Tukar dari Postpaid Celcom ke Prepaid Celcom

Setelah beberapa tahun aku jadi pengguna postpaid Celcom, aku buat keputusan untuk tukar semula ke prepaid. Dulu aku memang pengguna prepaid. Tak tahu kenapa aku pergi tukar ke postpaid.

Aku rasa guna prepaid lebih jimat berbanding guna postpaid yang mesti kena bayar bil tetap setiap bulan.

Guna postpaid memang memudahkan. Cuma jumlah bil yang kena bayar tu tak berapa best. Kalau banyak guna data, call dan SMS kira berbaloi juga langgan postpaid.

Pelan Prepaid dan Pelan Postpaid

Zaman sekarang ni semuanya guna internet. Call dan SMS dah tak guna sangat sebab dah ada aplikasi phone yang hanya perlukan sambungan internet dan boleh berfungsi untuk call serta hantar mesej dengan percuma.

Hanya perlu bayar untuk internet je.

Prepaid Lebih Jimat Berbanding Postpaid

Dengan menggunakan prepaid kita hanya bayar apa yang kita guna (potong kredit). Kalau guna postpaid, kita terpaksa bayar juga benda yang kita tak guna sebab dah ditetapkan jumlah perlu dibayar setiap bulan mengikut pakej yang dilanggan.

Kalau tak guna buat apa bayar, kan? Membazir duit je. Sebab tu aku nak tukar balik ke prepaid. Malas dah guna postpaid. Rugi. Guna prepaid lebih jimat berbanding postpaid.

Pilih Talian Telco Mengikut Liputan Kawasan

Aku masih nak kekalkan guna talian Celcom sebab kat kampung aku cuma Celcom je ada line.

Telco lain langsung tak boleh pakai sebab takda liputan (coverage). Walaupun pakej telco lain nampak macam menarik, tapi kalau takda coverage takda makna juga untuk aku pilih telco tu.

Tukar Celcom Postpaid ke Prepaid

Guna postpaid Celcom aku kena bayar hampir RM200 untuk call, SMS dan langganan internet. Termasuk bil isteri aku yang pakai plan 1+5 Celcom. Jumlah bil tetap setiap bulan.

Aku dah buat kira-kira, kalau guna prepaid dengan penggunaan seperti sekarang ni, nilai topup kitorang takkan lebih daripada RM100 sebulan.

Dah la aku jarang guna untuk call dan SMS, tapi kena bayar bil juga. Isteri aku pun sama. Banyak guna internet je.

Nak mesej boleh guna WhatsApp, Telegram atau Facebook Messenger.

Facebook pun dah boleh guna untuk call sekarang ni.

Cara Tukar Postpaid Celcom ke Prepaid Celcom

Hari tu aku pergi Celcom Blue Cube tanya cara tukar Celcom postpaid kepada Celcom prepaid dan nak kekalkan nombor yang sama. Diorang bagitau buat masa ni Celcom tak boleh buat pertukaran macam tu.

Tapi tukar prepaid ke postpaid boleh pula?

Tukar Celcom Postpaid ke Celcom Prepaid

Staf Celcom Blue Cube tu bagitau, kalau nak tukar dari postpaid Celcom ke prepaid Celcom, kena keluar dulu daripada Celcom dengan cara MNP (tukar dan kekalkan nombor) ke mana-mana prepaid telco lain terlebih dahulu. Lepas tu baru boleh tukar balik ke prepaid Celcom.

Tapi telco lain biasanya ada tetapkan tempoh kontrak 30 hari sebelum dibenarkan tukar semula ke prepaid Celcom.

Maknanya, bila dah tukar ke prepaid telco lain, kena guna dulu dalam tempoh kontrak 30 hari tu. Lepas habis tempoh kontrak, baru dibenarkan tukar semula ke prepaid Celcom.

Prosedur Tukar Postpaid Celcom ke Prepaid Celcom

  • Bayar semua bil postpaid termasuk bil tertunggak (jika ada)
  • Pergi ke pusat perkhidmatan telco lain (atau jumpa dealer) dan beritahu nak buat MNP untuk tukar ke prepaid telco tu.
  • Akan dapat simkad prepaid telco baru.
  • Pihak telco baru akan uruskan proses MNP untuk tukar rangkaian.
  • Guna dulu simkad telco asal macam biasa, sampai phone paparkan simkad tiada liputan / takda line (dah siap MNP ke telco baru).
  • Tukar simkad telco baru dan boleh guna nombor yang sama.
  • Nak tukar semula ke Celcom, pergi centre Celcom terdekat dan mohon untuk buat MNP tukar ke plan Celcom Prepaid.
  • Pihak Celcom akan buatkan pertukaran dan tunggu sehingga proses MNP selesai.
  • Lepas tu boleh tukar simkad baru daripada Celcom.

 
Susah juga Celcom postpaid nak tukar kepada prepaid. Masa aku tukar prepaid Celcom jadi postpaid Celcom dulu bukan main senang. Tak sampai 5 minit dah siap tukar.

Nak tukar balik ke prepaid banyak pula nak kena buat.

Sekarang ni aku dah buat pertukaran dari postpaid kepada prepaid. Aku buat cara MNP sebab nak kekalkan ‘nombor couple’ yang aku dan isteri dah guna lebih 10 tahun.

Tapi proses pertukaran masih belum siap lagi. Orang yang tolong uruskan pertukaran tu bagitau biasanya ambil masa antara 1-5 hari waktu bekerja.

Kena tunggu jela dengan penuh sabar. Harap-harap takda masalah untuk aku tukar dari postpaid Celcom ke prepaid.


Update: Sekarang aku guna Prepaid ONEXOX. Mulanya ingat nak guna sekejap je, lepas tu nak tukar balik ke Celcom Prepaid.

Sekali dah tersangkut pulak dengan ONEXOX sebab tertarik dengan pelan yang ditawarkan. Terutamanya tempoh aktif 28 bulan dan pelan Season Pass.

Siapa berminat nak tukar ke prepaid telco ONEXOX juga, boleh daftar secara online melalui link di bawah ni:

121 Comments

  1. Assalamualaikum, nak tanya. kalau saya nak tukar postpaid celcom ke prepaid telco lain kena settle kan bil yg sebelumnya pastu bile dah settle baru gi kedai telco lain utk tukar simkad. pastu lama x proses nak tukar sebenarnya? saya dah lama dah berniat nak tukar balik ke prepaid utk jimat duit

    • Waalaikumussalam.. Ya, kena settle dulu semua bil di telco lama sebelum tukar ke telco baru.

      Proses tukar telco biasanya ambil masa dalam 1-3 hari. Paling lama 5 hari. Paling cepat boleh siap kurang dari 24 jam. Asalkan akaun di telco lama takda sebarang isu (bil tertunggak, nombor tak aktif).. Dan kena reply SMS pengesahan port-out dengan segera kalau nak proses tukar telco siap dengan cepat.

  2. Assalam, saya nak tanya, masa nak buat mnp tu diorang ada minta apa2 dokumen ke? contoh macam ic yang didaftarkan masa beli nombor tu. Saya ada plan nak tukar dari celcom postpaid ke prepaid tapi risau kalau mintak id tu sebab tak ingat lah guna ic sape

    • Waalaikumussalam. MNP kena bagi IC.

      Guna pelan postpaid boleh tengok details penama yang daftar nombor tu. Dalam apps, dalam penyata bil pun ada nama.

      Kalau nombor tu didaftar guna nama orang lain, orang tu je yang boleh buat urusan MNP. Perlukan IC dia.

  3. Hin,Assalamua’laikum..sy nk tya ..klu mcm sy dr maxis nk kekalkan num tukar ke celcom blh ke? Mcmmana? Ade x online srvice mcm digi ? Sy ad dua number maxis..ygvsatu g dh tukar ke digi bt online je. Tq

    • Waalaikumussalam.. Sekarang ni semua telco ada online service untuk daftar simkad. Celcom pun ada.

      Buka laman web Celcom Online Shop, pilih plan apa yang nak daftar dan tekan ‘Buy Now’. Type of Purchase tekan ‘Switch to Celcom’ untuk tukar telco. Lepas tu isi details dan Check Out.

  4. hi, saya ada contact maxis dan digi, kenapa operator tu cakap kena tukar ke postpaid telco dorang dulu dalam tempoh tertentu, lepas tu baru boleh ke prepaid. maksud nya
    Celcom Postpaid -> Maxis/Digi Postpaid -> Maxis/Digi Prepaid
    ke dorang saja cakap untuk pancing hahaha

    • Celcom Postpaid nak tukar ke Maxis/Digi Prepaid boleh je terus ambil prepaid. Tak perlu ‘transit’ pelan postpaid dulu lepas tu tukar ke prepaid pulak.

      Kadang² telco ni saja menyusahkan pengguna..

      • Tumpang tanya,kalau tukar postpaid ke prepaid..lepas tu mesti pergi kedai telco tu?contohnya nak tukar ke Maxis mesti pergi ke Maxis centre?boleh ke kalau minta je dekat kedai biasa?lepastu bagi ic je atau perlu bagitau yang pasal MNP?

        • Pendaftaran simkad (Nombor Baharu & MNP) boleh buat di Centre atau Pusat Servis Telco. Kalau susah nak pergi centre, boleh juga daftar kat kedai² Authorized Dealer / Pengedar Sah yang berdaftar dengan telco tu.

          Kedai biasa boleh tengok signboard kedai yang ada tulis ‘Authorized Dealer’ atau ‘Pengedar Sah’, atau tengok logo telco yang dipamerkan di kedai tu. Masuk dalam kedai dan tanya je..

          Nak lebih pasti kedai mana yang boleh buat, buka laman web rasmi telco yang nak daftar, cari senarai Pengedar Sah dan lokasi kedai yang berdekatan.

  5. Salam. Saya nk tukar ke telco lain tp akaun saya terlebih bayar. Sekiranya saya tukar ke telco lain, saya blh refund blk ke duit yg terlebig byr tu?

    • Waalaikumussalam.. Kena tanya telco asal boleh refund atau tak yang terlebih bayar tu. Untuk postpaid rasanya boleh refund (kalau tak silap saya lah).. Contact customer service telco untuk pengesahan tentang refund.

  6. Assalammualaikum saya nak tanya kenapa Celcom ade bagitau yg x boleh tukar ke prepaid if dah guna pelan postpaid

    • Waalaikumussalam.. Boleh je postpaid tukar ke prepaid. Ada cara dia.

      Celcom bagitau “tak boleh” sebab pelan Celcom Postpaid tak boleh terus tukar ke Celcom Prepaid. Kalau nak tukar juga, caranya…

      Kena pindah (MNP / Port-Out) nombor Celcom Postpaid tu ke telco lain terlebih dahulu.

      Lepas nombor dah pindah ke telco baru, buat MNP / Port-Out sekali lagi untuk pindah semula ke Celcom dan boleh daftar pelan Celcom Prepaid.

      Celcom Postpaid –> Celcom Prepaid = TAK BOLEH

      Celcom Postpaid –> Pelan telco lain –> Celcom Prepaid = BOLEH

      • Hi boleh tolong ajar tak??sya nak tukar smula ke prepaid??dh bayar bill postpaid..cuma tak tau mcam mna nak tukar ke prepaid!!

  7. Salam tuan. Saya nak tukar dari celcom postpaid ke celcom prepaid. Contoh saya tukar kepada telco digi atau onexox pada hari ini. Adakah saya boleh tukar semula ke celcom prepaid pada hari yang sama?

    • Waalaikumussalam.. Tukar ke onexox boleh terus MNP tukar balik ke celcom prepaid. Takda masalah sebab onexox takda kontrak. Bila-bila masa boleh pindah telco.

      Kalau telco digi saya tak pasti.

  8. hmm susah jugak nak tukar postpaid pergi ke prepaid erk ? 3tahun guna mcm sia2 jerk .. bole bayar buat benda lain .. just guna untuk internet ,, nak tukar pon ambik masa jugak ? haihh susah bethol celcom nie ?

  9. Assalamualaikum Tuan.. bila saya baca kisah tuan ni kes saya pun sama.. Pada asal saya pakai prepaid celcom entah macam mana saya boleh tersangkut untuk tukar ke postpaid celcom.. Dan aaya perhatikan plan prepaid lebih menguntungkan dari postpaid celcom.. Trust me.. Rugi sangat pakai postpaid kerana sekarang orepaid celcom menawarkan plan unlimited data & unlimited call dengan zaman sekarang smua mggunakan aplikasi wahtsapp, telegram (VOIP) apps dan sebagainya.. Dalam proses nak tukar ke telco lajn terlebih dahulu sebelum masuk ke prepaid celcom balik.. For information, unmount bill tetap kena caj even tak pakai sangat.. Itu rruginya poatpaid plan rather than prepaid.. Sekian

  10. Nak tanya laa bro…mcm mana kita nak tahu berapa bill tunggak kita haa…x nak lps tukar prepaid lain tetiba kene bayar jgk kan..mohon bantu sifu

    • Telco ada online selfcare. Boleh semak bill kat selfcare tu.

      Atau call je customer service / careline telco minta dia buat semakan bill kita. Tanya berapa amaun bill kena bayar kalau nak tukar ke telco lain.

  11. salam bro tumpang tanya, saya postpaid celcom. Due date bill saya pada 10 jun. Maknanya kalau saya nak tukar telco, saya kena settlekan bill sebelum 10 jun, dan terus ke Digi(contoh) untuk MNP. Lepastu celcom saya tu auto terminate,ke macamana ya?

    • Waalaikumussalam.. Ya.. Setelkan semua bil lepas tu boleh terus buat MNP kat telco baru. Dah siap MNP nanti akaun kat celcom akan auto terminate.

      • Tumpang tanya .. sy dh tukar postpaid celcom ke prepaid yes and so far tkde masalah .. tapi sy baru je dapat email pasal bil celcom harini sedangkan sy dh settle semua bayaran .. adakah saya dikenakan bayaran tambahan sebab saya bayar last minute utk postpaid celcom tu? Jadi patut ke saya settlekan bayaran tu, saya pun x boleh nk log in dlm celcom life apps ataupun mana2 website

        • Rasanya bukan bayaran tambahan. Mungkin “unbilled amount” yang celcom kenakan caj, sebab masa buat port-out (tukar telco) dah masuk cycle bill bulan baru.

          Biasanya celcom akan kira prorate ikut jumlah hari penggunaan pada bulan tu.

          Contoh:
          Tarikh cycle bill baru setiap 1 haribulan. Bil bulan lepas dah bayar habis. Lepas tu port-out ke telco lain pada 8 haribulan. Celcom akan kira caj untuk penggunaan dari 1hb – 8hb tu dengan kadar prorate.

