Tips Blog Berjaya Pada Tahun 2010

Tips Blog Berjaya 2010

Lebih kurang beberapa minggu yang lalu, dunia telah digegarkan dengan kehadiran tahun 2010. Pelbagai rintangan, dugaan dan cabaran telah kita tempuhi selama hidup pada tahun 2009, kan? Ada yang jatuh, ada yang bangun. Seperti RODA! Kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kita kat bawah. Dari bawah kita boleh naik ke atas, dan dari atas kita boleh turun balik gi bawah. Bagi blogger-blogger pula, 2010 merupakan tahun yang perlu dilengkapi dengan pembaharuan pada blog masing-masing. Sama ada dari segi design blog, isi kandungan blog, belajar SEO, dan lain-lain. Semua perlukan pembaharuan, perlukan peningkatan. Betul tak? Kalau aku salah, sila baca entri ni sampai habis dan kemudian tinggalkan komen. Hehee..

Bagaimana dengan blog korang pada tahun 2009 hingga sekarang? Masih berupdate seperti biasa atau sampai sekarang dibiarkan bersawang macam blog aku ni? Kepada pengunjung blog Anarm.Net, maaf dipinta sebab lama tak update. Ada beberapa kerja yang aku kena fokus. Sebab tu tak sempat nak update. Sekarang ni aku dah luangkan sikit masa update blog ni bagi korang baca. Jangan lupa komen ye.

Entri kali ni tentang ‘blogging tips‘ yang aku rasa bagus untuk memantapkan lagi blog kita. Mungkin dah banyak yang tulis tentang benda ni. Tapi entri aku yang ni versi Anarm punya kepala otak. Hehe.. Teruskan membaca. Kepada silent reader, apa kata tahun 2010 ni korang perkenalkan diri korang. Ramai kawan-kawan nak kenal korang tau. Ngeee~

Kat bawah ni disenaraikan beberapa tips dalam dunia blogging untuk tahun 2010.

  • Blog menggunakan WordPress

    Pengguna Blogspot jgn marah haa.. Kenapa aku sarankan korang menggunakan WordPress? Kenapa? Mengapa? Kerana bilangan penggunanya yang ramai, reputasi dan pengakuan di kalangan blogger-blogger, mempunyai support yang kuat, dan yang paling penting blog kita adalah 100% hak milik kita. Google ke Microsoft ke sape-sape pon takde hak untuk tutup blog kita sepertimana yang banyak berlaku kepada pengguna blogspot.

    Bagi yang serius berblog dan berniat untuk menambah ilmu dalam bidang laman web, ini adalah pilihan yang paling tepat! Jika korang masih takut-takut untuk menggunakan hosting sendiri, korang boleh mulakan dengan menggunakan WordPress.com bagi menyesuaikan diri sebelum bertukar menggunakan WordPress di hosting sendiri (self-hosted).

    Sape-sape tak puas hati dengan statement aku ni, sila nyatakan kat ruangan komen. Malas nak tulis lebih-lebih. Nanti pengguna blogspot marah aku.

  • Menilai sesebuah blog melalui rupa paras (design)

    Bagi aku, kalau sesebuah blog tu tunggang langgang susun aturnya, pengunjung susah nak fokus pada entri yang korang tulis. Contohnya, teks yang digunakan (teks juga adalah design), kejap besar kejap kecik, kejap kaler hitam kejap kaler pink, kejap blink-blink, pastu kejung. Mengelirukan! Contoh lain adalah bahagian paling atas pada blog iaitu ‘header’. Header berperanan penting bagi memberi first impression kepada pelawat-pelawat baru di blog. Header yang cantik, lawa dan cun akan lebih menarik minat pelawat untuk scroll ke bawah dan membaca isi kandungan blog (entri) korang. Header yang buruk giler kurang menarik, pelawat akan fikir isi kandungannya mungkin kurang menarik jugak.

  • Masukkan beberapa gambar dalam entri

    Maksud masukkan gambar bukanlah penuhkan entri tu dengan gambar. Memberatkan page je tu. pakai dedicated server boleh laa. Aku rasa entri akan lebih best dibaca jika diselitkan beberapa gambar. Tujuannya untuk bagi pembaca rehat sekejap bersama Kit Kat. Kalau penuh dengan tulisan je, panjang pulak tu, pelawat akan baca, baca, dan baca. Bila dah penat baca, dah mula naik bosan, diorang akan klik tanda ‘X‘ walaupun masih belum habiskan bacaan. Nak camtu?

