Terbitkan Ebook dengan e-Sentral.com

Pernah dengar tentang e-Sentral.com? Ia merupakan satu platform penerbitan digital yang menawarkan pelbagai jenis buku dalam bentuk eBook. Lebih menarik, bahan bacaan tu boleh dibaca terus melalui smartphone, tablet, komputer dan laptop.

e-Sentral juga memberi peluang kepada penulis-penulis bebas untuk menghasilkan karya mereka dalam bentuk eBook melalui kemudahan yang disediakan oleh e-Sentral.

Publisher e-Sentral.com

Kita dapat menyertai e-Sentral sebagai penerbit, pengarang, publisher dan tidak perlu mengeluarkan modal untuk percetakan. Langkah itu dilihat dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang penulisan untuk dipromosikan melalui portal e-Sentral.com.

e-Sentral.com di KLTCC 2014

Rabu lepas aku ke KLTCC 2014 yang diadakan di PWTC. KLTCC adalah ringkasan bagi Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre di mana ia merupakan medan berkumpul penulis dan publisher dari pelbagai negara seperti Indonesia, Thailand, Singapore, Vietnam, Brunei, China dan lain-lain.

Acara yang dianjurkan oleh National Book Council of Malaysia dan disokong oleh MABOPA dan Perbadanan Kota Buku ini diisi dengan perkongsian daripada pakar dalam industri seperti topik membina kandungan yang bagus dan digital rights. Selain tu ada perkongsian tentang buku kanak-kanak, isu penulis dan perniagaan penerbitan buku.

Faiz Al-Shahab (e-Sentral) bersama Puan Norhayati (Kota Buku)

Faiz Al-Shahab (e-Sentral) bersama Puan Norhayati (Kota Buku)

Dalam sesi pada hari tu, Encik Faiz Al-Shahab dari e-Sentral.com memperkenalkan ebook di kalangan pembaca di negara ini yang disifatkan masih baru. Penerangan tentang portal e-Sentral.com juga telah membuka mata mereka yang hadir dalam sesi hari tu.

Melalui portal e-Sentral.com ramai mampu jadi penulis dan menerbitkan buku dalam bentuk elektronik tanpa perlu melalui mana-mana publisher. Paling penting juga boleh memohon ISBN untuk ebook tersebut secara online.

Encik Faiz Al-Shahab juga ada menyatakan beberapa pemilik buku indie menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh e-Sentral sebagai platform untuk memperkenalkan buku mereka.

Blogger bersama Faiz Al-Shahab dari e-Sentral.com

Blogger bersama Faiz Al-Shahab dari e-Sentral.com

Bagi sesiapa yang berminat untuk menulis ebook sendiri dan ingin memasarkan ebook tersebut, anda boleh gunakan perkhidmatan percuma yang portal e-Sentral sediakan di publisher.e-sentral.com. Melalui sistem yang disediakan oleh e-Sentral.com juga anda boleh membuat ebook sendiri dengan mudah kerana sistemnya telah pun menyediakan cara cepat untuk menulis ebook dan membuat cover ebook.

Ebook tersebut boleh dijual melalui laman portal ebook e-Sentral.com dan boleh meletak harganya ikut kesesuaian sama ada dalam Ringgit Malaysia (MYR), US Dollar, Singapore Dollar mahupun Rupiah. Setiap ebook yang berjaya dijual kita akan dapat 65% dari setiap jualan dan 35% lagi diambil oleh pihak e-Sentral.

Berbaloi juga pergi KLTCC 2014 hari tu. Dapat tahu tentang e-Sentral.com, platform terbaik untuk pemasaran ebook.

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

11 Comments

  1. Para blogger tegar bolehla terbitkan buku di e-sentral nanti.
    Entri terbaru di blog yusri : Weight Loss Pills That Works! At least..My Profile

  2. satu benda yang menarik ni. nak kena cari idea buat e-book lah lepas ni
    Entri terbaru di blog azwan : Naturalisasi Pemain Untuk Harimau MalayaMy Profile

  3. menarik ni bro, win win situation bagi saya
    Entri terbaru di blog myrujukan : Cara Mark Wiens Buat Duit Dengan Blog Sebagai Food BloggerMy Profile

  4. info yang menarik…baru tahu juga tu!
    Entri terbaru di blog Hero Borneo : Untuk Pembaca Blog Hero BorneoMy Profile

  5. Belum pernah dengar lagi benda ni. Ini bermakna sesiapa saja boleh jual e-book mereka di sini dan dapat income sebanyak 65% harga eb00k yang terjual. bagus ini, sesiapa saja yang berminat boelhlah berjinak-jinak menjual e-book mereka.
    Entri terbaru di blog Kamil Salleh : Hati Seorang BloggerMy Profile

  6. macam pernah aku dgr…hoho..kat mana la agaknya..bagus la ada platform dah..dulu ebook pun org tatau mende..ahaha
    Entri terbaru di blog reezluv : Komisen 74-79 Dari KlikjerMy Profile

  7. Terbailah , satu lagi lubuk untuk buat duit.
    Entri terbaru di blog zuls : Pakar SEO Malaysia vs Pendekar (5 Tip belajar SEO)My Profile

  8. First time gua dengar pasal esentral nih… InsyaAllah mungkin berguna satu hari nanti. Siapa tau kan…
    Entri terbaru di blog Firdaus Azizi : Cara Nak Daftar & Jadi Ahli Shaklee Dengan Harga Hanya…My Profile

  9. Terima kasih untuk info ni bro..
    Peluang baik untuk mereka yang berminat untuk menjadi penulis dengan modal yang minima..
    Entri terbaru di blog Hairul Azni : Hana Kena Chicken PoxMy Profile

  10. bagusnya.. senang dah nk jadi penulis…kena ada idea je nk tulis
    Entri terbaru di blog Manan Qayyim : Setelah Tamat PengajianMy Profile