          Boleh contact celcom atau pergi ke centre untuk buat semakan bil. Kalau betul ada tunggakan bil, boleh terus bayar.

          Jangan abaikan sebab banyak kes macam ni bila tak bayar bil tu tiba-tiba sampai surat dari peguam tuntut bayaran.

  12. Assalamualaikum bro,nk bertnya..adakah kita kena pergi ke celcom center dulu atau boleh terus ke kedai telefon lain dan terus tukar telco..

    • Waalaikumussalam. Kalau sekarang guna celcom, nak tukar ke telco lain tak perlu pergi centre celcom. Terus pergi centre telco baru atau jumpa dealer, bagitau nak buat MNP (Mobile Number Portability) untuk tukar telco.

      Pastikan nombor masih aktif, boleh call keluar. Kalau guna pelan postpaid, bayar dulu semua bil, lepas tu terus daftar MNP kat telco baru.

      Dah siap proses MNP nanti akaun kat celcom akan auto terminate.

  13. Bru lps p clcom..nk tukar clcom postpaid ke prepaid..dh byr full pastu kna tukar telco so pilih telco digi..wajib tngu sebulan ka utk tukar smula ke clcom atau cmna??clcom branch ckp 1bln tp clcom customer service ckp ble ja tukar ke clcom slps simkad digi tu d aktifkn..blurr jap..mna 1 yg btl ne

    • Setahu saya tempoh bertenang 30 hari dah dimansuhkan untuk semua telco. Sekarang dah boleh tukar telco (MNP) bila-bila masa, tak perlu tunggu sebulan. Kecuali kalau plan yang baru langgan tu ada kontrak.

      Boleh call customer service digi untuk pengesahan. Kalau digi kata tak perlu tunggu sebulan, boleh terus buat urusan MNP di centre celcom.

    • Bayar semua bil postpaid je. Bayar cukup2 ikut amaun bil. Lepas tu dah boleh tukar.

      Kalau nak tukar dari celcom postpaid ke celcom prepaid, kena pindah ke telco lain dulu. Lepas tu daftar balik celcom prepaid dengan cara MNP (Mobile Number Portability).

      • AssalamualaikumSaya guna Celcom prepaid dah lama dah cuma masa tu fon problems sekejap pastu tak isi kredit tahun 2021 lah pastu bila nak isi kredit dah block ..
        So saya tanya lah Celcom bluecube boleh tak nak aktifkan balik nombor tu
        Sebab sebelum ni guna prepaid
        Dia cakap boleh aktifkan balik tapi Kene guna postpaid tak boleh guna prepaid
        Tapi pospaid tu ada plan la
        Cuma yang paling murah tu rm28sebulan internet 1gb jer pastu ada cas sst sms cas 20sen sekeping call unlimited, cuma kita ni jenis jarang sangat call sms pun sama biasa guna internet jer .
        Dan ada lagi satu plan murah sikit 38 + sst 6% 6% bersamaan dengan berapa ya
        Ni 8gb internet termaksud YouTube ws nga dll cuma Telegram jer tak termaksud unlimited call , sms cas 20sen sekeping.
        Tapi buat jugak lah
        Sebab nombor tu guna since awal remaja
        Sekarang pun still remaja lagi ?nombor tu 2015/2016camtu guna
        Selalu jer isi kredit
        Cuma 2021 jer tak isi kredit atas sebab fon tu lah
        Tapi dah block dah
        Ws tak boleh bukak
        Kene aktifkan balik nombor tu
        Sebab penting nombor tu

        Nak taknak terpaksa guna postpaid? Untuk aktifkan balik nombor tu

        Nak tanya kalau kita buat postpaid nombor kita dah hidup balik
        Kalau nak try tukar ke telco lain nak buat camne ye Kene bgitau Celcom bluecube ataupun buat senyap2
        ?
        Nak prepaid
        Jimat
        Postpaid ni mcm membazir lah
        Dah lah tak kerja lagi atas faktor ²tertentu
        Jadi mak Kene bayar bill nanti ni ?

        Harap guna bill ni tak lama sangat lah moga pintu hati celcom terbuka untuk buat postpaid ke prepaid balik ?

        • Nombor dah terminate rasanya tu, bukan kena block. Kalau status block cuma perlu topup je dah boleh aktif balik.

          Tempoh aktif plan prepaid ni biasanya bila dah sampai tarikh luput akan ada tempoh selama 60 hari lagi untuk topup. Cukup 60 hari tu kalau masih tak topup, nombor akan ditamatkan perkhidmatan (terminated).

          Sesetengah telco bila nombor dah terminated, nak aktifkan balik nombor tu kena langgan plan postpaid.

          Semua plan postpaid ada caj SST 6% dikira ikut harga plan yang dilanggan.

          Contoh plan postpaid harga RM28
          SST 6% x RM28 = RM1.68
          Harga bil jadi RM28 + RM1.68 = RM29.68

          Nombor yang dah aktifkan balik tu boleh tukar ke telco lain dengan cara MNP (Mobile Number Portability). Cuma kena semak dulu dengan telco asal sama ada plan postpaid tu ada kontrak atau tak.

          Kalau ada kontrak, kena tunggu habis kontrak baru boleh MNP tukar ke telco lain, atau bayar denda untuk tamatkan kontrak.

          Kalau takda kontrak, boleh terus daftar MNP melalui dealer / centre telco baru. Tak perlu bagitau celcom. Cuma perlu bayar semua bil dulu sebelum buat MNP.

          • Boss saya nak tanya kalau nk tukar prepaid ke postpaid tu kena sahkan terima atau tidak dkt sms dulu kaa baru dia tukar ke postpaid

        • Celcom Postpaid nak tukar ke Celcom Prepaid kena buat MNP (Mobile Number Portability). Pindah keluar ke telco lain dulu. Lepas tu pergi centre Celcom daftar MNP untuk masuk ke Celcom balik. Daftar pelan prepaid.

          Boleh MNP ke telco XOX.. XOX takda kontrak. Bila-bila masa boleh tukar balik ke Celcom. Nak terus guna XOX pun boleh. Line XOX sama coverage dengan Celcom.

          Nak MNP ke telco XOX boleh daftar secara online:
          https://store.onexoxplan.com

  14. Saya baru ternampak post sedara ni pada bulan Sep 2020. harap2 sudilah menjawab pertanyaan saya lagi ye.
    Kami 3 beranak guna celcom postpaid 1+5 ni jugak. Cadang nak bertukar ke prepaid sebab prepaid lebih jimat. 200 lebih sebulan guna postpaid. kalau prepaid x sampai 120 pun.

    Dalam blog tu sedara bagitau ur wife under plan postpaid yg sama iaitu 1+5. Masa nak buat MNP tu, ada kena proses atau cas tambahan apa-apa tak? Saya pernah try g telco lain dulu. Diorg cakap nombor group kena pecahkan dulu.

    • “3 beranak guna celcom postpaid 1+5”.. Maksudnya ada 2 akaun Sub-line didaftar bawah 1 akaun Utama (Principal). Betul?

      Untuk tukar telco (MNP), nombor Utama dan 2 nombor Sub-line tu kena mohon MNP sekaligus. Telco baru boleh terus proses permohonan MNP, tak perlu pecahkan akaun jika buat MNP sekaligus.

      Kena pecahkan akaun tu untuk situasi macam ni:
      • Hanya 1 atau 2 nombor je nak MNP (daripada 3 nombor)
      • Masing-masing nak tukar ke plan telco berbeza.

      MNP takda apa-apa caj tambahan. Biasanya cuma bayar harga simkad baru.

      Permohonan MNP mesti guna maklumat penama akaun Utama. Bayar semua bil termasuk tunggakan (jika ada) sebelum buat permohonan MNP di telco baru. Akaun di telco asal akan auto terminate selepas dah siap MNP.

  15. Maaf menggangu, saya nak tanya. Saya baru je guna postpaid celcom dalam beberapa minggu. Boleh ke saya nak tukar ke prepaid telco lain? Or kena tunggu dalam sebulan baru boleh tukar?

    • Postpaid kena check plan tu ada kontrak atau tak. Kalau takda kontrak, boleh tukar ke telco lain selepas sebulan.

      Kalau ada kontrak, kena tamat kontrak dulu baru boleh tukar ke telco lain, atau bayar denda untuk tamatkan kontrak.

  16. ari tu i pergi celcom center dia pun bagitau kena tukar telco .. so i suruh kawan tolong tukar ke xox prepaid.. xtau kena tunggu berapa lama ari ni hari keempat , i takut pending sbb xox under celcom :( sesiapa yg tukar sebelum ni? celcom postpaid -> xox prepaid..

    • Tukar ke XOX atau ONEXOX ye? XOX / ONEXOX bukan under Celcom.. Telco berbeza.. Cuma guna coverage dan infra daripada Celcom..

      Proses MNP (tukar dan kekal nombor lama) ambil masa 1-5 hari bekerja.. Tukar dari Celcom biasanya ambil masa 1-2 hari.. Apa2 pun cuba contact balik kawan / dealer yang buatkan penukaran tu..

      Saya pun guna postpaid Celcom dulu sebelum bertukar ke ONEXOX..

  17. alamak. sy terminate dulu celcom pospaid, kemudian ingt nak buat maxis prepaid guna no lama berkenaan. boleh ke?

    • Nak tukar ke telco lain dan kekalkan nombor lama, jangan terminate celcom postpaid tu.. Setelkan semua bil je.. Lepas tu pergi ke centre telco mana nak tukar, bagitau nak tukar ke prepaid dan nak kekal nombor lama.. Bagi detail pendaftaran dan diorang akan submit untuk MNP (Mobile Number Portability)..

      Kalau terminate maknanya nombor lama tu dah tak boleh pakai.. Bila nombor dah tak boleh pakai, nak tukar ke prepaid telco lain pun dah tak boleh dah..

      Contact customer service celcom tanya diorang dah terminate ke belum nombor postpaid tu.. Kalau dah terminate, cuba tanya boleh aktifkan semula tak.. Rasanya diorang boleh aktifkan semula dalam tempoh masa tertentu sebelum nombor tu betul2 terminate sampai dah tak boleh aktifkan balik..

      • tuan, untuk kes diatas, kita x perlu berurusan dengan celcom sbb x mahu nombor x boleh dipakai, dan bila tukar telco, automatik celcom tidak akan cas kita apa2,betul?(kira terminate habis)

        • Untuk pengguna Celcom atau mana2 telco sekalipun, bila nak tukar ke telco lain tak perlu berurusan dengan telco asal. Terus buat permohonan MNP dengan telco baru. Bila dah berjaya tukar, kira dah takde apa2 kaitan dah dengan telco asal. Telco asal tak boleh caj apa2 dah.

          Cuma kena pastikan sebelum tukar telco tu, kalau ada bill blom bayar lagi (untuk pengguna postpaid), kena bayar semua dulu. Untuk pengguna prepaid pula, kena pastikan tempoh sah credit masih aktif.

          Proses MNP (pindah telco dan kekal nombor lama) ambil masa 1-5 hari bekerja ikut standard prosedur yang dah ditetapkan oleh SKMM.

        • Nk tye. Kalo kta mnp no. Bil kta utk telco yg lama tetap jalan o automatik stop. Tkut2 nnti dh tukar no tiba2 telco yg lama hantar bil melambung. Haha.

          • Sebelum buat MNP (tukar telco), pastikan bayar dulu semua bil di telco lama dan biarkan akaun aktif macam biasa. Lepas tu buat permohonan MNP di telco baru.

            Bila dah berjaya MNP tukar ke telco baru, bil di telco lama akan automatik stop dan semua servis di telco lama akan ditamatkan.

            Servis dah ditamatkan sepatutnya takkan kena apa-apa caj dah lepas tu. Akaun pun dah dipindahkan ke telco baru. Dah tak guna servis dari telco lama.

            Kalau takut tiba-tiba timbul isu kena caj yang tak masuk akal dengan telco lama, lepas siap MNP boleh contact telco lama tu tanya ada tunggakan bil lagi atau tak.

      • Akak nak tukar celcom postpaid ke prepaid. Kena tukar telco lain dulu.. Boleh kasi nasihat telco prepaid mana yg bagus dan mudah dapat rangkaiannya walau dikampong. Terima kasih

        • Setakat ni rasanya rangkaian Celcom paling bagus kat kawasan² kampung.

          Guna Celcom Postpaid tu kalau takda masalah rangkaian, boleh tukar ke telco dengan rangkaian yang sama. Contoh: telco ONEXOX (guna rangkaian Celcom)

          Nak tukar ke telco ONEXOX boleh daftar MNP secara online di laman web:

          https://store.onexoxplan.com

          Lepas dah siap tukar ke ONEXOX, bila-bila masa boleh tukar ke Celcom Prepaid atau telco lain. ONEXOX takda kontrak.

          Kalau nak teruskan guna ONEXOX pun ok juga.. Line sama macam Celcom.

  18. Assalam. Boss sorry lari tajuk kalu kita nak buat private number macam mana boss kan kna jugak pakai bill ek?

    • Waalaikumussalam.. Nak buat private number boleh call centre telco atau terus pergi ke centre telco tu dan apply ‘Calling Line Identification Restriction’ (CLIR).. Bayaran dikenakan untuk register dan bayaran bulanan dalam RM5 – RM10 kalau tak silap..

      Untuk postpaid sahaja rasanya.. Boleh call centre untuk tahu lebih detail..

  19. salam..macam maner nak tukar postpaid celcom ke prepaid telco lain mcm maxis, tune talk ke? tapi nak kekalkan no lame

    • Waalaikumussalam.. Nak tukar dari postpaid ke prepaid telco lain boleh terus ke centre atau contact agent telco tu..

      Kalau nak tukar ke prepaid ONEXOX boleh contact saya.. Saya boleh bantu untuk kekalkan nombor lama..

      Whatsapp / Telegram : 011-3244 8800

      • Kalau saya pernah beli no onexox tp da xpakai tapi skarang nk tukar no celcom saya ke onexox & kekalkn no lama nie boleh ke?? Maksudnya sy ada 2 no onexox..

        • Tak kisah nombor dari mana2 telco semua boleh tukar ke ONEXOX.. Asalkan nombor tu masih aktif dan takde terikat apa2 kontrak dengan telco asal..

        • ONEXOX tak ada contract. Kalau tukar ke prepaid ONEXOX lepas tu rasa kurang sesuai dengan cara penggunaan, bila-bila masa boleh tukar ke telco lain.

  20. salam . nak tanya , saya guna postpaid celcom . baru2 ni bill telefon saya mencecah RM 300 . Walhal baru minggu lepas saya pi bayar . yang peliknya saya on data internet 3 hari ja . dan panggilan keluar n mesej keluar pun x banyak . boleh kira saja . tpi kenapa bill telefon saya sampai Rm 300 ? boleh tolong jelaskan kat saya x ? terima kasih .

    • Waalaikumussalam.. Postpaid Celcom ada bill statement.. Dalam bill tu boleh tengok caj apa yang Celcom kenakan sampai bil cecah RM300.. atau boleh call dan tanya terus dengan customer service Celcom..

      Saya dah tak guna postpaid Celcom sebab rasa rugi bayar bil mahal tapi tak guna sangat pun.. Sekarang dah tukar ke prepaid ONEXOX..

    • Hello. Sorry ganggu, kalau dah tukar dari postpaid celcom ke prepaid (Maxis), dah dapat mesej & reply smua tp still ada line & boleh guna telco celcom.. bill keluar 8hb jadi kena tunggu bill keluar dulu, bayar bill baru telco celcom auto terminate ke atau ade proses lain?

      • Mesej yang kena reply tu untuk pengesahan tukar telco (MNP). Lepas reply mesej tu, line telco asal boleh guna lagi sampai telco asal dah luluskan permohonan untuk tukar ke telco baru.

        Akaun kat telco asal akan auto terminate bila dah siap proses MNP.

        Kalau masih ada bil belum bayar, telco asal akan reject permohonan tukar telco. Kena bayar dulu semua bil, baru telco asal luluskan permohonan MNP tu.

        Tak perlu tunggu keluar bil. Bila2 masa pun boleh tukar telco. Cuma kena semak jumlah bil semasa yang perlu dibayar. Boleh semak kat online selfcare atau contact careline telco asal minta buat semakan bil.

  21. lah awat tak tnya lisa. hehe… kalau nak cepat. g tukar kat umobile. senang je proses. umobile ke celcom tade contrak . 1jam je dah siap >.<

  22. Setuju. Memang sekarang banyak guna internet daripada call dan sms. Kenapa bayar lebih untuk servis kita tak guna.

  23. menarik juga macam ni..puncak alam ni celcom je laju..balik kg saya atau suami, celcom sahaja ada line.. ada juga survey altel, rasa nak terminate internet bb celcom tukar ke altel je lah.

  24. jom tukar ke ONEXOX.. plan dia jimat giler.. kalau tak caya, boleh try google dan baca info2 tentang ONEXOX.. terbaik dowh prepaid ONEXOX ni.. aku dah bertukar.. jom laa.. huhu..

    terima kasih sebab tulis entri ni dan menyedarkan aku sebenarnya rugi guna postpaid.. betul guna prepaid lebih jimat.. minyak pun dah naik 20 sen, memang kena cari jalan untuk lebih berjimat cermat..

  25. aku pun guna postpaid.. lepas baca entri ni baru aku sedar rupanya aku pun dah banyak membazir duit bagi kat telco.. betul apa yang bro cakap.. tukar ke prepaid jela lebih jimat.. rasa menyesal pulak pakai postpaid..

  26. guna prepaid celcom pn kna beware.. ada msg spam telan kredit.. bila tanya celcom centre.. sbbkn system.. tp diaorg xkan refund.. and tuduh kita ada subscribe something.. lepas tu suruh buat lagi cara unsubscribe.. then tak pasal2 kna charge bagai 50sen.. bukan kedekut.. tapi nk bgtau celcom failed!

  27. Memang untung guna prepaid ni..kalau guna postpaid,tetiba seminggu kita tak sempat nak online..dah kena bayar jugak.Untung sangat telco2 ni kalau semua pelanggan nak guna postpaid.lain la kita ni memang 24 jam online.,…

  28. Banyak juga karenah nak tukar pospaid ke prepaid. Aku dulu pun pengguna postpaid. Akhirnya tukar ke prepaid. Mula2 nak kekal nombor lama, last2 aku ambil keputusan tak payah guna nombor lama. Beli terus kad prepaid. Akuan postpaid aku terminate je..

    • Kalau terus tukar nombor baru lagi senang. Aku ingat nak buat macam tu jugak, cepat sikit. Tapi fikirkan nombor lama yang dah banyak guna untuk online banking, loan bank, contact kawan2 dan lain2, terpaksa kekalkan nombor lama. Kalau tak, bertambah kerja pulak nak kena update nombor baru dengan kawan2, dengan bank.

    • Ha’ah. Prosedur yang agak leceh. Tapi rasanya diorang boleh je buat. Telco lain boleh buat, takkan dia tak boleh, kan? Saja la tu taknak pengguna lari keluar lepas tu buat cara yang menyusahkan pengguna.

  29. …salam.
    ada juga bercadang nak tukar.
    menarik atas entri yang di hantar kan
    kerana tepat masa nya

    • Waalaikumussalam. Buat entri ni untuk perkongsian dengan kawan2. Mana tahu ada yang nak bertukar jugak, boleh jadikan panduan. Kan?