  • Elakkan kesalahan tatabahasa

    Setiap penulisan di blog harus dielakkan kesalahan tatabahasa. Ramai blogger sekarang ni aku tengok lebih suka menggunakan Bahasa SMS. Korang tau kan bahasa SMS tu camne? Perkataan semua nak dieja pendek-pendek je. Macam yang dibebelkan saudara Kertaz kat blog dia. Mungkin si penulis tu paham apa yang dia tulis. Tapi orang lain mungkin ada yang tak paham. Korang berblog untuk bacaan sendiri atau nak bagi orang lain baca? Bila takde orang baca, takde komen, mula la bengang, tulis entri caci maki, mencarut-carut tak puas hati. Salah sendiri~

  • Tajuk artikel mestilah menarik

    Untuk setiap artikel atau entri, pastikan tajuknya adalah menarik dan berinformasi. Cara yang biasanya aku guna untuk memilih tajuk entri, aku bayangkan aku tengah Google mencari info tentang apa yang aku tulis, keyword apa yang aku masukkan untuk buat carian tu. Paham? aku je kot yang paham Hehe.. Kalau boleh, tajuk biarlah unik, berbeza daripada blog-blog lain supaya tiada persaingan. Tapi… Jangan sesekali letak tajuk lain, isi artikel lain! Ini mungkin akan mengundang kemarahan pelawat-pelawat termasuk aku yang pergi blog korang.

  • Mudahkan pelawat untuk menjelajah blog anda

    Yang ni aku ingat lagi lecturer aku ajar dulu. Sesebuah web atau blog mestilah user friendly, mudah untuk pelawat mengexplorenya. Cara untuk memudahkan pelawat explore blog korang adalah dengan menyediakan ‘Search Box‘, ‘Senarai Kategori‘ ataupun ‘Sitemap‘. Kalau takde benda-benda ni, pelawat mungkin tersesat dalam blog, tak jumpa benda-benda menarik yang ada dalam blog korang. Bagi aku, aku lebih suke explore melalui ‘sitemap’ sebab biasanya kat sitemap akan ada senarai Page dan Post dalam sesebuah blog.

    Lagi satu yang aku rasa perlu, untuk link yang keluar dari blog korang sebolehnya buatlah link tersebut buka ke window atau tab yang baru. Biasanya guna coding “_blank”. Ini untuk mengelakkan pelawat yang sedang explore blog korang lepas tu tiba-tiba tersesat ke blog orang lain. Blog korang dah hilang!

  • Berblog mengikut jadual yang ditetapkan

    Berapa kerap korang update blog bergantung pada diri sendiri. Jangan contohi aku. Hehee.. Mungkin ada yang update blog setiap hari. Mungkin ada yang update 2 atau 3 kali dalam seminggu aku update sebulan sekali. Tetapi, elakkan daripada update dengan kerap dalam 1 hari. Kenapa? Kerana setiap artikel baru memerlukan masa untuk bersinar, sepertimana yang dibebelkan oleh Nazrien a.k.a Topotato di blognya.

  • Keperibadian dalam penulisan

    Setiap perkataan dan ayat yang korang gunakan dalam artikel boleh memberi impak kepada pembaca. Ayat yang korang gunakan berkemungkinan akan disalahtafsir oleh sesetengah pembaca yang sensitif. Oleh itu, berhati-hati menggunakan ayat yang mungkin akan membuat pembaca benci kepada korang termasuk blog korang sekali. ayookk, tak tau sape buat~

  • Masukkan elemen media dalam artikel

    Sepertimana memasukkan gambar di dalam artikel, elemen media yang lain seperti video juga boleh digunakan bagi menampakkan isi kandungan tu lebih interaktif dan menarik. Gunakan kelebihan yang ada pada YouTube untuk memasukkan video berkaitan dengan tajuk entri yang korang ceritakan di blog.

  • Tetapkan dan fokus pada niche blog

    Apa itu niche? Niche ni maksud dia lebih kurang macam ni. Contohnya, korang suka dengan benda-benda yang berkaitan dengan DUIT. Korang suka buat duit melalui blog. Korang mandi ada duit dalam tab mandi, makan ada duit kat dalam air basuh tangan, main pun ada duit kat…. errr.. aaaa.. So, korang buat keputusan nak bina satu blog berkaitan dengan ‘Buat Duit‘. Jika korang dah tentukan niche pada blog korang tu adalah ‘Buat Duit‘, kalau boleh jangan dirojakkan blog tu dengan entri-entri berkaitan benda-benda lain selain ‘Buat Duit’. Just wujudkan entri-entri yang fokus kepada subjek Duit sahaja! Ada paham?

  • Buat Gravatar anda

    Sebelum memberi komen, buat Gravatar korang dulu. Dengan adanya Gravatar, orang-orang lain akan lebih mengenali korang kerana Gravatar ni diibaratkan seperti ‘branding‘, pengenalan diri korang. Bila korang kerap menjelajah ke blog orang lain dan tinggalkan komen, gravatar ni la yang akan buat orang kenal korang dan blog korang. Bagi yang belum ada Gravatar, daftar Gravatar anda sekarang!

  • Beri komen dengan bijak

    Ramai yang komen kat blog-blog dengan hanya menulis “Aku 1st“, “Aku pertama.. yess!“, “Aku last! Bangga siot..“.. Aku rasa macam bodoh je komen macam tu. Kalau boleh, komen la dengan bijak. Biar komen kita tu berkaitan dengan entri yang tertulis. Jangan menampakkan diri kita bodoh! ok? Selain itu, setiap perkataan dalam komen kita tu juga mungkin boleh menimbulkan salah faham kepada orang lain. Jangan sampai kena saman dengan pihak-pihak tertentu dah la.

    Kalau tak pandai nak komen dengan cara yang betul, bolehlah belajar cara-cara komen dengan AzmanIshak. Kehkeh..

  • Balas setiap komen di blog

    Dengan membalas setiap komen di blog, pelawat akan tahu yang blog korang masih ‘hidup’ walaupun korang tak update. Cara ini membolehkan pelawat berinteraksi dengan korang, dengan pengkomen-pengkomen lain, dan turut sama dalam perbualan. Dengan cara ini juga akan menambah jumlah komen pada entri blog korang. Tak ke bagus tu!!

  • Jangan fikir untuk menghasilkan duit

    Jika korang berblog semata-mata untuk duit, tiada siapa yang melarang. Tetapi, jika korang berblog sememangnya untuk mendapatkan duit, lupakan sekejap kerana korang mungkin akan hilang fokus pada perkara yang lebih utama iaitu Isi Kandungan Yang Berkualiti. Kalau setiap entri yang korang update penuh dengan link affiliate, promosi sana promosi sini, besar kemungkinan ramai pembaca yang akan menyampah dan terus tinggalkan blog korang buat selama-lamanya!

  • Lupakan sekejap statistik blog

    Berapa banyak masa yang terhabis semasa korang tengok statistik blog korang? Korang bangga ramai masuk blog korang kan? Bagi sesetengah orang, melihat nombor pada statistik blog adalah satu ketagihan. Untuk buang ketagihan kepada nombor-nombor tu, kita boleh cuba putuskan sambungan internet. Apakah…?? Dah tentu takleh nak tengok statistik blog dah kan? So, buka Microsoft Words atau Notepad++, kemudian tulis entri baru untuk dipublish sebagai entri seterusnya di blog korang.

  • Belajar tentang SEO (Search Engine Optimization)

    Pelawat yang datang ke blog korang melalui Search Engine (Google, Yahoo, Bing, dan lain-lain) dipanggil ‘Organic Traffic‘. Jenis yang lain pula termasuk ‘Referral Sites‘ dan ‘Direct Traffic‘. Daripada jenis-jenis traffic tu, ‘Organic Traffic‘ adalah apa yang paling diperlukan kerana ianya membolehkan blog korang bertahan untuk jangka masa yang lama. Bagi yang baru nak belajar tentang SEO, boleh lihat panduan SEO berikut: The Definitive Guide to Higher Rankings For Your Blog.

 
Entri aku ni tak menunjukkan aku power. Blog ni pon masih terkial-kial lagi SEO-nya. Tips-tips yang tersenarai kat atas ni mungkin berguna untuk kita. Tak gitu kawan-kawan? Lepas ni mungkin blog ni ambil masa 2 atau 3 minggu lagi untuk update entri seterusnya. Perlukan fokus kepada kerja lain dulu. So… Jom sama-sama kita kentalkan dan mantapkan lagi blog kita dengan ikut panduan ni.. Wuwuwuwuwuwuu.. *buat sambil tepuk-tepuk mulut dengan tangan*
 

Nampaknya blog awek aku dah mula mengorak langkah. Dah kembali update. Nak lawan aku gamaknya ni.. Takleh jadi.. Aku kena lawan. Ni dah mencabar kejantanan aku! Hahaha.. Jangan lupa follow awek aku di Twitter, ok.. Follow @surayasagi sekarang yop..
 

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


113 Comments

  1. kau.. ambik idea kat mana nak tulis entry…?

  2. akhirnya.. :tongue: ..setelah 5 hari aku cari.. dapat gak cara nak tukar gravatar.. pakai plugin cam tak jadi sgt.. fuhh.. org baru dalam WP, bese la kan.. hehe.. nice info..
    Jom baca entri terbaru di blog Izwan – Perjalanan IZWANYUSOFCOM bermula – Kronologi- Penghargaan dan KritikanMy Profile

  3. sebenarnya aku ada buat wordpress.tp masalah nye smpai skrg wordpress aku tu xberjalan.hehehe
    aku xtau guna wordpress..kebanyakkan nya banyak blog mengajar cara nak guna blogger.
    kalau ada sape boleh ajar aku guna wordpress boleh gak aku tukar wordpress.hehe

  4. Salam..saya ni baru lagi berjinak jinak dengan buat blog..terima kasih bebanyak bagi info yang berguna buat saya tapi ada perkataan yang masih saya belum faham, SEO “Organik Traffic” tu bila seseorang cuma taipkan tajuk penting tentang info yang dicarinya tanpa perlu masuk ke laman blogger dulu ke? sorry kalau soalan saya berbelit belit almaklumlah, baru..

    • @airin: Organic Traffic tu boleh dikatakan trafik yang datang dari laman carian (search engine) seperti Google, Yahoo, Bing dan lain-lain, dengan menggunakan teknik2 SEO..

      ada blog ke? boleh je berkongsi URL kat sini.. terima kasih kerana melawat dan komen di blog saya ni. :happy:

  5. Segala tips2 dah pun di apply..anarm lupa nak pesan supaya promote blog, itu pun kunci kejayaan kan??

    • @rashid: yup.. btol tu.. tapi promote blog ada banyak cara.. mungkin lain kali boleh post cerita tentang tu pulak.. hehe.. mekasih..

  6. I can’t belive that you made all the function to share this! Awesome. Without Blogger like you, we would never get so great informations!

  7. sblm ni sy penah buat blog…tp blog sy dh ‘mati’…xreti buat entri yg menarik n xreti nk buat duit…so sy blajam ckit2 dr buku, ebook, n other blog…sy akan buat balik yg baru bile start cuti sem nanti…

  8. TQ. Tips yg baik untuk blogger baru spt saya.. Hrp sntiasa beri tunjuk ajar.. :smile: :cheerful: :silly:

  9. kalau dapat master ilmu SEO…. sure senang nak dapat organic traffic….

  10. Menarik gak tips ni untuk blogger sengal macam teman nie. Thanks a lot k? :biggrin:
    .-= Post terbaru Dak Wan di blog beliau.. Tagged Profile =-.

  11. TerrickCEF says:

    anarm bila lagi nak kuar kedai kopi
    .-= Post terbaru TerrickCEF di blog beliau.. Wanita/Perempuan bukan selamanya cantik =-.

  12. woh! banyaknya tip.. banyak2 tu mana yang patut di utamakan dulu?
    .-= Post terbaru zuls di blog beliau.. Tentang #Yorais =-.

    • @zuls: err.. ntah.. macam tak ikut giliran je ape yang aku tulis ni.. aku rasa…. SEO kot yang patut diutamakan.. SEO tu kan power :wub:

  13. nice sharing..byk yg sy belajar dari blog ni..keep sharing always k..lagi byk lagi bagus..hehehe:)

    • @Farah: insyaallah.. sedang cuba memberi apa yang terbaik untuk para pelawat..
      terima kasih sebab berkunjung kt blog yang serba kekurangan ni.. :wink:

  14. tips lengkap disitu..huhu.
    bro boleh bagi tips seo untuk tahun 2010 pulak tak?
    banyak tips seo sekarang tak update la.dah tak releven lagi..dah jadi mitos..huhu
    .-= Post terbaru mario di blog beliau.. Mana Pergi Blog Holywar-efairy.Blogspot.com Menghilang? =-.

    • @mario: bab SEO ni aku pon kurang mahir.. sekarang pon masih lagi study tentang SEO yang ko cakap dah jadi mitos tu.. adehh.. nanti kalau ada aku terjumpa kat mana2 blog, aku share kat sini..

  15. cuma ni aku tak berapa faham,

    ” jangan fikir untuk hasilkan duit….” -hahahaha…

    dah kalau niche blog seseorang utk berblog utk tujuan dapatkan duit…takkan xnak fikir pasal duitt..hahhaa..
    guna syampu rambut pun keluar cecair duitt..hahah..

    saje bro..

    • @syin: blog yang buat duit pon aku rasa diorang tak pikir duit.. diorang pikir content blog diorang yang bercerita tentang duit.. content nak kena bermaklumat, sharing is caring, jgn syok sendiri..

      dulu aku blogging pikir duit.. hari2 pikir nak update blog sebab nak dapatkan duit.. lama2 baru perasan content blog dah diupdate dgn entri yang entah ape2.. jadi hilang fokus sebab terlampau fikir duit… nk kene rilek2, nanti duit datang dengan sendiri..

      terima kasih nuffnang & adsense :happy:

  16. nice sharing. pjg lebar tu. hmm..mgkin ada yg boleh dtambah. blog jgn berat utk loading. nak bubuh kat mane ye anarm?

    • @paklang: loading speed memang penting gak.. lupa nak taruk.. huhuu.. terima kasih sebab bagitau.. lain kali pulak cerita pasal tu.. :happy:

  17. Owh,, macam tuh…

    elakkan kesalahan tatabahasa. Aduh terasa, kadang-kadang ada tersalah taip, dengan mix bahasa inggeris.. kalau cikgu bm datang nie.. mesti kena rotan… awww
    .-= Post terbaru zikr the jalanan sepi di blog beliau.. Atasi masalah pengurusan masa anda dengan “LAKUKAN” bukan “FIKIRKAN” =-.

  18. sedang usaha untuk membuat semua diatas 2…
    inshallah berjaya nanti..
    amin…
    .-= Post terbaru Zul di blog beliau.. Defense Of The Ancients [Dota] Pt 1 =-.

  19. isi padat dan mantop :biggrin:
    .-= Post terbaru pauhputik di blog beliau.. RM1 per Car =-.

  20. Roslan Nazri says:

    bagus mari bersosial..haha..
    kene mengene tak ni?
    tips ni amat cantik sekali..hehe..abg..nak bookmark leh? nak kasi kat awek2 yg nak bajar cara blogging? kate abg encem (encem ker?) kasi tips.. :devil:
    .-= Post terbaru Roslan Nazri di blog beliau.. Kenapa Hosting Murah Tak Patut Dibeli? =-.

  21. TerrickCEF says:

    #
    Lupakan sekejap statistik blog

    Berapa banyak masa yang terhabis semasa korang tengok statistik blog korang? Korang bangga ramai masuk blog korang kan? Bagi sesetengah orang, melihat nombor pada statistik blog adalah satu ketagihan. Untuk buang ketagihan kepada nombor-nombor tu, kita boleh cuba putuskan sambungan internet. Apakah…?? Dah tentu takleh nak tengok statistik blog dah kan? So, buka Microsoft Words atau Notepad++, kemudian tulis entri baru untuk dipublish sebagai entri seterusnya di blog korang.

    about that nak tulis topic pe otak slalu kong tade idea

  22. TerrickCEF says:

    thanks for the tips anarm i really appreciate that

  23. Blog Kak Jie header burukk…..huhuhu
    tapi suka theme dia yg simple, itu saja
    .-= Post terbaru Kujie di blog beliau.. Komen Cili Api Di Geng Blogger =-.

    • @Kujie: header blog kak jie ok pe.. text.. simple..
      simple is beautiful.. simple is best.. simple is better..
      sejuk mata memandang daripada design yg bercelaru.. kan? kan?
      hehee :biggrin:

  24. salam bro…

    Tips-tips yang menarik,aku bookmark sekalu la page ni,senang skit nak wat rujukan nanti :cheerful:
    .-= Post terbaru wazy di blog beliau.. Install (Setup / Compile) Unreal IRCD =-.

    • @wazy: mekasih.. nanti ada info lagi aku nak tulis.. coming soon.. aku ni kalo mengupdate blog memang lambat.. tulis tak penah abis.. tulis sikit2, sambung esok.. sampai la complete 1 entri baru publish.. haha :lol:

  25. aku jadikan ebook,pastu aku jual.
    hehehehehhehehe :devil:
    .-= Post terbaru blowie di blog beliau.. Nak pindah hosting! =-.

  26. wuhaa.. good tips bro dan ada beberapa point yg bro tulis kat atas tu terkena kat batang hdung aku.. sbb tu blog aku & aku skali tak berjaya. huhu.. slain tu, cara penyampaian juga penting utk menarik minat org utk membaca, baca, baca dan baca lagi smpailah mereke menjadi pembaca tegar yg bila blog lambat sket update, terus hilang akal. hehee.. tp yg ni maybe ko mksudkan utk point keperibadian dlm penulisan tu kot.. saja aku nk tambah konon2nya nak tunjuk yg aku ni pengomen berilmiah. huahuahua.. lari (adeh, cam bodoh plak.. takpe la) :ninja:
    .-= Post terbaru Azizwan di blog beliau.. Keputusan Contest Lekat & Menang =-.

  27. blog ko pakai html ke php? huhu…. apapun menarik gak artikel ini….sharing is caring :smile:

    • Open permanlink dekat wordpress admin panel then letak .html lepas /%postname/ .. So jadila postname.html.. :biggrin:
      .-= Post terbaru KertaZ di blog beliau.. Sempoi Gila Movie “Adnan Semp-It” Ni! Wohooo! =-.

    • @Taufik SM: blog ni pkai wordpress.. html kt belakang tu permalink aku setting sndiri buat .html.. mcm @KertaZ ckp, ubah jadikan /%postname%.html.. kalau nk php, buat /%postname%.php

    • @Taufik SM, ni masta SEO. php pun bole dia nak jadi html… kah3
      .-= Post terbaru suhz di blog beliau.. Ready for double? =-.

      • @suhz: ampeh ko.. hahaha.. aku suke link yg belakang die ade .html.. .php pn smart gak.. tp xkn nk tukar kot.. rugi ahh.. biar jela .html.. huhu

        • @Anarm, thanks… aku dah tukar kepada .php …. nampak smart sikit …hehe…. :biggrin:

          • @Taufik SM: nice.. tapi pastikan ko redirect permalink baru ko tu.. takut nanti ade yang klik page ko dari google search tapi keluar NOT FOUND, link broken (untuk entri2 lama).. sebab permalink dah bertukar.. try ko buka entri lama blog ko tanpa .php.. boleh bukak tak? aku komfem link tu NOT FOUND.. kat google search pn aku rasa link2 blog ko sume tanpa .php..

            solution bleh rujuk sini http://goo.gl/yZt8.. dalam tu ade plugin yg perlu ko install utk redirection..

            • @Anarm, aku dh install dh plug in tu tapi x berfungsi la….die x redirect pun? :getlost:
              .-= Post terbaru Taufik SM di blog beliau.. Alex Ferguson Diktator Old Trafford! =-.

            • @Taufik SM: ye ek? dulu aku pon camni jugak.. then aku cari plugin, terjumpe plugin Permalinks Moved Permanently, boleh download kat sini: http://goo.gl/KGno..

              ko try la.. dulu aku try memang jadi.. sampai sekarang ade plugin tu kt blog aku ni..

            • @Anarm, thanks… huhu…. ko ade join dapatwang.com x?
              .-= Post terbaru Taufik SM di blog beliau.. Penulis blog Aduka Taruna ditahan polis =-.

  28. Oi.. Kutuk ar? Mana tuan tanah? Meh sini aku nk cekik ko anarm.. :getlost:
    Mcm ni kena ubah ah cara penulisan aku.. Mekasih sbb mnyedarkan aku.. :pinch:

    • Ler.. Aku salah baca rupanya.. Aku x tengok link tu.. Rupanya link ke post bab “Bahasa SMS” tu.. Aku ingt penulisan aku yg jahanam tatabahasanya.. Miahahaha.. Tp aku pun byk pkai bhasa SMS yg mudah contohnya “tak = x”.. “Yang = yg”.. Klau ayat2 yg mudah & ramai org guna, x per lagi di pendekkan.. Tp klau ayat2 yg jarang org guna bila di “SMS”kan ayatnya.. Mmg jadi gila la nk baca.. Miahahaha.. :blink:

      • @KertaZ: lol.. kalau shortform camtu memang senang paham.. yg susah nk paham tu jenis yg semua perkataan die nk pendekkan.. pkai google translate pn aku rasa google bleh biol.. hahaha

  29. blog aku ade kena tak kat mana2 yang ko tulis kat atas tu..? hahaha :sideways:

  30. dalam banyak2 tu aku rs no 1 je yang aku dah buat. yang lain haram jadah. haha
    neway sume tips tu sangat2 la berguna. dan nampak sangat la ko memang problogger. tabik bro.

  31. tips yg sgt bgs….nnt nak aplikasi kan la…maju setapak kehadapan lg….hehehe

    • @..ein..: elelelee.. tau la nk beli ‘bende’ tuu.. hehee.. ok, semoga berjaya pada tahun 2010.. :happy:

      • @Anarm,

        insyaallah….masih lagi byk yg perluu di pelajari….tips2 yg camni la yg sgt berguna wat kami yg ingin maju…

        terus kan berblogging dgn tips2 yg mantap ye

  32. hai sifu!!!
    takleh lama2..
    kena tdo awal..

  33. Huh..! gila kentang Aku…
    Banyak jugak nak kena amik tau.pedih2…

    Pape pun ko memang hebat coz boleh tulis panjang lebar camni…
    .-= Post terbaru Aku di blog beliau.. Sama Je… =-.

    • @Aku: hahaha.. terima kasih.. ni entri yg ditulis secara berepisod.. taip sikit, simpan, sambung esok.. esok taip lagi pastu simpan lagi.. smpai la mlm ni baru publish.. sbb tu panjang.. :whistle:

  34. patutlah tersedak… hadoi ai. thanks. untuk berkomen sepatutnya adalah kaedah rumusan dari apa yang kamu pikirkan mengenai topik perbincangan. jangan jadi spammer kotak komen. ini cukup jijik. jadilah seorang pengomen yang matang. macam kat sekolah dulu.. dari karangan yang cikgu bagi.. so macam mane nak buat rumusan? bila mana komen kamu itu nampak matang… orang akan cakap… WOW… sungguh related.. siapakah gerangannya? jeng jeng jeng… nak tau? silalah klik namaku di ruangan komen ini. hahahaha.. itu sebenarnya salah satu strategi berblog. bukan mudah nak suruh orang datang kat blog kita kalau dah konteks yang tah apa-apa. lepas tuh nak paksa orang datang untuk berkomen kembali.. ish ish ish…

    ok lah tuh anarm. kang nko sukat plak jumlah patah perkataan aku.. haha..
    thanks again ok!
    .-= Post terbaru Kreuger di blog beliau.. POPCorn celur tepung McDonald =-.

    • @Kreuger: yaaa.. tu dia.. nampak tak komen ni kawan2? memang seorang pakar dlm memberi komen.. komen camni la yg harus kita buat kt mane2 blog yg kite singgah.. mcm aku tulis kt dlm entri, “jangan nampakkan diri kita ni bodoh”.. (sori ayat macam kuang hajaq skit).. tak ke bodoh tu kalau komen ntah ape2 walaupun diri kite ni pandai, ade diploma, ijazah, phd.. be professional.. :cool:

  35. blogspot & wordpress.com ; rata2 kebykan yg guna blogspot.com adlh perempuan kan ..jrg nampak wordpress sbgimana lelaki …sebabnya 1. blogspot.com ni mudah sikit wiget nye. 2. theme nye byk yg cantik2 tidak terlalu sempoi..lelaki suka sempoi aje. Ala name pun perempuan kebykn blog yg diceritakan ttg cinta, ttg perasaan mcm diary lah…tp kakseri tak pandai mcm kamu nak guna wordpress ke atau website or hosting sendiri tu memerlukan masa utk praktik dan belajar. kena ada cikgunye..
    .-= Post terbaru worldpure di blog beliau.. CORETAN : Akhir Kalam =-.

    • @worldpure: btol tu.. memang kene belajar dan praktikkan.. saya dulu pn memang ZERO bende2 berkaitan web ni.. tp nasib baik sifat berani mencuba tu ade, terbeli hosting dan domain, pastu sekarang ni terpandai plak pasal web.. hehe.. ape2 pn, kalao nak mencuba, rakan2 yg pkai wordpress sntiasa ada utk beri tunjuk ajar.. dont worry.. :wink:

  36. bang anarm, blh x ajar i guno wordpress? i buto wordpress
    .-= Post terbaru x-po di blog beliau.. MALAM PERTAMA AKU YANG BEGITU MENDEBARKAN =-.

    • @x-po: bleh jah nok ajar.. klu nk try test wordpress, cari sapo2 yg offer subdomain dulu.. kt bleh kot belajar caro wordpress self hosted.. tp biaso bendo free nih dio limited skit.. apo2 pn, bleh cubo try test.. gapo2 x pehe, bleh tanyo saim2.. support ramai, takdok hal.. :wink:

  37. salam ziarah..
    first timer di sini..
    good info bg newbie mcm aku..
    akan jenguk2 lagi… :whistle:
    .-= Post terbaru ted di blog beliau.. ? video biru =-.

  38. hurmm~ nak buat niche tu yg susah tu~ sebab blog dah semula jadi ‘rojak’…
    lagi 1, saya sendiri jenis yg mudah bosan kalau bercerita pasal benda yang sama. sebab tu lah blog saya ada cerita macam-macam. tapi kalau blog tak der niche nih, tak der orang nak baca ker? :ermm:
    .-= Post terbaru Akuro San di blog beliau.. Berapa Lama Masa Yang Anda Ambil Untuk Khatam Al-Quran? =-.

    • @Akuro San: niche memang susah.. blog yg rojak pn ade je org nk baca, cuma sekali sekala tu kalau boleh selitkan dgn info atau share ape2 yg menarik.. jgn terlalu byk cerita personal life.. lain la kalo kite ni artis!

  39. Terima kasih dengan tips2 ni.. harap2 dpt lah mencapai target selepas membaca tips ni
    .-= Post terbaru zool di blog beliau.. Harga Barang tak naik ? =-.

    • @zool: 2010.. kene tambah lagi sikit semangat.. yg dh kuat, kite kuatkan lagi semangat tu.. semoga berjaya capai target.. :wink:

  40. huhu….nice 1. tapi nak tukar kat wordpress cam malas plak sebab da lama guna blogspot nih. :)
    .-= Post terbaru aidi-safuan di blog beliau.. The Big Pig Island VS The Middle Pig Island =-.

    • @aidi-safuan: tak kisah.. semua bergantung pada diri sendiri sama ada nk tukar ke tak.. lagipon masing2 ade pro & con.. happy blogging.. :happy:

  41. tips yang menarik dan aku rasa byk yg betol..tapi bab niche nie aku tak pandai maner,sebab blog aku pon berbentuk bebas…hahaha
    .-= Post terbaru apiih di blog beliau.. 10 Kelebihan Lelaki tiada kekasih =-.

    • @apiih: niche blog nk kene fokus kt 1 bende tu je.. sbb tu susah.. lain la kalau kite memang dh otai pasal bende niche tu.. cuma jgn smpai buat kerja copy paste sbb nk berniche.. elakkan.. huhuu

  42. salam anarm…. bleh kasi link tak untuk plugin buat advertisement. buat banner..dah penat dah search…xbleh2 lagik..tulunnn
    .-= Post terbaru Mahaqaseh di blog beliau.. Yeast…….oxygen plezzz =-.

  43. banyak lagi yang aku kena belajar pasal wordpress, x teratur sekarang ni :happy:
    .-= Post terbaru khairil di blog beliau.. Perang Browser, Yang Mana Pilihan Di Hati =-.

    • @khairil: aku pn x teratur gak.. byk lg yg kene study pasal wordpress.. source utk study tu byk kt blog2 oversea.. blog2 kt malaysia ni kurang info tentang tu.. lebih byk personal blog.. hari ni masuk jamban, berak 4 kali.. pastu mkn nasik, muntah2.. tu pn nk cerita.. sengal.. haha :lol:

  44. bab niche ni payah sikit..nak bagi sesuatu yang tetap tak ramai orang boleh buat betol tak??
    cam aku juga la.. semua aku rojak..semua ada kat dalam blog aku..
    asal terlintas aku balun je..
    tu pasal la blog aku ni tak ramai yang mengunjung..
    hahaha,,
    dan mungkin sebab salah satu yang ko tak nyatakan dalam ni..
    RAJIN-RAJIN LA MELAWAT BLOG ORANG LAIN.. :whistle:
    yg tu aku aku tak rajin sikit..
    sebab kesibukan melanda..so orang lain pun sibuk tak nak melayan..
    betol tak??hahahaha
    sekian..*takut aku merapu lak nanti :whistle: *
    .-= Post terbaru bistari di blog beliau.. Tersurat dan Tersirat =-.

    • @bistari: kalo malas nk melawat blog org lain, ade cara lain lg bleh buat.. tp ape2 pn nk kene ade komitmen.. ecehh.. mcm pro je aku ckp.. vavi~ hahaha.. :lol:

      • @Anarm, tu la pasal..
        aku pun dh nak start jaga balik blog aku ni..
        mudah-mudahan aku bakal kalahkan blog ko dalam 2010 ni..
        hahaha..kasi taruk dalam azam tahun 2010 la
        .-= Post terbaru bistari di blog beliau.. Tersurat dan Tersirat =-.

        • @bistari: perghh.. siap berazam tu.. bagus2.. ade fight.. aku pn nk kene tingkatkan semangat nih.. tgk sape power.. hahaha..

          • @Anarm, jom2..aku bajek paling koman 1 mggu 1 entry..
            max 3 entri 1mnggu..
            kalo banyak2 kang tak sempat lak orang nak bace..
            bukannye blog berita..
            hahahaha :biggrin:

  45. aku hentam kromo je skang nii… hoho… nk kne up balikk
    .-= Post terbaru paeh di blog beliau.. Harian Metro Guna Google Adsense =-.

  46. hoho, tips ke bebelan ni. hehe, anyway betul apa yg dikatakan oleh bro anarm.1st aku juga telah berpindah dari blogspot ke wordpress dan tanpa ragu2 menggunakan hosting sendiri. mmg mantop beb. hehe, skg tgh study SEO puzzle. mmg best. :P
    .-= Post terbaru mohdisa di blog beliau.. Gadis Berkebaya Merah =-.

  47. Menarik2. Nak tengok lebih ramai lagi berpindah ke wordpress
    .-= Post terbaru ariff di blog beliau.. Orang Russia Belajar Bahasa Malaysia =-.

    • @ariff: skrg ni pn dah ade beberapa blogspot user yg dh pindah ke wordpress.. kite hangatkan lagi suasana tu.. hehe :tongue:

    • Frantz-Senpai says:

      @ariff, haha.. ramai giler kawan aku x nak pakai wordpress.. sebab ape aku x tahu la.. padahal, wordpress laik masyukk dari blogger…
      .-= Post terbaru Frantz-Senpai di blog beliau.. FAT or fast =-.

  48. pergh… complete tips.. panjang lebar giler..
    .-= Post terbaru topo di blog beliau.. Dapatkan Trafik ke Blog dengan Bantuan Facebook =-.

Trackbacks

  1. Anarm.Net says:

    Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011…

    Tahun 2010 dah hampir ke penghujungnya. Tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum tahun 2010 menutupkan tirainya dan meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit dan manis yang dah berlaku sepanjang tahun ni. Peredaran masa yang cukup pantas bagi aku. Ras…

  2. k_afzal says:

    RT @anarmnetwork: Tips Blog Berjaya Pada Tahun 2010 http://gengblogger.com/read/15050