Tukar Kad Debit Superman di Maybank

Sebelum solat Jumaat tadi aku sempat pergi singgah Maybank di Seksyen 9 Bangi untuk urusan tukar kad debit Maybank. Kad debit lama aku yang ada gambar buah ceri tu macam dah rosak je. Aku rasa chip dia yang rosak sebab kadang-kadang bila aku guna mesin tak boleh nak baca kad debit tu.

kad debit superman maybank

Aku dapat tahu kad debit Maybank yang baru ni dari blog HafizRahim.com. Aku cepat-cepat pergi tukar kad debit ni sebab takut kad debit Superman habis stok. Nasib baik ada lagi. Boleh pilih nak kad debit Superman atau kad debit Manchester United. Aku pilih kad debit gambar Superman sebab tak minat sangat dengan MU. Kalau Arsenal ok jugak.

Proses untuk tukar kad debit Maybank ni sekejap je. Tak sampai 5 minit. Kad debit baru boleh dapat time tu jugak. Cuma nak menunggu giliran je yang ambil masa sikit, bergantung berapa ramai orang yang ada buat urusan di Maybank masa tu.

Caj untuk buat kad debit Maybank ni adalah sebanyak RM12, akan dipotong terus dari akaun Maybank kita. Tapi aku check Maybank2U tadi takde pulak caj RM12 ditolak dalam akaun Maybank aku. Maybank tak kenakan caj ke kalau buat penukaran kad debit akibat chip rosak? Lupa pulak nak tanya dengan staf Maybank tadi.

Bila dah dapat kad debit Maybank yang baru, macam biasa kena pergi tukar nombor PIN di mesin ATM. Staf Maybank ada juga bagitau had pindahan dan had keluaran pun kena setting balik. Lepas selesai buat semua tu, kad debit baru dah boleh digunakan.

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

43 Comments

  1. apa perbezaan antara kad atm dgn kak debit?

    • Kad ATM boleh guna untuk keluarkan duit dari mesin ATM je.. Kad debit pulak boleh guna untuk keluarkan duit jugak + satu lagi fungsi dia sama macam kad kredit, boleh guna untuk shopping dan lain2,. Cuma dalam akaun kena ada duit sebab dia akan terus potong duit dalam akaun bila kita bayar guna kad debit.. Kalau dalam akaun takde duit, kad debit tak boleh guna..
      Jom baca entri terbaru di blog Anarm – Review Filem : RoboCop (2014)My Profile

      • Mcm mane nk apply kad debit? dan mcm mane nk taw yg kad atm kita tuh bleh djadikan kad debit ke x?

        • Kad ATM biasa tak boleh jadi kad debit.. Kad debit tu kad berbeza.. Kena pergi apply dekat bank.. Bagitau je kat orang bank cakap nak buat kad debit.. Nanti dia akan uruskan.. Sekejap je boleh siap kad debit tu..

          Bila kad debit dah siap, kena setting balik kat mesin ATM.. Lepas tu dah boleh guna dah.. Kad ATM yang lama bank akan ambil balik..

          Masa nak apply kad debit tu boleh tanya detail dengan orang bank..
          Jom baca entri terbaru di blog Anarm – Review Filem : RoboCop (2014)My Profile

  2. bergaya gak kad debit superman tu…. kad ceri aku ni… mcm dah nak patah jer….
    Jom baca entri terbaru di blog deanz – Bagaimana Untuk Backup Telefon Android anda Boot, Pemulihan Dan Sistem Partition ImagesMy Profile

  3. huhu.. nak tukar tapi mls pulak nak ke bank..
    Jom baca entri terbaru di blog Suhairi Alias – ProblemMy Profile

  4. Lawa la kad debit ni. Mau tukar juga tapi kalau kena RM12 macam tak berbaloi pulak! :(
    Jom baca entri terbaru di blog anif – F1 – Lewis Hamilton Tersilap Berhenti Di Pit Pasukan McLaren!My Profile

  5. M2U pun kena tukar ke tak?ke biar je macam lama..rasanya tukar gak kan?

    btw..theme ko ni best..custom eh?hehehe
    Jom baca entri terbaru di blog reezluv – Penyokong Fanatik Malaysia Bodoh Ke?My Profile

  6. peh menarik ni, minggu depan gaji masuk sesuai sgt nk tukar dah..
    aku masih lagi pakai kad atm kaler kuning tu..tak ikut perkembangan semasa btol.
    lagipun kad atm skrg ni dh ada kepatahan sikit, sesuai sgt nak tukar.
    Jom baca entri terbaru di blog ejam – Tutti Frutti Kini di TemerlohMy Profile

  7. urm… nak jugakkk !!!
    Jom baca entri terbaru di blog Amir – Alexa Rank Secara RingkasMy Profile

  8. Menarik kad debit adiwira Superman.
    Jom baca entri terbaru di blog akubiomed – Kenduri kahwin datang lagiMy Profile

  9. tak apalah..aku pakai dulu apa yang ada ni..
    Jom baca entri terbaru di blog titan – Tak best la main hack-hack macam ni..My Profile

  10. cicakman xde ke???
    hihi
    Jom baca entri terbaru di blog Katak Comel – 8 Gambar Bogel Emma WatsonMy Profile

  11. itdecade says:

    Huyoo..superman plak….dulu man u…hehehe..nk tukar gak laa..

  12. masih kekal lagi dengan kad debit ceri Maybank tu…kad superman nie terhad sehingga clear stok…
    Jom baca entri terbaru di blog sukma – “MALAYSIA’S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara”My Profile

  13. Shahrul says:

    nak tukar versi superman jgk la…baru ganah
    Jom baca entri terbaru di blog Shahrul – Mencari Pengganti untuk Google Reader?My Profile

  14. Geng la kite..hehehe..super..super..supermannnn..
    Jom baca entri terbaru di blog hafizrahim – Axiata Cup – Up Your GameMy Profile

  15. fuh mcm menarik.. nak try tukar jugak la walaupun kad skrg ni ok lg.. kekeke
    Jom baca entri terbaru di blog fariq – Belajar WordPress Secara OfflineMy Profile

  16. Oneblogsocial says:

    Guna debit kad ini lebih senang di banding kad credit,saya baru buat bulan lepas
    Jom baca entri terbaru di blog Oneblogsocial – HtaccessMy Profile

  17. hebat.. pasni jadi superman laa ko… mesti byk duit am superman dalam tu..
    Jom baca entri terbaru di blog Jaws – Mudahnya Menjemput RezekiMy Profile

  18. bro masih setia dengan MU…
    Jom baca entri terbaru di blog Bro Framestone – Kehidupan Dikelilingi PaparazziMy Profile

Trackbacks

  1. […] pengetahuan, sesiapa yang guna Kad Debit Maybank yang tamat tempoh pada 2014 memang kena tukar kad baru kat mana-mana cawangan Maybank yang […]