      Sekarang ni postpaid masih dalam proses tukar ke prepaid yang lebih jimat. Nanti akan kongsikan ‘prepaid jimat’ tu dalam blog ni bila dah selesai tukar.

  30. Betul jugak ek.dh jarang sgt call dan msg.asyik wasap je
    ..bole cuba try penggunaan call guna nombor prepaid Altel ni..

    Ingat mmg nk.tukar le umobile ni.bengang,kt kampung Xde line.Jgn kata kampung,kt PLUS pun Xde line.

    • Kalau line Umobile tu rasa tak ok atau teruk, better tukar jela ke telco lain. Tukar ke Altel pun ok jugak. Setakat ni ramai cakap line Altel tak mengecewakan. Mana2 tempat pun ada.

      Kalau nak kekalkan nombor boleh buat MNP keluar dari Umobile, masuk ke Altel.

  31. Salam bro Anarm..
    Kiranya sekarang ni bro kena keluar dari Celcom dan daftar dulu di Telco lain dengan nombor yang sama lepas tu bila habis kontrak Telco tu, masuk ke Celcom semula..
    Macam tu ke proses nak tukar dari postpaid Celcom ke prepaid Celcom?
    Agak leceh jugak ye?

    • Waalaikumussalam. Yup, macam tu lah cara nak tukar postpaid Celcom ke prepaid Celcom. Agak leceh jugak la proses dia.

      Tapi telco lain boleh je buat terus. Contoh macam Maxis, boleh terus tukar postpaid ke prepaid guna telco sama, cuma ada caj RM25. Kira ok sikit tak perlu nak pindah2 macam Celcom.

  32. Pelanggan postpaid syarikat telco adalah aset paling berharga bg mereka. Sebab tu diorang cuba lengah2kan benda mcm ni. Biar pelanggan dlm keadaan tertekan supaya mereka harap yg pelanggan akan ubah fikiran semula untuk kekalkan pakai postpaid.

    • Haa.. Itulah apa yang aku fikir. Pengguna postpaid banyak bagi untung pada syarikat. Takkan diorang senang2 nak lepaskan. Diorang saja buat lengah2.

      Tapi aku tetap nak tukar ke prepaid jimat.

    • Rasanya Celcom boleh je nak tukar terus postpaid ke prepaid. Telco lain ada yang boleh buat (cuma ada caj sikit). Celcom taknak buat sebab taknak rugi kot.

    • Memang leceh. Tukar nombor baru lagi senang. Aku nak kekalkan nombor sebab dah banyak guna nombor ni untuk urusan bank, loan, contact kawan2, etc. Kalau tukar nombor baru banyak kerja pulak nak kena inform bank, bagitau kawan2..

    • Tu la pasal. Tukar prepaid ke postpaid senang pulak. Saje la tu taknak bagi orang tutup langganan postpaid. Diorang untung banyak bila ramai guna postpaid..

      • Sy dh lm gn postpaid dkt 5 tahun rsnya..hr tu tep kn block sb x byr rm50..bila tgk bln ni dh naik rm114..walaupn kn block n x guna pape. Mula lah hti ni nk nyumpah celcom ni. Ap yg dia cas x thu lh..nk tkr pd prepaid ln xnk dh celcom. Tp nk kekal no mcm mn nk buat. Celcom ni byk mkn duit lh

        • Walaupun tak guna, bil postpaid tetap jalan. Postpaid kan kira langganan setiap bulan. Kita guna ke atau tak guna ke tetap kena bayar.

          Nak tukar ke prepaid boleh pergi mana2 centre telco yang kita nak tukar. Contoh, nak tukar ke Maxis, pergi centre Maxis untuk buat urusan pertukaran. Pastikan bayar dulu semua bill Celcom. Ada tunggakan, tak boleh tukar.

          Kalau nak tukar ke prepaid ONEXOX boleh contact saya : 011-3244 8800

          Info tentang Prepaid ONEXOX: KLIK SINI

          • Sepanjang proses MPN (1-5 hari bekerja) tu kita memang tak boleh guna no telefon kita ke?

            Terima kasih bro

            • Nombor phone boleh guna macam biasa masa MNP tengah proses. Sepanjang proses MNP tu line masih ada dengan telco asal.

              Boleh terima call. Nak call keluar pun boleh, asalkan ada baki kredit. Internet pun boleh guna kalau masih ada baki data aktif.

              Cuma jangan tukar simkad selagi proses MNP belum siap.

              Bila proses MNP dah siap, simkad telco asal akan ditamatkan perkhidmatan sebab nombor dah berpindah ke telco baru.

              Simkad asal dah takda line, tukar simkad telco baru, lepas tu boleh sambung guna nombor yang sama.

          • Salam tuan. Kalau saya dari celcom postpaid nak tukar prepaid. Bermaksud saya perlu tukar ke telco lain dahulu contohnya digi atau onexox.

            Setelah tukar telco boleh ke saya terus tukar ke celcom prepaid pada hari yang sama?

Leave a Reply to dianaCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *