 7.. tu pon aku yg upgrade senyap2.. haha..

  12. menarik, tp paparan dalam image tu bape sedap memandang. taskbar dia pun aku nampak lebih kurang ubuntu jerk. just tukar pakai profile picture. hoho, windows tiru ubuntu ke? haha
    Entri terbaru di blog Mohd Isa : Pemenang Blogging Giveaway WPThemesLabsMy Profile

  13. Fazreen says:

    Aku paling malas tukar themes/skins sebab kebanyakannya bila nk restore default jadi cerca merba..

  14. Hoh. Windows 8 plak. Den windows 7 pun lom guna lagi :sad: :sad:
    Entri terbaru di blog GM : Update Plugin WordPress Yang Mesra SEOMy Profile

  15. AyieBlog says:

    Assalamualaikum, dengar kate windows banyak function menarik and interface menarik, tak sabar nak menunggu windows 8 then harge windows 7 ori akan menurun :).
    Entri terbaru di blog AyieBlog : Komputer Anda Terpadam Tiba-TibaMy Profile

  16. menarik gak ni… tapi sayang laks ngan custom theme skang ni, jimat ruang… :D
    Entri terbaru di blog Eizil : Dalam mengejar arus kemajuan- ada yang di anak tirikanMy Profile

  17. cara jugak buat macam ni
    tapi aku rasa ramai yang tercari-cari installer windows 8
    kalau ada aku pun tak sabar nak cuba guna
    Entri terbaru di blog wazy : Selamat Menyambut Hari Guru 2011My Profile

  18. ohh.. dah kuar ke window 8.. ketingalan giler aku.. ahaha.. :ninja:

    • @laici, FYI, windows 8 tak keluar lagi.. dari apa yang diberitahu, windows 8 tahun depan baru keluar.. yg ada sekarang ni cuma windows yang dah diubah jadi mcm windows 8..

  19. Izamir Ridzwan says:

    ingatkan installer win8 tadi.. bru nk download.. btw thank inform.. boleh lah juga try2 pakai tranform pack ni :biggrin:

    • @Izamir Ridzwan, installer windows 8 takde lagi.. yg ada kat laman torrent pon windows yg di-customize jadi windows 8 (customized dari windows 7 atau windows vista).. so, takyah la penat2 cari, penat2 donlod sume tu.. tunggu je micro$oft lancar windows 8 dulu nanti..

  20. window 8, asal x download leaked window 8 punyer, :lol: