Tukang Paip Tak Bertauliah Tukar Paip Sinki

Urusan pindah rumah dah selesai sebelum Raya Aidilfitri tempoh hari. Alhamdulillah.

Sekarang ni balik kerja aku dan wife sibuk dengan kerja-kerja mengemas rumah pulak. Barang-barang banyak berlonggok dalam bilik tak sempat lagi nak kemas sepenuhnya.

Selain kemas barang rumah, kena tukar mentol lampu sebab mentol asal lampu dia yang warna oren tu. Rasa macam panas je dan tak berapa terang.

Jadi aku pun tukarlah dengan mentol lampu warna putih. Baru terang sikit.

Lagi satu, kena tukar kepala paip atau pili paip kat sinki dapur sebab rapat sangat dengan sinki. Susah nak basuh pinggan mangkuk, asyik berlaga je dengan sinki.

tukar kepala paip

Ingat nak upah plumber je minta dia tukarkan pili paip tu. Bila fikir balik, baik buat sendiri lagi jimat.

Pengalaman Tukar Paip Sendiri (DIY)

Jadi pengalaman pertama tukar paip sendiri. Sebelum ni tak pernah buat walaupun ada belajar “Kemahiran Hidup” masa kat sekolah dulu.

Paip asal jenis plastik. Aku ganti dengan pili paip jenis besi beli kat kedai hardware. RM16 je yang paling murah.

pili paip besi

buka kepala paip

Sebelum tanggalkan paip, kena pastikan tutup terlebih dahulu punca air.

Dulu pernah tengok member serumah tukar paip tapi tak tutup punca air dengan elok. Habis bersembur air keluar sampai banjir dapur.

pita putih paip

Balut atau lilit bahagian benang pada paip menggunakan pita putih (white tape) bagi mengelakkan air meleleh keluar dan untuk bagi paip kemas dan ketat bila dipasang.

Baru la air tak terkeluar dari celah-celah tu.

ganti pasang paip besi

pili paip sinki

Tadaa.. Dah pun siap pasang paip sinki baru kat dapur rumah. Lepas ni senang sikit nak membasuh pinggan, mangkuk, cawan, sudu.

Rasa macam seronok pulak bila dapat buat kerja-kerja DIY macam ni. Rasa puas hati pun ada juga bila tengok hasil kerja sendiri berfungsi dengan baik.

Setakat kerja paip mudah macam ni aku rasa sape-sape pun boleh buat, kan? Kalau yang rumit sikit tu lebih baik upah tukang paip yang bertauliah dan lebih mahir.

27 Comments

  1. dh boleh jimat braper dh tu kalau buat sendiri,
    nampk cam susah je.
    belum coba blum tahu.
    lpas ni nk tukar ler pulak tue :)

    • Yup.. Memang ada belajar benda ni dalam subjek Kemahiran Hidup.. beberapa puluh tahun lepas.. Nasib baik ingat lagi ilmu tu.. Terima kasih kepada cikgu yang mengajar Kemahiran Hidup dulu..

  2. Ini kena buka balik buku kemahiran hidup ni.

    :) Kalau semua nak panggil plumber.. Mana berbaloi.. Mahal tu cajnya

    • Betul tu.. Upah plumber mahal.. Kalau buat sendiri cuma keluar duit beli paip dengan white tape tu je.. dengan beli sepanar (kalau blom ada)..

    • Haha.. Aku pun malas sebenarnya.. Ini pun sebab kena paksa dengan bini dia cakap susah nak basuh pinggan.. Kih kih kih..

    • Ha’ah.. Zaman sekolah dulu belajar benda2 camni dalam kelas Kemahiran Hidup.. Nasib baik ingat lagi sikit2.. Kalau upah plumber buatkan mesti mahal.. Baik buat sendiri bleh jimat kos..

Leave a Reply to mai hasCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *